Dengar Dulu Lagu Pamgit ini... bagi feeling sikit... he heee

Tuesday, 19 August 2014

Kenali Bangunan Tempat Anda Bekerja.. Satu Pandangan Berkenaan Penggunaan Tenaga

Catatan: Mohd Asri Redha
01 Februari 2012

Sepanjang masa kita bekerja di mana-mana dalam bangunan adakah kita tahu .. adakah kita tahu apa-apa tentang bangunan itu....  Saya ada beberapa fakta menarik hasil kajian yang dibuat oleh Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Ibu Pejabat JKR berkenaan penggunaan tenaga di dalam Bangunan Sultan Abdul Halim ini, iaitu tempat saya bekerja ini.

Apa yang saya nak cerita ini bertepatan dengan catatan pandangan saya berkenaan tajuk ' pembaziran' dalam blog-blog saya sebelum ini. Rujuk ..   http://semangatjatiptks.blogspot.com/2011/11/selamat-sejahtera.html.  

Saya tidak pasti sama pandangan saya itu diberi perhatian atau tidak oleh anak-anak buah. tapi sebenarnya ianya terletak atas kesedaran diri sendiri...   Bukannya melibatkan kos pun dan tenagapun.. cuma sekadar sedikit kesedaran maka pada akhirnya boleh memberikan kebaikan kepada semua jika semua kita bertindak sewajarnya ....

Kita sebenarnya jarang ambil  peduli akan apa-apa yang diluar kawalan kita walaupun kita sedar kita menggunakan sepenuhnya kemudahan itu setiap hari...   mungkin kita terfikir.. itu kerja jabatan lain.. kita gaduh apa... kalau rosak dan bil tinggipun.. bukan kita kena bayar.. jabatan itulah yang kena bayar... Jadi apa dok kalut sangat..  Jabatan saya hanya menggunakan 2 tingkat dari keseluruhan  13 tingkat bangunan ini.  Sayapun tertanya-tanya berapa sebenarnya perbelanjaan elektrik dan air serta maintenance ke dua-dua tingkat ini...

Ada banyak fakta menarik yang perlu saudara-saudari tahu berkenaan penggunaan tenaga elektrik dan air di Bangunan Sultan Abdul Halim.. dari fakta-fakta ini saudara-saudara fikirkan dan renong-renongkanlah..... apa yang boleh kita buat dan bantu bagi mengurangkan perbelanjaan-perbelanjaan yang tidak perlu dalam bangunan kita ini dengan sedikit perubahan sikap dan kesedaran yang positif.

Rumusan fakta yang diperolehi oleh JKR pada saya agak menggerunkan.... Dalam setahun kerajaan berbelanja untuk penggunaan tenaga elektrik antara  RM900,000.00 hingga RM1,000,000.00. Pada tahun 2011 sahaja jumlah bayaran bil elektrik di bangunan kita ini ialah RM932,510.15.   Paling tinggi dalam sebulan bil elektrik ialah RM86,280.68 dan paling rendah ialah RM68,432.04. Purata sebulan bil elektrik bangunan Sultan Abdul Halim ini ialah RM77,709.18.  Ini bermakna kita boleh berjimat sampai hampir RM20,000 sebulan..jika benar-benar semua staf dalam bangunan ini ada kesedaran kearah penjimatan dengan mengelakkan pembaziran.

Kalau dikira pula dimana pula pecahan bahagian yang paling banyak guna elektrik... tentunya Penyaman Udara guna 68%, Pencahayaan(Lampu)/Peralatan Elektrik Jabatan(small power) guna  21% , Cold Water Pump guna 1.1% dan Lif guna 9.20 %.

Fakta menarik penemuan-penemuan pasukan kajian JKR tersebut adalah seperti berikut:

Lampu tandas lelaki dan wanita sentiasa terpasang walaupun mendapat pencahayaan semulaja-sudi  (jadi kalau cerah sungguh.. cadangan saya ..sapa-sapapun boleh tutup lampu tersebut.. buka bersesuaian saja)

Lampu diruang lobi menunggu lif terpasang walaupun mendapat pencahayaan semulajadi (Pemerhatian saya memang lepas waktu opispun terpasang begitu saja.... sudah jadi amalan saya .. bila balik mesti tutup lampu kat lif bila pulang lewat.. memang terpasang 24 jam kalau saya tiada.. setakat sekarang ni pemerhatian saya tidak ada sapa ambil peduli terutama tkt 2.

Bacaan suhu bilik bagi setengah jabatan melebihi had yang ditetapkan mengikut piawaian Malaysia. iaitu ada yang dibawah 23 Celcius. Sepatutnya antara 23C-26C. Kalau piawaian Tan Sri KSN ialah 24 Celcius sahaja

Didapati kesemua lampu fluorescent yang digunakan adalah daripada jenis T8 36watt. Ada setengah ruang, kecerahannya yang terlampau...

Tahap kesedaran yang kurang dikalangan pekerja tentang penjimatan tenaga (Ini saya setuju sangat-sangat dan saya amat mengharap anak-anak buah PTKS menjadi pekerja yang paling tinggi tahap kesedaran ini... )

Keadaan cooling tower yang tidak bersih

Suhu bilik yang tidak seragam setiap tingkat antara 22Celcius hingga  25 Celcius.(Setahu saya pendingin hawa persendirian yang ada kat bilik saya amat kurang terpasang kecuali kalau panas benar)

Antara syor dan cadangan pasukan kajian yang tidak menggunakan kos yang saya rasa patut sangat beri perhatian anak-anak  buah ialah peka dengan penggunaan peralatan elektrik... adakalanya kita terlalu membazir sangat terutama dari segi penggunaan komputer, pencetak, mesin fotostat ., menutup lampu yang tidak perlu terutama selepas waktu pejabat (ini yang saya selalu peringatkan pada anak-anak buah),  dan menghentikan penyaman udara persendirian atau tidak membuka penyaman udara individu jika sudah ada penyaman udara berpusat..  Kalau guna juga tutup bila tidak ada dalam bilik dan tutup lebih awal 15 minit sebelum meninggalkan pejabat. Satu lagi yang saya cadangkan ialah kalau lutut ok dan tidak ada sakit jantung  elok naik tangga sahaja untuk ketingkat yang termampu...   kos jimat , kesihatan akan bertambah ok.. kalori memang terbakar banyak kalau naik tangga.  Yang lain-lain langkah penjimatan yang  disyorkan itu tidaklah mahu saya sentuh kerana agak teknikal dan memerlukan kos.

Jadi mahu tunggu apa lagi... bertindaklah segera tanpa bertangguh-tangguh lagi... Kita perlu ada kesedaran kearah ini bagi mengelakkan pembaziran dan keletihan kita mencari duit untuk membayar perkara yang tidak perlu.. bukan  setakat penggunaan tenaga elektrik sahaja tetapi lain-lain perbelanjaan yang kita buat saya lihat banyak sangat berlaku pembaziran....  

Kita harus ingat.. semua bayaran yang dibuat itu sebenarnya datang dari kantong yang sama juga dan kita sebagai Pejabat Tanah tentunya mengutip hasil untuk kerajaan negeri....  Kenapa pula perlu disuruh setiap warga dalam bangunan ini melaksanakan penjimatan.. sepatutnya kesedaran kena ada dalam diri sendiri...tak payah dok suruh.. kita ada otak.. maka gunakanlah semaksimanya apa yang baik dan apa yang tidak baik...
Pasukan Kajian JKR telah menganggarkan jika segala langkah-langkah teknikal dan kesedaran kakitangan diambil.. jumlah penjimatan yang setahun yang dapat dikurang sebanyak RM162,251.59....   Macam-macam boleh dibuat dengan jumlah itu....

