25 Julai 2012
Catatan: Mohd Asri Redha
Nak bagi seronok bekerja sebenarnya bukan mudah seperti cakap. Namun kita kena bagi seronok juga bila bekerja.. Walau apa cara sekalipun kena usaha bagi seronok. Kalau tidak sebahagian besar hidup kita didunia ini berada dalam keadaan tidak seronok.. makanya diri sendirilah kena pandai-pandai bawa diri macam mana nak bagi seronok dalam bekerja. Ada juga yang seronok bekerja tapi bukan dalam bentuk yang produktif.. tapi dia seronok mai kerja kat pejabat tapi tak buat kerja sepenuhnya pun dan asyik tuang kerja saja dan curi masa kerja untuk kerja peribadi lain. Ada juga ambil kesempatan waktu bekerja dengan kuasa dan peranan yang ada di jabatan-jabatan tertentu, dia boleh atur pula untuk kepentingan diri sendiri... Seronok bekerja cara ini tidak boleh pakai langsung... Yang jenis inipun banyak juga kat kebanyakan opis. Yang jenis ini saya akan cerita lain dalam ruang khusus atas tajuk itu
Yang saya maksudkan disini ialah kita seronok bekerja tapi produktiviti kita juga tinggi. ... Saya sebagai Ketua Jabatan tak lah pandai untuk beri ceramah motovasi untuk cerita fasal seronok bekerja kepada kakitangan. Jadi kita cari orang pakar untuk cerita apa yang membolehkan seseorang itu seronok bila datang bekerja. Dia sentiasa ceria sahaja berada dipejabat. Buat kerja dengan penuh tanggungjawab, berdisiplin, mematuhi arahan ketua dan pegawai atasannya, tidak berkira dalam bekerja, sentiasa hendak membantu pelanggan yang datang berurusan, sentiasa mengambil bahagian dalam setiap aktiviti jabatan dan kelab jabatan, mempunyai kasih sayang sebagai sahabat dikalangan kakitangan dan segala macam yang baik-baik belaka. Alangkah seronoknya saya dan semua orang jika semua kakitangan yang ada macam tu.. bahagia rasanya bekerja dikelompok kakitangan yang begitu.. Ya.. kita mahu bahagia hidup didunia dan akhirat. Mengapa kita perlu susah-susahkan diri dengan perkara yang kita tidak perlu susahpun didunia yang hanya sementara ini...
Sebab itulah kita cari pakar... baru-baru ini di Ipoh saya dan anak-anak buah telah menganjurkan Kursus Motivasi kepada kakitangan di Hotel Heritage, Ipoh. Penceramahnya dari Institut Aminudin Baki iaitu Tuan Hj Razmi Majid.. Bagus ceramah beliau itu. Saya tak mau ulas panjang fasal ceramah beliau itu tapi saya dapat simpulkan sepertimana yang diceramahkan itu bahawa untuk seronok bekerja faktor utama ialah tahap kesihatan yang baik, samada kesihatan fizikal dan kesihatan mental yang baik. Untuk mendapatkan kesihatan mental yang baik kita kenalah banyak membaca.. Faktor emosi juga mempengaruhi keseronokan dalam bekerja. Emosi ini selalunya berinteraksi dengan perasaan dan persepsi kita. Bukan mudah seorang kakitangan boleh serasi dengan semua kakitangan lain kerana setiap orang ada ego dan keistimewaan masing-masing . Yang penting kita perlu berfikiran positif. Untuk seronok juga kita perlu ada aura. Aura kita sesuatu yang unik. Kita perlu buat agar kita dihargai, buat diri kita rasa diterima oleh rakan-rakan, bagi ada rasa selamat dalam organsasi yang diduduki. Perasaan seronok dalam pekerjaan kita akan terjelma kalau kita mempunyai ilmu yang dikembangkan lagi melalui pengalaman kita bekerja. Ada kenikmatan disitu kerana ini akan buat kita suka akan kerja kita. Cubalah belajar menyayangi rakan taulan kita, jangan ada perasaan benci dan tidak suka rakan sekerja kita. Jangan pandang rendah sahabat-sahabat kita. Biar susah bersama dan senang bersama.. selamat dunia akhirat. Berjenakalah secara sederhana sebagai sebahagian rutin kehidupan kita serta bertoleransi sesama kakitangan dengan bantu membantu antara satu sama lain. Insya Allah seperti kata penceramah tersebut. . akan datang kenikmatan dan keseronokan dalam bekerja..
