Tarikh : 12 Jun 2012
Catatan: Mohd Asri Redha
Tempat: Bang. Sultan Abdul Halim, Alor Setar
Penjawat Awam sebenarnya mempunyai tanggungjawab dan tugas yang telah ditetapkan berdasarkan sumber kuasa yang diberikan... kalau Pejabat Tanah sumber kuasanya tentunya dari Kanun Tanah Negara, Aturan Tanah Negeri, Akta Pengambilan Tanah, Akta Pembahagian Harta Pusaka dan berpuluh-puluh akta dan enakmen serta pekeliling-pekeliling yang dikeluarkan dari masa ke semasa.... Sebenarnya kalau ikut 100 peratus kehendak-kehendak yang termaktub dalam undang-undang dan pekeliling.. rasanya tidak ada masalah untuk penjawat awam menjalankan tugas.
Tapi 'reality'nya tidaklah begitu... kehendak pelanggan adalah berbeda. Manusia kalau kat orang lain, semua tak kena kalau tak ikut undang-undang dan peraturan... tapi kalau terkena batang hidung sendiri segala undang-undang dan peraturan yang ada tak mau pakai dah..... Itulah realitinya dalam kerja saya hari-hari.. macam-macam kita jumpa.....
Kadang-kadang kalau kita baca dalam akhbar sesuatu isu dibangkitkan nampak sangat seolah-olah sesuatu tindakan penguatkuasaan yang dibuat oleh jabatan itu nampak zalim sangat ... tidak berperikemanusiaan.. dan sebagainya.. sampai ada cadangan supaya kakitangan jabatan termasuk saya ditarbiah untuk mengamalkan akhlak Islam, nilai murni dan bersikap bertimbang rasa... Amboi amboi amboi sedapnya cakap... Awat terok sangatkah saya dan anak-anak buah saya sampai macam tu sekali... terok sangatkah akhlak saya dan anak-anak buah pejabat tanah kota setar dan agensi kerajaan persekutuan lain yang terlibat...
Saya pernah bekerja dibawah BN sejak sekian lama dan dibawah PR dalam tempoh 4 tahun ni... tak ada bedanya tindakan yang diambil.. semuanya berlandaskan undang-undang dan peraturan .. Biasanya setelah segala prosedur dan masa yang secukupnya diberi baru tindakan diambil.... Sayapun manusia berakhlak dan bertimbang rasa juga dan yang terlibatpun manusia yang ada perasaan juga... Jadi segala ruang telah diberi dengan sebaik mungkin... tapi itulah... buat tak kisah dan buat main-main.. masih mahu main politik juga....
Kalau semua tak mau ikut aturan dan peraturan susahlah macam tu.... Tidak ada unsur kezaliman dalam hal ini. dan tidak ada tindakan diambil atas pertimbangan politik, kerana projek ini sebenarnya adalah projek Kerajaan Persekutuan, dan jabatan yang dok kalut sangat tupun dari Jabatan Persekutuan...dan JKKK yang terlibat itupun JKKK Persekutuan. Jabatan Persekutuan banyak duit.. takkan walaupun sudah diketahui sejak 2 tahun lalu kena pindah tak buat apa-apa cari bangunan baru atau buat pengambilan tanah. Jadi nak marah kat sapa sebenarnya. Tak payahlah dok tunjuk sedih dan melaratnya anak-anak belajar dalam khemah yang panas itu.. seperti dilaporkan dalam Sinar Harian bertarikh 11.06.2012 .. nak menunjukkan betapa zalimnya pejabat tanah pergi roboh bangunan yang sebenarnya bukan bangunan pusat tadika itu pun... Kerana ini akhirnya akan memalukan jabatan itu sendiri dengan pendekatan seperti itu.. seolah-olah lekeh sungguh kementerian berkenaan... benda kecil seperti itupun tidak dapat diselesaikan... sampaikan Menteripun pergi melawat dan beri sumbangan wang tunai sahaja bukannya nak tolong selesai menyediakan penempatan yang lebih selesa...
Sebenarnya saya boleh mengambil tindakan tidak mengambil serious segala arahan dari kementerian untuk melaksanakan apa-apa tindakan penguatkuasaan kerana nak heran apa.. saya bekerja dengan kerajaan negeri yang tidak bersependapat dasar dan prinsip dalam beberapa hal dengan kerajaan persekutuan... Namun saya adalah pegawai kerajaan yang tidak menyebelahi mana-mana pihak. Saya dan anak buah bertindak secara profesional.. kerana kita tahu tanggungjawab kita tanpa mengira ianya dari kerajaan negeri atau kerajaan persekutuan atau ianya dari fahaman politik berlainan.. Tidak dapat dinafikan oleh kerana saya adalah kakitangan kerajaan negeri dan secara kebetulan Negeri Kedah diperintah oleh Kerajaan PR maka tentunya tugas saya ialah melaksanakan apa-apa dasar dan arahan-arahan yang dibuat oleh kerajaan negeri asalkan ianya tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan Negeri serta agama.... Itu biasalah dan tidak boleh disalahkan anggota perkhidmatan awam kerana sistem pentadbiran kita memang macam tu..Takkan dulu saya bekerja dengan penuh taat setia pada kerajaan BN tapi bila dan beralih kerajaan nak suruh saya boikot dan bantah arahan kerajaan baru pula.... Mana boleh macam tu.. kalau buat macam tu huru hara jadinya. Sepanjang saya bekerja dibawah kerajaan sekarang tidak pernah diarah untuk tidak memberi kerjasama kepada jabatan persekutuan dalam urusan-urusan yang melibatkan kepentingan orang ramai.