Itu baru komplek Bangunan Sultan Abdul Halim.... Macam mana pula dengan komplek Wisma Negeri, Wisma Darul Aman dan banyak lagi bangunan kerajaan negeri yang besar-besar.. Saya rasa kalau dibuat kajian penggunaan tenaga inipun saya rasa 'patern'nya adalah sama ajee.....

Ok.. permisi dulu... 

Tuesday, 4 February 2014

KESERONOKAN BEKERJA..

16 Julai 2012
Catatan: Mohd Asri Redha b. Abdul Rahman

Salam Sejahtera semua... apa khabar. Rasanya agak lama juga saya tidak 'update' blog ini.. Ya lah sibok sana sibok sini... dah naik malas pula nak tulis.. Hari ini ada mood sikit... tu yg ambil netbook saya ni.. ketok-ketok pilah sikit punat-punat yang bertanda ini untuk jadi ayat yang boleh difahami semua...

Sebenarnya pada petang tadi saya terima berita mengejut pertukaran tempat kerja saya ke Majlis Bandaraya Alor Setar sebagai Setiausaha... Saya kata mengejut kerana saya rasa seperti tidak bersedia lagi untuk bertukar jawatan yang sedang saya pegang ini.  Saya dah serasi benar dengan kerja-kerja di pentadbiran tanah ini dan apatah lagi sebagai Ketua Jabatan.. saya nampak macam-macam boleh dibuat.. Hubungan saya dengan anak-anak buahpun dah semakin rapat.  Sebahagian besar boleh terima cara saya.. walaupun ada orang kata saya ni tegas sangat. Yalah saya tidak menafikan dalam hal- hal berkaitan disiplin dan kerja, saya memang tegas, tapi dari satu segi saya lebih mudah berurusan dengan anak-anak buah kerana saya tidak membina sekatan untuk mereka berjumpa dan berbincang dengan saya...  Saya juga tetap akan tegor terus pada anak-anak buah yang agak slow sangat buat kerja atau tidak berdisiplin. Kalau terok sangat saya tidak ada masalah untuk ambil tindakan disiplin tanpa mengambil kira ia rapat atau tidak dengan saya. kalau ada masalah disiplin, tindakan tetap diambil. Cuma saya tidak kesempatan untuk bersemuka dengan sebahagian kecil anak-anak buah yang saya nampak agak slow perjalanan kerja dan berkira kerja pula. Dalam sebuah organisasi  untuk mencapai kecemerlangan, pekerja yang slow sangat buat kerja dan berkira kerja tidak boleh ada dalam sesebuah organisasi. Semangat berpasukan kena ada dan kena cepat dan cekap buat kerja.. barulah boleh berjaya dengan cemerlang,]. Sebab itulah saya kata setahun yang pertama kita baru membuat perubahan dari segi sumber manusia sahaja....

Seronok benar saya tengok kalau apa2 program saya bersama staf aturkan, sebahagian besarnya dapat ambil bahagian. Sebenarnya setahun yang pertama kita baru bermula dengan penekanan kepada motivasi kakitangan terlebih dahulu. Bukan senang hendak disatukan semua kakitangan yang pelbagai ragam dan perangai untuk menuju kepada kecemerlangan.. Untuk mengubah sikap dan perangai yang dah sebati sejak sekian lama bukan mudah... jadi bila ada perubahan dan pembaharuan yang dibuat pastinya akan ada sedikit sebanyak tentangan dri anak buah..... Tak apalah biarkan .. lama-lama mereka akan sedar sendiri..

Jadi selepas 1 Ogos 2012 .. blog ini mungkin akan kurang diupdate lagi kerana saya akan kalut dengan Majlis Bandaraya Alor Setar.. Saya akan bina blog baru pula kat sana untuk cerita aktiviti-aktiviti saya kat sana pula. Jadi selepas ini kalau ada siapa berminat nak dengar cerita saya.. tengoklah nanti dalam blog baru saya nanti.. dok fikir nak bagi tajuk apa pula..

Thursday, 24 January 2013

Pembangunan Tapak Plaza Tunku Yaakub....Adakah menjadi kenyataan..

catatan: Mohd Asri Redha
catatan terkini: 11 Januari 2013

Hari ini kalau saudara jalan-jalan kat jln Tambang Badak...  dah tak ada lagi Madrasah kontroversi tersebut.. dah tak ada  sepanduk-sepanduk pelik-pelik... dan tak ada sapa pun dok tunjuk perasaan lagi.
Dah selesai dah fasal isu Madrasah ini.. Satu kejayaan besar kerajaan PAS dalam menangani isu
besar hingga ke peringkat nasional. Semuanya dah tutup mulut.. tak cakap apa lagi....

Tamparan besar kepada BN untuk menjawab isu ini.....

DDDDDDDDDDDDDDDDDD

Akhirnya setelah sekian lama bertelingkah.. mudah pula selesainya. Sebenarnya inilah cadangan asal yang telah direncanakan sejak saya terlibat secara langsung berkenaan isu ini... Tetapi campurtangan pelbagai pihak luar benar-benar menggagalkan usaha perbincangan dengan pihak terlibat..masing-masing nak tunjuk hero sebagai  pejuang tulen. Maka naik turun tanggalah ke mahkamah, sapa yang terlibat termasuklah saya yang terlibat secara langsung dari peringkat awal dulu .. Penyelesaiannya bukannya susah sangat pun..  .  Ini baru satu bahagian penyelesaiannya.. Sebenarnya masih ada banyak lagi isu2 yang belum selesai yang cuba diselesaikan melalui proses undang-undang........ kita tunggu dan lihatlah. Apapun harapan saya segala selesai dengan elok. pembangunan kita dapat , syiar Islam dapat kita perkembangkan, bandar kitapun akan berwajah baru sikit.....



Nampak gayanya.. lewat lagi projek ini kerana 
kes Madrasah Salihiah ini......  Terpaksalah tunggu
keputusan Mahkamah Tinggi lah pula.. bila.? tak
taulah lagi. mungkin sebulan, setahun atau 
sampai bilaaa.. Kerja tetap diteruskan......  





Berita Terkini Dalam Blog.... Depa dah mula buat laporan polis fasal PTKS hantar juga notis pindah....ada nama pegawai PTKS lagi   '''''.baca blog dibawah ini.....

http://kedahla.blogspot.com/2012/02/anak2-buah-tok-mat-bashah-tak-kenai-dah.html




rauny
Nak jadi pejuang agama mailah kat surau ni  bersyarah dan buat aktiviti kat sini..pasti nama akan masuk surat khabar TV..  mesti popular.   Isu ini juga boleh buat duit.....  lepas ni banyaklah   duit dapat.... macam-macam boleh buat ..  nampaknya satu Malaya dah tunjuk minat kat surau ini, yang dulunya kalau lalu kat situ kerlingpun tidak....  semua orang ambil kesempatan nak tonjol diri...  Macam-macam tafsiran dibuat .. yang bukan pakar agamapun buat tafsiran sendiri, yang pakar agama bagi pandangan tak mau nak pakai...  semuanya kerana setiap orang ada kepentingan masing-masingg.....    Alor Setar memang hebat......
Nak Tengok Gambaran Surau : Klik saja disini:     http://kedahla.blogspot.com/2012/01/gambaran-surau-yang-bakal-dibina.html
..
Orang PTKS pergi melawat suraupun dan dianggap misteri
PerkasA pula tumpang sekaki untuk isu 'surau' ini
Nampaknya isu 'surau' banyak mempopularkan
ramai orang yang pandai ambil kesempatan...
Lepas ni .. siaplah kena naik turun mahkamah,
mengadap SPRM ... mungkin juga kena mengadap
SPB Yang Di Pertuan Agong........  wah hebat
juga noo......

