Tuesday, 19 August 2014

Kenali Bangunan Tempat Anda Bekerja.. Satu Pandangan Berkenaan Penggunaan Tenaga

Catatan: Mohd Asri Redha
01 Februari 2012

Sepanjang masa kita bekerja di mana-mana dalam bangunan adakah kita tahu .. adakah kita tahu apa-apa tentang bangunan itu....  Saya ada beberapa fakta menarik hasil kajian yang dibuat oleh Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Ibu Pejabat JKR berkenaan penggunaan tenaga di dalam Bangunan Sultan Abdul Halim ini, iaitu tempat saya bekerja ini.

Apa yang saya nak cerita ini bertepatan dengan catatan pandangan saya berkenaan tajuk ' pembaziran' dalam blog-blog saya sebelum ini. Rujuk ..   http://semangatjatiptks.blogspot.com/2011/11/selamat-sejahtera.html.  

Saya tidak pasti sama pandangan saya itu diberi perhatian atau tidak oleh anak-anak buah. tapi sebenarnya ianya terletak atas kesedaran diri sendiri...   Bukannya melibatkan kos pun dan tenagapun.. cuma sekadar sedikit kesedaran maka pada akhirnya boleh memberikan kebaikan kepada semua jika semua kita bertindak sewajarnya ....

Kita sebenarnya jarang ambil  peduli akan apa-apa yang diluar kawalan kita walaupun kita sedar kita menggunakan sepenuhnya kemudahan itu setiap hari...   mungkin kita terfikir.. itu kerja jabatan lain.. kita gaduh apa... kalau rosak dan bil tinggipun.. bukan kita kena bayar.. jabatan itulah yang kena bayar... Jadi apa dok kalut sangat..  Jabatan saya hanya menggunakan 2 tingkat dari keseluruhan  13 tingkat bangunan ini.  Sayapun tertanya-tanya berapa sebenarnya perbelanjaan elektrik dan air serta maintenance ke dua-dua tingkat ini...

Ada banyak fakta menarik yang perlu saudara-saudari tahu berkenaan penggunaan tenaga elektrik dan air di Bangunan Sultan Abdul Halim.. dari fakta-fakta ini saudara-saudara fikirkan dan renong-renongkanlah..... apa yang boleh kita buat dan bantu bagi mengurangkan perbelanjaan-perbelanjaan yang tidak perlu dalam bangunan kita ini dengan sedikit perubahan sikap dan kesedaran yang positif.

Rumusan fakta yang diperolehi oleh JKR pada saya agak menggerunkan.... Dalam setahun kerajaan berbelanja untuk penggunaan tenaga elektrik antara  RM900,000.00 hingga RM1,000,000.00. Pada tahun 2011 sahaja jumlah bayaran bil elektrik di bangunan kita ini ialah RM932,510.15.   Paling tinggi dalam sebulan bil elektrik ialah RM86,280.68 dan paling rendah ialah RM68,432.04. Purata sebulan bil elektrik bangunan Sultan Abdul Halim ini ialah RM77,709.18.  Ini bermakna kita boleh berjimat sampai hampir RM20,000 sebulan..jika benar-benar semua staf dalam bangunan ini ada kesedaran kearah penjimatan dengan mengelakkan pembaziran.

Kalau dikira pula dimana pula pecahan bahagian yang paling banyak guna elektrik... tentunya Penyaman Udara guna 68%, Pencahayaan(Lampu)/Peralatan Elektrik Jabatan(small power) guna  21% , Cold Water Pump guna 1.1% dan Lif guna 9.20 %.

