Dengar Dulu Lagu Pamgit ini... bagi feeling sikit... he heee

Showing posts with label pandangan. Show all posts
Showing posts with label pandangan. Show all posts

Tuesday, 19 August 2014

Kenali Bangunan Tempat Anda Bekerja.. Satu Pandangan Berkenaan Penggunaan Tenaga

Catatan: Mohd Asri Redha
01 Februari 2012

Sepanjang masa kita bekerja di mana-mana dalam bangunan adakah kita tahu .. adakah kita tahu apa-apa tentang bangunan itu....  Saya ada beberapa fakta menarik hasil kajian yang dibuat oleh Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Ibu Pejabat JKR berkenaan penggunaan tenaga di dalam Bangunan Sultan Abdul Halim ini, iaitu tempat saya bekerja ini.

Apa yang saya nak cerita ini bertepatan dengan catatan pandangan saya berkenaan tajuk ' pembaziran' dalam blog-blog saya sebelum ini. Rujuk ..   http://semangatjatiptks.blogspot.com/2011/11/selamat-sejahtera.html.  

Saya tidak pasti sama pandangan saya itu diberi perhatian atau tidak oleh anak-anak buah. tapi sebenarnya ianya terletak atas kesedaran diri sendiri...   Bukannya melibatkan kos pun dan tenagapun.. cuma sekadar sedikit kesedaran maka pada akhirnya boleh memberikan kebaikan kepada semua jika semua kita bertindak sewajarnya ....

Kita sebenarnya jarang ambil  peduli akan apa-apa yang diluar kawalan kita walaupun kita sedar kita menggunakan sepenuhnya kemudahan itu setiap hari...   mungkin kita terfikir.. itu kerja jabatan lain.. kita gaduh apa... kalau rosak dan bil tinggipun.. bukan kita kena bayar.. jabatan itulah yang kena bayar... Jadi apa dok kalut sangat..  Jabatan saya hanya menggunakan 2 tingkat dari keseluruhan  13 tingkat bangunan ini.  Sayapun tertanya-tanya berapa sebenarnya perbelanjaan elektrik dan air serta maintenance ke dua-dua tingkat ini...

Ada banyak fakta menarik yang perlu saudara-saudari tahu berkenaan penggunaan tenaga elektrik dan air di Bangunan Sultan Abdul Halim.. dari fakta-fakta ini saudara-saudara fikirkan dan renong-renongkanlah..... apa yang boleh kita buat dan bantu bagi mengurangkan perbelanjaan-perbelanjaan yang tidak perlu dalam bangunan kita ini dengan sedikit perubahan sikap dan kesedaran yang positif.

Rumusan fakta yang diperolehi oleh JKR pada saya agak menggerunkan.... Dalam setahun kerajaan berbelanja untuk penggunaan tenaga elektrik antara  RM900,000.00 hingga RM1,000,000.00. Pada tahun 2011 sahaja jumlah bayaran bil elektrik di bangunan kita ini ialah RM932,510.15.   Paling tinggi dalam sebulan bil elektrik ialah RM86,280.68 dan paling rendah ialah RM68,432.04. Purata sebulan bil elektrik bangunan Sultan Abdul Halim ini ialah RM77,709.18.  Ini bermakna kita boleh berjimat sampai hampir RM20,000 sebulan..jika benar-benar semua staf dalam bangunan ini ada kesedaran kearah penjimatan dengan mengelakkan pembaziran.

Kalau dikira pula dimana pula pecahan bahagian yang paling banyak guna elektrik... tentunya Penyaman Udara guna 68%, Pencahayaan(Lampu)/Peralatan Elektrik Jabatan(small power) guna  21% , Cold Water Pump guna 1.1% dan Lif guna 9.20 %.

Fakta menarik penemuan-penemuan pasukan kajian JKR tersebut adalah seperti berikut:

Lampu tandas lelaki dan wanita sentiasa terpasang walaupun mendapat pencahayaan semulaja-sudi  (jadi kalau cerah sungguh.. cadangan saya ..sapa-sapapun boleh tutup lampu tersebut.. buka bersesuaian saja)

Lampu diruang lobi menunggu lif terpasang walaupun mendapat pencahayaan semulajadi (Pemerhatian saya memang lepas waktu opispun terpasang begitu saja.... sudah jadi amalan saya .. bila balik mesti tutup lampu kat lif bila pulang lewat.. memang terpasang 24 jam kalau saya tiada.. setakat sekarang ni pemerhatian saya tidak ada sapa ambil peduli terutama tkt 2.

Bacaan suhu bilik bagi setengah jabatan melebihi had yang ditetapkan mengikut piawaian Malaysia. iaitu ada yang dibawah 23 Celcius. Sepatutnya antara 23C-26C. Kalau piawaian Tan Sri KSN ialah 24 Celcius sahaja

Didapati kesemua lampu fluorescent yang digunakan adalah daripada jenis T8 36watt. Ada setengah ruang, kecerahannya yang terlampau...

Tahap kesedaran yang kurang dikalangan pekerja tentang penjimatan tenaga (Ini saya setuju sangat-sangat dan saya amat mengharap anak-anak buah PTKS menjadi pekerja yang paling tinggi tahap kesedaran ini... )

Keadaan cooling tower yang tidak bersih

Suhu bilik yang tidak seragam setiap tingkat antara 22Celcius hingga  25 Celcius.(Setahu saya pendingin hawa persendirian yang ada kat bilik saya amat kurang terpasang kecuali kalau panas benar)

Antara syor dan cadangan pasukan kajian yang tidak menggunakan kos yang saya rasa patut sangat beri perhatian anak-anak  buah ialah peka dengan penggunaan peralatan elektrik... adakalanya kita terlalu membazir sangat terutama dari segi penggunaan komputer, pencetak, mesin fotostat ., menutup lampu yang tidak perlu terutama selepas waktu pejabat (ini yang saya selalu peringatkan pada anak-anak buah),  dan menghentikan penyaman udara persendirian atau tidak membuka penyaman udara individu jika sudah ada penyaman udara berpusat..  Kalau guna juga tutup bila tidak ada dalam bilik dan tutup lebih awal 15 minit sebelum meninggalkan pejabat. Satu lagi yang saya cadangkan ialah kalau lutut ok dan tidak ada sakit jantung  elok naik tangga sahaja untuk ketingkat yang termampu...   kos jimat , kesihatan akan bertambah ok.. kalori memang terbakar banyak kalau naik tangga.  Yang lain-lain langkah penjimatan yang  disyorkan itu tidaklah mahu saya sentuh kerana agak teknikal dan memerlukan kos.

Jadi mahu tunggu apa lagi... bertindaklah segera tanpa bertangguh-tangguh lagi... Kita perlu ada kesedaran kearah ini bagi mengelakkan pembaziran dan keletihan kita mencari duit untuk membayar perkara yang tidak perlu.. bukan  setakat penggunaan tenaga elektrik sahaja tetapi lain-lain perbelanjaan yang kita buat saya lihat banyak sangat berlaku pembaziran....  

Kita harus ingat.. semua bayaran yang dibuat itu sebenarnya datang dari kantong yang sama juga dan kita sebagai Pejabat Tanah tentunya mengutip hasil untuk kerajaan negeri....  Kenapa pula perlu disuruh setiap warga dalam bangunan ini melaksanakan penjimatan.. sepatutnya kesedaran kena ada dalam diri sendiri...tak payah dok suruh.. kita ada otak.. maka gunakanlah semaksimanya apa yang baik dan apa yang tidak baik...
Pasukan Kajian JKR telah menganggarkan jika segala langkah-langkah teknikal dan kesedaran kakitangan diambil.. jumlah penjimatan yang setahun yang dapat dikurang sebanyak RM162,251.59....   Macam-macam boleh dibuat dengan jumlah itu....

Itu baru komplek Bangunan Sultan Abdul Halim.... Macam mana pula dengan komplek Wisma Negeri, Wisma Darul Aman dan banyak lagi bangunan kerajaan negeri yang besar-besar.. Saya rasa kalau dibuat kajian penggunaan tenaga inipun saya rasa 'patern'nya adalah sama ajee.....

Ok.. permisi dulu... 

Tuesday, 24 July 2012

Keseronokan Bekerja

25 Julai 2012
Catatan: Mohd Asri Redha

Nak bagi seronok bekerja sebenarnya bukan mudah seperti cakap. Namun kita kena bagi seronok juga bila bekerja.. Walau apa cara sekalipun kena usaha bagi seronok. Kalau tidak sebahagian besar hidup kita didunia ini berada dalam keadaan tidak seronok..  makanya diri sendirilah kena pandai-pandai bawa diri macam mana nak bagi seronok dalam bekerja. Ada juga yang seronok bekerja tapi bukan dalam bentuk yang produktif.. tapi dia seronok mai kerja kat pejabat tapi tak buat kerja sepenuhnya pun dan asyik tuang kerja saja dan curi masa kerja untuk kerja peribadi lain. Ada juga ambil kesempatan waktu bekerja dengan kuasa dan peranan yang ada di jabatan-jabatan tertentu, dia boleh atur pula untuk kepentingan diri sendiri... Seronok bekerja cara ini tidak boleh pakai langsung...  Yang jenis inipun banyak juga kat kebanyakan opis. Yang jenis ini saya akan cerita lain dalam ruang khusus atas tajuk itu

Yang saya maksudkan  disini ialah kita seronok bekerja tapi produktiviti kita juga tinggi. ... Saya sebagai Ketua Jabatan tak lah pandai untuk beri ceramah motovasi untuk  cerita fasal seronok bekerja kepada kakitangan. Jadi kita cari orang pakar untuk cerita apa yang membolehkan seseorang itu seronok bila datang bekerja. Dia sentiasa ceria sahaja berada dipejabat. Buat kerja dengan penuh tanggungjawab, berdisiplin, mematuhi arahan ketua dan pegawai atasannya, tidak berkira dalam bekerja, sentiasa hendak membantu pelanggan yang datang berurusan, sentiasa mengambil bahagian dalam setiap aktiviti jabatan dan kelab jabatan, mempunyai kasih sayang sebagai sahabat dikalangan kakitangan dan segala macam yang baik-baik belaka.  Alangkah seronoknya saya dan semua orang jika semua kakitangan yang ada macam tu.. bahagia rasanya bekerja dikelompok kakitangan yang begitu.. Ya.. kita mahu bahagia hidup didunia dan akhirat.  Mengapa kita perlu susah-susahkan diri dengan perkara yang kita tidak perlu susahpun didunia yang hanya sementara ini... 

