Monday, 7 November 2011

PEMBAZIRAN ADALAH KERUGIAN.... KISAH BENAR

Catatan:
Mohd Asri Redha

Selamat Sejahtera... buat pembaca maya sekalian

Pagi ni agak ada ruang masa sikit. Lama saya tidak mengemaskinikan blog saya dengan berita-berita dan ulasan-ulasan terkini. Sementara ada masa yang terluang sikit ini, tergerak dihati saya hendak bersembang-sembang berkenaan PEMBAZIRAN..   Topik ini sudah lama ada dalam kotak pemikiran saya untuk diluahkan kepada pembaca maya sekalian tapi.. itulah dek kerana kesuntukan waktu yang tidak sudah-sudah dengan kerja yang tidak berkesudahan maka tertangguhlah dulu.... 

Oh Ya. belum terlambat rasanya saya hendak mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Korban.... Allah Hu Akbar... Allah Hu Akbar... Allah Hu Akbar... Dekat Kariah Masjid saya, tumbang 8 ekor lembu korban, dan di Apartment KCS juga tumbang 7 ekor lembu korban.. kedua-dua tempat ini saya tumpang buat kerja melapah dan memotong daging korban untuk diagih-agihkan...saya suka buat kerja-kerja seperti ini.. tolong menolong dan sambil mengeratkan lagi tali silaturrahim sesama kawan  masyarakat sekitar... terok tu terok juga.. tapi anggap macam senaman aje....

Mewah sungguh noo orang kita... rata-rata orang buat korban dan dah jadi berlawan pula sapa paling banyak buat sembelihan lembu korban..... Janganlah pula timbul perasaan riak dan angkuh sahaja sudahlah.. Sikap nak menunjuk-menunjuk ini sudah lari jauh dari erti dan falsafah KORBAN sebenarnya. Dek kerana terlalu banyak lembu yang dikorbankan maka berlakulah apa yang dikatakan pembaziran.. apa tidaknya... kalau dinegara-negara seperti Indonesia, Afrika dan negara-negara mundur lainnya bila dilihat dalam TV kita dapati setiap apa yang ada pada seekor lembu selain daging binatang korban yang disembelih digunakan sepenuhnya. dari isi sampailah ke kulit.. tapi kat tempat kita ni.. kadang-kadang kepala lembu tidak lagi diproses untuk diambil otaknya dan isi daging yang ada ... ditanam sahaja. .Begitu juga kulit-kulit dan perut binatang sembelihan.. oleh kerana terlalu banyak sangat sembelih sampai tidak ada orang yang mahu proses perut-perut yang memang sedap dibuat kerabu dan sebagainya.. maka terus ditanam sahaja.. takkah itu membazir namanya.. sedangkan dinegara-negara mundur.. berebut-berebut dan beratur panjang untuk mendapat sebungkus daging korban sampai kita bisa dengar sampai mati.... Sebab itulah saya rasa usaha-usaha yang dibuat oleh beberapa NGO kita yang prihatin akan masalah ini telah berusaha buat pembungkusan yang sistematik agar tahan lama untuk dihimpun semua daging-daging korban yang berlebihan untuk diagihkan dinegara-negara yang amat memerlukan seperti dibeberapa negara Islam di Afrika yang memang amat memerlukan bantuan daging berzat tersebut. Jiran kita sendiri iaitu Thailand juga ditimpa bencana yang bukan kepalang teruknya dan banyak orang Islam disana yang memerlukan pembelaan dari segi apa saja bantuan. Maka inilah masanya kita membantu jiran sesama slam kita disana dengan menghantar daging korban.

Sebenarnya kehidupan disekeliling kita sentiasa dipenuhi dengan pembaziran... Saya tidak mahulah tengok yang jauh-jauh.. cukuplah melihat yang berlaku depan mata kita.. Adalah menjadi harapan saya dan kita semua marilah kita sama-sama berusaha membantu mengatasi pembaziran yang berlaku dalam kehidupan harian kita.

Saya ingin bercakap tentang yang berkaitan dengan tempat kita bekerja.. tau tak sebenarnya terlalu banyak berlaku pembaziran dalam jabatan kita yang jika dicampur dengan berpuluh-puluh jabatan lain kalau berlaku kes yang seumpamanya, rasanya berjuta-juta juga kerugian kepada kerajaan negeri.  Kita yang bertungkus-lumus memerah otak dan tenaga untuk mengutip hasil , terasa letih begitu sahaja sebab hasil yang diperolehi dibazirkan begitu  sahaja tanpa apa-apa faedah.  Kita tidak terasa apa yang kita buat itu sebenarnya membazir sebab kita lihat dalam kontek mikro sahaja... kata orang tak berapa duitpun... tapi cuba kita campur-campur tengok.. berjuta RM juga hangus... 

