Friday, 27 July 2012

Mengeratkan Persaudaraan Sesama Staf PTKS Melalui Hari Keluarga

Catatan: Mohd Asri Redha
11 Julai 2012....................

Hari Keluarga yang diadakan oleh Jabatan.. bukan sekadar sebagai memenuhi aktiviti organisasi semata-mata, tetapi ianya lebih luas lagi dengan mempunyai matlamat untuk mengeratkan persaudaraan sesama kakitangan PTKS agar lebih mesra, lebih kenal mengenali dan memupuk perasaan kasih sayang sebagai sahabat . Disamping itu ia bermatlamat untuk menghilang 'stress' atau tekanan-tekanan yang dihadapi dijabatan dan juga mungkin dirumah.  Jadi banyak manfaatnya mengadakan Hari Keluarga ini walaupun untuk mengadakannya bukannya mudah kerana terpaksa berbelanja agak besar dan perlu mengambil masa yang sesuai..apatah lagi kalau diadakan agak jauh dari tempat tinggal.


Pulun sungguh depa.... dulu kat kampong  biasa
sangat buat lagu tu..................................................

Anak-anak ni pun sama.....  tapi mak depa yang lebih-lebih
Hari Keluarga PTKS julung kali diadakan diluar negeri iaitu di Ipoh Perak. Sebelah malamnya diadakan di Hotel Heritage, Ipoh dan sebelah siangnya diadakan di Taman Thema Air Lost World Tambun, Perak. Banyak aktiviti diadakan dari cabutan bertuah, jamuan keluarga, karaoke, dan berakhir di Taman Air Lost World dengan aktiviti sukaneka untuk kakitangan, keluarga dan anak-anak.

Makan-makan.. jangan segan...
Disamping semua anggota dan keluarga telah menikmati kemudahan-kemudahan yang disediakan dalama Taman Thema Air yang terkenal disebelah utara ini. Ramai yang belum pernah masuk ke Taman Thema Air ini dan peluang diperolehi ini digunakan sepenuhnya untuk mandi manda bersama anak-anak, main ombak, mandi  dan berendam air panas dan papan luncur air disamping melawat sekitar taman ini dimana ada zoo dan pelbagai kemudahan yang disediakan.. Saya amat gembira dengan usaha-usaha yang dibuat anak-anak buah ini , kerana berjalan lancar dan setiap kakitangan yang terlibat telah mengalami pengalaman yang menggembirakan sepanjang majlis ini diadakan..

Nanti kita jumpa kat Tesco noo.......

Nak buat lagu mana.. lompat pilah..
walaupun macam kartun...................

Rasanya inilah aktiviti saya yang terakhir di PTKS ini kerana semasa saya menulis blog ini saya telah mendapat arahan bertukar jawatan ke Majlis Bandaraya Alor Setar sebagai Setiausaha berkuatkuasa 01 Ogos 2012..  ok... jumpa lagi.

Teratak Kasih

Tuesday, 24 July 2012

Keseronokan Bekerja

25 Julai 2012
Catatan: Mohd Asri Redha

Nak bagi seronok bekerja sebenarnya bukan mudah seperti cakap. Namun kita kena bagi seronok juga bila bekerja.. Walau apa cara sekalipun kena usaha bagi seronok. Kalau tidak sebahagian besar hidup kita didunia ini berada dalam keadaan tidak seronok..  makanya diri sendirilah kena pandai-pandai bawa diri macam mana nak bagi seronok dalam bekerja. Ada juga yang seronok bekerja tapi bukan dalam bentuk yang produktif.. tapi dia seronok mai kerja kat pejabat tapi tak buat kerja sepenuhnya pun dan asyik tuang kerja saja dan curi masa kerja untuk kerja peribadi lain. Ada juga ambil kesempatan waktu bekerja dengan kuasa dan peranan yang ada di jabatan-jabatan tertentu, dia boleh atur pula untuk kepentingan diri sendiri... Seronok bekerja cara ini tidak boleh pakai langsung...  Yang jenis inipun banyak juga kat kebanyakan opis. Yang jenis ini saya akan cerita lain dalam ruang khusus atas tajuk itu