Sebab itulah kita cari pakar... baru-baru ini di Ipoh saya dan anak-anak buah telah menganjurkan Kursus Motivasi kepada kakitangan di Hotel Heritage, Ipoh. Penceramahnya dari Institut Aminudin Baki iaitu Tuan Hj Razmi Majid.. Bagus ceramah beliau itu. Saya tak mau ulas panjang fasal ceramah beliau itu tapi saya dapat simpulkan sepertimana yang diceramahkan itu bahawa untuk seronok bekerja  faktor utama ialah tahap kesihatan yang baik, samada kesihatan fizikal dan kesihatan mental yang baik. Untuk mendapatkan kesihatan mental yang baik kita kenalah banyak membaca.. Faktor emosi juga mempengaruhi keseronokan dalam bekerja. Emosi ini selalunya berinteraksi dengan perasaan dan persepsi kita. Bukan mudah seorang kakitangan boleh serasi dengan semua kakitangan lain kerana setiap orang ada ego dan keistimewaan  masing-masing . Yang penting kita perlu berfikiran positif. Untuk seronok juga kita perlu ada aura. Aura kita sesuatu yang unik. Kita perlu buat agar kita dihargai, buat diri kita rasa diterima oleh rakan-rakan, bagi ada rasa selamat dalam organsasi yang diduduki. Perasaan seronok dalam pekerjaan kita akan terjelma kalau kita mempunyai ilmu yang dikembangkan lagi melalui pengalaman kita bekerja. Ada kenikmatan disitu kerana ini akan buat kita suka akan kerja kita. Cubalah belajar menyayangi rakan taulan kita, jangan ada perasaan benci dan tidak suka rakan sekerja kita. Jangan pandang rendah sahabat-sahabat kita. Biar susah bersama dan senang bersama.. selamat dunia akhirat. Berjenakalah secara sederhana sebagai sebahagian rutin kehidupan kita serta bertoleransi sesama kakitangan dengan bantu membantu antara satu sama lain. Insya Allah seperti kata penceramah tersebut. . akan datang kenikmatan dan keseronokan dalam bekerja..

Ok.. cukup takat itu dulu.... nanti saya cerita fasal Hari Keluarga PTKS pula....  kerana salah satu cara nak lepaskan tekanan kerja seharian ialah kita buat Hari Keluarga PTKS. Melalui Hari Keluarga , semua kakitangan dapat lebih mengenali keluarga sahabat-sahabat kita yang bekerja bersama-sama dijabatan dan dapat mengambil bahagian aktiviti yang diatur dengan penuh kegembiraan dan keseronokan. Saya cuba lengkapkan pakej motivasi keseronokan bekerja ini dengan ceramah , hari keluarga dan juga sebelum ini telah atur anak buah mendaki Gunung Jerai dengan berjalan kaki sejauh 12 KM untuk maksud kecemerlangan kesihatan. Sebelum ini juga telah diaturkan pertandingan tenpin boling sesama kakitangan dimana sebahagian besar kakitangan telah mengambil bahagian dengan seronok sekali bermain walaupun banyak yang masuk longkang... tak apa yang penting mau ambil bahagian... Sebenarnya banyak lagi yang telah diaturkan agar ada kelainan dan ada kepelbagaian dalam seharian kita bekerja di pejabat yang boleh memberi keseronokan dan kesihatan fizikal dan mental yang baik seperti aktiviti senaman berirama poco-poco yang dianjurkan setiap minggu, dan harapan saya selepas ini kena sambung balik , majlis jamuan hari raya, program karnival lelong awam hartanah yang julung kali diadakan dan jamuan-jamuan antara staf yang diadakan sekali sekali sebenarnya boleh mengeratkan hubungan kakitangan... itu tidak kira karaoke keluarga yang telah diadakan sekali sekala., boss belanja makan sekali sekala kalau ada duit lebih sikit dan sebagainya..... memang seronok sekali....  

Tapi itu lah yang sedihnya waktu menulis ini saya hanya punyai 6 hari sahaja lagi bersama anak-anak buah yang ceria-ceria belaka sekarang ini.. lebih-lebih lagi mereka dah dapat pejabat dan perabut baru... Agak berat juga saya untuk meninggalkan jabatan yang telah menunjukkan banyak perubahan. Kempunanlah saya hendak merasa bilik baru..dok 'planning' macam-macam kat sana tu nanti. tak apalah demi kerana  tugas , terpaksa akur juga dengan arahan itu kerana sebenarnya saya dah mula serasi dengan sebahagian besar kakitangan walaupun depa tahu saya ni agak 'strict' sikit dalam hal-hal berkaitan dengan disiplin... Adalah sikit-sikit lagi yang tak berapa serasi lagi dengan cara saya tapi.. tak apalah. biasalah tu....itulah namanya manusia.

okkkk... cukup-cukup.. dah melalut panjang ni..  kata nak berhenti....

Selamat Berpuasa.....

Tuesday, 12 June 2012

AntarA TugaS dan MemeNuhi KehendaK PelanggaN

Apa sebenarnya yang hendak ditunjuk..... Kezaliman
Pejabat Tanah Kota Setar kerana melaksanakan
perobohan bangunan tersebut untuk kegunaan
penduduk dikawasan Kg Tok Seron itu juga..
Sampaikan Pak Menteri datang ziarah dan  
bagi sumbangan tunai..... ...... Nak marah
Pejabat Tanah (Kerajaan Negeri) atau
nak marah kementerian lain.....
Tarikh  : 12 Jun 2012
Catatan: Mohd Asri Redha
Tempat: Bang. Sultan Abdul Halim, Alor Setar

Penjawat Awam sebenarnya mempunyai tanggungjawab dan tugas yang telah ditetapkan berdasarkan sumber kuasa yang diberikan... kalau Pejabat Tanah sumber kuasanya tentunya dari Kanun Tanah Negara, Aturan Tanah Negeri, Akta Pengambilan Tanah, Akta Pembahagian Harta Pusaka dan berpuluh-puluh akta dan enakmen serta pekeliling-pekeliling yang dikeluarkan dari masa ke semasa.... Sebenarnya kalau ikut 100 peratus kehendak-kehendak yang termaktub dalam undang-undang dan pekeliling.. rasanya tidak ada masalah untuk penjawat awam menjalankan tugas.

JKKK tidak perlu kalut 
dalam hal ini kerana jabatan terlibat 
kena buat ....sebab ini tugas dan 
tanggungjawab jabatan berkenaan 
kerana pampasan telah diberikan dan 
tapakpun dah ada.. mai buat saja.......
Tidak perlulah menyalahkan kerajaan
negeri kerana meroboh bangunan2 tst
Sebenarnya diroboh untuk kegunaan
balik tapak tersebut bagi kemudahan 
penduduk Kg Tok Seron untuk kubur.
mereka juga Kerajaan Persekutuan 
buat khas untuk mereka sebagai ganti.. 



Tapi 'reality'nya tidaklah begitu... kehendak pelanggan adalah berbeda. Manusia kalau kat orang lain, semua tak kena kalau tak ikut undang-undang dan peraturan... tapi kalau terkena batang hidung sendiri segala undang-undang dan peraturan yang ada tak mau pakai dah..... Itulah realitinya dalam kerja saya hari-hari.. macam-macam kita jumpa.....


Kadang-kadang kalau kita baca dalam akhbar sesuatu isu dibangkitkan nampak sangat seolah-olah sesuatu tindakan penguatkuasaan yang dibuat oleh jabatan itu nampak zalim sangat ... tidak berperikemanusiaan.. dan sebagainya.. sampai ada cadangan supaya kakitangan jabatan termasuk saya ditarbiah untuk mengamalkan akhlak Islam, nilai murni dan bersikap bertimbang rasa... Amboi amboi amboi sedapnya cakap... Awat terok sangatkah saya dan anak-anak buah saya sampai macam tu sekali... terok sangatkah akhlak saya dan anak-anak buah pejabat tanah kota setar dan agensi kerajaan persekutuan lain yang terlibat... 


Saya pernah bekerja dibawah BN sejak sekian lama dan dibawah PR dalam tempoh 4 tahun ni... tak ada bedanya tindakan yang diambil.. semuanya berlandaskan undang-undang dan peraturan .. Biasanya setelah segala prosedur dan masa yang secukupnya diberi baru tindakan diambil.... Sayapun manusia berakhlak dan bertimbang rasa juga dan yang terlibatpun manusia yang ada perasaan juga... Jadi segala ruang telah diberi dengan sebaik mungkin...  tapi itulah... buat tak kisah dan buat main-main.. masih mahu main politik juga....


Lawatan Kerja pada 13.06.2012 jam 10.45 pagi ..ke Kg 
Tok Seron.. tak terjumpa pula kanak-kanak sedang 
duduk belajar bawah khemah yang dikatakan panas 
lit -lit.

Yang terjumpa khemah kosong ada terjumpa... tapi 
tak ada apa-apa aktiviti didalamnya.....

Yang terjumpa juga ialah kanak-kanak tersebut 
sedang belajar di dalam bangunan. Ini yang 
hairannya.  kat mana depa ambil gambar tu...  
Begitulah ceritanya..kalau dipolitikkan perkara
 ini macam nilah jadinya..Biarlah jabatan sesama 
jabatan kerajaan mencari jalan penyelesaian... 
boleh selesaipun... Secara kebetulan terserempak 
dgn Pengarah Kemas Neg Kedah sendiri Tn Hj Che 
Kamarudin b. Che Ismail yang turun ke padang 
meninjau  tadika ini.. sempat juga saya berbincang 
dengan Tuan Pengarah dan memberi cadangan 
penyelesaian kepada beliau.....dan apa yang 
PTKS boleh bantu..
Kalau semua tak mau ikut aturan dan peraturan susahlah macam tu....  Tidak ada unsur kezaliman dalam hal ini. dan tidak ada tindakan diambil atas pertimbangan politik, kerana projek ini sebenarnya adalah projek Kerajaan Persekutuan, dan jabatan yang dok kalut sangat tupun dari Jabatan Persekutuan...dan JKKK yang terlibat itupun JKKK Persekutuan. Jabatan Persekutuan banyak duit.. takkan walaupun sudah diketahui sejak 2 tahun lalu kena pindah tak buat  apa-apa cari bangunan baru atau buat pengambilan tanah.  Jadi nak marah kat sapa sebenarnya.  Tak payahlah dok tunjuk sedih dan melaratnya anak-anak belajar dalam khemah yang panas itu.. seperti dilaporkan dalam Sinar Harian bertarikh 11.06.2012 .. nak menunjukkan betapa zalimnya pejabat tanah pergi roboh bangunan yang sebenarnya bukan bangunan pusat tadika itu pun... Kerana ini akhirnya akan memalukan jabatan itu sendiri dengan pendekatan seperti itu.. seolah-olah lekeh sungguh kementerian berkenaan... benda kecil seperti itupun tidak dapat diselesaikan... sampaikan Menteripun pergi melawat dan beri sumbangan wang tunai sahaja bukannya nak tolong selesai menyediakan penempatan yang lebih selesa...