Ok.. cukup takat itu dulu.... nanti saya cerita fasal Hari Keluarga PTKS pula.... kerana salah satu cara nak lepaskan tekanan kerja seharian ialah kita buat Hari Keluarga PTKS. Melalui Hari Keluarga , semua kakitangan dapat lebih mengenali keluarga sahabat-sahabat kita yang bekerja bersama-sama dijabatan dan dapat mengambil bahagian aktiviti yang diatur dengan penuh kegembiraan dan keseronokan. Saya cuba lengkapkan pakej motivasi keseronokan bekerja ini dengan ceramah , hari keluarga dan juga sebelum ini telah atur anak buah mendaki Gunung Jerai dengan berjalan kaki sejauh 12 KM untuk maksud kecemerlangan kesihatan. Sebelum ini juga telah diaturkan pertandingan tenpin boling sesama kakitangan dimana sebahagian besar kakitangan telah mengambil bahagian dengan seronok sekali bermain walaupun banyak yang masuk longkang... tak apa yang penting mau ambil bahagian... Sebenarnya banyak lagi yang telah diaturkan agar ada kelainan dan ada kepelbagaian dalam seharian kita bekerja di pejabat yang boleh memberi keseronokan dan kesihatan fizikal dan mental yang baik seperti aktiviti senaman berirama poco-poco yang dianjurkan setiap minggu, dan harapan saya selepas ini kena sambung balik , majlis jamuan hari raya, program karnival lelong awam hartanah yang julung kali diadakan dan jamuan-jamuan antara staf yang diadakan sekali sekali sebenarnya boleh mengeratkan hubungan kakitangan... itu tidak kira karaoke keluarga yang telah diadakan sekali sekala., boss belanja makan sekali sekala kalau ada duit lebih sikit dan sebagainya..... memang seronok sekali....
Tapi itu lah yang sedihnya waktu menulis ini saya hanya punyai 6 hari sahaja lagi bersama anak-anak buah yang ceria-ceria belaka sekarang ini.. lebih-lebih lagi mereka dah dapat pejabat dan perabut baru... Agak berat juga saya untuk meninggalkan jabatan yang telah menunjukkan banyak perubahan. Kempunanlah saya hendak merasa bilik baru..dok 'planning' macam-macam kat sana tu nanti. tak apalah demi kerana tugas , terpaksa akur juga dengan arahan itu kerana sebenarnya saya dah mula serasi dengan sebahagian besar kakitangan walaupun depa tahu saya ni agak 'strict' sikit dalam hal-hal berkaitan dengan disiplin... Adalah sikit-sikit lagi yang tak berapa serasi lagi dengan cara saya tapi.. tak apalah. biasalah tu....itulah namanya manusia.
okkkk... cukup-cukup.. dah melalut panjang ni.. kata nak berhenti....
Selamat Berpuasa.....
Blog ini saya sedia untuk renungan dan bahan bacaan untuk awam. Maklumat dan pandangan yang diberi ini tidak boleh dijadikan sebagai bahan bukti dalam mana-mana prosiding mahkamah dan tuntutan. Penulis tidak bertanggongjawab jika berlaku kerugian wang ringgit, kemusnahan harta benda dan diri, tuntutan kerugian dan sebagainya disebabkan menggunakan maklumat dalam blog ini..
Dengar Dulu Lagu Pamgit ini... bagi feeling sikit... he heee
Showing posts with label kursus. Show all posts
Showing posts with label kursus. Show all posts
Tuesday, 24 July 2012
Monday, 16 April 2012
MENTRANSFORMASIKAN Pentadbiran Tanah ........
17. April 2012
Hotel Bayview...Pulau Pinang
Catatan..Mohd Asri Redha b. Abdul Rahman
Salam Sejahtera.....
Hari ini.. saya nak pergi jauh sikit dari kesibukan kerja yang tidak berkesudahan... makin lama duduk kat pejabat makin banyak pula kerja. Tak boleh jadi ni... Saya nak pi tambah ilmu sikit... ilmu nak buat kerja.. walaupun dok buat kerja tu sudah lama, tp nak kena pergi 'refresh' juga supaya apa yg kita buat hari2.. tidak jauh tersimpang... Banyak sangat perkembangan-perkembangan terbaharu dalam pentadbiran dan pengurusan tanah termasuk juga perundangan-perundangan tanah yang berubah.. Jadi janganlah kita dok berlagak sangat kata kita dah kerja bekerja berpuluh-puluh tahun di pejabat tanah, tapi jika ditengok teliti kerja buatnya tidak banyak berubah.. hanya ikut lazim.. tidak ada pembaharuan langsung. Sebab itu saya sangat menggalakkan anak-anak buah pergi kursus-kursus yang bersesuaian untuk menambahkan ilmu pengetahuan dalam bidang kerja seharian kita disamping yang berkaitan dengan motivasi dan keugamaan. Motivasi dan keugamaan juga amat penting kerana ia membantu kearah memperlengkapkan lagi kecekapan dan integriti dalam pekerjaan harian.
