Dengar Dulu Lagu Pamgit ini... bagi feeling sikit... he heee

Tuesday 12 June 2012

AntarA TugaS dan MemeNuhi KehendaK PelanggaN

Apa sebenarnya yang hendak ditunjuk..... Kezaliman
Pejabat Tanah Kota Setar kerana melaksanakan
perobohan bangunan tersebut untuk kegunaan
penduduk dikawasan Kg Tok Seron itu juga..
Sampaikan Pak Menteri datang ziarah dan  
bagi sumbangan tunai..... ...... Nak marah
Pejabat Tanah (Kerajaan Negeri) atau
nak marah kementerian lain.....
Tarikh  : 12 Jun 2012
Catatan: Mohd Asri Redha
Tempat: Bang. Sultan Abdul Halim, Alor Setar

Penjawat Awam sebenarnya mempunyai tanggungjawab dan tugas yang telah ditetapkan berdasarkan sumber kuasa yang diberikan... kalau Pejabat Tanah sumber kuasanya tentunya dari Kanun Tanah Negara, Aturan Tanah Negeri, Akta Pengambilan Tanah, Akta Pembahagian Harta Pusaka dan berpuluh-puluh akta dan enakmen serta pekeliling-pekeliling yang dikeluarkan dari masa ke semasa.... Sebenarnya kalau ikut 100 peratus kehendak-kehendak yang termaktub dalam undang-undang dan pekeliling.. rasanya tidak ada masalah untuk penjawat awam menjalankan tugas.

JKKK tidak perlu kalut 
dalam hal ini kerana jabatan terlibat 
kena buat ....sebab ini tugas dan 
tanggungjawab jabatan berkenaan 
kerana pampasan telah diberikan dan 
tapakpun dah ada.. mai buat saja.......
Tidak perlulah menyalahkan kerajaan
negeri kerana meroboh bangunan2 tst
Sebenarnya diroboh untuk kegunaan
balik tapak tersebut bagi kemudahan 
penduduk Kg Tok Seron untuk kubur.
mereka juga Kerajaan Persekutuan 
buat khas untuk mereka sebagai ganti.. 



Tapi 'reality'nya tidaklah begitu... kehendak pelanggan adalah berbeda. Manusia kalau kat orang lain, semua tak kena kalau tak ikut undang-undang dan peraturan... tapi kalau terkena batang hidung sendiri segala undang-undang dan peraturan yang ada tak mau pakai dah..... Itulah realitinya dalam kerja saya hari-hari.. macam-macam kita jumpa.....


Kadang-kadang kalau kita baca dalam akhbar sesuatu isu dibangkitkan nampak sangat seolah-olah sesuatu tindakan penguatkuasaan yang dibuat oleh jabatan itu nampak zalim sangat ... tidak berperikemanusiaan.. dan sebagainya.. sampai ada cadangan supaya kakitangan jabatan termasuk saya ditarbiah untuk mengamalkan akhlak Islam, nilai murni dan bersikap bertimbang rasa... Amboi amboi amboi sedapnya cakap... Awat terok sangatkah saya dan anak-anak buah saya sampai macam tu sekali... terok sangatkah akhlak saya dan anak-anak buah pejabat tanah kota setar dan agensi kerajaan persekutuan lain yang terlibat... 


Saya pernah bekerja dibawah BN sejak sekian lama dan dibawah PR dalam tempoh 4 tahun ni... tak ada bedanya tindakan yang diambil.. semuanya berlandaskan undang-undang dan peraturan .. Biasanya setelah segala prosedur dan masa yang secukupnya diberi baru tindakan diambil.... Sayapun manusia berakhlak dan bertimbang rasa juga dan yang terlibatpun manusia yang ada perasaan juga... Jadi segala ruang telah diberi dengan sebaik mungkin...  tapi itulah... buat tak kisah dan buat main-main.. masih mahu main politik juga....


Lawatan Kerja pada 13.06.2012 jam 10.45 pagi ..ke Kg 
Tok Seron.. tak terjumpa pula kanak-kanak sedang 
duduk belajar bawah khemah yang dikatakan panas 
lit -lit.

Yang terjumpa khemah kosong ada terjumpa... tapi 
tak ada apa-apa aktiviti didalamnya.....