Utusan Malaysia sudah buka column khas untuk kes
Isu Madrasah ini bertajuk "Selamatkanlah
Madrasah Salihiah" Sudah melarat nak pi
ke SPRM pula.... 




Sudah bukan perkara sulit lagi berkenaan cadangan pembangunan semula tapak projek terbengkalai Plaza Tunku Yaakob dan kawasan sekitarnya ditengah-tengah bandar Alor Setar ini. Cadangan penyelesaian sudah diajukan sejak sekian lama, namun tidak ada penyelesaian muktamad hinggalah bangunan buruk yang ada menjadi suatu binaan yang mencemarkan keindahan bandar Alor Setar ini. Satu demi satu cadangan dirangka dan dikemukakan namun.. penyelesaiannya  tidaklah semudah yang diucap dan dicakap... Bacalah dalam beberapa blog tempatan yang telah memberikan komen-komen sinis berkenaan cadangan pembangunan semula tapak itu dan kebanyakannya kalau boleh apa yang dirangka dan dicadangkan itu perlu dilaksanakan dengan segera....  Terlalu banyak masalahnya .
Keratan akhbar ini adalah merupakan rentetan
beberapa isu yang berbangkit yang mana
terpaksa dihadapi oleh PTKS.....
 Namun sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab isu-isu seperti ini serumit manapun perlulah dicari jalan penyelesaian dimana kadang-kadag kerajaan terpaksa berhadapan risiko-risiko yang pelbagai dan diluar jangkaan. Namun demi kepentingan rakyat usaha-usaha dibuat berterusan...   Banyak isu-isu yang berbangkit dalam proses untuk membangunkan semula tapak ini dan sekitarnya. Bermula untuk mencari sumber kewangan yang bukan sedikit, mendapatkan pemaju yang berwibawa dan berkemampuan, menyelesaikan isu-isu tanah yang penuh dengan isu perundangan yang amat complicated' , disamping kegagalan mendapat kerjasama tuan tanah untuk membangunkan projek  serta proses  pengambilan tanah yang agak sukar yang pastinya akan melibatkan proses mahkamah yang panjang...

Sungguhpun begitu usaha tetap diteruskan dan Pejabat Tanah Kota Setar merupakan agensi yang memainkan  peranan yang amat penting dalam memastikan pengambilan tanah-tanah yang terlibat berjalan lancar dan bebas dari sebarang masalah bila dilaksanakan pembangunan atas tanah tersebut..

Keratan Akhbar Berita Harian : 15/11/11
Pejabat Tanah Kota Setar akan berusaha sebaik  mungkin bagi memastikan segala halangan-halangan perundangan dapat diatasi melalui proses pengambilan tanah  dibawah Akta Pengambilan Tanah. Sudah tentunya kerjasama dari agensi pemohon iaitu PKNK amat diharapkan terutama dalam melunaskan segala bayaran pampasan yang ditentukan oleh Pejabat Tanah Kota Setar. Jika gagal dilunaskan dalam tempoh-tempoh tertentu sudah pasti kerajaan negeri dan PKNK akan berhadapan masalah yang lebih rumit lagi terutama apabila melibatkan tuntutan bayaran-bayaran faedah dan sebagainya.



Ini adalah cabaran yang amat besar kepada jabatan ini kerana proses perbicaraan pengambilan tanah ini menjadi terlalu amat teknikal dengan segala macam isu dan masalah yang ada.. Namun semuanya itu saya rasa tidak melemahkan semangat pegawai-pegawai jabatan untuk cuba merealisasikan hasrat dan harapan kerajaan negeri dan wargakota ini. Kita tunggu dan lihatlah nanti perkembangan yang berlaku nanti.

Keadaan sekarang semakin menjadi-jadi isu ini... sudah masuk pula dalam Aduan Rakyat TV3 .. sudah jadi berat sebelah...  Hari-Hari ada masuk dalam akhbar.. ulasan dan pandangan yang pelbagai...

Ya Allah.. Ya Tuhanku... Ampunkanlah hambamu yang hina dina ini.... bukan niat diri ini untuk membuat sesuatu yang merosakkan keimanan dan Keislamanku serta merosakkan syiar Islam... Aku terima tugas ini sebagai satu  tanggungjawab yang diamanahkan.. Apa yang aku buat ini adalah untuk kepentingan umat Islam juga...  Aku  melihat ini dalam konteks yang lebih luas lagi supaya semua pihak beroleh kemenangan...... Insya Allah surau baru yang akan dibina nanti lebih baik lagi dan lebih diimarahkan lagi dengan
aktiviti-aktiviti keagamaan. Semoga Hamba Allah yang telah mewakafkan tanahnya itu untuk tujuan tersebut akan mendapat limpahan pahala yang berlipat kali ganda kerana selain surau baru yang akan dibina secara percuma oleh pemaju yang masih dianggap wakaf kepada tuan tanah asal, hasil pampasan tanah dan bangunan itu juga akan digunakan untuk tujuan kemaslahatan umat Islam seperti membina surau atau masjid baru ditempat lain yang akan dimanafaatkan oleh ramai lagi umat-umat Islam yang memerlukan...... amiiin...

Jumpa lagi....

Kisah terkini : 11.11.11



Forum diskusi fasal Projek Plaza Tunku Yaacob.... layari tengok.. macam-macam cerita ada... lepas tu fikirkanlah......  semua ada pandangan masing- masing.... semuanya betul.... yang  protespun  betul dan yang  rancang pun betul... jadi lebih baik buat juga.....ada manfaat yang lebih besar lagi kepada umat Islam...

http://www.skyscrapercity.com/archive/index.php/t-974528.html



http://www.kedahlanie.info/2012/01/nak-pertahankan-madrasah-nak.html

 http://www.syburi-times.blogspot.com/2012/01/exco-penerangan-kerajaan-kedah-kurang.html

Sekarang projek ini sudah menjadi isu yang besar
dan makin menarik yang merangkumi isu perbandaran,
isu sosial, isu politik, isu ekonomi, isu perundangan 
dan isu ugama....Menarik untuk dikaji dengan lebih
mendalam dan kita tunggu apa akan berlaku seterusnya
kes ini....Saya akan ikuti kes ini hingga selesai...


Thursday, 4 October 2012

Friday, 14 September 2012

Adakah ini semua kebetulan.......

Direkod: Mohd Asri Redha
Tarikh:   1 September 2012

Inilah akibatnya jika bekerja tapi tidak amanah.. .... Inilah yang saya amat takut sangat.. kalau ada pegawai yang tidak amanah dalam jabatan . Kakitangan tidak amanah kerana ada kepentingan peribadinya  yang tersendiri .. Tapi kesan negatif akibat perbuatannya itu amat besar. .. Masalah yang ditimbulkan akan memberi kesusahan kepada semua orang ...

Adakah berita hari ini adalah kebetulan, memang benar, atau apa-apaan lagi..... tapi hakikatnya perkara seperti ini kena disiasat sedalam-dalamnya agar orang yang terlibat jika benar ada tidak terlepas begitu sahaja.....


