11 Julai 2012....................
Hari Keluarga yang diadakan oleh Jabatan.. bukan sekadar sebagai memenuhi aktiviti organisasi semata-mata, tetapi ianya lebih luas lagi dengan mempunyai matlamat untuk mengeratkan persaudaraan sesama kakitangan PTKS agar lebih mesra, lebih kenal mengenali dan memupuk perasaan kasih sayang sebagai sahabat . Disamping itu ia bermatlamat untuk menghilang 'stress' atau tekanan-tekanan yang dihadapi dijabatan dan juga mungkin dirumah. Jadi banyak manfaatnya mengadakan Hari Keluarga ini walaupun untuk mengadakannya bukannya mudah kerana terpaksa berbelanja agak besar dan perlu mengambil masa yang sesuai..apatah lagi kalau diadakan agak jauh dari tempat tinggal.
Pulun sungguh depa.... dulu kat kampong biasa sangat buat lagu tu.................................................. |
Anak-anak ni pun sama..... tapi mak depa yang lebih-lebih |
Makan-makan.. jangan segan... |
Nanti kita jumpa kat Tesco noo....... |
Nak buat lagu mana.. lompat pilah.. walaupun macam kartun................... |
Rasanya inilah aktiviti saya yang terakhir di PTKS ini kerana semasa saya menulis blog ini saya telah mendapat arahan bertukar jawatan ke Majlis Bandaraya Alor Setar sebagai Setiausaha berkuatkuasa 01 Ogos 2012.. ok... jumpa lagi.
Teratak Kasih
No comments:
Post a Comment