Dengar Dulu Lagu Pamgit ini... bagi feeling sikit... he heee

Sunday, 28 August 2011

Minhajul Abidin ... Wasiat Imam Ghazali...

Catatan: Mohd Asri Redha b

Kemajuan kepada prestasi  jabatan atau organisasi sebenarnya banyak bergantung kepada kualiti sumber manusianya..... Bukan mudah untuk mendapat staf yang berkualiti tinggi. Manusia mempunyai ego masing-masing.  Belum tentu pegawai yang diambil bekerja oleh panel pemilih setelah melalui pelbagai tapisan yang ketat akan menunjukkan prestasi yang terbaik... Walau bagaimanapun oleh kerana itu sahaja cara yang mampu dibuat maka kita kena terimalah apa yang ada dan apa yang diberikan staf kepada jabatan-jabatan atau organisasi.  Kadang-kadang waktu mula-mula kerja memang bagus bukan main.. tapi bila dah sah jawatan baru mula tunjuk belang sebenarnya.. rupanya kerja bagus untuk dapat pengesahan jawatan aje... lepas dah dapat mulalah buat perangai... Mereka tidak lagi menghargai kerajaan atau jabatan yang memberi mereka peluang pekerjaan...tapi cubalah kita 'stop' sat gaji bulanan mereka... rasanya apa tindakan depa.... atau tok sah bagi bonus kat depa... rasanya dia terpa mai maki habis.. katanya haknya... tang kerja tak buat juga... atau buat lebih kurang  aje   Mereka mula anggap kerja depa sebagai sampingan aje.. buat lebih kurang aje.... ini adalah realiti dikebanyakan pejabat.  Bukan semua staf buat macam tu.. hanya sebahagian kecil yang berperangai macam tu......  


Sebahagian dari staf PTKS sedang khusyuk mendengar
tazkirah / pengajian oleh Ustaz Johari Morad
dari Komplek Pendidikan Islam Darul Hidayah
 Kadang-kadang saya hairan bila melihat perawakan dan imej ditonjolkan.. Nampak lahiriah bagus, berpakaian yang amat menyenangkan mata memandang, berkopiah lagi atau pakai lebai , bertudung litup dan macam-macam perkara baik yang kita nampak... tapi bila mai fasal buat kerja lebih sikit, kerja berat sikit, atau minta tolong kerja kawan sebentar... mula tunjuk belang sebenarnya..  Bila layan pelanggan macam harimau, cenge  tidak bertempat, sombong dan cakap acuh tak acuh aje dengan pelanggan yang amat memerlukan perkhidmatan kita. Kerja berkira... apa yang ditonjolkan langsung tidak menunjukkan keperibadian Islam yang syumul....  seolah-olah menganggap kerja bukan sebagai ibadat...  rugi sungguhlah manusia-manusia yang mempunyai sikap-sikap negatif seperti ini sepanjang masa mereka bekerja sehari suntuk sampai umur 58 tahun .. tanpa mendapat apa-apa modal untuk dibawa ke alam  baqa.

Oleh itu kita kena seimbangkan sambil kita kerja untuk mendapatkan kebahagiaan dan kesejahteraan didunia dan dalam masa yang sama kita mendapat kebahagian dan kesenangan di alam kubur dan akhirat nanti...........

Merawat jiwa manusia dan insan-insan ini bukan mudah.. ianya perlu dibuat berterusan.. Saya setuju benar dengan usaha-usaha yang diatur oleh Badan Kebajian Pejabat Tanah Kota Setar mengadakan aktiviti bercorak pemantapan insan kakitangan PTKS ini.  Sebab itu saya tidak ada masalah untuk memberi kebenaran kepada urusetia untuk mengadakan program kuliah ugama sebulan 2 kali iaitu setiap hari khamis 2 minggu terakhir asalkan ianya tidak menjejaskan aktiviti jabatan dan tidak menjejaskan perkhidmatan kepada rakyat. Kuliah-kuliah agama merupakan makanan jiwa kepada insan untuk lebih memastikan manusia tidak tergelincir dari landasan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.. tajuk datas adalah merupakan apa yang dibicarakan dan diberi penjelasan panjang lebar oleh Uztaz Johari Morad dari Kompleks Pendidikan Islam Darul Hidayah...

