Dengar Dulu Lagu Pamgit ini... bagi feeling sikit... he heee

Thursday 24 January 2013

Pembangunan Tapak Plaza Tunku Yaakub....Adakah menjadi kenyataan..

catatan: Mohd Asri Redha
catatan terkini: 11 Januari 2013

Hari ini kalau saudara jalan-jalan kat jln Tambang Badak...  dah tak ada lagi Madrasah kontroversi tersebut.. dah tak ada  sepanduk-sepanduk pelik-pelik... dan tak ada sapa pun dok tunjuk perasaan lagi.
Dah selesai dah fasal isu Madrasah ini.. Satu kejayaan besar kerajaan PAS dalam menangani isu
besar hingga ke peringkat nasional. Semuanya dah tutup mulut.. tak cakap apa lagi....

Tamparan besar kepada BN untuk menjawab isu ini.....

DDDDDDDDDDDDDDDDDD

Akhirnya setelah sekian lama bertelingkah.. mudah pula selesainya. Sebenarnya inilah cadangan asal yang telah direncanakan sejak saya terlibat secara langsung berkenaan isu ini... Tetapi campurtangan pelbagai pihak luar benar-benar menggagalkan usaha perbincangan dengan pihak terlibat..masing-masing nak tunjuk hero sebagai  pejuang tulen. Maka naik turun tanggalah ke mahkamah, sapa yang terlibat termasuklah saya yang terlibat secara langsung dari peringkat awal dulu .. Penyelesaiannya bukannya susah sangat pun..  .  Ini baru satu bahagian penyelesaiannya.. Sebenarnya masih ada banyak lagi isu2 yang belum selesai yang cuba diselesaikan melalui proses undang-undang........ kita tunggu dan lihatlah. Apapun harapan saya segala selesai dengan elok. pembangunan kita dapat , syiar Islam dapat kita perkembangkan, bandar kitapun akan berwajah baru sikit.....



Nampak gayanya.. lewat lagi projek ini kerana 
kes Madrasah Salihiah ini......  Terpaksalah tunggu
keputusan Mahkamah Tinggi lah pula.. bila.? tak
taulah lagi. mungkin sebulan, setahun atau 
sampai bilaaa.. Kerja tetap diteruskan......  





Berita Terkini Dalam Blog.... Depa dah mula buat laporan polis fasal PTKS hantar juga notis pindah....ada nama pegawai PTKS lagi   '''''.baca blog dibawah ini.....

http://kedahla.blogspot.com/2012/02/anak2-buah-tok-mat-bashah-tak-kenai-dah.html




rauny
Nak jadi pejuang agama mailah kat surau ni  bersyarah dan buat aktiviti kat sini..pasti nama akan masuk surat khabar TV..  mesti popular.   Isu ini juga boleh buat duit.....  lepas ni banyaklah   duit dapat.... macam-macam boleh buat ..  nampaknya satu Malaya dah tunjuk minat kat surau ini, yang dulunya kalau lalu kat situ kerlingpun tidak....  semua orang ambil kesempatan nak tonjol diri...  Macam-macam tafsiran dibuat .. yang bukan pakar agamapun buat tafsiran sendiri, yang pakar agama bagi pandangan tak mau nak pakai...  semuanya kerana setiap orang ada kepentingan masing-masingg.....    Alor Setar memang hebat......
Nak Tengok Gambaran Surau : Klik saja disini:     http://kedahla.blogspot.com/2012/01/gambaran-surau-yang-bakal-dibina.html
..
Orang PTKS pergi melawat suraupun dan dianggap misteri
PerkasA pula tumpang sekaki untuk isu 'surau' ini
Nampaknya isu 'surau' banyak mempopularkan
ramai orang yang pandai ambil kesempatan...
Lepas ni .. siaplah kena naik turun mahkamah,
mengadap SPRM ... mungkin juga kena mengadap
SPB Yang Di Pertuan Agong........  wah hebat
juga noo......

Utusan Malaysia sudah buka column khas untuk kes
Isu Madrasah ini bertajuk "Selamatkanlah
Madrasah Salihiah" Sudah melarat nak pi
ke SPRM pula.... 




Sudah bukan perkara sulit lagi berkenaan cadangan pembangunan semula tapak projek terbengkalai Plaza Tunku Yaakob dan kawasan sekitarnya ditengah-tengah bandar Alor Setar ini. Cadangan penyelesaian sudah diajukan sejak sekian lama, namun tidak ada penyelesaian muktamad hinggalah bangunan buruk yang ada menjadi suatu binaan yang mencemarkan keindahan bandar Alor Setar ini. Satu demi satu cadangan dirangka dan dikemukakan namun.. penyelesaiannya  tidaklah semudah yang diucap dan dicakap... Bacalah dalam beberapa blog tempatan yang telah memberikan komen-komen sinis berkenaan cadangan pembangunan semula tapak itu dan kebanyakannya kalau boleh apa yang dirangka dan dicadangkan itu perlu dilaksanakan dengan segera....  Terlalu banyak masalahnya .
Keratan akhbar ini adalah merupakan rentetan
beberapa isu yang berbangkit yang mana
terpaksa dihadapi oleh PTKS.....
 Namun sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab isu-isu seperti ini serumit manapun perlulah dicari jalan penyelesaian dimana kadang-kadag kerajaan terpaksa berhadapan risiko-risiko yang pelbagai dan diluar jangkaan. Namun demi kepentingan rakyat usaha-usaha dibuat berterusan...   Banyak isu-isu yang berbangkit dalam proses untuk membangunkan semula tapak ini dan sekitarnya. Bermula untuk mencari sumber kewangan yang bukan sedikit, mendapatkan pemaju yang berwibawa dan berkemampuan, menyelesaikan isu-isu tanah yang penuh dengan isu perundangan yang amat complicated' , disamping kegagalan mendapat kerjasama tuan tanah untuk membangunkan projek  serta proses  pengambilan tanah yang agak sukar yang pastinya akan melibatkan proses mahkamah yang panjang...