Sebenarnya saya boleh mengambil tindakan tidak mengambil serious segala arahan dari kementerian untuk melaksanakan apa-apa tindakan penguatkuasaan kerana nak heran apa.. saya bekerja dengan kerajaan negeri yang tidak bersependapat dasar dan prinsip dalam beberapa hal dengan kerajaan persekutuan... Namun saya adalah pegawai kerajaan yang tidak menyebelahi mana-mana pihak. Saya dan anak buah bertindak secara profesional..  kerana kita tahu tanggungjawab kita tanpa mengira ianya dari kerajaan negeri atau kerajaan persekutuan atau ianya dari fahaman politik berlainan.. Tidak dapat dinafikan oleh kerana saya adalah kakitangan kerajaan negeri dan secara kebetulan Negeri Kedah diperintah oleh Kerajaan PR maka tentunya tugas saya ialah melaksanakan apa-apa dasar dan arahan-arahan yang dibuat oleh kerajaan negeri asalkan ianya tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan Negeri serta agama.... Itu biasalah dan tidak boleh disalahkan anggota perkhidmatan awam kerana sistem pentadbiran kita memang macam tu..Takkan dulu saya bekerja dengan penuh taat setia pada kerajaan BN tapi bila dan beralih kerajaan nak suruh saya boikot dan bantah arahan kerajaan baru pula.... Mana boleh macam tu.. kalau buat macam tu huru hara jadinya. Sepanjang saya bekerja dibawah kerajaan sekarang tidak pernah diarah untuk tidak memberi kerjasama kepada jabatan persekutuan dalam urusan-urusan yang melibatkan kepentingan orang ramai.

Oleh itu saya amat mengharapkan janganlah terlalu mensensasikan sangat isu-isu seperti ini kerana ianya akan melarut-larut kepada lebih banyak kes-kes yang seumpama itu dimana melibatkan projek-projek kerajaan persekutuan. Jangan pula nanti kalau dah banyak masalah sangat,  pejabat tanah diarah kerajaan negeri supaya jangan campur tangan urusan-urusan jabatan-jabatan persekutuan terutama dari segi penguatkuasaan tanah.


Senanglah saya .. tak gaduh pening kepala memikirkan hal-hal yang memang memeningkan itu. Sapa yang mahu dok pi roboh-roboh rumah dan bangunan orang apatah lagi kalau melibatkan berkaitan keagamaan dan kebajikan orang ramai.. Namun pada akhirnya yang rugi adalah rakyat juga......

Oleh itu saya rasa tidak perlulah menjawab segala persoalan dan isu-isu yang dibangkitkan berhubung kes ini dengan memberi kronoloji kes ini sejak 2 tahun yang lalu.... Memadailah jawapan yang diberikan oleh YB Dr Ismail.. Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dalam Akhbar Sinar Harian bertarikh 12 Jun 2012 seperti yang saya sertakan dalam blog ini... Kenyataan YB berkenaan sebenarnya menjawab beberapa persoalan yang dibangkitkan...  Jadi lebih baik tutup cerita takat itu saja... Elok jabatan terlibat buat kerja masing-masing dengan segera dan tidak gundah gulana yang tidak berkesudahan dan menyalahkan orang lain.......  niat kita kena baik dan ikhlas dan tidak ada agenda tersendiri untuk menjadi popular.. lebih-lebih lagi dekat pilihanraya ni... banyak orang sudah menggelabah tak tentu fasal....kalau nak berpolitik.. berpolitiklah secara berakhlak dengan menunjukkan peribadi yang mulia dan baik serta turun ke padang memberikan segala perkhidmatan kepada pengundi-pengundi yang dahagakan perkhidmatan orang politik....

Jumpa lagi peminat maya saya.....minta maaf kalau terlebih cakap....


Teratak Kasih                                                                                                  
Alor Setar                                                                                       



Monday, 21 May 2012

MaRi KiTA RawAT MiNDA

20 Mei 2012
Gunung Jerai
Catatan: Mohd Asri Redha

Selamat Sejahtera.. Apakhabar semua pembaca maya saya  .. Tentunya sihat walafiat.. .saya sudah makan dan  bersantai-santai kat rumah. Lantas apa lagi.. tentunya cari  'net book'  kesayangan saya ni la... idea tengah dok mai ni... macam-macam nak tulis.. macam-macam tajuk pula.. Aaaah .. dalam kepala otak saya ni bersimpang-sior aliran idea datang menyentuh. Sekejap ke sana sekejap ke sini. berterabor merata tak tau nak bubuh tang mana idea-idea ni sebab dia mai sikit-sikit dan macam-macam jenis pula...Tak apalah saya buat satu-satu ikut tajuk yang sesuai.. Pembaca maya saya janganlah marah... tujuan saya tulis blog inipun hanya untuk sembang-sembang aje.   Jadi biarlah fikiran saya yang tidak ketahuan hala ni .. Asal saja saya boleh terus mematuk-matuk punat-punat bertanda ini menjadi ayat yang boleh difahami....

 Tajuk  cerita blog saya kali ini ialah Mari Kita Rawat Minda... Sebenarnya saya bukan seorang pakar psikologi yang berkelayakan untuk nak bincang fasal rawat minda... silap-silap haribulan boleh jadi  celaru lagi  minda kita...  Jadi jangan risau ini bukan nak ajar cara nak rawat minda melalui rawatan perubatan..  ini cuma cara biasa saja yang semua orang boleh buatpun... Tajuk saja hebat...  jangan marah yaa..

Senaman dulu... kalau tidak rosak otot kita..
Kelmarin anak-anak buah saya telah berjaya menganjurkan Program Kursus Kecergasan Fizikal yang melibatkan kakitangan Pejabat Tanah Kota Setar. Saya sekadar memberi peluang dan kebebasan pada anak buah untuk anjur apa-apa aktiviti yang memberi kebaikan kepada kebajikan dan kesihatan mereka. Tentunya saya pasti terlibat ambil bahagian sama dalam program baik seperti ini. Takkan suruh orang buat tapi bos tak buat.. Jadi saya berusaha seboleh mungkin akan terlibat dalam apa-apa aktiviti yang dibuat oleh kelab atau jabatan. Kita kena berusaha jadikan jabatan kita sebagai keluarga kedua kita.. kerana disinilah kita banyak menghabiskan sebahagian besar hidup kita sehari suntuk. Jadi saya tidak boleh anggap pejabat hanya sekadar datang bekerja pagi dan petang balik... besok datang balik dan begitulah berulang-ulang... kalau kita tidak gembira berada di pejabat maka sepanjang masa umur kita ini begitulah.. tidak gembiralah jadinya....

Saya mengucapkan tahniah pertama kepada anak-anak buah yang boleh mengikuti program yang saya buat secara sukarela ini.. sapa suka dan berminat  boleh ikut. Kalau tak mahu ikutpun tak apa tak ada masalah...  Bukan senang untuk berkorban cuti hujung minggu untuk ikut program yang diatur... Ini pun sudah menjadi cabaran besar pada sebahagian kakitangan...   Pada setengah-setengah orang cukup masalah.. macam-macam alasan dan segala macam sebab yang keputusannya adalah kearah tidak boleh .... Kalau kita berfikiran terbuka tentunya takat program-program lain yang tidak memudaratkan yang telah diatur sebenarnya boleh disusun atur semula... Lainlah kalau ada masalah kesihatan, khenduri keluarga yang tidak dapat dielakkan, urusan rasmi dan urusan keluarga yang tidak dapat dielakkan .. tak apalah juga...Ini cuma janji nak pi shopping barang dapor sahaja...jadi penyebab tak boleh ikut .. susahlah macam tu... Ada satu lagi masalah ialah suami atau isteri tak nak  bagi.. inipun ada ramai. Saya rasa dalam kalangan anak-anak buah ada ni..Mungkin faktor utama ialah rasa curiga  rasa syak wasangka yang melampau menyebabkan pergerakan pasangan hanya berada dalam orbit keluarga sahaja. Dalam hal ini... mudah cerita ajak mai sekali.. senang... atau kita perlu berterus terang kepada pasangan kita sekiranya kita mahu mendapat kepercayaan  isteri atau suami. Beritahulah kemana destinasi, dengan siapa kita pergi dan tinggal dimana serta jangan berselindung. Ini bermakna dalam kebebasan yang diberi kita perlu menjaga dan mengetahui batas supaya tidak timbul masalah dalam hubungan keluarga. Jika masing-masing faham memahami Insya Allah tidak ada apa yang mustahil.

Apa yang dirancang oleh anak-anak buah saya ni sebenarnya banyak kebaikannya yang akan saya sentuh disana sini dalam catatan saya ini. Jadi bagi saya berjaya meluangkan masa mengikut program ini sahaja sudah boleh diberi ucapan tahniah... Kita kena CARI MASA untuk Merawat Minda Kita...


Mandi air terjun herba akar kayu..
 Sebenarnya sudah lama saya  nak ajak anak-anak buah naik mendaki Gunung Jerai dengan berjalan kaki.. tapi kesuntukan masa sikit. Kelmarin saja baru boleh atur.... Bila habaq kata nak kena daki 13 KM ke puncak ramai yang 'surrender' awal-awal lagi.. nak kata tak sihat.. sihat walafiat... belum cuba dah mengalah.... cuba dulu baru tahu..tak boleh penuh.. sekerat pun jadilah.. tak boleh sekerat , sukupun jadilah.. janji mau cuba... Alhamdulillah.. ada yang sampai penuh, ada yang daki sekerat tumpang kereta sekerat, ada yang daki suku tumpang kereta 3 suku... tak apalah.. pokoknya dah ada usaha.. saya memahami setiap orang  mempunyai tahap-tahap tertentu daya ketahanan masing-masing. Jadi buat ikut kemampuan. Yang tidak mampu langsung tapi usaha juga ikut sama berkereta berhimpun diatas gunung tu amat dihargai.. kerana niat mahu sama-sama ambil bahagian program kelab yang diatur.... tapi tang makan tu.. jangan tanyalah.....  ada yang lebih dari orang yang mendaki... he..he.hee......jangan marah yaa...

Terjumpa cermin ajaib di 7 selekoh
patah... 3 saja elok.. yg lain telah
dipecahkan oleh orang gila kut....
Sebenarnya pada saya mengikut aktiviti seperti ini amat menenangkan minda.... kita cuma letih fizikal sahaja tapi minda kita tidak letih.. malah terasa lebih tenang, nyaman, minda menjadi positif disamping menikmati keindahan alam ciptaan Allah dengan segala macam makhluk hutan yang ada didalamnya... Kita bukan setakat mendaki gunung sahaja tapi kita kena berfikiran terbuka dan minda yang bergerak cergas.. Sambil berjalan-berjalan bersama rakan-rakan, mata kita kena liar memerhati sekeliling menikmati keindahan hutan simpan kekal seluas 8560 hektar di Gunung Jerai. Orang Putih telah warta sebagai Hutan Simpan Kekal sejak sebelum merdeka lagi iaitu sejak tahun 1953.. Waktu itu hutan berlambak-lambak lagi luasnya di Kedah ini tapi Mat-Mat Salleh ini berfikiran jauh juga yang memberi kebaikan kepada kita dan anak-anak cucu kita akan datang...