Fakta menarik penemuan-penemuan pasukan kajian JKR tersebut adalah seperti berikut:

Lampu tandas lelaki dan wanita sentiasa terpasang walaupun mendapat pencahayaan semulaja-sudi  (jadi kalau cerah sungguh.. cadangan saya ..sapa-sapapun boleh tutup lampu tersebut.. buka bersesuaian saja)

Lampu diruang lobi menunggu lif terpasang walaupun mendapat pencahayaan semulajadi (Pemerhatian saya memang lepas waktu opispun terpasang begitu saja.... sudah jadi amalan saya .. bila balik mesti tutup lampu kat lif bila pulang lewat.. memang terpasang 24 jam kalau saya tiada.. setakat sekarang ni pemerhatian saya tidak ada sapa ambil peduli terutama tkt 2.

Bacaan suhu bilik bagi setengah jabatan melebihi had yang ditetapkan mengikut piawaian Malaysia. iaitu ada yang dibawah 23 Celcius. Sepatutnya antara 23C-26C. Kalau piawaian Tan Sri KSN ialah 24 Celcius sahaja

Didapati kesemua lampu fluorescent yang digunakan adalah daripada jenis T8 36watt. Ada setengah ruang, kecerahannya yang terlampau...

Tahap kesedaran yang kurang dikalangan pekerja tentang penjimatan tenaga (Ini saya setuju sangat-sangat dan saya amat mengharap anak-anak buah PTKS menjadi pekerja yang paling tinggi tahap kesedaran ini... )

Keadaan cooling tower yang tidak bersih

Suhu bilik yang tidak seragam setiap tingkat antara 22Celcius hingga  25 Celcius.(Setahu saya pendingin hawa persendirian yang ada kat bilik saya amat kurang terpasang kecuali kalau panas benar)

Antara syor dan cadangan pasukan kajian yang tidak menggunakan kos yang saya rasa patut sangat beri perhatian anak-anak  buah ialah peka dengan penggunaan peralatan elektrik... adakalanya kita terlalu membazir sangat terutama dari segi penggunaan komputer, pencetak, mesin fotostat ., menutup lampu yang tidak perlu terutama selepas waktu pejabat (ini yang saya selalu peringatkan pada anak-anak buah),  dan menghentikan penyaman udara persendirian atau tidak membuka penyaman udara individu jika sudah ada penyaman udara berpusat..  Kalau guna juga tutup bila tidak ada dalam bilik dan tutup lebih awal 15 minit sebelum meninggalkan pejabat. Satu lagi yang saya cadangkan ialah kalau lutut ok dan tidak ada sakit jantung  elok naik tangga sahaja untuk ketingkat yang termampu...   kos jimat , kesihatan akan bertambah ok.. kalori memang terbakar banyak kalau naik tangga.  Yang lain-lain langkah penjimatan yang  disyorkan itu tidaklah mahu saya sentuh kerana agak teknikal dan memerlukan kos.

Jadi mahu tunggu apa lagi... bertindaklah segera tanpa bertangguh-tangguh lagi... Kita perlu ada kesedaran kearah ini bagi mengelakkan pembaziran dan keletihan kita mencari duit untuk membayar perkara yang tidak perlu.. bukan  setakat penggunaan tenaga elektrik sahaja tetapi lain-lain perbelanjaan yang kita buat saya lihat banyak sangat berlaku pembaziran....  

Kita harus ingat.. semua bayaran yang dibuat itu sebenarnya datang dari kantong yang sama juga dan kita sebagai Pejabat Tanah tentunya mengutip hasil untuk kerajaan negeri....  Kenapa pula perlu disuruh setiap warga dalam bangunan ini melaksanakan penjimatan.. sepatutnya kesedaran kena ada dalam diri sendiri...tak payah dok suruh.. kita ada otak.. maka gunakanlah semaksimanya apa yang baik dan apa yang tidak baik...
Pasukan Kajian JKR telah menganggarkan jika segala langkah-langkah teknikal dan kesedaran kakitangan diambil.. jumlah penjimatan yang setahun yang dapat dikurang sebanyak RM162,251.59....   Macam-macam boleh dibuat dengan jumlah itu....

