Dengar Dulu Lagu Pamgit ini... bagi feeling sikit... he heee

Tuesday, 1 May 2012

Selamat Pengantin Baru.....& Selamat Menyambut Kelahiran Bayi Baru...

01 Mei 2012
Catatan: Mohd Asri Redha


Tumpang ambil gambar anak-anak
buah yang hadir...  majlis tersebut...
Tapi ada yang dok khayal teringat
masa-masa dulu waktu jadi Raja
Sehari kut...... dah lepas dah....
bagi petua kat  Lily pula...
 Malam ni ada masa sikit ... sambil-sambil tengok TV siaran langsung Perlawanan Bola Sepak Piala FA  antara Kedah dan Kelantan.. takat waktu ni Kedah sudah mendahului Pasukan Kelantan  dengan 2 gol. Berita menggembirkan....

Siang tadi saya tak ada dalam negeri Kedah kerana urusan keluarga...  Agak terkilan juga kerana ada satu majlis penting anak buah yang saya tak dapat hadiri... minta maaf sangat-sangat.....

Hari ini adalah hari paling gembira buat Lily Mazeni bt. Abdul seorang staf PTKS kerana jadi Raja Sehari melangsungkan perkahwinannya dengan jejaka idaman hati Shadian b. Cha... ..Tahniah saya ucapkan buat Lily semoga ikatan perkahwinan ini akan membahagiakan Pn Lily kita ni dan terus berkekalan sehingga ke akhir hayat..Amiiiin

Saya juga mengucapkan tahniah pada Norazah, Khairi Lina, dan   Nur Ezatulsyima kerana telah dikurniakan orang baru dalam hidup mereka... semoga dengan hadirnya anak baru ini akan lebih menceriakan lagi dan membahagiakan lagi kehidupan mereka.. subur-subur juga anak buah saya ni.... semoga akan meningkatkan  lagi semangat mereka untuk berkhidmat pada agama, bangsa, jabatan, negeri dan negara...amiiin

teratak kasih
alor setar...................


Waktu habis tulis blog ini... berita menyedihkan ... Pasukan Bola Sepak Kedah telah ketinggalan pula 2 gol pada separuh masaa ke dua.. Ini bermakna 2-2 menyebabkan Kedah gagal  memasuki ke peringkat akhir Piala FA... itulah bola... bulat... walaupun sudah yakin dengan 2 gol permulaan ...tapi akhirrnya kecundang... banyak ikhtibar yang boleh kita pelajari dari perlawanan bola sepak....... putus asa tidak boleh ada dalam sukan ... berjuang hingga ke titisan masa terakahir... saya hormati Kelantan dalam hal ini...  Bila kita kaya.. kita jangan leka.. akhirnya kekayaan itu akan memakan diri... dan sesal tidak berkesudahan........ ingat tu...

No comments:

Post a Comment