Dengar Dulu Lagu Pamgit ini... bagi feeling sikit... he heee

Tuesday 12 June 2012

AntarA TugaS dan MemeNuhi KehendaK PelanggaN

Apa sebenarnya yang hendak ditunjuk..... Kezaliman
Pejabat Tanah Kota Setar kerana melaksanakan
perobohan bangunan tersebut untuk kegunaan
penduduk dikawasan Kg Tok Seron itu juga..
Sampaikan Pak Menteri datang ziarah dan  
bagi sumbangan tunai..... ...... Nak marah
Pejabat Tanah (Kerajaan Negeri) atau
nak marah kementerian lain.....
Tarikh  : 12 Jun 2012
Catatan: Mohd Asri Redha
Tempat: Bang. Sultan Abdul Halim, Alor Setar

Penjawat Awam sebenarnya mempunyai tanggungjawab dan tugas yang telah ditetapkan berdasarkan sumber kuasa yang diberikan... kalau Pejabat Tanah sumber kuasanya tentunya dari Kanun Tanah Negara, Aturan Tanah Negeri, Akta Pengambilan Tanah, Akta Pembahagian Harta Pusaka dan berpuluh-puluh akta dan enakmen serta pekeliling-pekeliling yang dikeluarkan dari masa ke semasa.... Sebenarnya kalau ikut 100 peratus kehendak-kehendak yang termaktub dalam undang-undang dan pekeliling.. rasanya tidak ada masalah untuk penjawat awam menjalankan tugas.

JKKK tidak perlu kalut 
dalam hal ini kerana jabatan terlibat 
kena buat ....sebab ini tugas dan 
tanggungjawab jabatan berkenaan 
kerana pampasan telah diberikan dan 
tapakpun dah ada.. mai buat saja.......
Tidak perlulah menyalahkan kerajaan
negeri kerana meroboh bangunan2 tst
Sebenarnya diroboh untuk kegunaan
balik tapak tersebut bagi kemudahan 
penduduk Kg Tok Seron untuk kubur.
mereka juga Kerajaan Persekutuan 
buat khas untuk mereka sebagai ganti.. 



Tapi 'reality'nya tidaklah begitu... kehendak pelanggan adalah berbeda. Manusia kalau kat orang lain, semua tak kena kalau tak ikut undang-undang dan peraturan... tapi kalau terkena batang hidung sendiri segala undang-undang dan peraturan yang ada tak mau pakai dah..... Itulah realitinya dalam kerja saya hari-hari.. macam-macam kita jumpa.....


Kadang-kadang kalau kita baca dalam akhbar sesuatu isu dibangkitkan nampak sangat seolah-olah sesuatu tindakan penguatkuasaan yang dibuat oleh jabatan itu nampak zalim sangat ... tidak berperikemanusiaan.. dan sebagainya.. sampai ada cadangan supaya kakitangan jabatan termasuk saya ditarbiah untuk mengamalkan akhlak Islam, nilai murni dan bersikap bertimbang rasa... Amboi amboi amboi sedapnya cakap... Awat terok sangatkah saya dan anak-anak buah saya sampai macam tu sekali... terok sangatkah akhlak saya dan anak-anak buah pejabat tanah kota setar dan agensi kerajaan persekutuan lain yang terlibat... 


Saya pernah bekerja dibawah BN sejak sekian lama dan dibawah PR dalam tempoh 4 tahun ni... tak ada bedanya tindakan yang diambil.. semuanya berlandaskan undang-undang dan peraturan .. Biasanya setelah segala prosedur dan masa yang secukupnya diberi baru tindakan diambil.... Sayapun manusia berakhlak dan bertimbang rasa juga dan yang terlibatpun manusia yang ada perasaan juga... Jadi segala ruang telah diberi dengan sebaik mungkin...  tapi itulah... buat tak kisah dan buat main-main.. masih mahu main politik juga....


Lawatan Kerja pada 13.06.2012 jam 10.45 pagi ..ke Kg 
Tok Seron.. tak terjumpa pula kanak-kanak sedang 
duduk belajar bawah khemah yang dikatakan panas 
lit -lit.

Yang terjumpa khemah kosong ada terjumpa... tapi 
tak ada apa-apa aktiviti didalamnya.....