'Seminar Transformasi Pentadbiran Tanah Zon Utara' ini diadakan pada 16 - 17 Mac 2012 di Hotel Bayview, Penang. Penganjur kursus ialah Institut Tanah Dan Ukur Negara (INSTUN). Hendak mentransformasikan pentadbiran tanah bukannya semudah cakap.... Cabarannya begitu besar. Apatah lagi untuk mengubah sikap dan cara bekerja sumber manusia yang ada ditambah dengan sumber kewangan yang terhad. Mentransformasikan pentadbiran tanah banyak melibatkan penggunaan teknologi maklumat terkini.
Banyak tajuk-tajuk yang dibentangkan yang amat 'relevan' dengan tugas di Pejabat Tanah dan PBT seperti berkaitan OSC, Pengambilan Balik Tanah (APT 1960), Pembangunan Tanah, Integriti Dalam Pentadbiran Tanah (SPRM), Isu-Isu Dalam Memproses Permohonan Pembangunan Tanah dan 'Overview KTN 1965 serta Sistem Pentadbiran Tanah di Malaysia. Banyak maklumat telah saya perolehi dari seminar yang diadakan ini. Insya Allah apa yang saya dapat ini akan dibawa maklum dan diimplimentasikaan dimana perlu dalam tugas harian di pejabat. Seminar ini saya memohon untuk hadir .. bukan diarah untuk hadir. Banyak bedanya antara sukarela untuk hadir dengan diarah untuk hadir...Terima kasih kepada INSTUN yang telah menerima saya sebagai peserta.
Sedikit berkenaan maklumat-maklumat yang perlu diketahui oleh warga pejabat tanah..... KTN adalah berasaskan kepada Sistem Torrens dimana segala 'dealing' atas tanah mesti menggunakan borang yang ditetapkan dan didaftarkan/wasilkan di Pejabat Tanah. Kerajaan sedang dalam peringkat akhir untuk merombak KTN supaya lebih praktikal dan sesuai dengan teknologi maklumat serta mengambilkira perubahan-perubahan yang berlaku. Dunia sekarang segalanya mahu cepat. Halangan perundangan dan prosedur yang tidak perlu perlu dikurangkan. KTN sekarang ini berusia lebih 46 tahun yang belum dibuat semakan secara komprehensif. Kemungkinan penggunaan borang-borang akan dikurangkan dari lebih 95 borang kepada kurang 60 borang sahaja dan penggunaan borang-borang bawah aturan-aturan tanah negeri akan cuba diseragamkan. Dalam Undang-Undang Tanah.. 3 undang-undang penting yang menjadi induk pentadbiran tanah ialah Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56), Akta Hak Milik Strata, dan Aturan Tanah Negeri. Banyak lagi pembaharuan-pembaharuan yang akan diperkenalkan nanti.. Kita tunggu dan lihat....
Berkenaan Pengambilan Balik Tanah pula .. perkara penting yang perlu dilihat ialah pematuhan sepenuhnya kepada proses dan prosedur yang ditetapkan dalam Akta ini... Sedikit kesilapan dan kecuaian dalam pelaksanaan Akta ini boleh mengundang padah yang membolehkan pengambilan tanah dibatalkan dan tuntutan ganti rugi yang bukan kepalang banyaknya kepada agensi pemohon dan kerajaan negeri sendiri. Saya melihat banyak berlaku ketidakfahaman berkenaan proses-proses dalam urusan Pengambilan Tanah secara paksa ini. Jadi berhati-hatilah dalam menjalankan tugas berkaitan pelaksanaan Akta Pengambilan Tanah ini supaya patuhi sepenuhnya keperluan akta.. Berdasarkan ceramah yang diberikan oleh penceramah.. banyak kes-kes tuntutan gantirugi telah dibuat kepada kerajaan akibat dari kecuaian-kecuaian yang berlaku dalam pentadbiran tanah. Dalam menentukan pengambilan tanah hendak dibuat S3(1) bawah (a) , (b) atau (c) juga boleh dipertikaikan oleh tuan tanah.... Oleh itu pemahaman sepenuhnya perlu ada dikalangan pegawai dan kakitangan yang terlibat dalam proses pengambilan tanah. Saya selalu bercakap pada anak-anak buah.. nak buat apapun kena fikirkan implikasi-implikasi apa akan berlaku dari perbuatan kita...