Yang saya maksudkan  disini ialah kita seronok bekerja tapi produktiviti kita juga tinggi. ... Saya sebagai Ketua Jabatan tak lah pandai untuk beri ceramah motovasi untuk  cerita fasal seronok bekerja kepada kakitangan. Jadi kita cari orang pakar untuk cerita apa yang membolehkan seseorang itu seronok bila datang bekerja. Dia sentiasa ceria sahaja berada dipejabat. Buat kerja dengan penuh tanggungjawab, berdisiplin, mematuhi arahan ketua dan pegawai atasannya, tidak berkira dalam bekerja, sentiasa hendak membantu pelanggan yang datang berurusan, sentiasa mengambil bahagian dalam setiap aktiviti jabatan dan kelab jabatan, mempunyai kasih sayang sebagai sahabat dikalangan kakitangan dan segala macam yang baik-baik belaka.  Alangkah seronoknya saya dan semua orang jika semua kakitangan yang ada macam tu.. bahagia rasanya bekerja dikelompok kakitangan yang begitu.. Ya.. kita mahu bahagia hidup didunia dan akhirat.  Mengapa kita perlu susah-susahkan diri dengan perkara yang kita tidak perlu susahpun didunia yang hanya sementara ini... 

Sebab itulah kita cari pakar... baru-baru ini di Ipoh saya dan anak-anak buah telah menganjurkan Kursus Motivasi kepada kakitangan di Hotel Heritage, Ipoh. Penceramahnya dari Institut Aminudin Baki iaitu Tuan Hj Razmi Majid.. Bagus ceramah beliau itu. Saya tak mau ulas panjang fasal ceramah beliau itu tapi saya dapat simpulkan sepertimana yang diceramahkan itu bahawa untuk seronok bekerja  faktor utama ialah tahap kesihatan yang baik, samada kesihatan fizikal dan kesihatan mental yang baik. Untuk mendapatkan kesihatan mental yang baik kita kenalah banyak membaca.. Faktor emosi juga mempengaruhi keseronokan dalam bekerja. Emosi ini selalunya berinteraksi dengan perasaan dan persepsi kita. Bukan mudah seorang kakitangan boleh serasi dengan semua kakitangan lain kerana setiap orang ada ego dan keistimewaan  masing-masing . Yang penting kita perlu berfikiran positif. Untuk seronok juga kita perlu ada aura. Aura kita sesuatu yang unik. Kita perlu buat agar kita dihargai, buat diri kita rasa diterima oleh rakan-rakan, bagi ada rasa selamat dalam organsasi yang diduduki. Perasaan seronok dalam pekerjaan kita akan terjelma kalau kita mempunyai ilmu yang dikembangkan lagi melalui pengalaman kita bekerja. Ada kenikmatan disitu kerana ini akan buat kita suka akan kerja kita. Cubalah belajar menyayangi rakan taulan kita, jangan ada perasaan benci dan tidak suka rakan sekerja kita. Jangan pandang rendah sahabat-sahabat kita. Biar susah bersama dan senang bersama.. selamat dunia akhirat. Berjenakalah secara sederhana sebagai sebahagian rutin kehidupan kita serta bertoleransi sesama kakitangan dengan bantu membantu antara satu sama lain. Insya Allah seperti kata penceramah tersebut. . akan datang kenikmatan dan keseronokan dalam bekerja..