Saya amat mengharapkan sambutan dari staf yang mempunyai kesempatan masa dapat hadir kuliah-kuliah seperti ini.  Kita bawa tuan-tuan guru yang berwibawa untuk membimbing kita...  Banyak benda yang kita tidak tahu sebenarnya dalam hal-hal agama ini..  Kita kena terima hakikat itu dan kita perlu belajar dimana ada kesempatan termasuklah saya sendiri... Kalau kita cemerlang dalam agama Insya Allah yang lain-lain akan ikut bergerak sama.. kalau kita kata cemerlang dalam agama tapi  tidak dalam hal-hal kerja harian.. tentunya ada silap dimana dalam ilmu yang kita perolehi.

Sekarang kehadiran ke kuliah adalah sukarela.. tapi sekali-sekala kena juga dipaksa rela hadir.. kerana manusia ni ... kadang-kadang dia cuba lari dari kebenaran... dan kena diberi teguran dan nasihat berterusan..

Ok... itu saja kali ini... nak pergi rebus ketupat dulu.. rebus sajalah.. nak balut tak reti... tera tulah orang la ni.. semua kena beli...

Selamat Hari Aidil Fitri kepada semua yang mengenali saya.. Maaf Zahir Dan Batin..


Thursday, 18 August 2011

HARI-HARI PERTAMA DI PEJABAT TANAH KOTA SETAR

PTKS
10.08.2011

Salam Sejahtera
Salam Ramadzan Al Mubarak...

Hari ini saya mula bertugas di Pejabat Tanah Kota Setar. Sebelum ini selalu juga berurusan dengan PTKS ini semasa urusan pinjaman bank dan pinjaman perumahan kerajaan atas tanah lot kediaman yang saya duduki sekarang ini..Tanah itu sajalah.. tanah lain mana ada.. tak pandai nak buat harta. Rasanya ok lah juga dari segi servis itu.. Tapi saya ada pengalaman yang agak kurang menyenangkan bila berurusan dengan PBT pada masa itu bila saya buat permohonan kelulusan pembinaan rumah yang saya duduki sekarang ini. Proses ini saya buat sendiri tidak mengharapkan perunding dan sebagainya dan tidak mengharapkan kawan-kawan yang bertugas di majlis itu untuk bantu percepatkan. Saya pergi berurusan dengan majlis sebagai orang biasa yang selalu berurusan dan memangnya lama betul untuk selesai proses kelulusan pelan bangunan dan juga hingga mendapat OC. Isu dan masalahnya lambat proses permohonan saya itu saya dah tahu dan tengoklah nanti.. kalau-kalau saya pi bertukar ke sana pula, saya dah nampak dimana jalan penyelesaiannya dan taulah macamana nak buat.  Saya rasa sekarang ni sudah tidak jadi lagu tu lagi kut.    Satu prisip yang saya pakai ialah kalau kita proses cepat permohonan seseorang itu maka hasilnya nanti akan balik kepada kita sendiri yakni disini ialah Majlis. Sekarang saya sudah boleh bayar cukai pintu dengan gembira pada awal tahun.  


Secara kebetulan bila saya sebagai
Pentadbir Tanah Kota Setar.. maka saya juga
dilantik sebagai Ahli Majlis Bandaraya Alor Setar.
Tentunya saya bertanggungjawab juga untuk memastikan
MBAS berjalan dengan baik dan berkesan serta memuaskan
hati semua warga bandaraya ini.

Samalah dengan Pejabat Tanah. Kalau cepat kita bantu dan proses apa-apa permohonan pelanggan maka hasilnya nanti akan cepatlah kita dapat seperti dari cukai tanah, premium tanah, komisen lelong, bayaran pendaftaran, denda dan sebagainya. Pelangganpun senang hati dan imej jabatanpun pastinya meningkat... Inilah yang  cuba diterapkan dalam jabatan-jabatan yang saya pernah ketuai... Biar kita rasa suka hati dan senang hati bila bantu memudahkan pelanggan kita.

Perjumpaan pertama dengan semua kakitangana amat
 penting kepada saya untuk menyampaikan pesanan,
 amanat dan kehendak saya dalam pentadbiran
Pejabat Tanah Kota Setar.