Ok... mohon permisi dulu.... nak balik dah ni....kalau lewat sikit nanti .. kesesakan lalu lintas pasti berlaku. Duduk kat Penang ni semakin merimaskan.. kenderaan terlalu banyak....
Makin banyak maklumat yang diperolehi rasanya lepas ni akan makin banyak pula kerja... yalah.... dah dapat ilmu baru.. nak tengok baliklah apa yang dibuat sebelum ini.. Rasa-rasanya tak berapa betul dalam beberapa proses kerja yang dok buat selama ini..........................
Teratak Kasih
Alor Setar
Labels:
aktiviti ptd,
kursus,
pandangan
Monday, 12 March 2012
ROYALTI PENGELUARAN DAN PEMINDAHAN BAHAN BATUAN DAN BATUAN MINERAL.... SEMAKAN KADAR YANG LEBIH KOMPETITIF
10 Mac 2012
Awana Porto Malai, Langkawi
Catatan: Mohd Asri Redha
Tidak banyak sumber hasil negeri yang boleh digunakan sepenuhnya untuk dikutip apa-apa cukai atau royalti bagi kepentingan Kerajaan Negeri Kedah. Ianya memang termaktub dalam Perlembagaan dan kerajaan negeri tidak boleh sewenang-wenangnya mengutip apa2 cukai diluar dari lingkungan yang ditetapkan... Setakat apa yang ada, maka itu sahajalah yang diteruskan tradisinya dengan penambahbaikan dari masa kesemasa.
TanaH.. adalah sebahagian sumber utama kerajaan negeri Kedah dalam mendapatkan hasil apa yang ada atasnya samada atas tanah, bawah tanah dan ruang udara . Disamping itu sebahagian transaksi dan bukan transaksi daripada urusan-urusan berkaitan tanah juga boleh dikutip hasil untuk negeri selain Kerajaan Persekutuan juga turut mendapat hasilnya dari urusan-urusan tersebut.
Hari ini saya menghadiri Makmal Semakan Kadar Bayaran Royalti Bahan Batuan dan Mineral dibawah KTN/Aturan Tanah Kedah, Enakmen (Pemakaian) Perhutanan Negara serta Bayaran Royalti dibawah Peraturan-Peraturan Mineral (Kedah) 2007.. yang diadakan di Awana Porto Malai, Langkawi dari 09.03.2012 hingga 11.03.2012. Objektif utama Lab ini adalah untuk meneliti dan mengkaji semula kadar-kadar harga yang sedia ada untuk royalti-royalti bahan batuan dan batu mineral berkenaan agar kadar harganya lebih kompetitif dengan kedudukan semasa. Ini perlu kerana kadar-kadar harga yang ditetapkan sejak sekian lama belum dibuat semakan telah menyebabkan kerajaan negeri menanggung kerugian besar jika dibuat perbandingan dengan beberapa negeri lain. Disamping itu pengusaha-pengusaha kuari telah membuat keuntungan lumayan hasil kegiatan jual beli bahan batuan dan mineral ini.
Adalah diharapkan dengan perbincangan dan semakan semula yang dibuat ini akan dapat dicapai satu formula yang benar-benar kompetitif dan sesuai dengan keadaan semasa serta tidak membebankan pengusaha dan pengguna disamping kerajaan negeri boleh mengadakan penambahbaikan dalam pentadbiran dan pengurusan pengeluran dan pemindahan bahan batuan ini mengikut enakman serta akta berkaitan.
Pentadbiran tanah negeri juga telah mengenalpasti terdapat banyak berlaku ketirisan hasil royalti bagi setiap pengeluaran bahan batuan dan mineral akibat beberapa kelemahan-kelemahan dalam pentadbiran, pengawasan, penguatkuasaan operasi pemindahan bahan batuan dan tamak haloba pengusaha kuari sendiri. Lab ini juga membincangkan isu-isu ini dan cuba mencari langkah-langkah kreatif dan proaktif, kearah mengurangkan ketirisan hasil royalti yang berlaku agar ianya dapat meningkatkan lagi hasil royalti kepada Kerajaan Negeri.
Semakan yang dibuat ini akan memantapkan lagi pengurusan royalti yang diperolehi dari bahan batuan dan mineral yang ada dibumi negeri Kedah ini. Insya Allah hasil dari perbincangan dan keputusan yang dibuat dalam Lab ini akan meningkatkan lagi hasil kerajaan negeri dan tidak rugi rasanya datang berbengkel di Hotel Awana Porto Malai ini walaupun sepatutnya bercuti hujung minggu..tapi demi kepentingan negeri ... masa rehat yang ada dikorbankan ... Jadi janganlah pula dok kata pi buang duit dan buang masa aje berbengkel di hotel....kita bincang nak tambahkan hasil negeri ...