Wednesday, 1 August 2012

SELAMAT TINGGAL

Catatan: Mohd Asri Redha
31 Julai 2012

Terima kasih atas sumbangan.
Saya amat menghargainya....
Hari ini adalah hari terakhir saya bertugas di Pejabat Tanah Kota Setar. Hari ini juga perkhidmatan kaunter di Pejabat Tanah Kota Setar ditutup sepenuh... seolah-olah macam nak rai saya kena tukar pula. Sebenarnya bukan macam tu..  Hari ini kerja-kerja perpindahan PTKS ke kompleks tetapnya yang baru di Jalan Suka Menanti secara rasminya bermula. Insya Allah awal minggu depan segalanya akan berjalan lancar ikembali..Saya berdoa agar tidak ada masalah akibat perpindahan ini kerana perpindahan ini melibatkan pemindahan server jabatan yang amat penting itu. Walaupun saya tak lagi bertugas di PTKS saya tetal pantau dan ambil berat segala urusan ini...

Saya memohon banyak maaf kepada semua pelanggan PTKS yang mengalami kesulitan dalam tempoh perpindahan ini.. Tak dapat nak dielakkan .. kerana PTKS terpaksa memberi tumpuan kepada urusan perpindahan ini terutama dokumen-dokumen penting yang perlu dibawa ke sana. Jadi semua orang sibuk dengan kerja-kerja bungkus membungkus dan kerja angkut mengangkut ini. Saya pula kerja angkut mengangkut dan kemas mengemas jug.a . bukan nak pi kompleks PTKS yang baru tu, tapi kena pergi bertugas ke MBAS... sedih sungguh rasanya.. Tak dapat merasa juga bertugas dibangunan baru... Tengoklah nanti.. kut2 ada rezeki pi jadi DO kat situ.. bolehlah rasa juga bangunan baru.. tapi dah tak barulah .. sebab dah lama dah waktu tu... kita mau yang baru trang-trang.. atau anak dara katakan...hee.. hee.. melalut kut tu pula..

Ketik Kad Perakam terakhir, anak
buah tunggu saya buat
ketikan terakhir ..
Walau bagaimanapun saya kagum juga tengok anak buah yang ada tu.. walaupun dalam bulan puasa ni tapi ketabahan mereka buat kerja boleh tahan juga...  Kalau saya dah lama terjelepok kat situ.  Saya nampak ramai juga yang ringan tulang bantu membantu... tapi tengok dlm fb mereka.. dah ulas lenguh sana sini.... biasa lah tu.. lagipun bulan puasa.. buat sikit2 lama2 habis juga.....

Oh ya.. sambil baca blog ni.. pasanglah dulu lagu Pamit oleh Broery... bagi ada feeling sikit... ha,, ha..haa.. ok kita sambung balik..

Minggu lepas anak buah buat majlis khas untuk saya.... selalu jamuan sebagai pengakhiran.. tapi dah bulan posa .. buat majlis biasalah...  sayapun bercakap sakanlah kat anak-anak buah.. sambil beri  nasihat sedikit sebanyak kepada diri saya dan anak buah tentang kepentingan bekerja dengan penuh tanggungjawab, beramanah, ketelitian dalam setiap urusan kerja, bertolak ansur, bekerjasama sesama kakitangan, kreatif dan kreatif dalam bekerja.. Sudah tentu hal-hal keseronokan bekerja dicakap juga. Tempat kerja sebagai rumah kedua dan keluarga kedua kita. Isu 'stress' kakitangan juga saya sentuh sedikit sebanyak kerana ini juga memberi kesan kepada prestasi kerja..Semua yang saya sebut ini  sebenarnya adalah untuk kecemerlangan diri dan jabatan. Tak mau ulas panjanglah apa yang diucapkan itu..

Cuma saya cukup seronok berkerja di jabatan ini...saya cakap terus terang pada anak buah.. saya suka akan persahabatan yang ada, akan keriuhan yang menyeronokkan saya, akan sebahagian kakitangan yang cepat mengambil tindakan akan arahan, akan kreativiti dan keaktifan kakitangan PTKS ini dan semangat bertolakansur / kerjasama kakitangan.. Walaupun tak lama duduk di sini, tapi saya sudah mula biasa dan serasi dengan perjalanan jabatan ini dan sedikit sebanyak tahu akan isu serta masalah yang ada. Itu yang saya 'target' untuk beri tumpuan... tak apalah lepas ni pengganti saya tentunya akan lebih arif lagi untuk melaksanakan apa-apa isu dan masalah yang ada.

Pada akhirnya anak-anak buah bagi juga cenderamata untuk saya.. terima kasih sangat-sangat akan cenderamata yang diberi... naik segan juga nak terima.. sebab kerjapun bukan lama sangat kat PTKS dan tak banyak jasa saya disini..   beri apapun tak apa.. yang penting adalah ingatan dan persahabatan yang terjalin sesama kita itu amat penting....  tapi saya suka sangatlah apa yang diberi....beri apa tuu.. tak payah ceritalah.... nanti jelous pula yang lain-lain noo.....

Membaca komen2 dm FB, saya rasa terharu sangat dengan ucapan-ucapan mereka. Rakan-rakan lama dulu yang pernah bekerja bersama sayapun turut beri ucapan-ucapan positif, dan yang dah pencenpun tumpang sama joint. yang saya tak berapa kenai dlm fb pun turut komen.. macama kenal lama dah. Mungkin dapat maklumat dari rakan2 lain kut.  Yang lain depa masih ingat kat saya lagi.. Apalah sangat yang  telah dibuat..  biasa aje.. Mungkin kerana mereka senang berurusan dengan saya kut atau sentiasa mengambil berat kerja-kerja yang mereka lalukan kut atau mungkin saya buat aktiviti-aktiviti yang pelik2  sikit kut.. atau apa-apaan.  Tak palah.. hanya mereka sahaja yang mengetahui...  Walau macamanapun saya ucapkan terima kasih yang teramat sangat pada semua.

Saya berharap selepas ini akan terdengar berita-berita gembira dari PTKS, berita kecemerlangan PTKS, berita kehebatan PTKS, dan segala macam berita berita-berita yang baik-baik belaka....... ok

Blog ini pun rasanya setakat inilah sahaja ulasannya untuk aktiviti saya bersama PTKS. Walau bagaimanapun saya tidak akan tutup.. biarkannya ia begitu agar boleh dibaca oleh sesiapa sahaja...
Nanti kalau saya terjumpa apa-apa berita berkenaan PTKS dalam mana-mana media atau blog saya akan masukkan kat blog ini untuk tatapan sekalian.....

Sebelum mengundur diri saya memohon ampun dan maaf pada semua anak buah, hanya sekadar masa yang sesingkat itu sahaja yang saya dapat berkhidmat dengan PTKS. Dalam kesingkatan masa bersama anak-anak buah, mungkin ada tingkah laku saya yang kurang menyenangkan, tuturkata yang membikin rasa terkilan dihati dan apa-apa sahaja teguran yang kasar..  sekali saya memohon ampun dan maaf. Tidak ada niat untuk membenci dan menjadikan musuh, tapi hanya sekadar teguran seorang ketua kepada anak buahnya.. itu sahaja.... ok.. selamat tinggal semua......

Asredha

Friday, 27 July 2012

Mengeratkan Persaudaraan Sesama Staf PTKS Melalui Hari Keluarga

Catatan: Mohd Asri Redha
11 Julai 2012....................