Seperti biasa aktiviti utama saya petang ini bila kepejabat baru ialah bertemu dengan semua staff PTKS.Biasanya sebulan selepas saya berada dalam satu-satu jabatan barulah saya berjumpa kakitangan. Ini adalah untuk melihat dulu perjalanan jabatan. Tapi kali ini saya tak tunggu sebulan  baru nak jumpa...kerana dengan 2 pejabat tanah yang saya pegang sebelum ini saya sudah memahami akan karektar sumber manusianya yang bertugas dimana-mana pejabat tanah..rasanya nak akan akan sama. So tanpa membuang masa saya terus saja menyampaikan akan beberapa perkara yang perlu dilakukan dan jangan dilakukan...Kebanyakannya bukan perkara baru tapi yang sudah sedia adapun,cumanya lama-lama staf semakin lupa disamping  perkara   baru yang  diketengahkan untuk pembaharuan pejabat  dan peningkatan hasil kerajaan.

Saya cuba sertakan disini beberapa perkara utama yang diketengahkan kepada  anak-anak buah untuk renungan dan panduan  :-

a.  Sepertimana  biasa perkara penting apabila kita bekerja makan gaji ini ialah  mematuhi waktu bekerja yang ditetapkan. Kalau jabatan kerajaan waktu bekerja ialah dari jam 8.00 pg hingga 5.00 petang. Bulan puasa ni  ada kelonggaran balik awal 1/2 jam. Sebab itu diperkenalkan kad perakam waktu dan semua kakitangan kerajaan wajib mematuhinya tanpa ketinggalan. Kita bukan boleh buat pejabat macam harta kita.. mai ikut 'dan' dan mai ikut rasa.. suka mai ..mai, tak suka tak mai.... Kalau staf buat macam tu boleh lingkup pejabat tu..  Sebab itu saya amat tekankan perkara ini kepada diri saya sendiri dan semua anak-anak buah.
Kalau tidak mau ikut.. maka beberapa tindakan  tatatertib boleh diambil... ..  itu baru pemantauan dari segi penggunan punch card. Tidak lagi tengok yang datang punch card pagi2 lepas tu 'tuang' entah kemana. Petang nanti baru datang balik.. Perangai macam ni pun banyak juga kat pejabat-pejabat kerajaan. kalau pejabat swasta dah lama kena 'tendang' Itulah keadaannya... Inipun saya kena tengok juga dan kena ada sistem pemantauan cara lain pula yang memerlukan kerjasama pegawai-pegawai kanan lain. Itu tidak kira lagi yang ada sahabat sejati dunia akhirat yang tolong-kawan-kawan ketik kad member... baik sungguh sahabat dunia akhirat ni.. sedangkan dia lupa apa yang dibuat dosanya sama macam kawannya yang kaki tuang. Jadi ingatan awal yang diberi kepada anak buah ialah ikutlah balik peraturan yang telah ditetapkan. Kalau tidak ikut maka tidak ada kompromi dan kelonggaran melainkan tindakan tatatertib terpaksa diambil. PPTD 1 akan menandatangani surat tunjuk sebab dikeluarkan disamping membuat pemantauan berterusan. Saya memberi jaminan bahawa tindakan tatatertib tetap akan diambil tidak mengira sesiapa sekiranya berlaku kesalahan tatatertib yang dapat dibuktikan secara fakta. Untuk itu semua PPTD dan ketua unit kena beri perhatian kepada anak-anak buah masing-masing dan mengadakan kaedah pemantauan yang berkesan agar setiap kesalahan tatatertib dan kecuaian dapat dibuktikan.

b.  Kerajaan  Negeri sedang mencari sumber pendapatan baru. Pejabat Tanah perlu proaktif dalam mencari sumber hasil baru bagi meningkatkan pendapatan kerajaan negeri. Kerajaan telah meluluskan melalui pindaan kepada Aturan Tanah Kedah berkaitan Permit Penggunaan Tanah Syarat Pertanian. Melalui permit ini kerajaan boleh meningkatkan hasil dengan banyak kerana tanah bersyarat pertanian yang digunakan untuk maksud lain boleh dikenakan kadar hasil semasa bergantung kepada aktiviti atas tanah tersebut dan tentunya lebih tinggi dari kadar cukai tanah  syarat pertanian. Untuk itu saya telah menetapkan sekurang-kurangnya 40 kes dapat disiapkan setiap bulan dan satu pasukan task force ditubuhkan untuk mencapai target tersebut dengan PPTD Penguatkuasa sebagai ketua yang akan menyelaraskan segala tindakan hingga permit dikeluarkan. Penolong Pegawai Sisitem Maklumat diarah untuk menyediakan sistem pengkalan data yang sesuai untuk maksud rekod data-data permit yang dikeluarkan supaya mudah dibuat pengawasan dan mudah dikesan.