Ok... dah nak sampai jeti Kuala Kedah... Tadi sebenarnya saya taip blog ni waktu bertolak dari Jeti Kuah.. Wahh hebat sungguh Pulau Langkawi ni.. sudah banyak perubahan fizikal yang dibuat.. hotelpun semakin banyak.... Kalau waktu cuti sekolah jangan haraplah nak datang terus begitu sahaja ke pulau ini tanpa buat tempahan hotel atau rumah tumpangan.. alamat tidor kat masjid sajalah... begitu juga kalau nak datang ke Pulau ini waktu cuti sekolah.. kenalah tempah awal tiket feri kalau tidak... sangkut kat Kuala Kedah saja.... memang ramai sungguh orang orang melancung ke Pulau Langkawi .... Selama 3 tahun saya pernah bertugas sebagai KPPD (Pembangunan) di Pulau Langkawi memang banyak kenangan yang seronok-seronok belaka.....
Sampai jumpa lagi....
Awana Porto Malai, Langkawi
Catatan: Mohd Asri Redha
Tidak banyak sumber hasil negeri yang boleh digunakan sepenuhnya untuk dikutip apa-apa cukai atau royalti bagi kepentingan Kerajaan Negeri Kedah. Ianya memang termaktub dalam Perlembagaan dan kerajaan negeri tidak boleh sewenang-wenangnya mengutip apa2 cukai diluar dari lingkungan yang ditetapkan... Setakat apa yang ada, maka itu sahajalah yang diteruskan tradisinya dengan penambahbaikan dari masa kesemasa.
TanaH.. adalah sebahagian sumber utama kerajaan negeri Kedah dalam mendapatkan hasil apa yang ada atasnya samada atas tanah, bawah tanah dan ruang udara . Disamping itu sebahagian transaksi dan bukan transaksi daripada urusan-urusan berkaitan tanah juga boleh dikutip hasil untuk negeri selain Kerajaan Persekutuan juga turut mendapat hasilnya dari urusan-urusan tersebut.
![]() |
Dato' Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Kedah mempe- ngerusikan sendiri Lab berkenaan sepanjang 3 hari di APM... |
Adalah diharapkan dengan perbincangan dan semakan semula yang dibuat ini akan dapat dicapai satu formula yang benar-benar kompetitif dan sesuai dengan keadaan semasa serta tidak membebankan pengusaha dan pengguna disamping kerajaan negeri boleh mengadakan penambahbaikan dalam pentadbiran dan pengurusan pengeluran dan pemindahan bahan batuan ini mengikut enakman serta akta berkaitan.
![]() |
| Bersantai di Lobby Hotel |
Semakan yang dibuat ini akan memantapkan lagi pengurusan royalti yang diperolehi dari bahan batuan dan mineral yang ada dibumi negeri Kedah ini. Insya Allah hasil dari perbincangan dan keputusan yang dibuat dalam Lab ini akan meningkatkan lagi hasil kerajaan negeri dan tidak rugi rasanya datang berbengkel di Hotel Awana Porto Malai ini walaupun sepatutnya bercuti hujung minggu..tapi demi kepentingan negeri ... masa rehat yang ada dikorbankan ... Jadi janganlah pula dok kata pi buang duit dan buang masa aje berbengkel di hotel....kita bincang nak tambahkan hasil negeri ...
Ok... dah nak sampai jeti Kuala Kedah... Tadi sebenarnya saya taip blog ni waktu bertolak dari Jeti Kuah.. Wahh hebat sungguh Pulau Langkawi ni.. sudah banyak perubahan fizikal yang dibuat.. hotelpun semakin banyak.... Kalau waktu cuti sekolah jangan haraplah nak datang terus begitu sahaja ke pulau ini tanpa buat tempahan hotel atau rumah tumpangan.. alamat tidor kat masjid sajalah... begitu juga kalau nak datang ke Pulau ini waktu cuti sekolah.. kenalah tempah awal tiket feri kalau tidak... sangkut kat Kuala Kedah saja.... memang ramai sungguh orang orang melancung ke Pulau Langkawi .... Selama 3 tahun saya pernah bertugas sebagai KPPD (Pembangunan) di Pulau Langkawi memang banyak kenangan yang seronok-seronok belaka.....
Sampai jumpa lagi....
Labels:
aktiviti ptd,
kursus
Subscribe to:
Posts (Atom)