Ok.. cukup takat itu dulu.... nanti saya cerita fasal Hari Keluarga PTKS pula....  kerana salah satu cara nak lepaskan tekanan kerja seharian ialah kita buat Hari Keluarga PTKS. Melalui Hari Keluarga , semua kakitangan dapat lebih mengenali keluarga sahabat-sahabat kita yang bekerja bersama-sama dijabatan dan dapat mengambil bahagian aktiviti yang diatur dengan penuh kegembiraan dan keseronokan. Saya cuba lengkapkan pakej motivasi keseronokan bekerja ini dengan ceramah , hari keluarga dan juga sebelum ini telah atur anak buah mendaki Gunung Jerai dengan berjalan kaki sejauh 12 KM untuk maksud kecemerlangan kesihatan. Sebelum ini juga telah diaturkan pertandingan tenpin boling sesama kakitangan dimana sebahagian besar kakitangan telah mengambil bahagian dengan seronok sekali bermain walaupun banyak yang masuk longkang... tak apa yang penting mau ambil bahagian... Sebenarnya banyak lagi yang telah diaturkan agar ada kelainan dan ada kepelbagaian dalam seharian kita bekerja di pejabat yang boleh memberi keseronokan dan kesihatan fizikal dan mental yang baik seperti aktiviti senaman berirama poco-poco yang dianjurkan setiap minggu, dan harapan saya selepas ini kena sambung balik , majlis jamuan hari raya, program karnival lelong awam hartanah yang julung kali diadakan dan jamuan-jamuan antara staf yang diadakan sekali sekali sebenarnya boleh mengeratkan hubungan kakitangan... itu tidak kira karaoke keluarga yang telah diadakan sekali sekala., boss belanja makan sekali sekala kalau ada duit lebih sikit dan sebagainya..... memang seronok sekali....  

Tapi itu lah yang sedihnya waktu menulis ini saya hanya punyai 6 hari sahaja lagi bersama anak-anak buah yang ceria-ceria belaka sekarang ini.. lebih-lebih lagi mereka dah dapat pejabat dan perabut baru... Agak berat juga saya untuk meninggalkan jabatan yang telah menunjukkan banyak perubahan. Kempunanlah saya hendak merasa bilik baru..dok 'planning' macam-macam kat sana tu nanti. tak apalah demi kerana  tugas , terpaksa akur juga dengan arahan itu kerana sebenarnya saya dah mula serasi dengan sebahagian besar kakitangan walaupun depa tahu saya ni agak 'strict' sikit dalam hal-hal berkaitan dengan disiplin... Adalah sikit-sikit lagi yang tak berapa serasi lagi dengan cara saya tapi.. tak apalah. biasalah tu....itulah namanya manusia.

okkkk... cukup-cukup.. dah melalut panjang ni..  kata nak berhenti....

Selamat Berpuasa.....

Permudahkan Urusan Pelanggan Yang Berurusan Dengan PTKS

25 Julai 201
Catatan: Mohd Asri Redha.


Sengaja saya paparkan keratan akhbar ini untuk tatapan anak-anak buah PTKS dan pembaca blog saya ini sebagai satu usaha ke arah penambahbaikan dan setiap urusan kita di pejabat tanah. kakitangan yang kreatif, proaktif, rajin, ringan tulang, semangat berpasukan adalah punca kepada kejayaan cemerlang sesebuah organisasi.......

Pelanggan adalah keutamaan kita...  satu kepuasan kepada kita semua jika apa yang kita telah lakukan telah menggembirakan pelanggan kita....   

Tidak dapat dinafikan, ada juga pelanggan yang marah dan tidak puas hati dengan perkhidmatan kita... biasalah..PTKS pun ada masalah juga dalam hal-hal tertentu tetapi  jangan jadikan kemarahan dan ketidakpuasan hati mereka melemahkan usaha-usaha baik kita....  Teruskan usaha untuk memberi perkhidmatan terbaik...   

Thursday, 19 July 2012

Sebagai Ingatan Warga Pejabat Tanah Semua..dokumen palsu


20 Julai 2012
Catatan: Mohd Asri Redha

Salam Sejahtera, dan Salam Ramadhan 

Besok kita akan mula berpuasa. Syoknya bila mai masuk bulan Ramadhan ini... Pintu Pahala terbuka luas untuk kita menggapainya.... Marilah kita melakukan segala amalan-amalan wajib dan sunat dengan penuh kesedaran dan kyusuk agar ganjaran yang kita perolehi berlipat kali ganda.....

Pagi ni saja nak update sikit blog saya ni... bila terbacan keratan akhbar yang saya paparkan ini terasa nak tulis sikit fasal isu dokumen-dokumen palsu tersebut.