c.  Bagi Unit Bahan Batuan.. Penguatkuasaan perlu aktif bagi memastikan  operasi pemindahan bahan batuan berjalan lancar. Mudah cakap dapat kesan dan tangkap langgar syarat seperti mengeluarkan bahan batuan tanpa bayar royalti, ambil diluar kawasan yang dibenarkan, korek rizab 10 meter dari sempadan lot maka tutup kuari dan rampas deposit.  Lawatan dan pemeriksaan perlu dilaksanakan lebih kreatif dan berkesan seperti periksa waktu cuti, periksa luar waktu pejabat dan lain-lain cara yang sesuai. Operasi kuari haram pula perlu dibanteras sebaik mungkin supaya menjadi pengajaran dan tidak berulang lagi. Ada kecenderungan pemaju-pemaju perumahan memindahkan secara kecilan dan besaran tanah merah dari satu lot ke lot lain terutama waktu luar pejabat dan waktu cuti.


d.  Imej dan fungsi sesuatu jabatan bergantung kepada promosi yang disedia. Laman Web Jabatan  merupakan wadah yang sesuai untuk tujuan tersebut.. Saya juga telah meneliti akan laman web PTKS. Kurang memuaskan kerana tidak dikemaskini dan ada maklumat-maklumat yang perlu dimasukkan tidak dimasukkan dibiarkan kosong sahaja.Ini bermakna tidak ada tindakan drastik untuk membuat sesuatu pembaharuan. Begitu juga pemaparan laman juga tidak begitu menarik. Pihak kerajaan dalam proses memberi penarafan bintang kepad semua 'web site' jabatan-jabatan kerajaan. Tindakan kemaskini perlu disegerakan. PPSM diminta untuk mengambil tindakan segera dan juga mengadakan 'link' kepada blog saya yang akan saya bina khusus untuk PTKS. Target untuk mendapat 4 bintang.  Jawatankuasa Laman Web Jabatan perlu diaktifkan balik sepertimana kehendak PTMK dan kerajaan negeri.

e.  Saya  juga telah mencadangkan untuk mengadakan karnival lelong hartanah di peringkat PTKS ini. Untuk itu PPTD berkenaan telah diarah untuk membuat persiapan dan persediaan awal bagi memastikan cadangan ini menjadi kenyataan.Contoh yang paling baik diikuti ialah sepertimana yang telah dilaksanakan oleh PTKulim dan PTKM akan mengadakan Karnival Lelong Hartanah dalam bulan November 2011 nanti. Program ini perlu melibatkan Badan Kebajikan Pejabat Tanah Kota Setar dalam usaha untuk menambahkan tabong kewangan badan tersebut. Kerjasama dengan Pertubuhan Pelelong Berlesen Negeri Kedah perlu dibuat.

f.  Bajet 2012 perlu diteliti semua sebelum dijemput untuk menghadiri pemeriksaan bajet yang diator PKN. Banyak perkara perlu dilihat terutama bila berpindah ke bangunan baru di Suka Menanti. Semua PPTD, PA  dan EO perlu beri perhatian perkara ini  secara lebih proaktif  dan menyediakan justifikasi yang lebih berfakta dan  lebih menyakinkan terhadap sesuatu permohonan bajet. Bajet aset yang diluluskan pada tahun perlu dbelanjakan segera. Kena teliti balik kalau ada yang ketinggalan dalam bajet.

g.  Untuk mengurangkan tunggakan hasil dan cukai tanah , tindakan yang lebih drastik perlu dilakukan segera. Selain itu program pemutihan perlu berjalan seiring bagi mengurangkan nilai tunggakan kerana banyak berlaku pertindihan hakmilik menyebabkan nampak tunggakan banyak. Untuk itu PPTD pendaftaran perlu teliti balik dari penyelarasan dengan Unit E bagi memastikan rekod dalam sistem SUKHAT dikemaskinikan dan dbatalkan maklumat-maklumat geran apabila geran baru diujudkan atas lot sama seperti kelulusan pecah sempadan/bahagian, ubahjenis kegunaan tanah dan sebagainya.  PPTD perlu buat pemeriksaan rambang kes ini secara berteruskan bagi memastikan tatakerja diikuti dengan sebaik mungkin.