Hari Keluarga yang diadakan oleh Jabatan.. bukan sekadar sebagai memenuhi aktiviti organisasi semata-mata, tetapi ianya lebih luas lagi dengan mempunyai matlamat untuk mengeratkan persaudaraan sesama kakitangan PTKS agar lebih mesra, lebih kenal mengenali dan memupuk perasaan kasih sayang sebagai sahabat . Disamping itu ia bermatlamat untuk menghilang 'stress' atau tekanan-tekanan yang dihadapi dijabatan dan juga mungkin dirumah.  Jadi banyak manfaatnya mengadakan Hari Keluarga ini walaupun untuk mengadakannya bukannya mudah kerana terpaksa berbelanja agak besar dan perlu mengambil masa yang sesuai..apatah lagi kalau diadakan agak jauh dari tempat tinggal.


Pulun sungguh depa.... dulu kat kampong  biasa
sangat buat lagu tu..................................................

Anak-anak ni pun sama.....  tapi mak depa yang lebih-lebih
Hari Keluarga PTKS julung kali diadakan diluar negeri iaitu di Ipoh Perak. Sebelah malamnya diadakan di Hotel Heritage, Ipoh dan sebelah siangnya diadakan di Taman Thema Air Lost World Tambun, Perak. Banyak aktiviti diadakan dari cabutan bertuah, jamuan keluarga, karaoke, dan berakhir di Taman Air Lost World dengan aktiviti sukaneka untuk kakitangan, keluarga dan anak-anak.

Makan-makan.. jangan segan...
Disamping semua anggota dan keluarga telah menikmati kemudahan-kemudahan yang disediakan dalama Taman Thema Air yang terkenal disebelah utara ini. Ramai yang belum pernah masuk ke Taman Thema Air ini dan peluang diperolehi ini digunakan sepenuhnya untuk mandi manda bersama anak-anak, main ombak, mandi  dan berendam air panas dan papan luncur air disamping melawat sekitar taman ini dimana ada zoo dan pelbagai kemudahan yang disediakan.. Saya amat gembira dengan usaha-usaha yang dibuat anak-anak buah ini , kerana berjalan lancar dan setiap kakitangan yang terlibat telah mengalami pengalaman yang menggembirakan sepanjang majlis ini diadakan..

Nanti kita jumpa kat Tesco noo.......

Nak buat lagu mana.. lompat pilah..
walaupun macam kartun...................

Rasanya inilah aktiviti saya yang terakhir di PTKS ini kerana semasa saya menulis blog ini saya telah mendapat arahan bertukar jawatan ke Majlis Bandaraya Alor Setar sebagai Setiausaha berkuatkuasa 01 Ogos 2012..  ok... jumpa lagi.

Teratak Kasih

Tuesday, 24 July 2012

Keseronokan Bekerja

25 Julai 2012
Catatan: Mohd Asri Redha

Nak bagi seronok bekerja sebenarnya bukan mudah seperti cakap. Namun kita kena bagi seronok juga bila bekerja.. Walau apa cara sekalipun kena usaha bagi seronok. Kalau tidak sebahagian besar hidup kita didunia ini berada dalam keadaan tidak seronok..  makanya diri sendirilah kena pandai-pandai bawa diri macam mana nak bagi seronok dalam bekerja. Ada juga yang seronok bekerja tapi bukan dalam bentuk yang produktif.. tapi dia seronok mai kerja kat pejabat tapi tak buat kerja sepenuhnya pun dan asyik tuang kerja saja dan curi masa kerja untuk kerja peribadi lain. Ada juga ambil kesempatan waktu bekerja dengan kuasa dan peranan yang ada di jabatan-jabatan tertentu, dia boleh atur pula untuk kepentingan diri sendiri... Seronok bekerja cara ini tidak boleh pakai langsung...  Yang jenis inipun banyak juga kat kebanyakan opis. Yang jenis ini saya akan cerita lain dalam ruang khusus atas tajuk itu

Yang saya maksudkan  disini ialah kita seronok bekerja tapi produktiviti kita juga tinggi. ... Saya sebagai Ketua Jabatan tak lah pandai untuk beri ceramah motovasi untuk  cerita fasal seronok bekerja kepada kakitangan. Jadi kita cari orang pakar untuk cerita apa yang membolehkan seseorang itu seronok bila datang bekerja. Dia sentiasa ceria sahaja berada dipejabat. Buat kerja dengan penuh tanggungjawab, berdisiplin, mematuhi arahan ketua dan pegawai atasannya, tidak berkira dalam bekerja, sentiasa hendak membantu pelanggan yang datang berurusan, sentiasa mengambil bahagian dalam setiap aktiviti jabatan dan kelab jabatan, mempunyai kasih sayang sebagai sahabat dikalangan kakitangan dan segala macam yang baik-baik belaka.  Alangkah seronoknya saya dan semua orang jika semua kakitangan yang ada macam tu.. bahagia rasanya bekerja dikelompok kakitangan yang begitu.. Ya.. kita mahu bahagia hidup didunia dan akhirat.  Mengapa kita perlu susah-susahkan diri dengan perkara yang kita tidak perlu susahpun didunia yang hanya sementara ini... 

Sebab itulah kita cari pakar... baru-baru ini di Ipoh saya dan anak-anak buah telah menganjurkan Kursus Motivasi kepada kakitangan di Hotel Heritage, Ipoh. Penceramahnya dari Institut Aminudin Baki iaitu Tuan Hj Razmi Majid.. Bagus ceramah beliau itu. Saya tak mau ulas panjang fasal ceramah beliau itu tapi saya dapat simpulkan sepertimana yang diceramahkan itu bahawa untuk seronok bekerja  faktor utama ialah tahap kesihatan yang baik, samada kesihatan fizikal dan kesihatan mental yang baik. Untuk mendapatkan kesihatan mental yang baik kita kenalah banyak membaca.. Faktor emosi juga mempengaruhi keseronokan dalam bekerja. Emosi ini selalunya berinteraksi dengan perasaan dan persepsi kita. Bukan mudah seorang kakitangan boleh serasi dengan semua kakitangan lain kerana setiap orang ada ego dan keistimewaan  masing-masing . Yang penting kita perlu berfikiran positif. Untuk seronok juga kita perlu ada aura. Aura kita sesuatu yang unik. Kita perlu buat agar kita dihargai, buat diri kita rasa diterima oleh rakan-rakan, bagi ada rasa selamat dalam organsasi yang diduduki. Perasaan seronok dalam pekerjaan kita akan terjelma kalau kita mempunyai ilmu yang dikembangkan lagi melalui pengalaman kita bekerja. Ada kenikmatan disitu kerana ini akan buat kita suka akan kerja kita. Cubalah belajar menyayangi rakan taulan kita, jangan ada perasaan benci dan tidak suka rakan sekerja kita. Jangan pandang rendah sahabat-sahabat kita. Biar susah bersama dan senang bersama.. selamat dunia akhirat. Berjenakalah secara sederhana sebagai sebahagian rutin kehidupan kita serta bertoleransi sesama kakitangan dengan bantu membantu antara satu sama lain. Insya Allah seperti kata penceramah tersebut. . akan datang kenikmatan dan keseronokan dalam bekerja..