Urusan-urusan dalam pejabat tanah sebenarnya dilingkungi undang-udang dan peraturan. Kesilapan yang kita buat akan mengundang padah yang bukan kepalang .. Itulah yang selalu saya ingatkan pada anak-anak buah. Kealpaan kita, kecuaian kita, ketidakkisahan kita , buat mudah sesuatu perkara, tidak prihatin dan tidak kritis atas sesuatu perkara.  bisa mengundang padah yang sukar dirungkaikan. Akhirnya kutipan-kutipan  hasil yang kita buat sebahagiannya terpaksa disalurkan kepada bayaran gantirugi kepada orang awam yang terlibat samaada kes yang 'genuine' teranianya atau ada yang sengaja ambil kesempatan atas kelemahan dan kelonggaran prosedur di pejabat tanah. Tak dapat dielakkan kerana kita berurusan dengan manusia...

Di luar sana juga banyak orang nak ambil kesempatan untuk melakukan pelbagai penipuan untuk kepentingan diri sendiri. Kes diatas ini sebenarnya ada kaitan juga dengan Pejabat Tanah. Manusia yang terdesak akan buat pelbagai cara dan taktik untuk menipu terutama di Pejabat Tanah. Banyak sangat kita temui kes-kes penipuan yang berlaku di pejabat tanah. Lebih parah lagi jika warga dalam pejabat tanah sendiri bersekongkol dengan penipu-penipu yang berkeliaran diluar sana... menunggu peluang sahaja untuk masuk menipu.

Terlalu banyak kita terjumpa dokumen-dokumen palsu dengan menggunakan teknologi-teknologi yang canggih-canggih belaka hingga warga Pejabat Tanah tidak menyedari akan dokumen-dokumen itu adalah palsu.. Sudah banyak kita terjumpa Perintah-Perintah Mahkamah yang palsu, Perintah-Perintah Pembahagian Harta Pusaka yang palsu, surat-surat palsu , perjanjian-perjanjian palsu, tandatatangan palsu dan segala macam kepalsuan yang mana yang kita di Pejabat Tanah terlepas pandang dan mendaftar dokumen-dokumen itu di pejabat tanah.. maka tunggulah padahnya nanti kerana kalau setakat pihak pertama yang buat kerja boleh lagi dibuat penyelesaian, tapi kalau melibatkan pihak ketiga yang tidak tahu apa-apa, maka kerajaanlah yang terpaksa menanggung kerugian pihak ketiga itu jika kecuaian itu berlaku pada pejabat tanah. Pembuat kerja-kerja kotor itu sudah hilang entah kemana... nak cari dimana lagi.. jadi tinggalah kita Pejabat Tanah mencari untuk penyelesaian......Nak merungkai masalah yang sudah terjadi, tidak semudah cakap... melibatkan undang-undang.

Jadi nasihat saya ialah berhati-hatilah dengan apa sahaja urusan yang berkaitan dengan kerja dipejabat tanah. Kesilapan tidak boleh berlaku..... Kena prihatin dan teliti sungguh-sungguh segala dokumen. Kalau was-was rujuk jabatan lain yang berkaitan supaya kita berpuas hati. Bincang dengan pegawai atasan dan rakan taulan untuk kepastian ketulenan segala dokumen.. Juga dokumen-dokumen jabatanpun kena prihatin juga dan kritis bila tengok ... apa yang tercatat. kadang tertinggal catatan, kadang-kadang catatan tersilap, kadang-kadang terjumpa geran lain pelan lain no lot lain, kadang-kadang bertindih lot dan segala macam yang kita jumpa... Kata orang jangan kita betul bendul sangat....  kena fikir akan risiko yang timbul nanti..   risiko yang akan dihadapi bukan kecil dan ringan tapi amat besar.. kadang-kadang sedikit kesilapan kita kerajaan kena tanggung berjuta-juta RM untuk bayar gantirugi kepada orang awam/organisasi swasta..

Jadi... pakat-pakatlah kita jaga elok-elok jabatan kita......yang penting berhati-hatilah dan teliti betul-betul segala urusan yang kita buat dan segala dokumen....

Ok.. jumpa lagi

Teratak Kasih
Alor Setar