h.  Laporan berkala yang perlu diserahkan kepada PTG, PKN dan SUK... Ada beberapa laporan berkala yang berkaitan dengan mesyuarat khas yang diujudkan oleh kerajaan negeri dan pihak atasan perlu disediakan dengan data-data terkini  dan perlu dipatuhi. Antaranya seperti laporan pewartaan kawasan lapang, laporan  permit penggunaan tanah pertanian,  laporan  penyediaan QT FT , laporan penyediaan PU, laporan kutipan hasil dan perbelanjaan dan pelbagai lapuran lagi yang telah ditetapkan. Saya juga akan membuat mesyuarat ketua unit dan semua ketua unit perlu menyediakan laporan bulanan apa-apa perkembangan dan status terkini kerja-kerja yang dibuat. Semua PPTD perlu membuat pemantauan dan penyelarasan balik dan memastikan setiap bulan ada perubahan mendadak kemajuan yang dibuat.
 
i.  Tindakan-tindakan penguatkuasaan perlu diadakan berterusan. Seperti menghantar notis larangan menceroboh tanah kerajaan dan segala rizab-rizab yang ada. Jumpa sahaja  binaan baru atau struktur baru  notis penguatkuasaan larangan menceroboh perlu dikeluarkan serta merta.  Semua kakitangan terutama PPT dan PN perlu proaktif dalam hal ini. Kalau perlu notis-notis yang dilekat ditempat terbuka perlu di'laminate'. PPTD Penguatkuasaan perlu beri perhatian lebih tegas dan berterusan membuat lawatan berkualiti dan kreatif. 

Surat perlu dibuat kepada MBAS, JKR, JPS, MADA supaya membuat pemantauan berterusan kepada tanah-tanah rizab mereka supaya tidak dicerobohi dan perlu dikeluarkan dulu surat larangan menceroboh tanah rizab mereka sebelum minta bantuan pejabat tanah. Kalau agensi berkenaan sendiri tidak ambil berat rizab yang dibawah tanggungjawab mereka, tentunya pejabat tanah lebih sukar lagi untuk mengawasinya. Laporan tindakan kena datang dari agensi dulu baru kita bertindak mengeluarkan notis.

Begitu juga kes-kes langgar syarat pertanian, tunggakan premium tanah, tunggakan cukai tanah, dan juga lot-lot tanah anugerah yang tidak dibayar ansuran premium tanah dengan dan lain-lain  pelanggaran . Tindakan mengikut undang-undang perlu diambil. dan semua PPTD dan Ketua Unit perlu memberi perhatian kes-kes yang berlaku

j.   Jawatakuasa-jawatankuasa yang diarah ujudkan oleh SUK, PBN, PTG, dan PKN serta perlu diaktifkan semula dan mengadakan mesyuara secara berkala seperti yang ditetapkan..antara Jawatankuasa tersebut ialah Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan, Jawatankuasa JKPAK, Jawatankuasa Laman Web Jabatan, Jawatan Kuasa Keutuhan Pengurusan, Jawatankuasa Teknikal Jabatan, Jawatankuasa Penguatkuasaan Peringkat Daerah perlu diujud dan diaktifkan balik. Semua PTD yang terlibat perlu mendapatkan apa-apa maklumat berkenaan jawatankuasa ini dan mendapat TOR jawatankuasa tersebut sebelum mesyuarat diadakan.. secara tetap mengikut tempoh yang ditetapkan. Saya  sebenarnya bukan suka sangat banyak sangat tubuh jawatankuasa itu ini. Tapi nak buat macam mana dah diminta buat. Ikut sajalah..Mungkin tidak ada jalan keluar sesuatu masalah itu maka ujudnya jawatankuasa. Manusia moden macam kita ni terpaksa juga bermesyuarat untuk mengatur perjalanan segala aspek. Lepas tu JK besar tubuh JK Kecil pula...demikianlah adanya seterusnya... Kadang-kadang kerja bermesyuarat kerapkali menimbukan kekecewaan dan pembaziran yang bukan sedikit serta  tidak memuaskan hati semua pihak dan  hasilnya habuk pun tarak. ok lah melereet-leret pula hujah merapu ini...
k.  Program 5S akan dilaksanakan apabila pindah ke pejabat baru.  Walau bagaimanapun persiapan perlu dibuat mulai sekarang terutama perkara berkaitan menyampaikan pengetahuan konsep dan amalan 5S kepada semua kakitangan. Saya akan memberikan gambar-gambar contoh 5S yang diamalkan oleh JuPEM Kedah, PT Kuala Terengganu . Contoh terbaik juga boleh diperolehi di Pejabat Tanah Kulim yang telah memenangi anugerah inovasi pentadbiran tanah dan daerah seluruh Malaysia. PPTD 1 dipertanggungjawabkan untuk menyelaraskan usaha-usaha ini sehingga berjaya.