Ok.. cukup takat itu dulu.... nanti saya cerita fasal Hari Keluarga PTKS pula....  kerana salah satu cara nak lepaskan tekanan kerja seharian ialah kita buat Hari Keluarga PTKS. Melalui Hari Keluarga , semua kakitangan dapat lebih mengenali keluarga sahabat-sahabat kita yang bekerja bersama-sama dijabatan dan dapat mengambil bahagian aktiviti yang diatur dengan penuh kegembiraan dan keseronokan. Saya cuba lengkapkan pakej motivasi keseronokan bekerja ini dengan ceramah , hari keluarga dan juga sebelum ini telah atur anak buah mendaki Gunung Jerai dengan berjalan kaki sejauh 12 KM untuk maksud kecemerlangan kesihatan. Sebelum ini juga telah diaturkan pertandingan tenpin boling sesama kakitangan dimana sebahagian besar kakitangan telah mengambil bahagian dengan seronok sekali bermain walaupun banyak yang masuk longkang... tak apa yang penting mau ambil bahagian... Sebenarnya banyak lagi yang telah diaturkan agar ada kelainan dan ada kepelbagaian dalam seharian kita bekerja di pejabat yang boleh memberi keseronokan dan kesihatan fizikal dan mental yang baik seperti aktiviti senaman berirama poco-poco yang dianjurkan setiap minggu, dan harapan saya selepas ini kena sambung balik , majlis jamuan hari raya, program karnival lelong awam hartanah yang julung kali diadakan dan jamuan-jamuan antara staf yang diadakan sekali sekali sebenarnya boleh mengeratkan hubungan kakitangan... itu tidak kira karaoke keluarga yang telah diadakan sekali sekala., boss belanja makan sekali sekala kalau ada duit lebih sikit dan sebagainya..... memang seronok sekali....  

Tapi itu lah yang sedihnya waktu menulis ini saya hanya punyai 6 hari sahaja lagi bersama anak-anak buah yang ceria-ceria belaka sekarang ini.. lebih-lebih lagi mereka dah dapat pejabat dan perabut baru... Agak berat juga saya untuk meninggalkan jabatan yang telah menunjukkan banyak perubahan. Kempunanlah saya hendak merasa bilik baru..dok 'planning' macam-macam kat sana tu nanti. tak apalah demi kerana  tugas , terpaksa akur juga dengan arahan itu kerana sebenarnya saya dah mula serasi dengan sebahagian besar kakitangan walaupun depa tahu saya ni agak 'strict' sikit dalam hal-hal berkaitan dengan disiplin... Adalah sikit-sikit lagi yang tak berapa serasi lagi dengan cara saya tapi.. tak apalah. biasalah tu....itulah namanya manusia.

okkkk... cukup-cukup.. dah melalut panjang ni..  kata nak berhenti....

Selamat Berpuasa.....

Permudahkan Urusan Pelanggan Yang Berurusan Dengan PTKS

25 Julai 201
Catatan: Mohd Asri Redha.


Sengaja saya paparkan keratan akhbar ini untuk tatapan anak-anak buah PTKS dan pembaca blog saya ini sebagai satu usaha ke arah penambahbaikan dan setiap urusan kita di pejabat tanah. kakitangan yang kreatif, proaktif, rajin, ringan tulang, semangat berpasukan adalah punca kepada kejayaan cemerlang sesebuah organisasi.......

Pelanggan adalah keutamaan kita...  satu kepuasan kepada kita semua jika apa yang kita telah lakukan telah menggembirakan pelanggan kita....   

Tidak dapat dinafikan, ada juga pelanggan yang marah dan tidak puas hati dengan perkhidmatan kita... biasalah..PTKS pun ada masalah juga dalam hal-hal tertentu tetapi  jangan jadikan kemarahan dan ketidakpuasan hati mereka melemahkan usaha-usaha baik kita....  Teruskan usaha untuk memberi perkhidmatan terbaik...   

Thursday, 19 July 2012

Sebagai Ingatan Warga Pejabat Tanah Semua..dokumen palsu


20 Julai 2012
Catatan: Mohd Asri Redha

Salam Sejahtera, dan Salam Ramadhan 

Besok kita akan mula berpuasa. Syoknya bila mai masuk bulan Ramadhan ini... Pintu Pahala terbuka luas untuk kita menggapainya.... Marilah kita melakukan segala amalan-amalan wajib dan sunat dengan penuh kesedaran dan kyusuk agar ganjaran yang kita perolehi berlipat kali ganda.....

Pagi ni saja nak update sikit blog saya ni... bila terbacan keratan akhbar yang saya paparkan ini terasa nak tulis sikit fasal isu dokumen-dokumen palsu tersebut.

Urusan-urusan dalam pejabat tanah sebenarnya dilingkungi undang-udang dan peraturan. Kesilapan yang kita buat akan mengundang padah yang bukan kepalang .. Itulah yang selalu saya ingatkan pada anak-anak buah. Kealpaan kita, kecuaian kita, ketidakkisahan kita , buat mudah sesuatu perkara, tidak prihatin dan tidak kritis atas sesuatu perkara.  bisa mengundang padah yang sukar dirungkaikan. Akhirnya kutipan-kutipan  hasil yang kita buat sebahagiannya terpaksa disalurkan kepada bayaran gantirugi kepada orang awam yang terlibat samaada kes yang 'genuine' teranianya atau ada yang sengaja ambil kesempatan atas kelemahan dan kelonggaran prosedur di pejabat tanah. Tak dapat dielakkan kerana kita berurusan dengan manusia...

Di luar sana juga banyak orang nak ambil kesempatan untuk melakukan pelbagai penipuan untuk kepentingan diri sendiri. Kes diatas ini sebenarnya ada kaitan juga dengan Pejabat Tanah. Manusia yang terdesak akan buat pelbagai cara dan taktik untuk menipu terutama di Pejabat Tanah. Banyak sangat kita temui kes-kes penipuan yang berlaku di pejabat tanah. Lebih parah lagi jika warga dalam pejabat tanah sendiri bersekongkol dengan penipu-penipu yang berkeliaran diluar sana... menunggu peluang sahaja untuk masuk menipu.

Terlalu banyak kita terjumpa dokumen-dokumen palsu dengan menggunakan teknologi-teknologi yang canggih-canggih belaka hingga warga Pejabat Tanah tidak menyedari akan dokumen-dokumen itu adalah palsu.. Sudah banyak kita terjumpa Perintah-Perintah Mahkamah yang palsu, Perintah-Perintah Pembahagian Harta Pusaka yang palsu, surat-surat palsu , perjanjian-perjanjian palsu, tandatatangan palsu dan segala macam kepalsuan yang mana yang kita di Pejabat Tanah terlepas pandang dan mendaftar dokumen-dokumen itu di pejabat tanah.. maka tunggulah padahnya nanti kerana kalau setakat pihak pertama yang buat kerja boleh lagi dibuat penyelesaian, tapi kalau melibatkan pihak ketiga yang tidak tahu apa-apa, maka kerajaanlah yang terpaksa menanggung kerugian pihak ketiga itu jika kecuaian itu berlaku pada pejabat tanah. Pembuat kerja-kerja kotor itu sudah hilang entah kemana... nak cari dimana lagi.. jadi tinggalah kita Pejabat Tanah mencari untuk penyelesaian......Nak merungkai masalah yang sudah terjadi, tidak semudah cakap... melibatkan undang-undang.

