RuMaH oh RUmAH
08 April 2012
Catatan: Mohd Asri Redha...
___________________________________
Hari ini macam biasa aktiviti saya yang sempat dirakamkan ..... gambar menggambarkan segalanya....
|
Saya sebagai Pentadbir Tanah Kota Setar menyerahkan Notis 5ATu ntutan Bayaran Premium Tanah kepada Pengurus Besar Darulaman Realty Sdn Bhd en Zainudin Hj Zainul. Darulaman Realty SB adalah anak syarikat milik kerajaan negeri yang akan bekerjasama dengan kontraktor yang dilantik oleh KPKT. Sejumlah 500 unit akan dibina oleh kontraktor yang dilantik......................
Tempat : Unit Perancang Ekonomi Negeri..WDA dengan .. disaksikan oleh YB Dato' Hj. Amiruddin.. Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Dato' Hj Khazali Din - Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan)
|
Insya Allah jika tidak ada apa halangan besar..... dalam tempoh 2 tahun lagi akan tersergam indah 2 blok bangunan flat 19 tingkat rumah mampu milik yang selesa untuk golongan rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana di Kg Kilat, Alor Setar . Dalam mengatasi isu keperluan perumahan untuk rakyat yang kurang berkemampuan dan mengatasi masalah setinggan ianya tidak kenal erti perbedaan fahaman politik... semua rakyat berhak untuk menikmati kemudahan rumah yang mampu dimiliki. Kerjasama erat antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan akan merealisasikan hasrat tersebut...... Sama-samalah kita berdoa semoga hasrat murni ini menjadi kenyataan.... Amiiin..
8888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888
TuruN PadanG
Tarikh: 08 April 2012
Tempat : Kuala Kedah
Catatan: Mohd Asri Reda
________________________________________
Dalam membuat sebarang keputusan penting.. pegawaai perlu keluar turun ke padang melihat sendiri situasi dan keadaan tempat.... Ini penting agar keputusan yang dibuat memberi manfaat yang semaksima kepada rakyat. dan juga mengelak dari tersilap membuat keputusan.
|
Saya bersama Dato' Hj.Amiruddin, YB. Nasir, Tn. Hj. Noran..Pengarah JPBDD Kedah ..meninjau beberapa tapak tanah kerajaan disekitar Kuala Kedah untuk cadangan projek perumahan awam atau perumahan mampu milik................................................................................... |
Dalam membuat sebarang keputusan pandangan dari semua pihak amatlah perlu agar terutama dari jabatan teknikal dan juga sokongan dari YB Kawasan serta orang politik yang melaksanakan tugas-tugas eksekutif agar mereka memahami dengan mendalam sesuatu perancangan yang diatur ditapak. Ini akan menyenangkan mereka dalam membuat sebarang keputusan demi kepentingan rakyat... Pada masa yang sama mereka juga boleh berusaha mendapatkan dana-dana dari pelbagai sumber untuk melaksanakan sesuatu projek... Tapak cadangan yang dilawati ini adalah antara usaha-usaha untuk menyediakan perumahan mampu milik dimana saya sebagai Pentadbir Tanah Kota Setar hanya dapat membantu mencari tapak-tapak yang sesuai untuk dibangunkan....
Teratak Kasih.
Alor Setar........
No comments:
Post a Comment