Muka2 ceria sebahagian anak buah.... Yang angkat
tangan tu tok sah kira dia.. minda dah terlebih ok.. hee..hee
Saya rasa persaudaraan bertambah erat sesama kakitangan bila berjalan-jalan gelak ketawa, gurau senda, dan sebagainya.... Dapat pula tengok segala macam binatang yang ada.. cuma tidak terjumpa binatang buas aje... jarang-jarang dengar lah kat GUnung Jerai.. Cerita fasal penunggu Gunung Jerai ada la... tapi dengar cerita ajelah.. tak pernah ketemu pun dan jangan lah bertemu sampai bila-bila.....  Melihat pemandangan dari atas Gunung Jerai memang menarik.... nampak saujana mata memandang bendang-bendang yang menguning indah dibawahnya.... memang menakjubkan... Kadang-kadang kita terlepas pandang tentang keindahan didepan mata yang tidak pernah kita nikmati.. kita asyik  ghairah juga nak tengok tempat luar negara yang lebih kurang sama saja dengan negara kita.  Kadang-kadang orang luar negara pula yang lebih menikmati keindahan negara kita.. Kita pula asyik memperleceh alam semula jadi negara sendiri....


Labi-Labi ni kalau terjumpa kat
puak Indon.. siap kau...katanya
banyak khasiat... boleh buat sup
dan macam-macam lagi.... Paling
popular  jadi ubat kuat janten.
juga terjumpa Lipan Raksaksa
dan kera .............................
 Paling saya suka ialah dari aspek kesihatan diri... waduuuh. capek sekali bila berjalan sejauh 13  KM untuk kepuncak Gunung Jerai.. dalam keadaan mendaki pula.. Ada bedanya berjalan 13 KM dijalan yang rata dan mendatar dengan berjalan 13 KM menuju ke puncak... Ia sama berjalan 20 KM dijalan mendatar.. Wah hebat tu... Puas rasanya kita berjalan perlahan-lahan aje tapi lama-lama rasa penat dan letih... sebab kita mendaki.. peluh tak sangka punya banyaklah... habis basah lencun baju yang dipakai... rasanya agak-agak berapa ribu kalori telah kita guna sepanjang 3 ke 4 jam mendaki tersebut.. tentu banyak.. Kita cuma rasa letih badan saja.. tapi otak kita kita tidak letih.... itu yang bagusnya... jadi bagus sangatlah kalau kita boleh buat ini hari-hari.. sekurang-kurang 3 KM atau 4 KM seharipun cukup... 'comfirm'; tak akan dapat sakit jantung dan sakit lutut.... Itulah matlamat sebenar saya ajak anak-anak buah naik Gunung Jerai.. Jadikan amalan berjalan untuk kesihatan... kat opis pun begitulah juga..  janganlah naik lift.. gunakan tangga.... jadikanlah itu satu amalan.... Baik untuk kesihatan.. Kalau semua staf pejabat sihat-sihat belaka tentunya produktiviti kerja akan meningkat.. tak gitu kawan-kawan.... Banyak sangat staf 2 yang tidak berapa sihat.. kalau tengok rekod cuti.. berkemerahan rekod MC...  macam mana nak kerja dengan selesa kalau asyik sakit saja. ... sedangkan ada ruang-ruang yang kita boleh berusaha mengatasinya secara percuma melalui pergerakan fizikal saja.. tak payah  makan ubat pun... tapi itu lah yang orang paling segan sekali nak buat....

Sebab itu sapa yang berjaya sampai ke atas  atau sampai sebahagian..  saya akan berikan Sijil Kecergasan Fizikal.... ada kategori lagi seperti Emas, Perak dan Gangsa... dan kita rekodkan dalam Buku Perkhidmatan..  Sijil ini ada guna .. terutama yang dok cari kerja lain.. depa boleh habaq kata kesihatan depa adalah 'tip-top' sihat walafiat.. kalau tidak mana boleh sampai atas... Kalau saya sebagai majikan... tentunya salah satu kriteria yang diambil kira ialah kesihatan yang baik dan cergas. Takkan nak ambil yang 'mandom' dan penuh kelesuan.....

Biasa la.. kemuncak pendakian ialah
makan.... balun sungguh depa..........
Cumanya dalam mendaki saya juga suka memerhati....  sebab itu kalau pergi kemanapun kena bawa kamera.. kamera biasapun ok juga.. atau kamera kat 'handphone' pun kira oklah itu.. rakamlah apa-apa yang menarik sepanjang perjalanan secara 'kreatif' dan kita boleh hebahkan untuk tontonan rakan-rakan samada dalam FB atau blog... Yang penting kita tidak terlepas merakam perkara-perkara menarik dan spontan yang kita jumpa.. juga perkara-perkara tidak menarik yang kita jumpa...

Apa dia perkara-perkara tidak menarik yang saya jumpa itu... Sepanjang perjalanan saya amat sedih dan geram melihat terlalu banyak sampah-sampah sisa buangan makanan yang dilemparkan dimerata tempat... Gambar-gambar yang saya paparkan adalah sebagai bukti..  Saya menitikberatkan hal-hal berkaitan kebersihan ini.... banyak dah saya tulis fasal kebersihan. Inilah yang saya amat kesalkan sangat kepada pengunjung kawasan-kawasan rekreasi seperti ini yang tidak mempunyai kesedaran sivik yang tinggi... Botal-botol plastik paling banyak dibuang disepanjang jalan.. ada 3 atau 4 tempat yang banyak sangat buangan sampah-sampah terkumpul. Begitu juga tempat perkhemahan di puncak Gunung Jerai ini..  segala macam plastik, pampers bayi, tin-tin minuman dan sebagainya dibuang ikut suka saja. Sepatutnya perkara seperti ini tidak wajar sama sekali diamalkan. Carilah apa cara sekalipun untuk bawa turun sendiri sampah-sampah yang kita sendiri ujudkan atau buang ditong yang disediakan..


2 atau 3 tempat yang saya terjumpa longgokan sampah
seperti ini sepanjang jalan ke puncak Gunung Jerai....
Kalau dibiarkan lama-lama akan merosakkan alam sekitar
Kawasan Hutan Simpan Kekal ini. Itu tidak
termasuk botol-botol plastik dan sampah lain sepanjang
jalan ke puncak .

Oklah sejak terniat nak godam 'net book' ini tadi rasanya tak banyak sangat yang nak ditaipkan.. apa yang terlintas difikiran  terus saya godam saja punat-punat ini.... tapi tak sangka pula dah berapa halaman pula jadinya dok bersembang fasal naik Gunung Jerai......

Rasanya saya pun dah melalut rata dah ni... elok rasanya saya bunuh catatan saya setakat ini sahaja.. kalau sapa2 malas membacanya...... tinggalkannya saja....  Lepas ni saya nak cerita fasal Kesihatan Diri juga iaitu fasal POCO-POCO....Anak buah dah mula senaman POCO-POCO pula.. untuk kesihatan diri juga.... Seperti biasa.. saya pasti turut serta program-program seperti walaupun sebahagian besar anak-anak buah dok malu-malu lagi nak gerak-gerak badan ikut muzik... nanti saya cerita lain... byeeeeeeeeee...

Monday, 16 April 2012

MENTRANSFORMASIKAN Pentadbiran Tanah ........

17. April 2012
Hotel Bayview...Pulau Pinang
Catatan..Mohd Asri Redha b.  Abdul Rahman

Salam  Sejahtera.....

Hari ini.. saya nak pergi  jauh sikit dari kesibukan kerja yang tidak berkesudahan... makin lama duduk kat pejabat makin banyak pula kerja. Tak boleh jadi ni... Saya  nak pi tambah ilmu sikit... ilmu nak buat kerja.. walaupun dok buat kerja tu sudah lama,  tp nak kena pergi 'refresh' juga supaya apa yg kita buat hari2.. tidak jauh tersimpang... Banyak sangat perkembangan-perkembangan terbaharu dalam pentadbiran dan pengurusan tanah termasuk juga perundangan-perundangan tanah yang berubah.. Jadi janganlah kita dok berlagak sangat kata kita dah kerja bekerja berpuluh-puluh tahun di pejabat tanah, tapi jika ditengok teliti kerja buatnya tidak banyak berubah.. hanya ikut lazim.. tidak ada  pembaharuan langsung. Sebab itu saya sangat menggalakkan anak-anak buah pergi kursus-kursus yang bersesuaian untuk menambahkan ilmu pengetahuan dalam bidang kerja seharian kita disamping yang berkaitan dengan motivasi dan keugamaan. Motivasi dan keugamaan juga amat penting kerana ia membantu kearah memperlengkapkan lagi kecekapan dan integriti dalam pekerjaan harian.

'Seminar Transformasi Pentadbiran Tanah Zon Utara' ini diadakan pada 16 - 17 Mac 2012 di Hotel Bayview, Penang. Penganjur kursus ialah Institut Tanah Dan Ukur Negara (INSTUN).  Hendak mentransformasikan pentadbiran tanah bukannya semudah cakap.... Cabarannya begitu besar. Apatah lagi untuk mengubah sikap dan cara bekerja sumber manusia yang ada ditambah dengan sumber kewangan yang terhad. Mentransformasikan pentadbiran tanah banyak melibatkan penggunaan teknologi maklumat terkini.

Banyak tajuk-tajuk yang dibentangkan yang amat 'relevan' dengan tugas di Pejabat Tanah dan PBT seperti berkaitan OSC, Pengambilan Balik Tanah (APT 1960), Pembangunan Tanah, Integriti Dalam Pentadbiran Tanah  (SPRM), Isu-Isu Dalam Memproses Permohonan Pembangunan Tanah dan 'Overview KTN 1965 serta Sistem Pentadbiran Tanah di Malaysia. Banyak maklumat telah saya perolehi dari seminar yang diadakan ini. Insya Allah apa yang saya dapat ini akan dibawa maklum dan diimplimentasikaan dimana perlu dalam tugas harian di pejabat.  Seminar ini saya memohon untuk hadir .. bukan diarah untuk hadir. Banyak bedanya antara sukarela untuk hadir dengan diarah untuk hadir...Terima kasih kepada INSTUN yang telah menerima saya sebagai peserta. 

Sedikit berkenaan maklumat-maklumat yang perlu diketahui oleh warga pejabat tanah..... KTN adalah berasaskan kepada Sistem Torrens dimana segala 'dealing' atas tanah mesti menggunakan borang yang ditetapkan dan didaftarkan/wasilkan  di Pejabat Tanah. Kerajaan sedang dalam peringkat akhir untuk merombak KTN supaya lebih praktikal dan sesuai dengan teknologi maklumat serta mengambilkira perubahan-perubahan yang berlaku.  Dunia sekarang segalanya mahu cepat. Halangan perundangan dan prosedur yang tidak perlu perlu dikurangkan. KTN sekarang ini berusia lebih 46 tahun yang belum dibuat semakan secara komprehensif. Kemungkinan penggunaan borang-borang akan dikurangkan dari lebih 95 borang kepada kurang 60 borang sahaja dan penggunaan borang-borang bawah aturan-aturan tanah negeri akan cuba diseragamkan. Dalam Undang-Undang Tanah.. 3 undang-undang penting yang menjadi induk pentadbiran tanah ialah Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56), Akta Hak Milik Strata, dan Aturan Tanah Negeri. Banyak lagi pembaharuan-pembaharuan yang akan diperkenalkan nanti.. Kita tunggu dan lihat....

