Dengar Dulu Lagu Pamgit ini... bagi feeling sikit... he heee

Sunday 25 September 2011

Jamuan Silaturrahim Sempena Hari Raya Aidil Fitri 2011

22 September 2011
Catatan: Mohd Asri Redha

Bulan ini jenuh sungguh dengan majlis makan-makan. Maklumlah bulan Ramadhan telah berlalu, bulan Syawal pula pakat buat makan-makan. Sapa yang mula atur macam tu sampaikan  dah tak larat lagi nak makan-makan.. Kalau tak buat jamuan raya macam tak cukup syarat aje... jabatan/agensi  lain buat , jabatan kita tidak buat..Nak Puasa Enam Syuawal pun puas selit-selit kerana hari-hari ada jamuan raya. Dah orang jemput, tak pergi rasa tak selesa pula.. bila pergi kenalah makan. Takkan tengok saja kut makanan lazat yang terhidang depan mata....

Tak apalah kalau ada kemampuaan kita buat, tapi kalau sampai nak susah-susah hati cari duit untuk buat jamuan.. rasaya tidak perlulah.  Kalau buat niat bersyukur tu tak apalah juga.. tapi janganlah sampai riak dan membazir.. Kita kena ingat diluar sana dan diluar negara kita ada orang yang tak dapat makan secukupnya... ada yang badan kurus kering kerana tak makan dan ada orang yang mati kebuluran kerana tak makan...

Pejabat Tanah Kota Setar mengikut  arus juga menganjurkan Majlis Jamuan Hari Raya Aidil Fitri yang diadakan pada 22 September 2011. Program ini diadakan di Dewan Jamuan, tingkat 12 Bangunan Sultan Abdul Halim, Alor Setar. Majlis ini diadakan juga sebagai menghargai pelanggan-pelanggan yang berurusan dengan jabatan ini. Antara pelanggan jabatan ialah pembayar cukai tanah, pemaju perumahan, peguam, bank, pelelong berlesen, perunding-perunding, jurukur, jurunilai, arkitek, keluarga staf dan rakan staff, jabatan-jabatan kerajaan , syarikat swasta dan sebagainya...Pelbagai juadah disediakan untuk tetamu-tetamu yang hadir...

Terima kasih kepada mereka yang hadir menjayakan majlis jamuan hari raya ini, dan juga kepada semua kakitangan Pejabat Tanah Kota Setar  yang telah bertungkus lumus menjayakan program yang dikendalikan melalui Badan Kebajikan Pejabat Tanah Kota Setar. Semoga dengan adanya program seperti ini akan lebih mengeratkan lagi tali silaturrahim sesama kakitangan dan juga dengan pelanggan jabatan yang berurusan

Jumpa lagi...

Teratak kasih

Friday 16 September 2011

PERMIT SEMENTARA MENGGUNAKAN TANAH PERTANIAN UNTUK MAKSUD LAIN...

Catatan : Mohd Asri Redha

"Tahukah anda sebagai tuan tanah ..... Tanah bergeran boleh dirampas kembali menjadi milik kerajaan sekiranya berlaku pelanggaran syarat kegunaan tanah.... banyak orang tidak begitu sedar akan hal ini. ..."

 Oklah.. mlm nii teringat pula nak sambung balik apa yang telah saya tulis tajuk diatas...  topik diatas ini rasanya masih baru lagi dan akan menjadi hangat rasanya selepas ini apabila tindakan-tindakan mula diambil.

Seksyen 52 KTN 1965 telah menetapkan 3 kategori penggunaan tanah iaitu pertanian,bangunan dan industri. Kalau guna tanah adalah pertanian maka adalah menjadi satu kesalahan dibawah KTN jika digunakan untuk maksud bangunan (apa saja kegunaan bangunan itu) dan juga kegunaan industri.

Sebenarnya perkara ini jika dibiarkan berleluasa akan menyebabkan banyak masalah boleh berlaku dan menimbulkan kecelaruan dari segi sistem aturan pembangunan fizikal yang dirancang. Kerajaan ada undang-undang dan peraturan yang cukup lengkap. Takkan  undang-undang yang ada hanya dijadikan perhiasan sahaja.  Ianya juga menyebabkan kerajaan negeri  rugi berjuta-juta ringgit setahun akibat hasil tanah yang dikutip atas kegunaan pertanian sedikit sahaja sedangkan tuan tanah telah mendapat pulangan hasil yang lumayan hasil kegiatan komersial atas tanah tersebut.

Sebagai jalan penyelesaian untuk mengelakkan tanah-tanah sebegitu dirampas menjadi hak kerajaan semula, perkara yang mudah ialah kembalikan kegunaan tanah itu kepada syarat kegunaan asal, atau mengambil tindakan membuat permohonan ubah jenis kegunaan tanah kepada kegunaan yang terkini.

Kemungkinan 2 jalan penyelesaian diatas itu agak menghadapi masalah dan mengambil masa.  Maka melalui Pekeliling KPTG Bil 1/2003 telah menggariskan cara dan kaedah yang boleh diambil bagi menyelesaikan masalah-masalah pelanggaran syarat tersebut. Sebenarnya dalam KTN sendiri telah ada kaedah denda kepada tanah yang melanggar  syarat pertanian ini iaitu jika dipasti dan disabit kesalahan oleh PTD tuan tanah boleh dikenakan denda RM500.00 dalam tempoh tertentu dan jika tidak dapat dipulihkan  juga kepada syarat asal tuan tanah boleh dikenakan denda RM100.00 sehari sepanjang tempoh pelanggaran syarat tersebut berlaku.