Sungguhpun begitu usaha tetap diteruskan dan Pejabat Tanah Kota Setar merupakan agensi yang memainkan  peranan yang amat penting dalam memastikan pengambilan tanah-tanah yang terlibat berjalan lancar dan bebas dari sebarang masalah bila dilaksanakan pembangunan atas tanah tersebut..

Keratan Akhbar Berita Harian : 15/11/11
Pejabat Tanah Kota Setar akan berusaha sebaik  mungkin bagi memastikan segala halangan-halangan perundangan dapat diatasi melalui proses pengambilan tanah  dibawah Akta Pengambilan Tanah. Sudah tentunya kerjasama dari agensi pemohon iaitu PKNK amat diharapkan terutama dalam melunaskan segala bayaran pampasan yang ditentukan oleh Pejabat Tanah Kota Setar. Jika gagal dilunaskan dalam tempoh-tempoh tertentu sudah pasti kerajaan negeri dan PKNK akan berhadapan masalah yang lebih rumit lagi terutama apabila melibatkan tuntutan bayaran-bayaran faedah dan sebagainya.



Ini adalah cabaran yang amat besar kepada jabatan ini kerana proses perbicaraan pengambilan tanah ini menjadi terlalu amat teknikal dengan segala macam isu dan masalah yang ada.. Namun semuanya itu saya rasa tidak melemahkan semangat pegawai-pegawai jabatan untuk cuba merealisasikan hasrat dan harapan kerajaan negeri dan wargakota ini. Kita tunggu dan lihatlah nanti perkembangan yang berlaku nanti.

Keadaan sekarang semakin menjadi-jadi isu ini... sudah masuk pula dalam Aduan Rakyat TV3 .. sudah jadi berat sebelah...  Hari-Hari ada masuk dalam akhbar.. ulasan dan pandangan yang pelbagai...

Ya Allah.. Ya Tuhanku... Ampunkanlah hambamu yang hina dina ini.... bukan niat diri ini untuk membuat sesuatu yang merosakkan keimanan dan Keislamanku serta merosakkan syiar Islam... Aku terima tugas ini sebagai satu  tanggungjawab yang diamanahkan.. Apa yang aku buat ini adalah untuk kepentingan umat Islam juga...  Aku  melihat ini dalam konteks yang lebih luas lagi supaya semua pihak beroleh kemenangan...... Insya Allah surau baru yang akan dibina nanti lebih baik lagi dan lebih diimarahkan lagi dengan
aktiviti-aktiviti keagamaan. Semoga Hamba Allah yang telah mewakafkan tanahnya itu untuk tujuan tersebut akan mendapat limpahan pahala yang berlipat kali ganda kerana selain surau baru yang akan dibina secara percuma oleh pemaju yang masih dianggap wakaf kepada tuan tanah asal, hasil pampasan tanah dan bangunan itu juga akan digunakan untuk tujuan kemaslahatan umat Islam seperti membina surau atau masjid baru ditempat lain yang akan dimanafaatkan oleh ramai lagi umat-umat Islam yang memerlukan...... amiiin...

Jumpa lagi....

Kisah terkini : 11.11.11



Forum diskusi fasal Projek Plaza Tunku Yaacob.... layari tengok.. macam-macam cerita ada... lepas tu fikirkanlah......  semua ada pandangan masing- masing.... semuanya betul.... yang  protespun  betul dan yang  rancang pun betul... jadi lebih baik buat juga.....ada manfaat yang lebih besar lagi kepada umat Islam...

http://www.skyscrapercity.com/archive/index.php/t-974528.html



http://www.kedahlanie.info/2012/01/nak-pertahankan-madrasah-nak.html

 http://www.syburi-times.blogspot.com/2012/01/exco-penerangan-kerajaan-kedah-kurang.html

Sekarang projek ini sudah menjadi isu yang besar
dan makin menarik yang merangkumi isu perbandaran,
isu sosial, isu politik, isu ekonomi, isu perundangan 
dan isu ugama....Menarik untuk dikaji dengan lebih
mendalam dan kita tunggu apa akan berlaku seterusnya
kes ini....Saya akan ikuti kes ini hingga selesai...