l.  Saya juga telah memperingatkan bahawa semua teguran audit , aduan dari SPRM, BPA dan lain-lain agensi yang bersangkutan perlu diberi perhatian tinggi dan diambil tindakan jika dalam kemampuan jabatan. Jawapan perlu disediakan tanpa ketinggalan. Unit Aduan Awam akan diujudkan dan diketuai oleh PPTD (Hasil) untuk mengambil tindakan akan apa-apa aduan-aduan yang diterima. Satu sistem rekod aduan diterima dan pelaporan tindakan yang diambil dan dijawab  perlu disediakan.

m.  Sebagai satu peluang untuk memahirkan PPTD dalam semua urusan tanah, semua PPTD akan diberi tanggungjawab juga dari masa semasa untuk proses siasatan lelong , pendaftran hakmilik dan urusniaga tanah,  Perbicaraan Pengambilan Tanah, penyaksian dan lain-lain lagi hingga  selesai selain tanggungjawab khusus yang telah ditetapkan kepada setiap PPTD. Saya berkehendakkan semua kakitangan bekerjasama antara satu lain dan sama- sama bertanggungjawab apa yang berlaku. Masalah berkira kerja memang sesuatu yang pasti ada dalam jabatan, saya akan cuba kurangkan masalah ini . 

Semua pegawai yang diwartakan sebagai PPTD adalah bertanggungjawab dalam memastikan setiap proses penyaksian dan memasukkan maklumat adalah mengikut prosedur dan undang-undang. Untuk itu semua yang terlibat kena sentiasa memahirkan dengan undang-undang, pekeliling dan peraturan tanah yang ada untuk mengelakkan sebarang kesilapan dan kecuaian serta tindakan mahkamah yang mungkin dikenakan terhadap PTKS. Sebarang kecuaian dan kesilapan boleh mengundang padah yang bukan kepalang sakitnya.

n.  Salah satu perkara penting dalam menjadikan setiap kakitangan seronok bekerja dan datang ke pejabat ialah suasana kecerian pejabat. Pejabat perlu indah dan cantik tapi tidak semestinya berbelanja besar. Disamping susun atur yang sesuai, kebersihan yang benar-benar bersih, papan tanda yang sesuai, ada kata-kata perangsang yang boleh memberi motivasi, kebajikan kakitangan dalam pejabat dan sebagainya adalah penting diujudkan.  Ini memerlukan kerjasama semua pihak dalam menjayakan setiap perancangan yang dibuat. PPTD Pendaftaran adalah dipertanggungjawabkan untuk urusan-urusan dan mengujudkan jawatankuasa yang sesuai.