Jadi nasihat saya ialah berhati-hatilah dengan apa sahaja urusan yang berkaitan dengan kerja dipejabat tanah. Kesilapan tidak boleh berlaku..... Kena prihatin dan teliti sungguh-sungguh segala dokumen. Kalau was-was rujuk jabatan lain yang berkaitan supaya kita berpuas hati. Bincang dengan pegawai atasan dan rakan taulan untuk kepastian ketulenan segala dokumen.. Juga dokumen-dokumen jabatanpun kena prihatin juga dan kritis bila tengok ... apa yang tercatat. kadang tertinggal catatan, kadang-kadang catatan tersilap, kadang-kadang terjumpa geran lain pelan lain no lot lain, kadang-kadang bertindih lot dan segala macam yang kita jumpa... Kata orang jangan kita betul bendul sangat....  kena fikir akan risiko yang timbul nanti..   risiko yang akan dihadapi bukan kecil dan ringan tapi amat besar.. kadang-kadang sedikit kesilapan kita kerajaan kena tanggung berjuta-juta RM untuk bayar gantirugi kepada orang awam/organisasi swasta..

Jadi... pakat-pakatlah kita jaga elok-elok jabatan kita......yang penting berhati-hatilah dan teliti betul-betul segala urusan yang kita buat dan segala dokumen....

Ok.. jumpa lagi

Teratak Kasih
Alor Setar







Tuesday, 12 June 2012

AntarA TugaS dan MemeNuhi KehendaK PelanggaN

Apa sebenarnya yang hendak ditunjuk..... Kezaliman
Pejabat Tanah Kota Setar kerana melaksanakan
perobohan bangunan tersebut untuk kegunaan
penduduk dikawasan Kg Tok Seron itu juga..
Sampaikan Pak Menteri datang ziarah dan  
bagi sumbangan tunai..... ...... Nak marah
Pejabat Tanah (Kerajaan Negeri) atau
nak marah kementerian lain.....
Tarikh  : 12 Jun 2012
Catatan: Mohd Asri Redha
Tempat: Bang. Sultan Abdul Halim, Alor Setar

Penjawat Awam sebenarnya mempunyai tanggungjawab dan tugas yang telah ditetapkan berdasarkan sumber kuasa yang diberikan... kalau Pejabat Tanah sumber kuasanya tentunya dari Kanun Tanah Negara, Aturan Tanah Negeri, Akta Pengambilan Tanah, Akta Pembahagian Harta Pusaka dan berpuluh-puluh akta dan enakmen serta pekeliling-pekeliling yang dikeluarkan dari masa ke semasa.... Sebenarnya kalau ikut 100 peratus kehendak-kehendak yang termaktub dalam undang-undang dan pekeliling.. rasanya tidak ada masalah untuk penjawat awam menjalankan tugas.

JKKK tidak perlu kalut 
dalam hal ini kerana jabatan terlibat 
kena buat ....sebab ini tugas dan 
tanggungjawab jabatan berkenaan 
kerana pampasan telah diberikan dan 
tapakpun dah ada.. mai buat saja.......
Tidak perlulah menyalahkan kerajaan
negeri kerana meroboh bangunan2 tst
Sebenarnya diroboh untuk kegunaan
balik tapak tersebut bagi kemudahan 
penduduk Kg Tok Seron untuk kubur.
mereka juga Kerajaan Persekutuan 
buat khas untuk mereka sebagai ganti.. 



Tapi 'reality'nya tidaklah begitu... kehendak pelanggan adalah berbeda. Manusia kalau kat orang lain, semua tak kena kalau tak ikut undang-undang dan peraturan... tapi kalau terkena batang hidung sendiri segala undang-undang dan peraturan yang ada tak mau pakai dah..... Itulah realitinya dalam kerja saya hari-hari.. macam-macam kita jumpa.....


Kadang-kadang kalau kita baca dalam akhbar sesuatu isu dibangkitkan nampak sangat seolah-olah sesuatu tindakan penguatkuasaan yang dibuat oleh jabatan itu nampak zalim sangat ... tidak berperikemanusiaan.. dan sebagainya.. sampai ada cadangan supaya kakitangan jabatan termasuk saya ditarbiah untuk mengamalkan akhlak Islam, nilai murni dan bersikap bertimbang rasa... Amboi amboi amboi sedapnya cakap... Awat terok sangatkah saya dan anak-anak buah saya sampai macam tu sekali... terok sangatkah akhlak saya dan anak-anak buah pejabat tanah kota setar dan agensi kerajaan persekutuan lain yang terlibat... 


Saya pernah bekerja dibawah BN sejak sekian lama dan dibawah PR dalam tempoh 4 tahun ni... tak ada bedanya tindakan yang diambil.. semuanya berlandaskan undang-undang dan peraturan .. Biasanya setelah segala prosedur dan masa yang secukupnya diberi baru tindakan diambil.... Sayapun manusia berakhlak dan bertimbang rasa juga dan yang terlibatpun manusia yang ada perasaan juga... Jadi segala ruang telah diberi dengan sebaik mungkin...  tapi itulah... buat tak kisah dan buat main-main.. masih mahu main politik juga....


Lawatan Kerja pada 13.06.2012 jam 10.45 pagi ..ke Kg 
Tok Seron.. tak terjumpa pula kanak-kanak sedang 
duduk belajar bawah khemah yang dikatakan panas 
lit -lit.

Yang terjumpa khemah kosong ada terjumpa... tapi 
tak ada apa-apa aktiviti didalamnya.....

Yang terjumpa juga ialah kanak-kanak tersebut 
sedang belajar di dalam bangunan. Ini yang 
hairannya.  kat mana depa ambil gambar tu...  
Begitulah ceritanya..kalau dipolitikkan perkara
 ini macam nilah jadinya..Biarlah jabatan sesama 
jabatan kerajaan mencari jalan penyelesaian... 
boleh selesaipun... Secara kebetulan terserempak 
dgn Pengarah Kemas Neg Kedah sendiri Tn Hj Che 
Kamarudin b. Che Ismail yang turun ke padang 
meninjau  tadika ini.. sempat juga saya berbincang 
dengan Tuan Pengarah dan memberi cadangan 
penyelesaian kepada beliau.....dan apa yang 
PTKS boleh bantu..
Kalau semua tak mau ikut aturan dan peraturan susahlah macam tu....  Tidak ada unsur kezaliman dalam hal ini. dan tidak ada tindakan diambil atas pertimbangan politik, kerana projek ini sebenarnya adalah projek Kerajaan Persekutuan, dan jabatan yang dok kalut sangat tupun dari Jabatan Persekutuan...dan JKKK yang terlibat itupun JKKK Persekutuan. Jabatan Persekutuan banyak duit.. takkan walaupun sudah diketahui sejak 2 tahun lalu kena pindah tak buat  apa-apa cari bangunan baru atau buat pengambilan tanah.  Jadi nak marah kat sapa sebenarnya.  Tak payahlah dok tunjuk sedih dan melaratnya anak-anak belajar dalam khemah yang panas itu.. seperti dilaporkan dalam Sinar Harian bertarikh 11.06.2012 .. nak menunjukkan betapa zalimnya pejabat tanah pergi roboh bangunan yang sebenarnya bukan bangunan pusat tadika itu pun... Kerana ini akhirnya akan memalukan jabatan itu sendiri dengan pendekatan seperti itu.. seolah-olah lekeh sungguh kementerian berkenaan... benda kecil seperti itupun tidak dapat diselesaikan... sampaikan Menteripun pergi melawat dan beri sumbangan wang tunai sahaja bukannya nak tolong selesai menyediakan penempatan yang lebih selesa...