Ok mari kita tengok satu persatu dimana berlaku pembaziran.

Salah satu perbelanjaan besar kerajaan atau jabatan ialah penggunaan tenaga elektrik... bagi kakitangan yang tidak pernah ambil tahu berapa sebenarnya belanja kegunaan elektrik jabatan memang tidak terasa apa-apapun.. yang penting gaji dapat setiap bulan... Saya suka mengungkit isu-isu penggunaan elektrik dijabatan-jabatan kerajaan yang saya rasa terlalu mewah menggunakannya ... Memang besar belanjanya... Satu-satu jabatan seperti Pejabat Tanah sekurang-kurangnya RM5,000.00 ke RM10,000.00 setiap bulan dibelanjakan... kadang-kadang meningkat begitu mendadak akibat kecuaian kakitangan sendiri... Kalau kat WDA rasanya beratus ribu RM sebulan dibelanjakan untuk bil elektrik.  Bagi jabatan seperti PTKS yang duduk bersama dengan jabatan lain... tidak begitu nampak sangat banyak mana elektrik diguna kerana semuanya dibayar oleh JKR .. namun pada saya itu bukan bermakna kita boleh sewenang-wenangnya membazir tenaga elektrik tersebut dengan perkara yang tidak memberi faedah.. Walaupun bayaran dilunas oleh JKR tapi sebenarnya datang dari kantong yang sama juga.... jadi kita perlu beri kerjasama mengatasi masalah kenaikan bayaran untuk kegunaan tenaga elektrik ini.

Cubalah  balik lewat sikit sampai pukul 7.00 petang.. tengoklah sebahagian pejabat. Walaupun tidak ada orang bekerja, tapi terang benderang lampu terpasang dan sejok sangat sebab 'air cond' masih terpasang. Saya tidak mahulah tengok jabatan lain, tapi cukup sekadar tengok jabatan sendiri yang pernah saya bekerja.. kalau tidak sebut atau tidak tegor satu-satu apa patut dibuat maka berterusanlah keadaan tersebut berlaku sejak sekian lama... Tidak ada rasa keprihatinan  sesama kakitangan untuk memikirkan hal-hal yang dianggap remeh itu. Pada saya itu tidak dianggap remeh... itu adalah tanggungjawab kita bersama untuk sama-sama membantu kerajaan mengatasi masalah kewangan.

Ada satu tabiat kakitangan kita yang bertugas buka dan tutup pejabat.. Datang kepejabat cukup awal .. pukul 7.00 sudah datang ke pejabat.. Rupanya dia datang buka pejabat, pasang semua lampu yang ada dan hidupkan semua penghawa dingin  yang ada dan lepas tu diapun lesap.. mungkin pi hantar anak ke sekolah kut, atau isteri pergi ke pasar atau keluar pergi makan ataupun mungkin..... Pukul 8.00 pagi nanti datang balik.. bagus jugalah datang pukul 8.00 pagi.. tapi ada juga datang balik dah dekat nak balik makan tengahari ... lagilah terok .. nak ambil tindakan lagu mana .. punch card pukul 7.00 pagi... Tak apalah.. itu tajuk lain saya celoteh.. apa yang saya nak bagi tau.. tidak terasakah bahawa apa maknanya buka awal-awal pejabat dengan segala lampu dan air con dibuka.. tak ada sapapun.. kalau adapun buka ikut keperluan sajalah dan pagipun masih lagi sejuk.. tidak ada keperluan untuk buka air con awal sangat..  Lepas tu waktu rehat tengaharipun sama juga.. kalau ada staf tidak apalah juga , tapi kadang-kadang tak ada  sapapun.  Terpasang sepenuhnya lampu dan komputer yang ada. Waktu balikpun sama... orang semua dah balik.. 'air con'  terpasang , lampu terang benderang... orang tidak ada... tidak ada sapa rasa bertanggungjawab untuk tolong tutupkan lampu atau air con yang bukan 'centralise' itu. Inilah yang saya nampak dan alami sendiri... Jadi dalam sehari 3 jam kita pasang air con lampu yang tidak perlupun  mlahan membazirkan penggunaan tenaga dan wang ringgit. Sehari 3 jam seminggu 15 jam sebulan 60 jam...agak-agak berapa yang kita boleh jimatkan perbelanjaan kerajaan. Itu baru satu jabatan.. Kalau semua jabatan buat kelaku macam tu.... memang menggerunkan kalau diteliti betul-betul... tapi kita masih tidak terasa gerun .. sebab kita tidak terasa apa-apa.