Berkenaan Pengambilan Balik Tanah pula .. perkara penting yang perlu dilihat ialah pematuhan sepenuhnya kepada proses dan prosedur yang ditetapkan dalam Akta ini... Sedikit kesilapan dan kecuaian dalam pelaksanaan Akta ini boleh mengundang padah yang membolehkan pengambilan tanah dibatalkan dan tuntutan ganti rugi yang bukan kepalang banyaknya  kepada agensi pemohon dan kerajaan negeri sendiri. Saya melihat banyak berlaku ketidakfahaman berkenaan proses-proses dalam urusan Pengambilan Tanah secara paksa ini. Jadi berhati-hatilah dalam menjalankan tugas berkaitan pelaksanaan Akta Pengambilan Tanah ini supaya patuhi sepenuhnya keperluan akta.. Berdasarkan ceramah yang diberikan oleh penceramah.. banyak kes-kes tuntutan gantirugi telah dibuat kepada kerajaan akibat dari kecuaian-kecuaian yang berlaku dalam pentadbiran tanah. Dalam menentukan pengambilan tanah hendak dibuat S3(1) bawah (a) , (b) atau (c) juga boleh dipertikaikan oleh tuan tanah.... Oleh itu pemahaman sepenuhnya perlu ada dikalangan pegawai dan kakitangan yang terlibat dalam proses pengambilan tanah. Saya selalu bercakap pada anak-anak buah.. nak buat apapun kena fikirkan implikasi-implikasi apa akan berlaku dari perbuatan kita...

Ok... mohon permisi dulu.... nak balik dah ni....kalau lewat sikit nanti .. kesesakan lalu lintas pasti berlaku. Duduk kat Penang ni semakin merimaskan.. kenderaan terlalu banyak....

Makin banyak maklumat yang diperolehi rasanya lepas ni akan makin banyak pula kerja... yalah.... dah dapat ilmu baru.. nak tengok baliklah apa yang dibuat sebelum ini.. Rasa-rasanya tak berapa betul  dalam beberapa proses kerja yang dok buat selama ini..........................

Teratak Kasih
Alor Setar

Sunday, 25 March 2012

ORANG ISLAM WAJIB MENJAGA KEBERSIHAN ....BERSIH HATI, BERSIH SEGALA-GALANYA

22 Mac 2012
Tg Chali, Alor Setar
Catatan: Mohd Asri Redha

Selamat Sejahtera.....Salam Satu Malaysia..
Semua orang suka bersih... kita suka tengok tempat itu bersih, cantik, indah, menyegarkan, nyaman mata memandang, dan bermacam perkara yang ada kaitan dengan kebersihan.... kalau tempat itu elok dan gah lagu manapun tapi kalau kotor dan tidak bersih... tak ada maknanya.......   Bandaraya kita sebenarnya dari segi susunan aturnya dan lokasinya memang menarik dan cantik .... Ada sungai menyusuri ditengah-tengah bandaraya ini, bandaraya ini pula dikelilingi oleh sawah yang ada waktunya menghijau, ada waktunya menguning, dan ada waktunya kelabu......  dan ada kalanya penuh dengan air... semuanya sudah ada cuma bagaimana kita mengeksploitasinya menjadi suatu yang menarik dan menjadi tumpuan orang ramai untuk berkunjung dan menikmati keindahannya.

Tempat pokok bunga hanya untuk bubuh tanah dan
baja sahaja... tapi yang banyak adalah plastik dan
kotak-kotak minuman/makanan didalamnya. Itu yang
ada atas darat.. Yang terus lontar kedalam sungai tak
taulah saya banyak mana..tapi memang banyak.... ber
sampan-sampan sampah dikutip oleh para sukarelawan .
Pokok pun dah merajuk nak hidup subur......
Dari segi gambarannya waduuh.. memang cantik sekali bandar kita ini... namun betulkah cantik dan indah bandar kita ini........ sebenarnya untuk menjadi tarikan tidak perlupun kita berbelanja besar untuk membina pelbagai macam struktur dan lanskap supaya nampak cantik... bagi saya kalau seluruh ceruk rantau dan sudut dimana sahaja dalam bandar ini bersih ... maka itulah baru dikatakan cantik......  Tapi dari pemerhatian saya... ini tidak berlaku kepada bandar kita...   Kerana apa? ... Mudah cakap ialah kerana sikap manusia itu sendiri.. sikap penduduk bandar ini sendiri..

Tengoklah sendiri dalam longkang-longkang..  penuh dengan sampah sarap buangan manusia, lihatlah sungai-sungai kita.. apa yang ada. Segala macam sampah. silap2 mayatpun ada.. masuklah ke dalam taman-taman perumahan.. segala sudut ada sahaja longgokan sampah dibuang.  Longkang depan rumahpun malas nak cuci sendiri. Sanggup berkumpul ramai2 tunggu TV3 mai ambil gambar nak bagi tau kata orang bandaran tak buat kerja.. Kalau depa gotong royong ramai2 dah lama masalah tu selesai..

Sebahagian anak-anak buah Pejabat Tanah Kota Setar
pakat2  turun ke padang mengadakan gotong royong
membersihkan kaw. persisiran Sg. Kedah di Tg Chali
Alor Setar,  Kedah: Ini juga tanggungjawab sosial
dalam membantu membersihkan Bandaraya ini..
 Pergilah ke flat-flat perumahan.. silap-silap kepala kena bungkusan sampah dibuang dari tingkat atas... Kita berjalan lagi pergi ke medan-medan selera yang ada sekitar Alor Setar ini... sebahagian besarnya tidak menepati makna kebersihan... masalahnya orang kita pergi jamu selera juga.. pergilah tengok tempat basuh pinggan mangkuknya.. memang menjijikkan. Tengoklah longkang disebelah gerainya.. penuh dengan minyak masak dan bahan buangan masakan yang terus dihumban ke longkang tersebut.. lama-lama membeku dan keras dan terus menyumbat longkang  .. lepas tu marah kat PBT... fasal tak cuci longkang  depan kedai depa.... Kita pergi pula ke pasar... lagilah menggerunkan...  tengoklah longkang belakang pasar mereka.. pasti penuh dengan bulu ayam dan segala macam bahan buangan yang tidak sepatutnya... malam-malam kita keluar bersiar ambil angin malam dan melawat pasar malam... nampak ok aje.. tapi pukul 12.00 malam ronda balik..... terkejut berok tengok  tapak tersebut penuh sampah-sarap dan tinggalan buangan barangan yang tidak dipakai dan diguna lagi... berselerakan dan pada paginya lagi jauh berselerakan dibawa angin...   Apa makna  ini semua... ini bukan kejadian alam semulajadi .. ini semua adalah perbuatan manusia... kalau pada saya ini  perbuatan manusia yang tidak  bertamaddun.  Saya tidak boleh terima perangai watak-watak manusia seperti itu yang langsung tidak kisah dan peduli fasal menjaga kebersihan dan alam sekitar ini... apatah lagi mereka  asyik menyalahkan orang sahaja....

Saya dan anak buah perlu ambil peranan ke arah memastikan kebersihan bandaraya kita walau hanya sekelumit usaha yang dapat diberikan.. Cakap kena serupa bikin.. ini satu cabaran besar pada kita semua kerana ia perlu berterusan tidak hanya hangat-hangat tahi ayam...  Apabila dicadang pada anak buah untuk turut sama bergotong royong bersama dengan MBAS..  ramai memberi sokongan penuh dan mahu terlibat.

Alhamdulillah sebahagian besar anak-anak buah PTKS telah memberi komitmen yang jitu terlibat secara langsung membersihkan sebahagian kawasan pinggiran sungai di Tanjung Chali, Alor Setar...  Memang sedih bila tengok kawasan yang indah itu dicemari sampah-sampah buangan manusia.... maka bergotong royonglah anak-anak buah saya sapu, kutip, cabut, cakar, kumpul sampah-sampah yang begitu banyak dan pada akhirnya bersihlah kawasan itu... sekelip mata tempat tersebut nampak cantik, indah dan menjadi tarikan untuk melepak berkualiti kat situ...  Tapi selama mana boleh nampak berterusan seperti ini.. selagi sikap manusia tidak berubah... maka akhirnya tempat tersebut pastinya kembali kepada asalnya yang berselerakan sampah-sampah buangan manusia....... Adakah nak buat gotong royong selalu... tentunya tak mungkin.. dalam kita buat gotong royongpun...berapa kerat penduduk dan peniaga-peniaga sekitar turut sama tolong bantu membersih kawasan depa.. boleh mereka buka kedai dok berniaga dan dok tengok saja kita mai bersih sampah dan longkang-longkang depan/belakang kedai depa.....  Kut-kut nak hulur air coca cola tak apalah juga....depa tidak kisahpun.... sakit hati dan sakit jiwa tengok perangai dan sikap orang-orang seperti ini. Seolah-olah kita pula dok terhegeh-hegeh pergi bersih kawasan mereka...

Sedarlah semua... marilah kita pakat-pakat menjaga kebersihan ... kebersihan hati, kebersihan alam sekitar kita, kebersihan diri dan kebersihan segala-galanya.....

'Liiihatlah Sekitar Alam, Duunia Terbentang Luas'..... ini
senikata lagu.... ...lihatlah nampak cantikpun tempat
tersebut bila dibersihkan...'sedap' mata memandang..
Sebelum inipun PTKS sudah buat gotong royong bersih pejabat yang rasanya tidak pernah buat gotong royong bersih kawasan tempat kerja sejak sekian lama.... Selepas ini saya dan anak buah sedang merancang untuk buat lagi gotong royong dibeberapa tempat strategik dalam bandaraya ini  tanpa tunggu gotong royong yang diatur oleh MBAS dan lain-lain agensi.. kita buat sendiri sebagai tanggungjawab sosial PTKS ke arah menjadikan alam sekitar bandaraya cantik, indah dan bersih...

Jumpa lagi.....

boleh baca tulisan-tulisan saya sebelum ini seperti link dibawah......klik sahaja

http://semangatjatiptks.blogspot.com/2011/10/bersihkah-kita.html
http://semangatjati.blogspot.com/2008/12/sikap-warga-kota-yang-masih-tidak.html

TerataK KasiH
AloR SetaR

Tuesday, 13 March 2012

KERJA SEBAGAI SATU IBADAT.... ALHAMDULILLAH...

04 Mac 2012
PTG
Catatan: Mohd Asri Redha

Assalamualaikumm...WRT

Sudah lama juga saya tidak menulis dalam blog ini..  Pagi ni sepertimana kebanyakan pagi-pagi yang selalu kita tengok dan lalui .. matahari mula bercahaya perlahan-lahan hingga menjadi garang. Cuacanya elok sekali dan sinaran mentari mengusung kepanasan turun ke bumi.... Saya ada sikit kesempatan masa pagi ini.. ideapun ada mai juga.. jadi elok saya ketok-ketok punat huruf 'key board'  ini menjadi perkataan yang boleh difahami....