Yang terjumpa juga ialah kanak-kanak tersebut 
sedang belajar di dalam bangunan. Ini yang 
hairannya.  kat mana depa ambil gambar tu...  
Begitulah ceritanya..kalau dipolitikkan perkara
 ini macam nilah jadinya..Biarlah jabatan sesama 
jabatan kerajaan mencari jalan penyelesaian... 
boleh selesaipun... Secara kebetulan terserempak 
dgn Pengarah Kemas Neg Kedah sendiri Tn Hj Che 
Kamarudin b. Che Ismail yang turun ke padang 
meninjau  tadika ini.. sempat juga saya berbincang 
dengan Tuan Pengarah dan memberi cadangan 
penyelesaian kepada beliau.....dan apa yang 
PTKS boleh bantu..
Kalau semua tak mau ikut aturan dan peraturan susahlah macam tu....  Tidak ada unsur kezaliman dalam hal ini. dan tidak ada tindakan diambil atas pertimbangan politik, kerana projek ini sebenarnya adalah projek Kerajaan Persekutuan, dan jabatan yang dok kalut sangat tupun dari Jabatan Persekutuan...dan JKKK yang terlibat itupun JKKK Persekutuan. Jabatan Persekutuan banyak duit.. takkan walaupun sudah diketahui sejak 2 tahun lalu kena pindah tak buat  apa-apa cari bangunan baru atau buat pengambilan tanah.  Jadi nak marah kat sapa sebenarnya.  Tak payahlah dok tunjuk sedih dan melaratnya anak-anak belajar dalam khemah yang panas itu.. seperti dilaporkan dalam Sinar Harian bertarikh 11.06.2012 .. nak menunjukkan betapa zalimnya pejabat tanah pergi roboh bangunan yang sebenarnya bukan bangunan pusat tadika itu pun... Kerana ini akhirnya akan memalukan jabatan itu sendiri dengan pendekatan seperti itu.. seolah-olah lekeh sungguh kementerian berkenaan... benda kecil seperti itupun tidak dapat diselesaikan... sampaikan Menteripun pergi melawat dan beri sumbangan wang tunai sahaja bukannya nak tolong selesai menyediakan penempatan yang lebih selesa...


Sebenarnya saya boleh mengambil tindakan tidak mengambil serious segala arahan dari kementerian untuk melaksanakan apa-apa tindakan penguatkuasaan kerana nak heran apa.. saya bekerja dengan kerajaan negeri yang tidak bersependapat dasar dan prinsip dalam beberapa hal dengan kerajaan persekutuan... Namun saya adalah pegawai kerajaan yang tidak menyebelahi mana-mana pihak. Saya dan anak buah bertindak secara profesional..  kerana kita tahu tanggungjawab kita tanpa mengira ianya dari kerajaan negeri atau kerajaan persekutuan atau ianya dari fahaman politik berlainan.. Tidak dapat dinafikan oleh kerana saya adalah kakitangan kerajaan negeri dan secara kebetulan Negeri Kedah diperintah oleh Kerajaan PR maka tentunya tugas saya ialah melaksanakan apa-apa dasar dan arahan-arahan yang dibuat oleh kerajaan negeri asalkan ianya tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan Negeri serta agama.... Itu biasalah dan tidak boleh disalahkan anggota perkhidmatan awam kerana sistem pentadbiran kita memang macam tu..Takkan dulu saya bekerja dengan penuh taat setia pada kerajaan BN tapi bila dan beralih kerajaan nak suruh saya boikot dan bantah arahan kerajaan baru pula.... Mana boleh macam tu.. kalau buat macam tu huru hara jadinya. Sepanjang saya bekerja dibawah kerajaan sekarang tidak pernah diarah untuk tidak memberi kerjasama kepada jabatan persekutuan dalam urusan-urusan yang melibatkan kepentingan orang ramai.

Oleh itu saya amat mengharapkan janganlah terlalu mensensasikan sangat isu-isu seperti ini kerana ianya akan melarut-larut kepada lebih banyak kes-kes yang seumpama itu dimana melibatkan projek-projek kerajaan persekutuan. Jangan pula nanti kalau dah banyak masalah sangat,  pejabat tanah diarah kerajaan negeri supaya jangan campur tangan urusan-urusan jabatan-jabatan persekutuan terutama dari segi penguatkuasaan tanah.