Saya bercakap begini sebab saya tahu perkara itu benar-benar berlaku kerana saya datang awal ke pejabat dan balik lewat .. Maknanya kadang-kadang saya buka opis dan saya tutup opis.. sebab itu saya perlu kunci pejabat.... pembantu pejabat tidak akan sanggup tunggu.. tak apalah diluar waktu opis.. tidak boleh nak paksa. Banyak sangat benda yang berlaku yang saya jumpa sepanjang masa saya bekerja dibanyak jabatan.. Ada setengahnya komputernya dibiarkan terpasang siang malam.. tidak tertutup.. susah sangatkah  nak tutup komputer tu.. tidak susah manapun.. Jadi kadang-kadang saya juga yang jadi tukang tutup komputer anak-anak buah.... Bila saya bercakap berkenaan ini maka saya sendiri kenalah amalkan usaha-usaha mengelakkan pembaziran.. Menjadi kebiasaan saya kalau saya rasa keluar bilik lama  saya pasti akan tutup dulu lampu dan 'air con' bilik saya... Kalau sudah ada 'air con'  berpusat kat bilik maka tidak perlulah buka 'air con' individu yang ada kat bilik..  kalau saya bercuti atau datang lewat ke opis tidak perlulah buka lampu dan 'air con' awal-awal.. bila ada saja baru buka.. Kalau pejabat sekarang ini saya pasti akan tutup lampu luar yang ada kat tempat tunggun lif kalau saya pulang lewat. Tidak ada keperluan untuk buka lampu kat situ.. memang tidak akan ada siapapun tutup lampu itu.. setakat yang  saya tengok.
Tengoklah dibeberapa jabatan yang ada .. terutama tempat-tempat parking kereta bawah bangunan ... ada beratus lampu-lampu kalimantang yang ada.. semua terpasang 24 jam.. sedangkan  pada waktu siang terang benderang.. untuk apa tujuannya saya tidak tahu.. agaknya segan atau malas nak petik suis kut bila malam menjelma.. Pakai mudah pasang terus... bukan ada sapa nak ambil tahu...awatlah segan dan berkiranya kita dalam bab-bab seperti ini.

Sebab itulah saya perlu tegur hal-hal pembaziran seperti ini dalam kontek jabatan saya.. kadang-kadang saya buat surat memo dan kadang-kadang kita tegor secara lisan.. tapi oleh kerana dok lali dengan perkara-perkara yang yang sudah menjadi kebiasaan.. lama-lama  dia berulang balik.. kena tegor pulak.kesedaran diri sendiri tidak  ada. Jadi saya harap anak-anak buah jabatan saya sekarang ini dapat mengambil ini sebagai satu ingatan dan perhatian agar ambil berat sama fasal jabatan tempat kita cari makan.. pakat-pakat kita jaga dan peringatkan. Kerajaan bagi banyak sangat kemudahan dan kesenangan kepada kita... lepas ni nak dapat bonus lagi.. tahun depan naik gaji lagi dan mungkin dapat tunggakan lagi... tidak terfikirkah kita semua akan apa yang kita dapat.. sedangkan pada masa yang sama kita secara tidak sedar cuba merosakkan periok nasi kita...

Pernah disatu jabatan saya bertugas saya dapati air paip mencurah-curah keluar sejak hampir 3 minggu/.. kata si tukang kebun.. saya cuma sedar bila saya pergi ke belakang pejabat . Bila nampak terus saya tanya pada tukang kebun tersebut kenapa berlaku macam tu.. mudah jawabnya.. dah bagi tau kat CC minta beli kepala paip baru yang harga tidak seberapa itu..  Kerana tidak beli lagi maka mencurah-curahlah air itu keluar sejak 3 minggu yang lalu.. tak taulah berapa ribu gelen air yang membazir keluar begitu sahaja.... kenapa berlaku perkara tersebut ialah kerana sikap tidak kisah yang mungkin pada anggapan mereka perkara itu kecik sangat... baik CC tersebut maupun tukang kebun tersebut yang tengok tiap-tiap hari air itu mencurah keluar... tak ada rasa apa pada mereka.

Penyelesaiannya mudah aje.. saya pergi beli kepala paip tersebut dikedai hardware dan pasang sendiri hari itu juga... bukan susah manapun......Tapi laratkah sampai perkara kecil seperti itupun nak tunggu arahan juga....

Ok ... saya berhenti setakat ini dulu... perut rasa tidak selesa ... mungkin kena daging korban banyak sangat kut.. asyik nak meragam... lagipun malam sudah hujung benar... sayup-sayup terdengar kokok ayam jantan....terkejut lihat ayam betina dah tidak sebelah dia kut..mata pun dah berbinau-binau..  jadi saya permisi dulu..

