Dengar Dulu Lagu Pamgit ini... bagi feeling sikit... he heee

Thursday, 19 July 2012

Sebagai Ingatan Warga Pejabat Tanah Semua..dokumen palsu


20 Julai 2012
Catatan: Mohd Asri Redha

Salam Sejahtera, dan Salam Ramadhan 

Besok kita akan mula berpuasa. Syoknya bila mai masuk bulan Ramadhan ini... Pintu Pahala terbuka luas untuk kita menggapainya.... Marilah kita melakukan segala amalan-amalan wajib dan sunat dengan penuh kesedaran dan kyusuk agar ganjaran yang kita perolehi berlipat kali ganda.....

Pagi ni saja nak update sikit blog saya ni... bila terbacan keratan akhbar yang saya paparkan ini terasa nak tulis sikit fasal isu dokumen-dokumen palsu tersebut.

Urusan-urusan dalam pejabat tanah sebenarnya dilingkungi undang-udang dan peraturan. Kesilapan yang kita buat akan mengundang padah yang bukan kepalang .. Itulah yang selalu saya ingatkan pada anak-anak buah. Kealpaan kita, kecuaian kita, ketidakkisahan kita , buat mudah sesuatu perkara, tidak prihatin dan tidak kritis atas sesuatu perkara.  bisa mengundang padah yang sukar dirungkaikan. Akhirnya kutipan-kutipan  hasil yang kita buat sebahagiannya terpaksa disalurkan kepada bayaran gantirugi kepada orang awam yang terlibat samaada kes yang 'genuine' teranianya atau ada yang sengaja ambil kesempatan atas kelemahan dan kelonggaran prosedur di pejabat tanah. Tak dapat dielakkan kerana kita berurusan dengan manusia...

Di luar sana juga banyak orang nak ambil kesempatan untuk melakukan pelbagai penipuan untuk kepentingan diri sendiri. Kes diatas ini sebenarnya ada kaitan juga dengan Pejabat Tanah. Manusia yang terdesak akan buat pelbagai cara dan taktik untuk menipu terutama di Pejabat Tanah. Banyak sangat kita temui kes-kes penipuan yang berlaku di pejabat tanah. Lebih parah lagi jika warga dalam pejabat tanah sendiri bersekongkol dengan penipu-penipu yang berkeliaran diluar sana... menunggu peluang sahaja untuk masuk menipu.

Terlalu banyak kita terjumpa dokumen-dokumen palsu dengan menggunakan teknologi-teknologi yang canggih-canggih belaka hingga warga Pejabat Tanah tidak menyedari akan dokumen-dokumen itu adalah palsu.. Sudah banyak kita terjumpa Perintah-Perintah Mahkamah yang palsu, Perintah-Perintah Pembahagian Harta Pusaka yang palsu, surat-surat palsu , perjanjian-perjanjian palsu, tandatatangan palsu dan segala macam kepalsuan yang mana yang kita di Pejabat Tanah terlepas pandang dan mendaftar dokumen-dokumen itu di pejabat tanah.. maka tunggulah padahnya nanti kerana kalau setakat pihak pertama yang buat kerja boleh lagi dibuat penyelesaian, tapi kalau melibatkan pihak ketiga yang tidak tahu apa-apa, maka kerajaanlah yang terpaksa menanggung kerugian pihak ketiga itu jika kecuaian itu berlaku pada pejabat tanah. Pembuat kerja-kerja kotor itu sudah hilang entah kemana... nak cari dimana lagi.. jadi tinggalah kita Pejabat Tanah mencari untuk penyelesaian......Nak merungkai masalah yang sudah terjadi, tidak semudah cakap... melibatkan undang-undang.

Jadi nasihat saya ialah berhati-hatilah dengan apa sahaja urusan yang berkaitan dengan kerja dipejabat tanah. Kesilapan tidak boleh berlaku..... Kena prihatin dan teliti sungguh-sungguh segala dokumen. Kalau was-was rujuk jabatan lain yang berkaitan supaya kita berpuas hati. Bincang dengan pegawai atasan dan rakan taulan untuk kepastian ketulenan segala dokumen.. Juga dokumen-dokumen jabatanpun kena prihatin juga dan kritis bila tengok ... apa yang tercatat. kadang tertinggal catatan, kadang-kadang catatan tersilap, kadang-kadang terjumpa geran lain pelan lain no lot lain, kadang-kadang bertindih lot dan segala macam yang kita jumpa... Kata orang jangan kita betul bendul sangat....  kena fikir akan risiko yang timbul nanti..   risiko yang akan dihadapi bukan kecil dan ringan tapi amat besar.. kadang-kadang sedikit kesilapan kita kerajaan kena tanggung berjuta-juta RM untuk bayar gantirugi kepada orang awam/organisasi swasta..

Jadi... pakat-pakatlah kita jaga elok-elok jabatan kita......yang penting berhati-hatilah dan teliti betul-betul segala urusan yang kita buat dan segala dokumen....

Ok.. jumpa lagi

Teratak Kasih
Alor Setar







No comments:

Post a Comment