Senanglah saya .. tak gaduh pening kepala memikirkan hal-hal yang memang memeningkan itu. Sapa yang mahu dok pi roboh-roboh rumah dan bangunan orang apatah lagi kalau melibatkan berkaitan keagamaan dan kebajikan orang ramai.. Namun pada akhirnya yang rugi adalah rakyat juga......

Oleh itu saya rasa tidak perlulah menjawab segala persoalan dan isu-isu yang dibangkitkan berhubung kes ini dengan memberi kronoloji kes ini sejak 2 tahun yang lalu.... Memadailah jawapan yang diberikan oleh YB Dr Ismail.. Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dalam Akhbar Sinar Harian bertarikh 12 Jun 2012 seperti yang saya sertakan dalam blog ini... Kenyataan YB berkenaan sebenarnya menjawab beberapa persoalan yang dibangkitkan...  Jadi lebih baik tutup cerita takat itu saja... Elok jabatan terlibat buat kerja masing-masing dengan segera dan tidak gundah gulana yang tidak berkesudahan dan menyalahkan orang lain.......  niat kita kena baik dan ikhlas dan tidak ada agenda tersendiri untuk menjadi popular.. lebih-lebih lagi dekat pilihanraya ni... banyak orang sudah menggelabah tak tentu fasal....kalau nak berpolitik.. berpolitiklah secara berakhlak dengan menunjukkan peribadi yang mulia dan baik serta turun ke padang memberikan segala perkhidmatan kepada pengundi-pengundi yang dahagakan perkhidmatan orang politik....

Jumpa lagi peminat maya saya.....minta maaf kalau terlebih cakap....


Teratak Kasih                                                                                                  
Alor Setar                                                                                       



Monday 11 June 2012

Lawatan Kerja Berkualiti....

11 Jun 2012
Catatan: Mohd Asri Redha

Salam Sejahtera
Salam Satu Kedah.....

Hari ini saya terasa nak keluar siar-siar sekitar Daerah Kota Setar ini bersama-sama anak buah....Tumpuan di sekitar Bukit Pinang...   Selama ni keluar juga melawat kawasan tapi masa amat mencemburui kita...kerja-kerja pentadbiran kat ofis terlalu banyak dengan segala macam arahan dan kehendak yang perlu dipatuhi dan ditunaikan... kerja sebenar kadang-kadang dah jadi keutamaan ke 2. Selepas  ini nak mai pilihanraya lagi ..Rasanya sebahagian besar anak buah jadi petugas SPR..lagilah celaru..tapi tak apa demi tugas pada negeri dan negara terpaksa berkorban walaupun nanti pelanggan akan bersungut fasal ada banyak urusan di PTKS tergendala.

Saya kata bersiar-siar ni jangan ingat bukan-bukan pula.. bukan bersiar-siar makan angin.... tapi bersiar-siar lawat projek dan kes yang ada kaitan dengan Pejabat Tanah Kota Setar..


Padang Hassan... 11.06.12 ..Jam 10.00 pg
Operator Kuari.....

Sekali pandang  tanpa sukatan teliti.. nampak jelas... kuari
ini telah melanggar syarat kelulusan yang dibenarkan......
Nampak sangat korek tanah sampai rapat sempadan
tanah..Kenapalah tidak mahu ikut peraturan.... walaupun
pun pemereksaan kurang. sekarang kan susah..
tindakan..???
PengurusaN Melalui LawataN ini amat penting kerana untuk memastikan segala arahan dan peraturan ditetapkan dilaksanakan oleh semua yang berkaitan ...    Bila buat arahan kena buat tindakan susulan... kalau tidak.. arah tinggal arah, peraturan  tinggal peraturan...   sebab itu banyak berlaku kepincangan.. malangnya dengan kudrat yang ada tidak mampu untuk buat semua...  maka buatlah seadanya yang termampu......-pandai-pandailah anak buah memahami kehendak dan gaya ketua jabatan. Penuhi dan sambut hasrat ketua untuk memajukan jabatan dengan cara kerja proaktif, kreatif dan rajin.
Padang Tembak, Bkt Pinang...11.06.12 (jam 10.45 pg)
Operator Kuari...