Saya nak bersembang sikit berkenaan tajuk besar yang saya paparkan diatas itu... iaitu 'Kerja Sebagai Suatu Ibadat'...  Sebenarnya dalam mana-mana perjumpaan / mesyuarat dengan anak-anak buah saya .. selalu sangat saya tekankan perkara ini. Walau pun saya tidak arif sangat dan pandai untuk menyampaikan hasrat dan maksud  dengan sokongan dalil-dalil dan nas-nas yang ada dalam  Al Quran  dan hadis sepertimana orang pandai agama bercakap dan bersyarah.. namun saya pasti dan saya tahu memang ada kebenarannya bahawa kita bekerja itu adalah suatu ibadat kalau  kena gaya, niat dan cara kita bekerja... 

Saya bersama anak buah bergambar dgn Ustaz Abdullah
Khairi b. Hj Harun.. penceramah kreatif yang diundang
khas dari Pulau Pinang.
  Alangkah ruginya kehidupan manusia didunia ini hanya  bekerja saja sepanjang hayatnya tetapi tidak mendapat apa-apa dari apa yang kita lakukan.. hanya beroleh penat, tekanan, sekali sekala seronok, sekali sekala tidak seronok dan pada akhirnya dapat gaji..berbelanja sakan .. itu sahaja rutin hidup bekerja harian sebahagian besar manusia.. sampailah ajal menjemput kita.... Apakah itu yang sebenarnya kita cari didunia yang fana ini... Saya selalu terfikir perkara-perkara seperti ini... apakah yang kita cari sebenarnya didunia ini.. wang, pangkat, harta melimpah ruah, kemewahan, keseronokan, kehebatan, dan pelbagai perkara-perkara kebendaan yang menjadi buruan dan kegilaan majoriti manusia didunia ini.... fikir punya fikir... sebenarnya semuanya itu adalah hanya sementara sahaja.... sementara kita masih hidup didunia ini... Selepas itu tidak berguna satu sen pun kecuali  ilmu dan amal yang kita bawa ke alam baru.......

Sebahagian dari anak-anak buah Pejabat Tanah Kota
Setar yang mengikuti Ceramah Motivasi tersebut..
Oditorium Wisma Negeri pada 4.3.2012
Sebab itulah dalam jabatan saya ini urusan-urusan yang berkaitan kerja harian  , dosa pahala ni nak kena tengok juga kerana ia memberi kesan yang teramat sangat kepada kehidupan kita didunia dan di akhirat nanti ....... Namun begitu kadang-kadang bila bos bercakap ni anak2 buah tak berapa nak heran, patuh dan nak dengar sangat.. maklumlah bos pun lebih kurang saja.. ilmu ugama tak tinggi manapun , lepas tu nak berlagak dakwah orang pula...

Sebab itulah saya berusaha atur juga bersama-sama pegawai kanan jabatan dengan menjemput orang yang pakar dalam bidang itu....  pakar yanag ada tokoh dalam menarik minat penonton terpengaruh bila mendengar ceramahnya...  Namun begitu..penceramah yang saya jemput untuk memberi ceramah motivasi berkaitan kerja sebagai satu ibadat bukannya asalnya orang tinggi agama.. beliau seorang jurutera yang pernah bekerja dengan syarikat swasta tapi akhirnya terjun dalam dunia pendidikan.. namun kebolehannya belajar agama secara bersendirian dan berguru dengan sekolah-sekolah pondok telah  membawa kebolehan yang luar biasa kepada Ustaz Abdullah Khairi Hj Harun memberi ceramah yang amat menarik, berkesan dan tidak membosankan..

Menggunakan IT sebagai sokongan ceramahnya memang menarik sekali dan tidak menjemukan dengan celoteh dan ulasan-ulasan yang menarik serta penuh maklumat berguna. Mendengar ceramahnya memang tidak menjemukan.... baguslah .. saya lihat respons dari anak buah adalah memberangsangkan... Alhamdulillah... Insya Allah akan diatur lagi program-program insan seperti ini lagi....

Satu perkara yang saya berkenan sangat kata-kata penceramah ialah katanya nak buat apapun.. ingat akan Allah SWT. Malahan kalau sakit lagilah ingatkan akan Allah, lagi banyak harta lagi ingat akan Allah SWT.  Jangan cari alasan untuk tidak mengingat akan Allah SWT seperti sibuk, sakit,  anak banyak.. kalut. Manusia menjadi sombong didunia ini kerana 3 perkara iaitu sombong dengan harta kekayaan yang ada, sombong dengan keturunan orang baik, taraf tinggi dan berpengaruh serta sombong dengan  pangkati.. Namun kesombongan kita dengan apa yang kita ada tidak akan membawa kemana apabila kita mati…  Kalau diri sombong syaitan akan masuk mencelah dan sekali syaitan dapat mencelah maka kita akan terikut-ikut akan godaan syaitan yang sentiasa  mahu memesongkan akidah umat Islam didunia ini.. jadi berhati-hatilah. 
Sebab itulah setiap pekerjaan itu kita kena mulai dengan ucapan Bismillah… ada masalah  apapun ucap ‘Subhaanallah’.. kerana kata-kata ini amat memberi  semangat kepada diri anggota.   Niat dalam hati kita bekerja kerana Allah Taala.... Insya Allah kita akan mendapat ganjaran berlipatkali ganda apatahlagi kalau kita bekerja dengan sepenuh jiwa raga dan berusaha menyelesaikan dan membantu pelanggan.
Saya pun terlupa nama syaitan yang dicakapkan oleh Ustaz Abdullah.. yang suka kacau manusia supaya tidak suka bagi umat buat kerja rajin…  Harap Syaitan ini jangan bermaharaja lela dikalangan anak buah saya… kalau dia bermaharajalela dan sangkut dan berjaya mempengaruhi anak-anak buah.. teruklah…  pakat-pakat tak rajin.. buat kerja ala kadar.. kacau semua…  Namun saya berkeyakinan semua anak buah ada satu gelombang semangat baru untuk memajukan Pejabat Tanah Kota Setar kearah kecemerlangan..
Selagi kita  boleh mengelakkan diri dari terlibat 'makan’ sumber haram dalam urusan kerja harian  .. Insya Allah, Allah akan sentiasa melindungi diri kita walaupun  kadang-kadang kita sendiri tidak perasan tang mana Allah melindungi kita… sebab  itu kadang-kadang kita tidak bersyukur dengan nikmat yang diberikan...
Oklah… sebenarnya banyak lagi saya nak catat berkenaan intipati ceramah  tersebut…  namun panjang-panjang sangat tulis sapalah nak baca..  cukuplah apa yang saya sempat coretkan diatas… semoga menjadi panduan pada diri saya dan pembaca maya yang sudi baca….
Sekarang ni dok cari kat 'Youtube' berkenaan keagongan Islam dan umat-umat Islam berjuang dan kehebatan mereka beribadat hingga ke akhir hayat yang sempat dirakam secara 'spontan' dan 'real' oleh jurugambar-jurugambar amator... Masa Ustaz Abdullah Khairi beri ceramah beliau banyak ambil rakaman dalam youtube untuk makluman dan menguatkan lagi hujah dalam ceramahnya.. Kalau saya dapat nanti boleh saya himpun masuk dalam blog.
Ok... jumpa lagii......

jumpa lagi...

Teratak Kasih
Alor Setar








Saturday, 11 February 2012

LAB TUNGGAKAN HASIL

12 Feb 2012
Jerai Hill Regency Resort, Gunung Jerai
Catatan: Mohd Asri Redha

'Team' dari Pejabat Tanah Kota Setar sedang berbincang
sebelum menyediakan rangka cadangan Pelan Tindakan
Menangani Isu Tunggakan Cukai dan Hasil Tanah
Hari ini dan semalam saya bersama-sama 4 orang anak buah PTKS sekali lagi menghadiri satu bengkel yang amat penting dalam pentadbiran tanah Kedah ini. Bengkel ini khusus untuk mencari pendekatan dan langkah-langkah yang sesuai untuk mengatasi masalah tunggakan hasil dan cukai tanah yang kalau dilihat angka-angka terkini yang ada di pentadbiran tanah agak menggerunkan dari segi tunggakan cukai dan tunggakan hasil tanah. Ianya dianjurkan oleh pejabat PTG Kedah.

Dalam tunggakan cukai tanah sahaja dianggarkan lebih RM75.00 juta belum lagi dapat dikutip balik. Walaupun angka ini masih lagi boleh dipertikaikan dari segi kesahihannya sama ada benarkah jumlah itu atau mungkinkah ada berlaku pertindihan data menyebabkan begitu banyak direkod namun sekurang-kurang bengkel pada hari ini berbincang dan mencari kata sepakat serta jalan penyelesaian kearah mengurangkan sebanyak mungkin tunggakan cukai tanah tersebut.

Pada masa yang sama bengkel ini juga cuba menyorot lebih mendalam akan data-data tunggakan cukai tanah ini sama ada ianya perlu dibuat pemutihan terutama geran-geran bertindih dimana geran lama masih ujud sedangkan geran baru telah ujud , geran yang telah dibuat pengambilan tapi tidak dibatalkan, tanah bermilik yang telah hilang disebabkan  terhakis oleh sungai dan laut, geran telah lulus ubahjenis kegunaan tanah tapi masih ada geran asal yang tidak dibatalkan dan segala macam penyebab.. Semuanya ini menyumbangkan kepada peningkatan nilai tunggakan.. Hal-hal seperti inilah yang perlu diperhatikan dan diperhalusi oleh peserta bengkel kearah cara bagaimana membuat pemutihan geran-teran tersebut. Sekiranya jumlah tunggakan dapat dikurangkan melalui pemutihan ini maka akan nampak kuranglah sikit jumlah tunggakan...

Sebenarnya nilai tunggakan yang tinggi akan memberikan satu pandangan yang tidak elok kepada pentadbiran tanah, seolah-oleh pentadbiran tanah negeri  tidak membuat sesuatu secara tegas mengutip cukai tersebut dan tidak ada pelan tindakan yang benar -benar berkesan untuk mengatasi masalah tersebut...  Oleh itu menjadi satu kesukaran pula kepada PTG untuk memohon bantuan geran pembangunan dari pihak Kerajaan Persekutuan. Mereka mahu melihat kesungguhan pentadbiran tanah negeri dulu dalam menangani isu tunggakan cukai tanah ini.

Pakar dalam bidang masing-masing sedang membentangkan
cadangan masing-masing dalam usaha mengurangkan
tunggakan hasil dan cukai tanah dan sekali gus
meningkatkan kutipan hasil tanah. Dato Pengarah
Tanah & Galian Kedah telah merumus dan menutup
Lab Tunggakan Hasil Negeri Kedah...
Sayang sungguh kepada sesiapa yang mempunyai tanah yang sah milik tapi gagal membayar cukai tanah, kerana pada akhirnya apa-apa transaksi dan bukan transaksi tanah tidak dapat dilakukan walau apa cara sekalipun... Tanah itu pada akhirnya akan jadi milik kerajaan jua apabila tindakan rampasan tanah diambil. Harta itu tidak dapat diwarisi dan tidak boleh menjadi aset berharga lagi... 


