Monday, 16 April 2012

MENTRANSFORMASIKAN Pentadbiran Tanah ........

17. April 2012
Hotel Bayview...Pulau Pinang
Catatan..Mohd Asri Redha b.  Abdul Rahman

Salam  Sejahtera.....

Hari ini.. saya nak pergi  jauh sikit dari kesibukan kerja yang tidak berkesudahan... makin lama duduk kat pejabat makin banyak pula kerja. Tak boleh jadi ni... Saya  nak pi tambah ilmu sikit... ilmu nak buat kerja.. walaupun dok buat kerja tu sudah lama,  tp nak kena pergi 'refresh' juga supaya apa yg kita buat hari2.. tidak jauh tersimpang... Banyak sangat perkembangan-perkembangan terbaharu dalam pentadbiran dan pengurusan tanah termasuk juga perundangan-perundangan tanah yang berubah.. Jadi janganlah kita dok berlagak sangat kata kita dah kerja bekerja berpuluh-puluh tahun di pejabat tanah, tapi jika ditengok teliti kerja buatnya tidak banyak berubah.. hanya ikut lazim.. tidak ada  pembaharuan langsung. Sebab itu saya sangat menggalakkan anak-anak buah pergi kursus-kursus yang bersesuaian untuk menambahkan ilmu pengetahuan dalam bidang kerja seharian kita disamping yang berkaitan dengan motivasi dan keugamaan. Motivasi dan keugamaan juga amat penting kerana ia membantu kearah memperlengkapkan lagi kecekapan dan integriti dalam pekerjaan harian.

'Seminar Transformasi Pentadbiran Tanah Zon Utara' ini diadakan pada 16 - 17 Mac 2012 di Hotel Bayview, Penang. Penganjur kursus ialah Institut Tanah Dan Ukur Negara (INSTUN).  Hendak mentransformasikan pentadbiran tanah bukannya semudah cakap.... Cabarannya begitu besar. Apatah lagi untuk mengubah sikap dan cara bekerja sumber manusia yang ada ditambah dengan sumber kewangan yang terhad. Mentransformasikan pentadbiran tanah banyak melibatkan penggunaan teknologi maklumat terkini.

Banyak tajuk-tajuk yang dibentangkan yang amat 'relevan' dengan tugas di Pejabat Tanah dan PBT seperti berkaitan OSC, Pengambilan Balik Tanah (APT 1960), Pembangunan Tanah, Integriti Dalam Pentadbiran Tanah  (SPRM), Isu-Isu Dalam Memproses Permohonan Pembangunan Tanah dan 'Overview KTN 1965 serta Sistem Pentadbiran Tanah di Malaysia. Banyak maklumat telah saya perolehi dari seminar yang diadakan ini. Insya Allah apa yang saya dapat ini akan dibawa maklum dan diimplimentasikaan dimana perlu dalam tugas harian di pejabat.  Seminar ini saya memohon untuk hadir .. bukan diarah untuk hadir. Banyak bedanya antara sukarela untuk hadir dengan diarah untuk hadir...Terima kasih kepada INSTUN yang telah menerima saya sebagai peserta. 

Sedikit berkenaan maklumat-maklumat yang perlu diketahui oleh warga pejabat tanah..... KTN adalah berasaskan kepada Sistem Torrens dimana segala 'dealing' atas tanah mesti menggunakan borang yang ditetapkan dan didaftarkan/wasilkan  di Pejabat Tanah. Kerajaan sedang dalam peringkat akhir untuk merombak KTN supaya lebih praktikal dan sesuai dengan teknologi maklumat serta mengambilkira perubahan-perubahan yang berlaku.  Dunia sekarang segalanya mahu cepat. Halangan perundangan dan prosedur yang tidak perlu perlu dikurangkan. KTN sekarang ini berusia lebih 46 tahun yang belum dibuat semakan secara komprehensif. Kemungkinan penggunaan borang-borang akan dikurangkan dari lebih 95 borang kepada kurang 60 borang sahaja dan penggunaan borang-borang bawah aturan-aturan tanah negeri akan cuba diseragamkan. Dalam Undang-Undang Tanah.. 3 undang-undang penting yang menjadi induk pentadbiran tanah ialah Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56), Akta Hak Milik Strata, dan Aturan Tanah Negeri. Banyak lagi pembaharuan-pembaharuan yang akan diperkenalkan nanti.. Kita tunggu dan lihat....

Berkenaan Pengambilan Balik Tanah pula .. perkara penting yang perlu dilihat ialah pematuhan sepenuhnya kepada proses dan prosedur yang ditetapkan dalam Akta ini... Sedikit kesilapan dan kecuaian dalam pelaksanaan Akta ini boleh mengundang padah yang membolehkan pengambilan tanah dibatalkan dan tuntutan ganti rugi yang bukan kepalang banyaknya  kepada agensi pemohon dan kerajaan negeri sendiri. Saya melihat banyak berlaku ketidakfahaman berkenaan proses-proses dalam urusan Pengambilan Tanah secara paksa ini. Jadi berhati-hatilah dalam menjalankan tugas berkaitan pelaksanaan Akta Pengambilan Tanah ini supaya patuhi sepenuhnya keperluan akta.. Berdasarkan ceramah yang diberikan oleh penceramah.. banyak kes-kes tuntutan gantirugi telah dibuat kepada kerajaan akibat dari kecuaian-kecuaian yang berlaku dalam pentadbiran tanah. Dalam menentukan pengambilan tanah hendak dibuat S3(1) bawah (a) , (b) atau (c) juga boleh dipertikaikan oleh tuan tanah.... Oleh itu pemahaman sepenuhnya perlu ada dikalangan pegawai dan kakitangan yang terlibat dalam proses pengambilan tanah. Saya selalu bercakap pada anak-anak buah.. nak buat apapun kena fikirkan implikasi-implikasi apa akan berlaku dari perbuatan kita...

Ok... mohon permisi dulu.... nak balik dah ni....kalau lewat sikit nanti .. kesesakan lalu lintas pasti berlaku. Duduk kat Penang ni semakin merimaskan.. kenderaan terlalu banyak....

Makin banyak maklumat yang diperolehi rasanya lepas ni akan makin banyak pula kerja... yalah.... dah dapat ilmu baru.. nak tengok baliklah apa yang dibuat sebelum ini.. Rasa-rasanya tak berapa betul  dalam beberapa proses kerja yang dok buat selama ini..........................

Teratak Kasih
Alor Setar

No comments:

Post a Comment