Pembawa kenderaan ni kata tengah dok baiki enjin..
Katanya tak berjalan hari ini.. tapi enjinnya panas sekali..
Apa cerita... Kat jalan masuk pula ada lori sedang menunggu
untuk masuk ambil tanah merah..  bila patah balik dan lesap..
Tanya punya tanya baru mengaku pagi-pagi tadi memang
dah keluar tanah merah.. sah resit royalti tidak ada kerana
dah tamat tempoh yang dibenarkan......... so.. so.. so..........
Tindakan ... 
Bila saya melawat tu biasalah... gambar mesti ada... so jadilah PengurusaN Melalui GambaR pula... Gambar menggambarkan segalanya......... maka inilah gambarnya...... tengok dan nilailah .....

Menjadi kebiasaan laporan perlu ada dan direkodkan.... saya lebih suka rekod kat blog selagi ianya bukan yang dibawah perkara sulit dan boleh memberi imej tidak baik pada jabatan... setakat ini .. ok saja.




Kena lawat dulu tapak permohonan kuari pasir darat..
.........sebelum beri apa-apa kelulusan.. utk mengelakkan
timbul masalah dengan masyarakat sekitar .. Pengalaman
membuktikan bila dah dapat permit... hilang segala aturan
dan peraturan yang ditetap.. kira dok kampoi duit saja....
Jadi peringkat awal kena 'strict' sikit..........jalan keluar
masukpun kena tengok segala aspek..........................


Kuil Muniswarar,  Alor Setar (Belakang  Pusat Latihan
Pembantu Perubatan) ......... cadangan permohonan
tapak letak kenderaan... kegunaan pelawat kuil....

Tuesday 5 June 2012

Bersara & Bertukar

05 Jun 2012                                                                                   
Catatan: Mohd Asri Redha b. Abdul Rahman                                  

Sebahagian pesara yang terlibat sedang menerima cenderamata dan
hadiah sumbangan Jabatan dan Badan Kebajikan dan
Rekreasi Pejabat Tanah Kota Setar
 BertukaR dan BersarA adalah lumrah dalam aliran hidup seorang manusia... begitu juga kakitangan PTKS.. sedar tak sedar rupanya masa berlalu dengan begitu pantas... sampailah masanya seorang pekerja itu bersara dari perkhidmatannya dan ada ketikanya  bertukar kerjaya ketempat lain, samada ditukarkan, mohon bertukar atau mohon berhenti ....
Begitulah kitaran hidup kita... setiap yang bermula pasti  berakhir... sesiapapun tidak dapat menahannya .. perkara itu tetap berlaku.... Majlis Meraikan 
Staff PTKS hadir meraikan pesara-pesara dan pegawai PTKS
yang bertukar tempat kerja...

Persaraan dan Pertukaran Kakitangan PTKS telah diadakan pada 05 Jun 2012 Tkt 12,  Bangunan Sultan Abdul Halim, Alor Setar. Mereka yang terlibat dengan pertukaran ke jabatan lain ialah Puan Rosnani bt. Mat Rais , Wan Shuhairi b. Wan Senu... Pembantu Tadbir,   En Zulkifli Penolong Pegawai Tanah, Puan Cik Shopiah bte. Hassan Pembantu Tadbir . Manakala yang bersara ialah en Azhari b.             Penghantar Notis, Tn Hj Abd Azid b.  Md Zain  Pembantu Tadbir Kanan, Puan Rodziyah bt. Ismail      Pembantu Tadbir Kewangan (Kanan) dan  juga Tuan Syed Khalid b. Syed Osman Penghantar Notis yang akan bersara dalam tempoh terdekat ini.

Saya  bagi pihak semua kakitangan PTKS  telah mengucapkan selamat bersara kepada mereka yang terlibat dan  mendoakan kehidupan mereka bertambah bahagia selepas persaraan dan dapat menumpukan sepenuh masa dan perhatian kepada keluarga masing-masing... Manakala yang bertukar, saya bagi pihak semua staf PTKS  mengucapkan selamat maju jaya kepada semua yang terlibat ... semoga dengan pertukaran ini akan dapat memberi suasana persekitaran tempat kerja baru dan mampu meningkatkan lagi produktiviti jabatan.



Teratak Kasih                                                                                              
Jalan Sultan ABdul Halim, Telok Wanjah.......................