08 Februari 2012
Darulaman Golf And Country Club
Salam Sejahtera..
Ketemu lagi dalam blog saya… entah sapa bacapun saya tidak taulah.. tapi saya tetap menulis untuk santapan diri, peringatan diri dan untuk catatan rekod-rekod aktiviti harian jabatan dan aktiviti saya sendiri.
|
Sekitar aktiviti bengkel yang diadakan. |
Penyelesaian masalah-masalah yang dihadapi dalam kerja seharian sebenarnya banyak diselesaikan melalui aktiviti-aktiviti berbengkel, berseminar , percambahan fikiran dan juga melalui mesyuarat… Untuk itu dalam pentadbiran tanah negeri Kedah ini salah satu masalah utama dalam urusan pentadbiran tanah negeri ialah masalah penyelesaian tunggakan fail-fail pelupusan tanah kerajaan dan mempercepatkan langkah-langkah kearah memberi geran tanah kepada pemohon yang berjaya.
Bagi mengatasi isu-isu yang dibangkitkan ini maka Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Kedah telah menganjurkan satu ‘ Bengkel Pelan Tindakan Menangani Permasalahan Pelupusan Tanah’.. Bengkel ini melibatkan semua anggota kakitangan pejabat-pejabat tanah daerah dan PTG sendiri dimana terdiri dari pegawai kanan pentadbiran, ketua-ketua unit, pelukis pelan dan pegawai-pegawai teknikal serta pegawai-pegawai yang terlibat secara langsung dengan pelupusan tanah.. Tempat bengkel ialah di DGCC, Jitra pada 08-02-2012.
Sebelum bengkel diadakan para peserta didedahkan ceramah Pelan Tindakan Menangani Perlupusan Tanah Kerajaan – Pengalaman Pejabat Tanah Kulim oleh Tuan Haji Shuhaimi b. Abdul Rahman. Peserta juga diberi info berguna berkenaan Penggunaan Map-Info dalam urusan pelaporan tanah serta catatan maklumat dalam syit digital oleh En Jamil b. Mat Penolong Pegawai Tanah Kanan dari PTG. Banyak maklumat dan pengetahuan diperolehi dari kedua-kedua penceramah berpengalaman ini dan ia menjadi asas kepada bengkel yang diadakan selepas itu.
Semua daerah telah mengemukakan idea-idea bernas, pendekatan dan cara yang sebaiknya dalam menyelesaikan isu tunggakan pelupusan tanah yang masih banyak dikebanyakan pejabat tanah daerah. Insya Allah dengan adanya cadangan-cadangan dari peserta-peserta bengkel yang berpengalaman ini, ianya akan diteliti balik oleh urusetia bengkel dan dimana yang sesuai dan praktikal akan diimplementasikan untuk semua pejabat tanah daerah.
Secara keseluruhannya saya boleh membuat kesimpulan bahawa kebanyakan isu yang dibangkitkan yang menjadi penghalang kepada kelancaran penyelesaikan isu tertunggak pelupusan tanah ialah seperti berikut:- maklumat pemohon tidak lengkap, pemohon gagal menunjukkan batu tanda sempadan, fail-fail yang ada masalah tapi tidak dibuat keputusan muktamad, bantahan masih diterima walaupun pamiran telah tamat, fail yang hilang, isu penyimpanan fail dan tiada pegawai yang menjaga fail, kurang integrity dan kecekapan PPT, pemantauan yang yang kurang dari pegawai atasan, … notis 5A telah dikeluarkan tapi pemohon tidak datang bayar premium, pohon tanah atas tanah simpanan hutan seperti kes-kes lama, pertindihan dengan permohonan-permohonan yang sukar dibuat penyelesaian dan sebagainya, terlalu belas kasihan atas kes-kes yang tidak boleh dipertimbangkan tapi nak layan juga, surat-surat akuan lama yang tidak jelas pasti kedudukan tapaknya secara sukatan, permohonan dari agensi kerajaan – ‘simple’ sangat permohonan dan juga kekurangan pegawai teknikal dan kemudahan berteknologi tinggi seperti GPS, computer berkuasa, perisian map info serta sikap kakitangan sendiri yang enggan menggunakan atau belajar menggunakan teknologi terkini.