Yang terjumpa juga ialah kanak-kanak tersebut 
sedang belajar di dalam bangunan. Ini yang 
hairannya.  kat mana depa ambil gambar tu...  
Begitulah ceritanya..kalau dipolitikkan perkara
 ini macam nilah jadinya..Biarlah jabatan sesama 
jabatan kerajaan mencari jalan penyelesaian... 
boleh selesaipun... Secara kebetulan terserempak 
dgn Pengarah Kemas Neg Kedah sendiri Tn Hj Che 
Kamarudin b. Che Ismail yang turun ke padang 
meninjau  tadika ini.. sempat juga saya berbincang 
dengan Tuan Pengarah dan memberi cadangan 
penyelesaian kepada beliau.....dan apa yang 
PTKS boleh bantu..
Kalau semua tak mau ikut aturan dan peraturan susahlah macam tu....  Tidak ada unsur kezaliman dalam hal ini. dan tidak ada tindakan diambil atas pertimbangan politik, kerana projek ini sebenarnya adalah projek Kerajaan Persekutuan, dan jabatan yang dok kalut sangat tupun dari Jabatan Persekutuan...dan JKKK yang terlibat itupun JKKK Persekutuan. Jabatan Persekutuan banyak duit.. takkan walaupun sudah diketahui sejak 2 tahun lalu kena pindah tak buat  apa-apa cari bangunan baru atau buat pengambilan tanah.  Jadi nak marah kat sapa sebenarnya.  Tak payahlah dok tunjuk sedih dan melaratnya anak-anak belajar dalam khemah yang panas itu.. seperti dilaporkan dalam Sinar Harian bertarikh 11.06.2012 .. nak menunjukkan betapa zalimnya pejabat tanah pergi roboh bangunan yang sebenarnya bukan bangunan pusat tadika itu pun... Kerana ini akhirnya akan memalukan jabatan itu sendiri dengan pendekatan seperti itu.. seolah-olah lekeh sungguh kementerian berkenaan... benda kecil seperti itupun tidak dapat diselesaikan... sampaikan Menteripun pergi melawat dan beri sumbangan wang tunai sahaja bukannya nak tolong selesai menyediakan penempatan yang lebih selesa...


Sebenarnya saya boleh mengambil tindakan tidak mengambil serious segala arahan dari kementerian untuk melaksanakan apa-apa tindakan penguatkuasaan kerana nak heran apa.. saya bekerja dengan kerajaan negeri yang tidak bersependapat dasar dan prinsip dalam beberapa hal dengan kerajaan persekutuan... Namun saya adalah pegawai kerajaan yang tidak menyebelahi mana-mana pihak. Saya dan anak buah bertindak secara profesional..  kerana kita tahu tanggungjawab kita tanpa mengira ianya dari kerajaan negeri atau kerajaan persekutuan atau ianya dari fahaman politik berlainan.. Tidak dapat dinafikan oleh kerana saya adalah kakitangan kerajaan negeri dan secara kebetulan Negeri Kedah diperintah oleh Kerajaan PR maka tentunya tugas saya ialah melaksanakan apa-apa dasar dan arahan-arahan yang dibuat oleh kerajaan negeri asalkan ianya tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan Negeri serta agama.... Itu biasalah dan tidak boleh disalahkan anggota perkhidmatan awam kerana sistem pentadbiran kita memang macam tu..Takkan dulu saya bekerja dengan penuh taat setia pada kerajaan BN tapi bila dan beralih kerajaan nak suruh saya boikot dan bantah arahan kerajaan baru pula.... Mana boleh macam tu.. kalau buat macam tu huru hara jadinya. Sepanjang saya bekerja dibawah kerajaan sekarang tidak pernah diarah untuk tidak memberi kerjasama kepada jabatan persekutuan dalam urusan-urusan yang melibatkan kepentingan orang ramai.

Oleh itu saya amat mengharapkan janganlah terlalu mensensasikan sangat isu-isu seperti ini kerana ianya akan melarut-larut kepada lebih banyak kes-kes yang seumpama itu dimana melibatkan projek-projek kerajaan persekutuan. Jangan pula nanti kalau dah banyak masalah sangat,  pejabat tanah diarah kerajaan negeri supaya jangan campur tangan urusan-urusan jabatan-jabatan persekutuan terutama dari segi penguatkuasaan tanah.


Senanglah saya .. tak gaduh pening kepala memikirkan hal-hal yang memang memeningkan itu. Sapa yang mahu dok pi roboh-roboh rumah dan bangunan orang apatah lagi kalau melibatkan berkaitan keagamaan dan kebajikan orang ramai.. Namun pada akhirnya yang rugi adalah rakyat juga......

Oleh itu saya rasa tidak perlulah menjawab segala persoalan dan isu-isu yang dibangkitkan berhubung kes ini dengan memberi kronoloji kes ini sejak 2 tahun yang lalu.... Memadailah jawapan yang diberikan oleh YB Dr Ismail.. Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dalam Akhbar Sinar Harian bertarikh 12 Jun 2012 seperti yang saya sertakan dalam blog ini... Kenyataan YB berkenaan sebenarnya menjawab beberapa persoalan yang dibangkitkan...  Jadi lebih baik tutup cerita takat itu saja... Elok jabatan terlibat buat kerja masing-masing dengan segera dan tidak gundah gulana yang tidak berkesudahan dan menyalahkan orang lain.......  niat kita kena baik dan ikhlas dan tidak ada agenda tersendiri untuk menjadi popular.. lebih-lebih lagi dekat pilihanraya ni... banyak orang sudah menggelabah tak tentu fasal....kalau nak berpolitik.. berpolitiklah secara berakhlak dengan menunjukkan peribadi yang mulia dan baik serta turun ke padang memberikan segala perkhidmatan kepada pengundi-pengundi yang dahagakan perkhidmatan orang politik....

Jumpa lagi peminat maya saya.....minta maaf kalau terlebih cakap....


Teratak Kasih                                                                                                  
Alor Setar                                                                                       



No comments:

Post a Comment