Catatan: Mohd Asri Redha
Nampak gambaran surau ni, lebih hebat dan menarik... bukan senang nak buat surau sebegini indah dalam sebuah kompleks perniagaan yang besar.... kalau tidak ada apa-apa gangguan, Insya Allah akan menjadi kenyataan..... Tengoklah nanti apa pula orang nak kata.. bila dah tunjuk pelan rekabentuk surau tersebut. Pilah tengok kat mana2 kompleks perniagaan besar adakah surau sebesar ini dan seindah ini sepertimana yang dirancang kat Kompleks Aman Sentral, ... Cuma nanti kena fikir macam mana nak mengimarahkan surau ini sahaja... dan tak adalah lagi surau ini disewakan untuk maksud lain.... Apa kata duit pampasan tanah wakaf dan bangunan digunakan untuk buat 5 surau lagi ditaman-taman perumahan yang amat memerlukan kemudahan surau yang lebih sempurna ... bertambah-tambah banyaklah ganjaran pahala kepada hamba Allah yang mewakafkan tanahnya itu... Amiin...
Komen saya dan keratan akhbar berkaitan isu ini boleh anda layari di sini: Klik saja kat situ......
http://semangatjatiptks.blogspot.com/2011/08/pembangunan-tapak-plaza-tunku.html
Teratak Kasih
Alor Setar
Blog ini saya sedia untuk renungan dan bahan bacaan untuk awam. Maklumat dan pandangan yang diberi ini tidak boleh dijadikan sebagai bahan bukti dalam mana-mana prosiding mahkamah dan tuntutan. Penulis tidak bertanggongjawab jika berlaku kerugian wang ringgit, kemusnahan harta benda dan diri, tuntutan kerugian dan sebagainya disebabkan menggunakan maklumat dalam blog ini..
Dengar Dulu Lagu Pamgit ini... bagi feeling sikit... he heee
Friday, 13 January 2012
Thursday, 5 January 2012
MemohoN KeberkataN YanG MahA BerkuasA
05 Januari 2012
Catatan: Mohd Asri Redha
Pejabat Tanah Kota Setar
Malam ini suatu Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat telah diadakan di kompleks Pejabat Tanah Dan Daerah Kota Setar... Menjadi satu kemestian apabila memasuki bangunan baru, kita sebagai umat Islam mengadakan majlis seperti ini untuk memberi keberkatan kepada aktiviti yang diadakan dalam kompleks ini... Biarlah sesuatu itu kita mulakan dengan mengingati Allah SWT. Disamping itu bangunan ini telah lama siap tapi tidak dapat diduduki lagi kerana urusan pemasangan perabot dan peralatan bekerja belum disediakan lagi.. Tentunya kalau dah lama tu mungkin ada makhluk lain pula tumpang sekaki duduk bersukaria dalam bangunan yang indah ini... jadi elok sangat dibuat majlis-majlis seperti ini.. Lepas ni akan diator lagi majlis seperti ini.. bila benar-benar masuk nanti....
Sekarang kerja-kerja pemasangan perabot dan peralatan kerusi meja sedang dalam proses pelaksanaan.. Insya Allah pada awal bulan April 2012 , segalanya lengkap dan Pejabat Tanah Dan Daerah Kota Setar akan beroperasi disini.
Pada masa itu adalah diharapkan perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan adalah terbaik..... harapan saya begitulah... hendak apa lagi.. segala-galanya baru belaka.. tentu lebih bersemangat rasanya anak-anak buah bekerja ...
Catatan: Mohd Asri Redha
Pejabat Tanah Kota Setar
Sebahagian kakitangan PTKS yang hadir sama dalam majlis bacaan yasin dan doa selamat tersebut |
Sekarang kerja-kerja pemasangan perabot dan peralatan kerusi meja sedang dalam proses pelaksanaan.. Insya Allah pada awal bulan April 2012 , segalanya lengkap dan Pejabat Tanah Dan Daerah Kota Setar akan beroperasi disini.
Pada masa itu adalah diharapkan perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan adalah terbaik..... harapan saya begitulah... hendak apa lagi.. segala-galanya baru belaka.. tentu lebih bersemangat rasanya anak-anak buah bekerja ...
Wednesday, 4 January 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)