Jangan marah ya.....ada lagi nak cerita fasal pembaziran  ni seperti pembaziran makanan, pembaziran minyak kenderaan, pembaziran kertas, pembaziran beli peralatan, pembaziran penggunaan kenderaan, pembaziran masa dan segala pembaziran yang akan saya ulas berdasarkan kisah-kisah benar yang lalui dan lihat sendiri.... So jangan lupa ikuti celoteh saya ini seterusnya nanti.....kalau mampu terima celoteh saya...  tapi semuanya untuk kebaikan kita semua....

17,11.2011
KLIA :2.30 ptg

Salam Sejahtera

Boring .duduk menunggu flight ke Jakarta... Pukul 4.00 ptg nanti baru 'depart' . Jadi ada masa sikit untuk saya tengok balik tajuk pembaziran yang tak habis lagi ni... ok

Jabatan-jabatan kerajaan kebanyakannya ada kereta jabatan sendiri, ada yang digunakan terus oleh Ketua Jabatan atau digunakan untuk gunasama.. Tak kisahlah cara mana penggunaannya namun apa yang saya hendak sembang kali ini ialah berkenaan pembaziran bahan api kenderaan. Minyak kenderaan bukan murah. Kenderaan pula  berkapasiti besar.. tentunya guna minyak banyak.. Banyak sangat pembazira dari segi ini...
Selalu sangat saya pergi majlis-majlis terjumpa kenderaan-kenderaa jabatan yang dihidupkan enjinnya sepanjang programnya berlangsung... Heran juga fasal apa...jengok tengok.. rupanya 'driver' dok tidor didalamnya . sementara tuannya berada dalam majlis yang  berlangsung. Tentunya selesa sebab ada 'aircon' lagi.  Apakah boleh dibuat macam tu.... bayangkan kalau ramai pemandu buat macam tu.. banyak mana agaknya minyak diguna... dan bayangkan berapa banyak kerajaan terpaksa bayar untuk bahanapi yang tidak perlu itu.. Kalau tak percaya tengoklah bila ada apa-apa majlis.. kenderaan jabatan yang bersusun .. mesti ada yang buka sentiasa enjinya untuk membolehkan  aircon dipasang .. jadi selesa sungguh depa... panas-panas tak mainlah... 

Penggunaan alat tulis juga banyak pembaziran berlaku.. Untuk fotostat dokumen-dokumen biasa saja, saya lihat sendiri bagaimana digunakan  kertas yang bermutu tinggi dan tebal. Tentunya harganya mahal... itupun  pada sebilangan kecil pekerja hal seperti ini tidak diambil kisah langsung.. Nak kisah apa... bukan dia yang nak kena bayar..kerajaan yang bayar.. Jadi kalau sapa tak tegor dan nasihat maka akan berterusanlah pembaziran kertas berlaku yang memberi  kesan kepada perbelanjaan kerajaan secara keseluruhannya..  Ini tidak kira lagi kertas rosak yang silap taip, dikomen oleh ketua jabatan, salah format dan sebagainya.... Patutnya kertas-kertas itu tidak dibakulsampahkan. Boleh guna lagi yang sebelahnya untukbuat taip copu salinan-salinan dalam fail atau buat kertas draft... Satu perkara pelik yang masih diamalkan sampai kini ialah saya lihat senarai nama penerima surat-surat.. kadang-kadang sampai 10 muka surat ditaipkan senarai nama penerima surat atau dokumen-dokumen dan diedarkan pada seluruh yang menerima tanpa apa-apa faedahpun. Patutnya ambil nama yang berkenaan sudahlah (sekeping surat beserta surat sebenar adalah memadai dan mencukupi. Bayangkanlah kalau 50 orang dihantar x 50 keping senarai nama penerima maka lebih kurang 250 keping surat digunakan.. Takkah itu membazir namanya...

Ok... mohon permisi dulu.. dah nak naik kapalterbang ke Jakarta.. mengikuti LSB bersama 29 orang Pegawai Tadbir Negeri........ nanti saya cerita sikit  lawatan ke Jakarta nanti... Malam nanti ada Pertandingan Bolasepak Malaysia VS Indonesia dalam Sukan Sea... Tak berani pi atur tengok kat Stadiumnnya.. susahnya juga penerimaan sebahagian kecil orang Indonesia ni terhadap orang kita.... mereka berprasangka buruk terhadap kita.. macam-macam boleh jadi.

No comments:

Post a Comment