Thursday, 3 May 2012

'Mini LaB' MenyelesaikaN TunggakanN GeraN HaK MiliK SementarA KepadA GeraN HaK MiliK KekaL

Hotel Heritage, Cameron Highland                                                       
04 Mei 2012                                                                                       
Catatan:  Mohd Asri Redha                                                                 

Salam Sejahtera...


Saya sedang mempengerusikan kumpulan mini lab dari
pentadbiran tanah negeri Kedah..
 Dalam kesejukan yang agak sederhana di sini terasa pula nak tulis berkenaan tajuk diatas ini. Cameron Highland hari bukan Cameron Highland 20 tahun dulu.. kerana kata sorang saudara saya yang sudah lama menetap disini.. sekarang ini kurang sikit kesejukannya.. Dulu lebih sejuk.. Mungkin pembangunan yang tidak terkawal yang berlaku di sini telah menyebabkan suhunya semakin panas.


Hari ini dan kelmarin saya bersama Puan Nurulhuda PPTD dan Che Asiah dari Unit Pendaftaran berada disini dijemput oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Malaysia   untuk berbincang dan mendapatkan idea kreatif  dari beberapa pejabat tanah seluruh Malaysia, bagaimana cara terbaik  hendak menyelesaikan tunggakan pengeluaran geran hakmilik sementara kepada geran hakmilik kekal..


Sebahagian dari Group Mini Lab dari
Kedah yang hadir
Dalam pentadbiran tanah  4 isu besar yang diberi perhatian oleh kerajaan ialah  berkenaan Pendaftaran Urusniaga Tanah dan Bukan Urusniaga Tanah,  Permohonan  dan Kelulusan Pelupusan Tanah,  Pengeluaran Hak MilikStrata dan Penukaran Geran Hakmilik Sementara kepada Geran Hakmilik Kekal..  Kempat-empat isu ini jika tidak dipercepatkan proses pengeluaran akan memberi kesan kepada pembangunan negara dan negeri. Sebab itu sebarang masalah yang ada yang mengakibatkan berlakunya tunggakan yang banyak perlu ditangani dengan sebaik mungkin.


Isu berkenaan Tunggakan Urusniaga Tanah Dan Bukan Urusniaga Tanah telah dapat diselesaikan dengan jaya kepada lebih 95 % urusan tersebut telah berjaya diselesaikan dalam tempoh 1 sehari sahaja dan sebahagian besar pejabat tanah daerah telah berjaya 100 %  menyelesaikan pendaftaran dalam tempoh 1 hari sahaja dan ada juga yang berjaya siap daftar dalam tempoh kurang dari 2 jam. Pejabat Tanah Kota Setar juga tidak ketinggalan dalam mencapai 100 peratus dalam  urusan ini.


Hari ini 'mini lab' berbincang pula untuk mencari jalan macam mana cara untuk mengurangkan tunggakan pengeluran QT-FT ini.. Memang banyak tunggakan geran-geran sementara yang belum ditukarkan kepada hakmilik kekal. Sebabnya pelbagai macam masalah yang dihadapi oleh  pejabat tanah. Setiap pejabat tanah mempunyai masalah tersendiri tetapi pada keseluruhannya isu dan masalah itu boleh dikatakan hampir sama sahaja. Ada yang boleh diselesaikan dengan mudah dan ada yang terlalu sukar untuk dirungkaikan.. Ini ditambah dengan masalah sumber manusia dan keperluan infrastruktur serta peralatan. Ini yang menyebabkan tunggakan berlaku.


En Shahir PPTD Kubang Pasu ..
wakil dari kumpulan Kedah sedang
membentangkan hasil perbincangan
dan cadangan-cadangan
Sepanjang 2  malam disini banyak resolusi dan cadangan-cadangan dikemukakakan untuk mengurangkan tunggakan masalah diatas. Bagi saya perkara asas dalam penyelesaian tunggakan yang banyak ini terletak kepada manusia atau pekerja itu sendiri. Mahu buat atau tidak mahu buat sahaja.  Sebenarnya ada yang telahpun tersedia Plan PA dari JuPEM tetapi sengaja tidak dibuat dengan segera dan lama kelamaan semakin banyak dan pada akhirnya menghadapi masalah untuk mengesan balik rekod-rekod PU  yang dihantar dan PA yang diterima.. apatah lagi sistem rekod PU dan penerimaan rekod PA tidak kemaskini. Memang diperakui ada masalah yang sukar diselesaikan hingga menghalang kepada usaha menyediakan geran hakmilik kekal ini, tapi saya rasa sebahagian besar memang tidak ada masalah untuk dibuat geran hakmilik kekal itu. Sikap dan keikhlasan kakitangan untuk menyelesaikan isu tersebut adalah penting dan perlu ada pada setiap kakitangan.....


Insya Allah.. dengan idea dan cadangan bernas yang dikemukakan oleh para peserta akan dapat diimplimentasikan dimana yang sesuai dan dalam kemampuan jabatan.......


Ok jumpa lagi....

Asri Redha
Teratak Kasih...

No comments:

Post a Comment