Setiap Pejabat Tanah Daerah telah membentangkan cadangan masing-masing berdasarkan pengalaman jabatan masing-masing dalam mengatasi mengurangkan tunggakan hasil tanah tersebut dan sekaligus cara meningkatkan kutipan hasil tanah.


Banyak cadangan bernas telah dibentangkan oleh para peserta... antara cadangan yang dikemukakan yang sempat saya rekodkan ialah sepertimana ringkasan dibawah:-


a. Mengambil tindakan tegas membuat perampasan tanah yang yang  tertunggak hasil banyak atau telah lama tidak bayar..
b. Mengadakan program anak angkat tunggakan cukai tanah - semua kakitangan bertanggungjawab sama mengesan setiap geran tertunggak dan berusaha sama untuk memohon tuan tanah membayar cukai tanah jika dapat dikesan.
c. Cadangan memberi diskaun kepada tunggakan-tunggakan yang tidak pernah mau bayar... akan menggalakan usaha bayar cukai tanah
d. Mengadakan 'reward' kepada  Tanah Daerah yang dapat kutip hasil terbanyak dari segi peratusannya
e. Mengwar-warkan kepada rakyat supaya segera membuat permohonan pembahagian harta pesaka bila saja berlaku kematian tuan tanah. Satu kempen berkaitan tersebut perlu diatur .
f. Mengiklankan geran dan nama tuan tanah yang mempunyai tunggakan yang banyak dalam akhbar arus perdana agar semua orang tahu keengkaran membayar cukai tanah.
g. Memaparkan senarai geran tanah yang telah dirampas kembali menjadi hak kerajaan negeri dalam billboard, dalam papan-papan kenyataan awam agar orang tuan-tuan tanah termaklum akan kesan jika tidak membayar cukai tanah.. 
h. Memberi kefahaman  kepada pemilik tanah agar membayar cukai tanah disamping cukai pintu. Kesan tindakan undang-undang kegagalan membayar cukai tanah lebih besar kerana tuan tanah boleh  hilang hakmilik berbanding cukai pintu hanya sita barang-barang sahaja.
i.Mengadakan kaunter bergerak ditempat-tempat awam atau kawasan yang mempunyai tunggakan yang banyak dan berbaloi jika diadakan kaunter bergerak tersebut.
j. Pegawai atasan sentiasa membuat pemantauan dan kepedulian terhadap setiap pergerakan fail agar tidak terhenti sekerat jalan dan akhirnya menjadi tunggakan hasil seperti Notis 5A yang telah luput tempoh tetapi  pemohon masih tidak datang membayar premium yang ditetapkan... Tindakan tegas perlu diambil melalui surat-surat pentadbiran dan notis.
k. Membangkitkan tahap kesedaran yang lebih tinggi dikalangan kakitangan pentadbiran tanah dari peringkat pegawai kanan hingga peringkat bawah agar mereka lebih peka dengan isu-isu tunggakan ini dan sama-sama memberi perhatian secara berpasukan untuk menyelesaikan isu tunggakan ini.

Sebenarnya banyak lagi idea-idea bernas, kreatif dan proaktif yang diketengahkan oleh peserta dalam bengkel ini  dan terpulanglah kepada setiap pegawai dan anggota pentadbiran tanah untuk merangka langkah-langkah tersusun secara lebih sistematik untuk merealisasikan cadangan-cadangan yang dikemukakan...

Ok... saya mau turun ke bawah... bengkelpun sudah habis... duduk diatas 1 km dari paras laut ini udaranya nyaman sekali tapi tak lah sejuk sangat, cuma berangin kuat. Pemandangan dibawah sana amat cantik, nampak saujana mata memandang petak-petak bendang yang menguning dan juga laut yang membiru..Penginapan disini ok juga ... amat sesuai untuk orang yang baru berkahwin dan berbulan madu di sini....... yang tak tahannya nak naik keatas dari kaki gunung ialah lebih kurang 12 km dengan jalan berbengkang bengkok.....

ketemu lagi.

Monday, 7 November 2011

PEMBAZIRAN ADALAH KERUGIAN.... KISAH BENAR

Catatan:
Mohd Asri Redha

Selamat Sejahtera... buat pembaca maya sekalian

Pagi ni agak ada ruang masa sikit. Lama saya tidak mengemaskinikan blog saya dengan berita-berita dan ulasan-ulasan terkini. Sementara ada masa yang terluang sikit ini, tergerak dihati saya hendak bersembang-sembang berkenaan PEMBAZIRAN..   Topik ini sudah lama ada dalam kotak pemikiran saya untuk diluahkan kepada pembaca maya sekalian tapi.. itulah dek kerana kesuntukan waktu yang tidak sudah-sudah dengan kerja yang tidak berkesudahan maka tertangguhlah dulu.... 

Oh Ya. belum terlambat rasanya saya hendak mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Korban.... Allah Hu Akbar... Allah Hu Akbar... Allah Hu Akbar... Dekat Kariah Masjid saya, tumbang 8 ekor lembu korban, dan di Apartment KCS juga tumbang 7 ekor lembu korban.. kedua-dua tempat ini saya tumpang buat kerja melapah dan memotong daging korban untuk diagih-agihkan...saya suka buat kerja-kerja seperti ini.. tolong menolong dan sambil mengeratkan lagi tali silaturrahim sesama kawan  masyarakat sekitar... terok tu terok juga.. tapi anggap macam senaman aje....

Mewah sungguh noo orang kita... rata-rata orang buat korban dan dah jadi berlawan pula sapa paling banyak buat sembelihan lembu korban..... Janganlah pula timbul perasaan riak dan angkuh sahaja sudahlah.. Sikap nak menunjuk-menunjuk ini sudah lari jauh dari erti dan falsafah KORBAN sebenarnya. Dek kerana terlalu banyak lembu yang dikorbankan maka berlakulah apa yang dikatakan pembaziran.. apa tidaknya... kalau dinegara-negara seperti Indonesia, Afrika dan negara-negara mundur lainnya bila dilihat dalam TV kita dapati setiap apa yang ada pada seekor lembu selain daging binatang korban yang disembelih digunakan sepenuhnya. dari isi sampailah ke kulit.. tapi kat tempat kita ni.. kadang-kadang kepala lembu tidak lagi diproses untuk diambil otaknya dan isi daging yang ada ... ditanam sahaja. .Begitu juga kulit-kulit dan perut binatang sembelihan.. oleh kerana terlalu banyak sangat sembelih sampai tidak ada orang yang mahu proses perut-perut yang memang sedap dibuat kerabu dan sebagainya.. maka terus ditanam sahaja.. takkah itu membazir namanya.. sedangkan dinegara-negara mundur.. berebut-berebut dan beratur panjang untuk mendapat sebungkus daging korban sampai kita bisa dengar sampai mati.... Sebab itulah saya rasa usaha-usaha yang dibuat oleh beberapa NGO kita yang prihatin akan masalah ini telah berusaha buat pembungkusan yang sistematik agar tahan lama untuk dihimpun semua daging-daging korban yang berlebihan untuk diagihkan dinegara-negara yang amat memerlukan seperti dibeberapa negara Islam di Afrika yang memang amat memerlukan bantuan daging berzat tersebut. Jiran kita sendiri iaitu Thailand juga ditimpa bencana yang bukan kepalang teruknya dan banyak orang Islam disana yang memerlukan pembelaan dari segi apa saja bantuan. Maka inilah masanya kita membantu jiran sesama slam kita disana dengan menghantar daging korban.

Sebenarnya kehidupan disekeliling kita sentiasa dipenuhi dengan pembaziran... Saya tidak mahulah tengok yang jauh-jauh.. cukuplah melihat yang berlaku depan mata kita.. Adalah menjadi harapan saya dan kita semua marilah kita sama-sama berusaha membantu mengatasi pembaziran yang berlaku dalam kehidupan harian kita.

Saya ingin bercakap tentang yang berkaitan dengan tempat kita bekerja.. tau tak sebenarnya terlalu banyak berlaku pembaziran dalam jabatan kita yang jika dicampur dengan berpuluh-puluh jabatan lain kalau berlaku kes yang seumpamanya, rasanya berjuta-juta juga kerugian kepada kerajaan negeri.  Kita yang bertungkus-lumus memerah otak dan tenaga untuk mengutip hasil , terasa letih begitu sahaja sebab hasil yang diperolehi dibazirkan begitu  sahaja tanpa apa-apa faedah.  Kita tidak terasa apa yang kita buat itu sebenarnya membazir sebab kita lihat dalam kontek mikro sahaja... kata orang tak berapa duitpun... tapi cuba kita campur-campur tengok.. berjuta RM juga hangus... 

Ok mari kita tengok satu persatu dimana berlaku pembaziran.

Salah satu perbelanjaan besar kerajaan atau jabatan ialah penggunaan tenaga elektrik... bagi kakitangan yang tidak pernah ambil tahu berapa sebenarnya belanja kegunaan elektrik jabatan memang tidak terasa apa-apapun.. yang penting gaji dapat setiap bulan... Saya suka mengungkit isu-isu penggunaan elektrik dijabatan-jabatan kerajaan yang saya rasa terlalu mewah menggunakannya ... Memang besar belanjanya... Satu-satu jabatan seperti Pejabat Tanah sekurang-kurangnya RM5,000.00 ke RM10,000.00 setiap bulan dibelanjakan... kadang-kadang meningkat begitu mendadak akibat kecuaian kakitangan sendiri... Kalau kat WDA rasanya beratus ribu RM sebulan dibelanjakan untuk bil elektrik.  Bagi jabatan seperti PTKS yang duduk bersama dengan jabatan lain... tidak begitu nampak sangat banyak mana elektrik diguna kerana semuanya dibayar oleh JKR .. namun pada saya itu bukan bermakna kita boleh sewenang-wenangnya membazir tenaga elektrik tersebut dengan perkara yang tidak memberi faedah.. Walaupun bayaran dilunas oleh JKR tapi sebenarnya datang dari kantong yang sama juga.... jadi kita perlu beri kerjasama mengatasi masalah kenaikan bayaran untuk kegunaan tenaga elektrik ini.

Cubalah  balik lewat sikit sampai pukul 7.00 petang.. tengoklah sebahagian pejabat. Walaupun tidak ada orang bekerja, tapi terang benderang lampu terpasang dan sejok sangat sebab 'air cond' masih terpasang. Saya tidak mahulah tengok jabatan lain, tapi cukup sekadar tengok jabatan sendiri yang pernah saya bekerja.. kalau tidak sebut atau tidak tegor satu-satu apa patut dibuat maka berterusanlah keadaan tersebut berlaku sejak sekian lama... Tidak ada rasa keprihatinan  sesama kakitangan untuk memikirkan hal-hal yang dianggap remeh itu. Pada saya itu tidak dianggap remeh... itu adalah tanggungjawab kita bersama untuk sama-sama membantu kerajaan mengatasi masalah kewangan.