Sebenarnya saya boleh mengambil tindakan tidak mengambil serious segala arahan dari kementerian untuk melaksanakan apa-apa tindakan penguatkuasaan kerana nak heran apa.. saya bekerja dengan kerajaan negeri yang tidak bersependapat dasar dan prinsip dalam beberapa hal dengan kerajaan persekutuan... Namun saya adalah pegawai kerajaan yang tidak menyebelahi mana-mana pihak. Saya dan anak buah bertindak secara profesional..  kerana kita tahu tanggungjawab kita tanpa mengira ianya dari kerajaan negeri atau kerajaan persekutuan atau ianya dari fahaman politik berlainan.. Tidak dapat dinafikan oleh kerana saya adalah kakitangan kerajaan negeri dan secara kebetulan Negeri Kedah diperintah oleh Kerajaan PR maka tentunya tugas saya ialah melaksanakan apa-apa dasar dan arahan-arahan yang dibuat oleh kerajaan negeri asalkan ianya tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan Negeri serta agama.... Itu biasalah dan tidak boleh disalahkan anggota perkhidmatan awam kerana sistem pentadbiran kita memang macam tu..Takkan dulu saya bekerja dengan penuh taat setia pada kerajaan BN tapi bila dan beralih kerajaan nak suruh saya boikot dan bantah arahan kerajaan baru pula.... Mana boleh macam tu.. kalau buat macam tu huru hara jadinya. Sepanjang saya bekerja dibawah kerajaan sekarang tidak pernah diarah untuk tidak memberi kerjasama kepada jabatan persekutuan dalam urusan-urusan yang melibatkan kepentingan orang ramai.

Oleh itu saya amat mengharapkan janganlah terlalu mensensasikan sangat isu-isu seperti ini kerana ianya akan melarut-larut kepada lebih banyak kes-kes yang seumpama itu dimana melibatkan projek-projek kerajaan persekutuan. Jangan pula nanti kalau dah banyak masalah sangat,  pejabat tanah diarah kerajaan negeri supaya jangan campur tangan urusan-urusan jabatan-jabatan persekutuan terutama dari segi penguatkuasaan tanah.


Senanglah saya .. tak gaduh pening kepala memikirkan hal-hal yang memang memeningkan itu. Sapa yang mahu dok pi roboh-roboh rumah dan bangunan orang apatah lagi kalau melibatkan berkaitan keagamaan dan kebajikan orang ramai.. Namun pada akhirnya yang rugi adalah rakyat juga......

Oleh itu saya rasa tidak perlulah menjawab segala persoalan dan isu-isu yang dibangkitkan berhubung kes ini dengan memberi kronoloji kes ini sejak 2 tahun yang lalu.... Memadailah jawapan yang diberikan oleh YB Dr Ismail.. Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dalam Akhbar Sinar Harian bertarikh 12 Jun 2012 seperti yang saya sertakan dalam blog ini... Kenyataan YB berkenaan sebenarnya menjawab beberapa persoalan yang dibangkitkan...  Jadi lebih baik tutup cerita takat itu saja... Elok jabatan terlibat buat kerja masing-masing dengan segera dan tidak gundah gulana yang tidak berkesudahan dan menyalahkan orang lain.......  niat kita kena baik dan ikhlas dan tidak ada agenda tersendiri untuk menjadi popular.. lebih-lebih lagi dekat pilihanraya ni... banyak orang sudah menggelabah tak tentu fasal....kalau nak berpolitik.. berpolitiklah secara berakhlak dengan menunjukkan peribadi yang mulia dan baik serta turun ke padang memberikan segala perkhidmatan kepada pengundi-pengundi yang dahagakan perkhidmatan orang politik....

Jumpa lagi peminat maya saya.....minta maaf kalau terlebih cakap....


Teratak Kasih                                                                                                  
Alor Setar                                                                                       



Monday, 11 June 2012

Lawatan Kerja Berkualiti....

11 Jun 2012
Catatan: Mohd Asri Redha

Salam Sejahtera
Salam Satu Kedah.....

Hari ini saya terasa nak keluar siar-siar sekitar Daerah Kota Setar ini bersama-sama anak buah....Tumpuan di sekitar Bukit Pinang...   Selama ni keluar juga melawat kawasan tapi masa amat mencemburui kita...kerja-kerja pentadbiran kat ofis terlalu banyak dengan segala macam arahan dan kehendak yang perlu dipatuhi dan ditunaikan... kerja sebenar kadang-kadang dah jadi keutamaan ke 2. Selepas  ini nak mai pilihanraya lagi ..Rasanya sebahagian besar anak buah jadi petugas SPR..lagilah celaru..tapi tak apa demi tugas pada negeri dan negara terpaksa berkorban walaupun nanti pelanggan akan bersungut fasal ada banyak urusan di PTKS tergendala.

Saya kata bersiar-siar ni jangan ingat bukan-bukan pula.. bukan bersiar-siar makan angin.... tapi bersiar-siar lawat projek dan kes yang ada kaitan dengan Pejabat Tanah Kota Setar..


Padang Hassan... 11.06.12 ..Jam 10.00 pg
Operator Kuari.....

Sekali pandang  tanpa sukatan teliti.. nampak jelas... kuari
ini telah melanggar syarat kelulusan yang dibenarkan......
Nampak sangat korek tanah sampai rapat sempadan
tanah..Kenapalah tidak mahu ikut peraturan.... walaupun
pun pemereksaan kurang. sekarang kan susah..
tindakan..???
PengurusaN Melalui LawataN ini amat penting kerana untuk memastikan segala arahan dan peraturan ditetapkan dilaksanakan oleh semua yang berkaitan ...    Bila buat arahan kena buat tindakan susulan... kalau tidak.. arah tinggal arah, peraturan  tinggal peraturan...   sebab itu banyak berlaku kepincangan.. malangnya dengan kudrat yang ada tidak mampu untuk buat semua...  maka buatlah seadanya yang termampu......-pandai-pandailah anak buah memahami kehendak dan gaya ketua jabatan. Penuhi dan sambut hasrat ketua untuk memajukan jabatan dengan cara kerja proaktif, kreatif dan rajin.
Padang Tembak, Bkt Pinang...11.06.12 (jam 10.45 pg)
Operator Kuari...

Pembawa kenderaan ni kata tengah dok baiki enjin..
Katanya tak berjalan hari ini.. tapi enjinnya panas sekali..
Apa cerita... Kat jalan masuk pula ada lori sedang menunggu
untuk masuk ambil tanah merah..  bila patah balik dan lesap..
Tanya punya tanya baru mengaku pagi-pagi tadi memang
dah keluar tanah merah.. sah resit royalti tidak ada kerana
dah tamat tempoh yang dibenarkan......... so.. so.. so..........
Tindakan ... 
Bila saya melawat tu biasalah... gambar mesti ada... so jadilah PengurusaN Melalui GambaR pula... Gambar menggambarkan segalanya......... maka inilah gambarnya...... tengok dan nilailah .....

Menjadi kebiasaan laporan perlu ada dan direkodkan.... saya lebih suka rekod kat blog selagi ianya bukan yang dibawah perkara sulit dan boleh memberi imej tidak baik pada jabatan... setakat ini .. ok saja.




Kena lawat dulu tapak permohonan kuari pasir darat..
.........sebelum beri apa-apa kelulusan.. utk mengelakkan
timbul masalah dengan masyarakat sekitar .. Pengalaman
membuktikan bila dah dapat permit... hilang segala aturan
dan peraturan yang ditetap.. kira dok kampoi duit saja....
Jadi peringkat awal kena 'strict' sikit..........jalan keluar
masukpun kena tengok segala aspek..........................


Kuil Muniswarar,  Alor Setar (Belakang  Pusat Latihan
Pembantu Perubatan) ......... cadangan permohonan
tapak letak kenderaan... kegunaan pelawat kuil....