31 Julai 2012
Terima kasih atas sumbangan. Saya amat menghargainya.... |
Saya memohon banyak maaf kepada semua pelanggan PTKS yang mengalami kesulitan dalam tempoh perpindahan ini.. Tak dapat nak dielakkan .. kerana PTKS terpaksa memberi tumpuan kepada urusan perpindahan ini terutama dokumen-dokumen penting yang perlu dibawa ke sana. Jadi semua orang sibuk dengan kerja-kerja bungkus membungkus dan kerja angkut mengangkut ini. Saya pula kerja angkut mengangkut dan kemas mengemas jug.a . bukan nak pi kompleks PTKS yang baru tu, tapi kena pergi bertugas ke MBAS... sedih sungguh rasanya.. Tak dapat merasa juga bertugas dibangunan baru... Tengoklah nanti.. kut2 ada rezeki pi jadi DO kat situ.. bolehlah rasa juga bangunan baru.. tapi dah tak barulah .. sebab dah lama dah waktu tu... kita mau yang baru trang-trang.. atau anak dara katakan...hee.. hee.. melalut kut tu pula..
Walau bagaimanapun saya kagum juga tengok anak buah yang ada tu.. walaupun dalam bulan puasa ni tapi ketabahan mereka buat kerja boleh tahan juga... Kalau saya dah lama terjelepok kat situ. Saya nampak ramai juga yang ringan tulang bantu membantu... tapi tengok dlm fb mereka.. dah ulas lenguh sana sini.... biasa lah tu.. lagipun bulan puasa.. buat sikit2 lama2 habis juga.....
Minggu lepas anak buah buat majlis khas untuk saya.... selalu jamuan sebagai pengakhiran.. tapi dah bulan posa .. buat majlis biasalah... sayapun bercakap sakanlah kat anak-anak buah.. sambil beri nasihat sedikit sebanyak kepada diri saya dan anak buah tentang kepentingan bekerja dengan penuh tanggungjawab, beramanah, ketelitian dalam setiap urusan kerja, bertolak ansur, bekerjasama sesama kakitangan, kreatif dan kreatif dalam bekerja.. Sudah tentu hal-hal keseronokan bekerja dicakap juga. Tempat kerja sebagai rumah kedua dan keluarga kedua kita. Isu 'stress' kakitangan juga saya sentuh sedikit sebanyak kerana ini juga memberi kesan kepada prestasi kerja..Semua yang saya sebut ini sebenarnya adalah untuk kecemerlangan diri dan jabatan. Tak mau ulas panjanglah apa yang diucapkan itu..
Cuma saya cukup seronok berkerja di jabatan ini...saya cakap terus terang pada anak buah.. saya suka akan persahabatan yang ada, akan keriuhan yang menyeronokkan saya, akan sebahagian kakitangan yang cepat mengambil tindakan akan arahan, akan kreativiti dan keaktifan kakitangan PTKS ini dan semangat bertolakansur / kerjasama kakitangan.. Walaupun tak lama duduk di sini, tapi saya sudah mula biasa dan serasi dengan perjalanan jabatan ini dan sedikit sebanyak tahu akan isu serta masalah yang ada. Itu yang saya 'target' untuk beri tumpuan... tak apalah lepas ni pengganti saya tentunya akan lebih arif lagi untuk melaksanakan apa-apa isu dan masalah yang ada.
Pada akhirnya anak-anak buah bagi juga cenderamata untuk saya.. terima kasih sangat-sangat akan cenderamata yang diberi... naik segan juga nak terima.. sebab kerjapun bukan lama sangat kat PTKS dan tak banyak jasa saya disini.. beri apapun tak apa.. yang penting adalah ingatan dan persahabatan yang terjalin sesama kita itu amat penting.... tapi saya suka sangatlah apa yang diberi....beri apa tuu.. tak payah ceritalah.... nanti jelous pula yang lain-lain noo.....
Membaca komen2 dm FB, saya rasa terharu sangat dengan ucapan-ucapan mereka. Rakan-rakan lama dulu yang pernah bekerja bersama sayapun turut beri ucapan-ucapan positif, dan yang dah pencenpun tumpang sama joint. yang saya tak berapa kenai dlm fb pun turut komen.. macama kenal lama dah. Mungkin dapat maklumat dari rakan2 lain kut. Yang lain depa masih ingat kat saya lagi.. Apalah sangat yang telah dibuat.. biasa aje.. Mungkin kerana mereka senang berurusan dengan saya kut atau sentiasa mengambil berat kerja-kerja yang mereka lalukan kut atau mungkin saya buat aktiviti-aktiviti yang pelik2 sikit kut.. atau apa-apaan. Tak palah.. hanya mereka sahaja yang mengetahui... Walau macamanapun saya ucapkan terima kasih yang teramat sangat pada semua.
Saya berharap selepas ini akan terdengar berita-berita gembira dari PTKS, berita kecemerlangan PTKS, berita kehebatan PTKS, dan segala macam berita berita-berita yang baik-baik belaka....... ok
Blog ini pun rasanya setakat inilah sahaja ulasannya untuk aktiviti saya bersama PTKS. Walau bagaimanapun saya tidak akan tutup.. biarkannya ia begitu agar boleh dibaca oleh sesiapa sahaja...
Nanti kalau saya terjumpa apa-apa berita berkenaan PTKS dalam mana-mana media atau blog saya akan masukkan kat blog ini untuk tatapan sekalian.....
Sebelum mengundur diri saya memohon ampun dan maaf pada semua anak buah, hanya sekadar masa yang sesingkat itu sahaja yang saya dapat berkhidmat dengan PTKS. Dalam kesingkatan masa bersama anak-anak buah, mungkin ada tingkah laku saya yang kurang menyenangkan, tuturkata yang membikin rasa terkilan dihati dan apa-apa sahaja teguran yang kasar.. sekali saya memohon ampun dan maaf. Tidak ada niat untuk membenci dan menjadikan musuh, tapi hanya sekadar teguran seorang ketua kepada anak buahnya.. itu sahaja.... ok.. selamat tinggal semua......
Asredha