Ada satu tabiat kakitangan kita yang bertugas buka dan tutup pejabat.. Datang kepejabat cukup awal .. pukul 7.00 sudah datang ke pejabat.. Rupanya dia datang buka pejabat, pasang semua lampu yang ada dan hidupkan semua penghawa dingin  yang ada dan lepas tu diapun lesap.. mungkin pi hantar anak ke sekolah kut, atau isteri pergi ke pasar atau keluar pergi makan ataupun mungkin..... Pukul 8.00 pagi nanti datang balik.. bagus jugalah datang pukul 8.00 pagi.. tapi ada juga datang balik dah dekat nak balik makan tengahari ... lagilah terok .. nak ambil tindakan lagu mana .. punch card pukul 7.00 pagi... Tak apalah.. itu tajuk lain saya celoteh.. apa yang saya nak bagi tau.. tidak terasakah bahawa apa maknanya buka awal-awal pejabat dengan segala lampu dan air con dibuka.. tak ada sapapun.. kalau adapun buka ikut keperluan sajalah dan pagipun masih lagi sejuk.. tidak ada keperluan untuk buka air con awal sangat..  Lepas tu waktu rehat tengaharipun sama juga.. kalau ada staf tidak apalah juga , tapi kadang-kadang tak ada  sapapun.  Terpasang sepenuhnya lampu dan komputer yang ada. Waktu balikpun sama... orang semua dah balik.. 'air con'  terpasang , lampu terang benderang... orang tidak ada... tidak ada sapa rasa bertanggungjawab untuk tolong tutupkan lampu atau air con yang bukan 'centralise' itu. Inilah yang saya nampak dan alami sendiri... Jadi dalam sehari 3 jam kita pasang air con lampu yang tidak perlupun  mlahan membazirkan penggunaan tenaga dan wang ringgit. Sehari 3 jam seminggu 15 jam sebulan 60 jam...agak-agak berapa yang kita boleh jimatkan perbelanjaan kerajaan. Itu baru satu jabatan.. Kalau semua jabatan buat kelaku macam tu.... memang menggerunkan kalau diteliti betul-betul... tapi kita masih tidak terasa gerun .. sebab kita tidak terasa apa-apa.

Saya bercakap begini sebab saya tahu perkara itu benar-benar berlaku kerana saya datang awal ke pejabat dan balik lewat .. Maknanya kadang-kadang saya buka opis dan saya tutup opis.. sebab itu saya perlu kunci pejabat.... pembantu pejabat tidak akan sanggup tunggu.. tak apalah diluar waktu opis.. tidak boleh nak paksa. Banyak sangat benda yang berlaku yang saya jumpa sepanjang masa saya bekerja dibanyak jabatan.. Ada setengahnya komputernya dibiarkan terpasang siang malam.. tidak tertutup.. susah sangatkah  nak tutup komputer tu.. tidak susah manapun.. Jadi kadang-kadang saya juga yang jadi tukang tutup komputer anak-anak buah.... Bila saya bercakap berkenaan ini maka saya sendiri kenalah amalkan usaha-usaha mengelakkan pembaziran.. Menjadi kebiasaan saya kalau saya rasa keluar bilik lama  saya pasti akan tutup dulu lampu dan 'air con' bilik saya... Kalau sudah ada 'air con'  berpusat kat bilik maka tidak perlulah buka 'air con' individu yang ada kat bilik..  kalau saya bercuti atau datang lewat ke opis tidak perlulah buka lampu dan 'air con' awal-awal.. bila ada saja baru buka.. Kalau pejabat sekarang ini saya pasti akan tutup lampu luar yang ada kat tempat tunggun lif kalau saya pulang lewat. Tidak ada keperluan untuk buka lampu kat situ.. memang tidak akan ada siapapun tutup lampu itu.. setakat yang  saya tengok.
Tengoklah dibeberapa jabatan yang ada .. terutama tempat-tempat parking kereta bawah bangunan ... ada beratus lampu-lampu kalimantang yang ada.. semua terpasang 24 jam.. sedangkan  pada waktu siang terang benderang.. untuk apa tujuannya saya tidak tahu.. agaknya segan atau malas nak petik suis kut bila malam menjelma.. Pakai mudah pasang terus... bukan ada sapa nak ambil tahu...awatlah segan dan berkiranya kita dalam bab-bab seperti ini.

Sebab itulah saya perlu tegur hal-hal pembaziran seperti ini dalam kontek jabatan saya.. kadang-kadang saya buat surat memo dan kadang-kadang kita tegor secara lisan.. tapi oleh kerana dok lali dengan perkara-perkara yang yang sudah menjadi kebiasaan.. lama-lama  dia berulang balik.. kena tegor pulak.kesedaran diri sendiri tidak  ada. Jadi saya harap anak-anak buah jabatan saya sekarang ini dapat mengambil ini sebagai satu ingatan dan perhatian agar ambil berat sama fasal jabatan tempat kita cari makan.. pakat-pakat kita jaga dan peringatkan. Kerajaan bagi banyak sangat kemudahan dan kesenangan kepada kita... lepas ni nak dapat bonus lagi.. tahun depan naik gaji lagi dan mungkin dapat tunggakan lagi... tidak terfikirkah kita semua akan apa yang kita dapat.. sedangkan pada masa yang sama kita secara tidak sedar cuba merosakkan periok nasi kita...

Pernah disatu jabatan saya bertugas saya dapati air paip mencurah-curah keluar sejak hampir 3 minggu/.. kata si tukang kebun.. saya cuma sedar bila saya pergi ke belakang pejabat . Bila nampak terus saya tanya pada tukang kebun tersebut kenapa berlaku macam tu.. mudah jawabnya.. dah bagi tau kat CC minta beli kepala paip baru yang harga tidak seberapa itu..  Kerana tidak beli lagi maka mencurah-curahlah air itu keluar sejak 3 minggu yang lalu.. tak taulah berapa ribu gelen air yang membazir keluar begitu sahaja.... kenapa berlaku perkara tersebut ialah kerana sikap tidak kisah yang mungkin pada anggapan mereka perkara itu kecik sangat... baik CC tersebut maupun tukang kebun tersebut yang tengok tiap-tiap hari air itu mencurah keluar... tak ada rasa apa pada mereka.

Penyelesaiannya mudah aje.. saya pergi beli kepala paip tersebut dikedai hardware dan pasang sendiri hari itu juga... bukan susah manapun......Tapi laratkah sampai perkara kecil seperti itupun nak tunggu arahan juga....

Ok ... saya berhenti setakat ini dulu... perut rasa tidak selesa ... mungkin kena daging korban banyak sangat kut.. asyik nak meragam... lagipun malam sudah hujung benar... sayup-sayup terdengar kokok ayam jantan....terkejut lihat ayam betina dah tidak sebelah dia kut..mata pun dah berbinau-binau..  jadi saya permisi dulu..

Jangan marah ya.....ada lagi nak cerita fasal pembaziran  ni seperti pembaziran makanan, pembaziran minyak kenderaan, pembaziran kertas, pembaziran beli peralatan, pembaziran penggunaan kenderaan, pembaziran masa dan segala pembaziran yang akan saya ulas berdasarkan kisah-kisah benar yang lalui dan lihat sendiri.... So jangan lupa ikuti celoteh saya ini seterusnya nanti.....kalau mampu terima celoteh saya...  tapi semuanya untuk kebaikan kita semua....

17,11.2011
KLIA :2.30 ptg

Salam Sejahtera

Boring .duduk menunggu flight ke Jakarta... Pukul 4.00 ptg nanti baru 'depart' . Jadi ada masa sikit untuk saya tengok balik tajuk pembaziran yang tak habis lagi ni... ok

Jabatan-jabatan kerajaan kebanyakannya ada kereta jabatan sendiri, ada yang digunakan terus oleh Ketua Jabatan atau digunakan untuk gunasama.. Tak kisahlah cara mana penggunaannya namun apa yang saya hendak sembang kali ini ialah berkenaan pembaziran bahan api kenderaan. Minyak kenderaan bukan murah. Kenderaan pula  berkapasiti besar.. tentunya guna minyak banyak.. Banyak sangat pembazira dari segi ini...
Selalu sangat saya pergi majlis-majlis terjumpa kenderaan-kenderaa jabatan yang dihidupkan enjinnya sepanjang programnya berlangsung... Heran juga fasal apa...jengok tengok.. rupanya 'driver' dok tidor didalamnya . sementara tuannya berada dalam majlis yang  berlangsung. Tentunya selesa sebab ada 'aircon' lagi.  Apakah boleh dibuat macam tu.... bayangkan kalau ramai pemandu buat macam tu.. banyak mana agaknya minyak diguna... dan bayangkan berapa banyak kerajaan terpaksa bayar untuk bahanapi yang tidak perlu itu.. Kalau tak percaya tengoklah bila ada apa-apa majlis.. kenderaan jabatan yang bersusun .. mesti ada yang buka sentiasa enjinya untuk membolehkan  aircon dipasang .. jadi selesa sungguh depa... panas-panas tak mainlah... 

Penggunaan alat tulis juga banyak pembaziran berlaku.. Untuk fotostat dokumen-dokumen biasa saja, saya lihat sendiri bagaimana digunakan  kertas yang bermutu tinggi dan tebal. Tentunya harganya mahal... itupun  pada sebilangan kecil pekerja hal seperti ini tidak diambil kisah langsung.. Nak kisah apa... bukan dia yang nak kena bayar..kerajaan yang bayar.. Jadi kalau sapa tak tegor dan nasihat maka akan berterusanlah pembaziran kertas berlaku yang memberi  kesan kepada perbelanjaan kerajaan secara keseluruhannya..  Ini tidak kira lagi kertas rosak yang silap taip, dikomen oleh ketua jabatan, salah format dan sebagainya.... Patutnya kertas-kertas itu tidak dibakulsampahkan. Boleh guna lagi yang sebelahnya untukbuat taip copu salinan-salinan dalam fail atau buat kertas draft... Satu perkara pelik yang masih diamalkan sampai kini ialah saya lihat senarai nama penerima surat-surat.. kadang-kadang sampai 10 muka surat ditaipkan senarai nama penerima surat atau dokumen-dokumen dan diedarkan pada seluruh yang menerima tanpa apa-apa faedahpun. Patutnya ambil nama yang berkenaan sudahlah (sekeping surat beserta surat sebenar adalah memadai dan mencukupi. Bayangkanlah kalau 50 orang dihantar x 50 keping senarai nama penerima maka lebih kurang 250 keping surat digunakan.. Takkah itu membazir namanya...

Ok... mohon permisi dulu.. dah nak naik kapalterbang ke Jakarta.. mengikuti LSB bersama 29 orang Pegawai Tadbir Negeri........ nanti saya cerita sikit  lawatan ke Jakarta nanti... Malam nanti ada Pertandingan Bolasepak Malaysia VS Indonesia dalam Sukan Sea... Tak berani pi atur tengok kat Stadiumnnya.. susahnya juga penerimaan sebahagian kecil orang Indonesia ni terhadap orang kita.... mereka berprasangka buruk terhadap kita.. macam-macam boleh jadi.