Mungkin cara penyelesaian sebegini agak berat kepada sebahagian besar tuan-tuan tanah terutama tanah-tanah yang agak kecil keluasannya. Sebab itulah Pekeliling KPTG yang disebutkan tadi sekurang-kurangnya memberi sedikit ruang jalan  kearah  penyelesaian sementara untuk tempoh 5 tahun.

Oleh itu Kerajaan Negeri Kedah telah  mewartakan aturan pindaan yang dinamakan "Aturan -Aturan Tanah Kedah (Pindaan) 2010"  pada 31 Mac 2011 ...  yang memasukkan tajuk ini selepas aturan 36i aturan yang berikut :

 " PERMOHONAN KEBENARAN SEMENTARA PIHAK BERKUASA NEGERI UNTUK MENGGUNAKAN TANAH PERTANIAN BAGI MAKSUD LAIN"

Melalui peruntukan yang diluluskan ini maka  Jabatan memohon kerjasama semua tuan-tuan tanah  yang tanah mereka memang digunakan untuk maksud lain dari pertanian supaya datang segera ke Pejabat Tanah Kota Setar untuk membuat permohonan seperti diatas dengan menggunakan Borang Jadual X supaya permohonan dapat diproses segera bagi mengeluarkan

"PERMIT  SEMENTARA UNTUK MENGGUNAKAN TANAH PERTANIAN BAGI MAKSUD LAIN"

setelah menyelesaikan bayaran-bayaran yang ditetapkan oleh undang-undang.  Kadar bayaran permit yang dikenakan ialah tidak beda jauh dengan kadar yang dikenakan bagi tanah-tanah yang telah lulus syarat guna tanah bangunan atau industri dimana berkaitan. Sudah tentu kadarnya lebih tinggi dari kadar pertanian sesuai dengan nilai komersial kegiatan ekonomi yang dijalankan atas tanah tersebut.

Sungguhpun begitu tempoh masa kebenaran maksima yang diberi setakat 5 tahun sahaja. Dalam tempoh tersebut tuan tanah mempunyai peluang dan masa yang mencukupi untuk memikirkan dan mengusahakan permohonan untuk mengubah jenis kegunaan tanah atau kembali kepada kegunaan asal.

Satu perkara yang perlu difahami cukai tanah biasa  syarat asal (pertanian) perlu juga dibayar setiap tahun dan pembayaran permit penggunaan tanah atas tanah yang sama tidak mengecualikan bayaran cukai tanah tahunan.

Pada peringkat awal saya rasa mungkin akan ada sedikit kekeliruan , dan jabatan ini akan cuba membantu untuk menyelesaikan masalah-masalah yang berbangkit. Pasukan 'Task Force' telah mula turun ke padang mengenalpasti tanah-tanah pertanian yang melanggar syarat pertanian dan janganlah tuan-tuan tanah terkejut pula  apabila menerima notis-notis yang berkaitan. Sebaiknya datang segera maklum pada Pejabat Tanah Kota Setar,  mudah cerita, senang kerja.....tak gitu.. Kalau tak mau juga nak selesai dan patuh notis yang jabatan beri maka ... jabatan akan mula mengeluarkan notis-notis  untuk proses ke arah rampasan tanah tersebut sepertimana yang diperuntukkan dalam Kanun Tanah Negara... Setiap bulan jabatan menetapkan lebih 40 kes baru didaftarkan. Di Alor Setar ini rasanya lebih 1000 kes pelanggaran syarat tanah pertanian boleh dikenalpasti dengan mudah.

Proses dan prosedur permohonan akan saya pamerkan dalam 'web site' jabatan dalam tempoh terdekat ini... Walau bagaimanapun jika ada apa masalah-masalah jangan ragu-ragu untuk menghubungi jabatan ini untuk penjelasan lanjut.

Saya rasa cukuplah menggodam netbook ni... dah lewat benar ni.. nak buat kerja lain pula..Sebenarnya banyak yang saya nak godam.. tapi mata kurang memberangsangkan.. terlalu letih mata.. Itulah biarlah kita beri sedikit sumbangan apa-apa yang kita boleh kepada yang mahu membacanya. Saya rasa apa-apa sumbangan seperti diatas tentunya memberi faedah kepada rakyat... Lagipun bukan susah sangat  mengetuk huruf kat 'net book' ni  sebagai bahan pengetahuan am pada rakyat yang mahu mengetahuinya dan mana-mana yang agak teknikal sikit  kita boleh rujuk mana-mana sumber yang ada..

 Selamat malam .... selamat tidoor

Monday 5 September 2011

MisteRI DaRi KomPleks BaRu PeJabaT DaeraH Dan TanaH KotA SeTaR

Catatan:   Mohd Asri Redha..

Nanti saya ceritalah.... rupanya tapak kompleks ini  'keras' juga.... nanti kalau ada kelapangan saya cerita.....