Itu baru komplek Bangunan Sultan Abdul Halim.... Macam mana pula dengan komplek Wisma Negeri, Wisma Darul Aman dan banyak lagi bangunan kerajaan negeri yang besar-besar.. Saya rasa kalau dibuat kajian penggunaan tenaga inipun saya rasa 'patern'nya adalah sama ajee.....

Ok.. permisi dulu... 

Tuesday, 4 February 2014

KESERONOKAN BEKERJA..

16 Julai 2012
Catatan: Mohd Asri Redha b. Abdul Rahman

Salam Sejahtera semua... apa khabar. Rasanya agak lama juga saya tidak 'update' blog ini.. Ya lah sibok sana sibok sini... dah naik malas pula nak tulis.. Hari ini ada mood sikit... tu yg ambil netbook saya ni.. ketok-ketok pilah sikit punat-punat yang bertanda ini untuk jadi ayat yang boleh difahami semua...

Sebenarnya pada petang tadi saya terima berita mengejut pertukaran tempat kerja saya ke Majlis Bandaraya Alor Setar sebagai Setiausaha... Saya kata mengejut kerana saya rasa seperti tidak bersedia lagi untuk bertukar jawatan yang sedang saya pegang ini.  Saya dah serasi benar dengan kerja-kerja di pentadbiran tanah ini dan apatah lagi sebagai Ketua Jabatan.. saya nampak macam-macam boleh dibuat.. Hubungan saya dengan anak-anak buahpun dah semakin rapat.  Sebahagian besar boleh terima cara saya.. walaupun ada orang kata saya ni tegas sangat. Yalah saya tidak menafikan dalam hal- hal berkaitan disiplin dan kerja, saya memang tegas, tapi dari satu segi saya lebih mudah berurusan dengan anak-anak buah kerana saya tidak membina sekatan untuk mereka berjumpa dan berbincang dengan saya...  Saya juga tetap akan tegor terus pada anak-anak buah yang agak slow sangat buat kerja atau tidak berdisiplin. Kalau terok sangat saya tidak ada masalah untuk ambil tindakan disiplin tanpa mengambil kira ia rapat atau tidak dengan saya. kalau ada masalah disiplin, tindakan tetap diambil. Cuma saya tidak kesempatan untuk bersemuka dengan sebahagian kecil anak-anak buah yang saya nampak agak slow perjalanan kerja dan berkira kerja pula. Dalam sebuah organisasi  untuk mencapai kecemerlangan, pekerja yang slow sangat buat kerja dan berkira kerja tidak boleh ada dalam sesebuah organisasi. Semangat berpasukan kena ada dan kena cepat dan cekap buat kerja.. barulah boleh berjaya dengan cemerlang,]. Sebab itulah saya kata setahun yang pertama kita baru membuat perubahan dari segi sumber manusia sahaja....

Seronok benar saya tengok kalau apa2 program saya bersama staf aturkan, sebahagian besarnya dapat ambil bahagian. Sebenarnya setahun yang pertama kita baru bermula dengan penekanan kepada motivasi kakitangan terlebih dahulu. Bukan senang hendak disatukan semua kakitangan yang pelbagai ragam dan perangai untuk menuju kepada kecemerlangan.. Untuk mengubah sikap dan perangai yang dah sebati sejak sekian lama bukan mudah... jadi bila ada perubahan dan pembaharuan yang dibuat pastinya akan ada sedikit sebanyak tentangan dri anak buah..... Tak apalah biarkan .. lama-lama mereka akan sedar sendiri..

Jadi selepas 1 Ogos 2012 .. blog ini mungkin akan kurang diupdate lagi kerana saya akan kalut dengan Majlis Bandaraya Alor Setar.. Saya akan bina blog baru pula kat sana untuk cerita aktiviti-aktiviti saya kat sana pula. Jadi selepas ini kalau ada siapa berminat nak dengar cerita saya.. tengoklah nanti dalam blog baru saya nanti.. dok fikir nak bagi tajuk apa pula..