Pelbagai langkah penyelesaian dicadangkan oleh peserta bengkel seperti ringkasan yang saya sempat rekod dan catatkan… iaitu seperti berikut:-
Galak digunakan jurukur berlesen jika ada kemampuan kewangan untuk memohon tanah kerajaan, meningkatkan kecekapan dan integrity PPT,
memberi kemudahan yang secukupnya pada unit pelupusan dan teknikal seperti pegawai yang mencukupi, peralatan yang canggih seperti MAP info dan Google Earth peralatan sukatan,
Buat pemutihan fail yang tidak berkenaan, menyediakan maklumat lengkap proses permohonan tanah daan pamer atau masuk dalam laman web, pegawai atasan perlu memainkan peranan lebih aktif sentiasa peduli apa yang berlaku dalam urusan ini dan buat pemantauan dan teguran diatas kelambatan dan kekurangan laporan yang disediakan,
proses pemeriksaan dan sedia laporan tanah – maklumat pemohon mesti lengkap dan terkini untuk mudah dihubungi oleh PPT bagi mengadakan pemeriksaan. Pemohon m esti dipastikn telah dapat mengenalpasti sekurang-kurangnyua 2 batu tanda sempadan untuk memudahkan PPT membuat sukatan dan ‘conection’ Tak hadir masa sukat.. tolak terus permohonan dan maklum kepada pemohon sebab penolakan
Kenalpasti fail-fail yang tertunggak dan buat keputusan. Mana yang perlu ditolak perlu ditolak segera dan dimaklumkan kepada pemohon . Tidak perlu disimpan fail-fail berkenaan. Pemutihan fail…pemeriksaan dan pembahagian semula fail-fail yang da mengikut masalah-masalah yang ada hingga gagal diproses untuk pemberimilikan tanah.
Kelewatan pemohon mengemukakan dokumen dokumen.. maka permohonan itu terpaksa di tolak jika gagal mengemukakan apa-apa dokumen dan beri maklumat palsu.
Di atas tanah kerajaan sudah ada individu-individu usaha dan ada rumah struktur. Masih ada bantahan walaupun pameran telah tamat.. sebab kasihan… keputusannya sekarang ialah tidak ada lagi bantahan. Tolak terus.
Kalau pemohon hantar wakil waktu periksa tanahpun elok ditolak saja fail tersebut.. maka mungkin ini agak meragukan. Ini boleh dikenalpastikan siapa sebenarnya pemohon. Manakala notis pamiran yang hilang dan rosak.. dicadangkan ditampal ditempat yang berkunci.
Cadangan menutup dulu permohonan tanah kerajaan dalam tempoh setahun. Untuk tujuan menyelesaikan dulu kes-kes lama yang belum lagi diambil tindakan.
Ini adalah beberapa cadangan yang sempat saya catat dan rekodkan dan ada banyak lagi isu dan cadangan yang dikemukakan oleh para peserta bengkel berasaskan pengalaman jabatan masing-masing..
Semoga tindakan diambil hasil dari bengkel ini akan meningkatkan lagi bilangan pelaporan urusan permohonan tanah yang dibuat dan mengurangkan permohonan-permohonan lama yang banyak tertunggak.
Untuk jabatan saya iaitu PTKS bersedialah anda semuanya mengambil langkahan yang perlu serta merta untuk meningkatkan lagi usaha menyelesaikan masalah tunggakan pelupusan tanah ini dan Insya Allah jika segalanya berjalan lancar akan menjadi salah satu jabatan terbaik dalam menyelesaikan isu tunggakan pelupusan tanah dan pada masa yang sama akan meningkatkan hasil tanah melalui premium tanah dan cukai tanah…
Ok… saya mau relax dulu .. mau nonton siri jenaka Mai Cek Mai..kat TV1.. katanya bekas staf PTKS adalah salah seorang pelakonnya… Eloklah sangatlah beliau terjun ke bidang itu dari masuk kebidang yang tak sesuai dengan jiwanya..