o.  Lain-lain perkara yang perlu diberi perhatian ialah dari segi pengurusan cuti rehat yang perlu dipohon lebih awal  sebelum bercuti. Bukan seperti amalan biasa yang tidak sepatutnya.. kadang-kadang kata cuti tapi tak hantar orang cuti langsung. Puas pula pegawai yang menjaga cuti ktangan pujuk isi borang. Sekarang bukan masa untuk pujuk memujuk. Semua staf tahu tanggungjawab masing-masing. Pemakaian tanda nama adalah arahan pekeliling perkhidmatan yang perlu diamalkan tapi nampaknya mula diabaikan. Bukan pakai klip nama.. tapi Tanda Nama kat dada baju. Kakitangan kontrak pula perlu buat permohonan untuk disambung semula 3 bulan sebelum tamat kontrak mereka dengan menyatakan sebab-sebab kenapa mereka layak dipertimbangkan sambung kontrak kerja mereka. Tatacara berpakaian ke pejabat seperti mana kehendak pekeliling jabatan. Tidaklah boleh pakai sewenangnya seperti kemeja T, seluar jean, berselipar dan berkasut tanpa stokin bagi lelaki dan sebagainya. Begitu merokok diharamkan sama sekali dalam pejabat. Tuntutan perbelanjaan kena buat awal sebelum 7 atau 8 haribulan. Penggunaan buku keluar masuk adalah wajib digunakan jika ada urusan diluar pejabat kecuali urusan -urusan rasmi yang diarahkan.Pada sepanjang masa sepatutnya semua kakitangan yang bekerja kena ada di pejabat dari pukul 8.00 pagi hingga  5.00 petang boleh dipanggil pada bila-bila masa oleh pegawai atasan dan kanan kecuali  pegawai teknikal, PN, dll pegawai yang ada urusan rasmi diluar.

          Satu benda yang menjadi kebiasaan kat mana-mana saya pi bertugas ialah apabila ditanya fasal kerja dan kemajuan kerja serta minta laporan itu ini ialah perkataan 'kerja banyak', 'tak dan' , kena buat sorang, alat tidak ada, peralatan tidak cukup, komputer 'slow', duit tidak cukup dan pelbagai alasan dan perkara negatif yang semuanya kearah tidak boleh....  Inilah yang saya rasa kena diubah sikap  oleh semua kakitangan.... kita perlu berfikir secara kreatif dan proaktif sikit dalam menyelesaikan sesuatu perkara dan masalah. jangan 'betul bendul' sangat.  Kadang-kadang perkara kecil sajapun kena tunggu arahan ketua jabatan sedangkan kita boleh selesai kalau pakat-pakat fikir dan bertanggungjawab. Ini sampai printer rosak dah tak boleh buat kerja, pintu tersangkut sikitpun pakat dok tunggu sapa nak buat dan bertindak, lampu rosak sampai berminggu tidak boleh selesai, bilik stor/fail semak, tidak bersihpun kena tunggu arahan bos dan segala macam perkara yang remeh temeh yang tidak diambil tindakan kerana tunggu tegor dulu.. gambar senget, jam mati, nak pasang pc dan sebagainya semuanya nak kena tunggu orang buat... sapa yang kena buat...

Dalam jabatan sekarang ada pelbagai peringkat pegawai dari pegawai biasa, pegawai kanan, pegawai tinggi dan sebagainya Sepatutnya bila dah dapat kanan tentunya kita adalah pemimpin dan tentunya juga tanggungjawab kita bertambah. Takkan bila dah naik gred, nak buat kerja macam tu juga.. kenalah tambah beban dan tanggungjawab. Ini tidak gred mau naik, kerja tidak mau naik.. mana boleh itu macam.. Berapa banyak kerajaan luluskan gred baru yang memberi peluang kepada kakitangan untuk menikmatinyaa....Tidak boleh naik cara saingan diberi kemudahan naik gred ikut tempoh masa berkhidmat. Sampai begitu sekali kerajaan menjaga kebajikan pekerjanya. Jadi inipun patutnya bersyukur sangat-sangat bagi yang mendapat nikmatnya..... Sepatutnya produktiviti jabatan bertambah-tambahlah meningkat.

Bayangkan kita sentiasa sebut tidak 'dan' dan tak sempat nak buat itu ini dan segala macam kerja yang diarah sedangkan pada masa yang sama kita banyak menghabiskan masa kita dengan kerja lain yang tidak berkaitan dengan kerja. Contoh yang diberi disini ialah datang lewat ke pejabat, hantar anak ke tadika, ke sekolah, pi beli ikan kat pasar hantar balik rumah, ambik anak balik sekolah, keluar makan pagi sampai satu jam, petangnya pula keluar makan petang dekat sejam pula disitu, pi klinik, pi ke bank, minta balik awal ada urusan keluarga dan segala macam urusan. Itu tidak kira lagi berapa kerat staf yang mai balik pejabat tepat jam 2.00 petang.. Boleh kira dengan jari. Sekarang ni ada sebahagian besar kakitangan tengah dok menggila 'facebook' pula... takpalah kalau luar waktu kerja, ni waktu kerja yang dok sebut selalu dibibir mulus tak 'dan' kerja sebenar.  Inilah yang berlaku pada sebahagian besar  jabatan kerajaan. Kalau pejabat swasta dah lama kena  tendang.. ..  Adakah kita ganti balik masa kerja yang kita habiskan itu  yang sebenarnya dibayar upah kerajaan.  .

Itu sebab saya dapati terlalu banyak perkara dan tindakan sepatut buat tapi tidak buat tinggal begitu sahaja... lama-lama menjadi tunggakan yang berlambak-lambak....yang akhirnya memberi kesan yang amat serious pada kerajaan. Oleh kerana banyak aktiviti pejabat tanah tidak kemaskini maka terjadilah pelbagai tuntutan undang-undang terhadap jabatan dan kerajaan yang membawa implikasi kewangan yang bukan kepalangnya tingginya... sapa yang dok tengok perkara2 macam ini... kalau bukan kita.

Saya amat memahami dan boleh terima jika dah guna semua sumber masa dan tenaga yang ada tapi masih tidak sempat...maka barulah boleh cerita macam mana nak bantu bagi selesai..

Oleh itu jangan sekali-kali kita sebut tidak 'dan',  kerja banyak dan perkataan seumpama itu sedangkan masa yang sama kita tidak  buat kerja yang berkualiti. Saya dah kaji upah yang  kerajaan bayar pada kakitangannya sebenarnya lebih tinggi dari pekerja swasta. Jadi bersyukurlah kita dengan apa yang Allah berikan kepada kita. Anggaplah kerja sebagai ibadat...InsyaAllah hidup kita sejahtera dunia dan akhirat.... jangan jadi pendapatan yang kita dapat tidak halal yang kita guna untuk keluarga kita

Oklah ... sudah banyak saya bercakap/menulis disini..lama-lama dok menulis dia akan pi peringkat merapu pula nanti.... nanti tak larat pula anak-anak buah dan sesiapa membacanya.. harap anak-anak buah membacanya dengan pandangan yang positif dan mengambil tindakan yang bersesuaian...staf yang dah mempunyai komitmen kerja yang baik rasanya tidak ada masalah apa untuk ikut kehendak dan harapan jabatan, cuma yang masalah sikit pada yang dah  lama dok biasa macam tu dan nak kena ubah tabiat sikit...  Kadang-kadang benda yang menjadi kebiasaan lama tanpa ditegur dia akan menjadi masalah besar untuk ubah sikap dan cara kerja mereka. Orang seperti inilah nanti akan jadi masalah kepada jabatan..Kadang-kadang kita rasa kerja kita banyak sangat dah, tapi banding dengan tempat lain tidak banyak manapun. Itulah yang dikatakan kebiasaan.. dah dok biasa macam tu macam tulah hadnya.   Harapan saya selepas ini semua aktiviti PTKS berjalan lancar. Banyak lagi  yang akan disentuh dan diperhatikan tapi biarlah dulu.. nanti bila syeh mai.. idea mai lagi saya akan tulis lagi dalam tajuk yang lain pula....

Selamat Berpuasa.

Mohd Asri Redha
Teratak Kasih
Alor Setar

Monday, 15 August 2011

Pesanan Dari Pejabat Tanah Kota Setar...

Hartanah sebenarnya amat penting dalam kehidupan manusia. Manusia sanggup buat apa saja untuk mendapat tanah dan menjadi kaya kerana tanah.  Keghairahan kita untuk memiliki tanah akhirnya memberi kesempatan kepada manusia tidak beradab untuk menipu tuan-tuan tanah dan juga pembeli-pembeli tanah. Inilah yang berlaku dimana-mana tempat. Akhirnya ada tuan tanah  yang merana sepanjang hidup mereka.  Macam-macam cara direka untuk menipu manusia dalam hartanah ini... Dibawah ini adalah contoh-contoh penipuan yang dilakukan. Berhati-hatilah bila ingin membeli tanah dan menjual tanah....


Catatan ingatan dari: Mohd Asri Redha
                                Teratak Kasih