Oleh itu saya amat mengharapkan janganlah terlalu mensensasikan sangat isu-isu seperti ini kerana ianya akan melarut-larut kepada lebih banyak kes-kes yang seumpama itu dimana melibatkan projek-projek kerajaan persekutuan. Jangan pula nanti kalau dah banyak masalah sangat, pejabat tanah diarah kerajaan negeri supaya jangan campur tangan urusan-urusan jabatan-jabatan persekutuan terutama dari segi penguatkuasaan tanah.
Senanglah saya .. tak gaduh pening kepala memikirkan hal-hal yang memang memeningkan itu. Sapa yang mahu dok pi roboh-roboh rumah dan bangunan orang apatah lagi kalau melibatkan berkaitan keagamaan dan kebajikan orang ramai.. Namun pada akhirnya yang rugi adalah rakyat juga......
Oleh itu saya rasa tidak perlulah menjawab segala persoalan dan isu-isu yang dibangkitkan berhubung kes ini dengan memberi kronoloji kes ini sejak 2 tahun yang lalu.... Memadailah jawapan yang diberikan oleh YB Dr Ismail.. Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dalam Akhbar Sinar Harian bertarikh 12 Jun 2012 seperti yang saya sertakan dalam blog ini... Kenyataan YB berkenaan sebenarnya menjawab beberapa persoalan yang dibangkitkan... Jadi lebih baik tutup cerita takat itu saja... Elok jabatan terlibat buat kerja masing-masing dengan segera dan tidak gundah gulana yang tidak berkesudahan dan menyalahkan orang lain....... niat kita kena baik dan ikhlas dan tidak ada agenda tersendiri untuk menjadi popular.. lebih-lebih lagi dekat pilihanraya ni... banyak orang sudah menggelabah tak tentu fasal....kalau nak berpolitik.. berpolitiklah secara berakhlak dengan menunjukkan peribadi yang mulia dan baik serta turun ke padang memberikan segala perkhidmatan kepada pengundi-pengundi yang dahagakan perkhidmatan orang politik....
Jumpa lagi peminat maya saya.....minta maaf kalau terlebih cakap....
Teratak Kasih
Alor Setar
Blog ini saya sedia untuk renungan dan bahan bacaan untuk awam. Maklumat dan pandangan yang diberi ini tidak boleh dijadikan sebagai bahan bukti dalam mana-mana prosiding mahkamah dan tuntutan. Penulis tidak bertanggongjawab jika berlaku kerugian wang ringgit, kemusnahan harta benda dan diri, tuntutan kerugian dan sebagainya disebabkan menggunakan maklumat dalam blog ini..
Dengar Dulu Lagu Pamgit ini... bagi feeling sikit... he heee
Tuesday, 12 June 2012
Monday, 11 June 2012
Lawatan Kerja Berkualiti....
11 Jun 2012
Catatan: Mohd Asri Redha
Salam Sejahtera
Salam Satu Kedah.....
Hari ini saya terasa nak keluar siar-siar sekitar Daerah Kota Setar ini bersama-sama anak buah....Tumpuan di sekitar Bukit Pinang... Selama ni keluar juga melawat kawasan tapi masa amat mencemburui kita...kerja-kerja pentadbiran kat ofis terlalu banyak dengan segala macam arahan dan kehendak yang perlu dipatuhi dan ditunaikan... kerja sebenar kadang-kadang dah jadi keutamaan ke 2. Selepas ini nak mai pilihanraya lagi ..Rasanya sebahagian besar anak buah jadi petugas SPR..lagilah celaru..tapi tak apa demi tugas pada negeri dan negara terpaksa berkorban walaupun nanti pelanggan akan bersungut fasal ada banyak urusan di PTKS tergendala.
Saya kata bersiar-siar ni jangan ingat bukan-bukan pula.. bukan bersiar-siar makan angin.... tapi bersiar-siar lawat projek dan kes yang ada kaitan dengan Pejabat Tanah Kota Setar..
PengurusaN Melalui LawataN ini amat penting kerana untuk memastikan segala arahan dan peraturan ditetapkan dilaksanakan oleh semua yang berkaitan ... Bila buat arahan kena buat tindakan susulan... kalau tidak.. arah tinggal arah, peraturan tinggal peraturan... sebab itu banyak berlaku kepincangan.. malangnya dengan kudrat yang ada tidak mampu untuk buat semua... maka buatlah seadanya yang termampu......-pandai-pandailah anak buah memahami kehendak dan gaya ketua jabatan. Penuhi dan sambut hasrat ketua untuk memajukan jabatan dengan cara kerja proaktif, kreatif dan rajin.
PengurusaN Melalui GambaR pula... Gambar menggambarkan segalanya......... maka inilah gambarnya...... tengok dan nilailah .....
Menjadi kebiasaan laporan perlu ada dan direkodkan.... saya lebih suka rekod kat blog selagi ianya bukan yang dibawah perkara sulit dan boleh memberi imej tidak baik pada jabatan... setakat ini .. ok saja.

![]() |
| Kuil Muniswarar, Alor Setar (Belakang Pusat Latihan Pembantu Perubatan) ......... cadangan permohonan tapak letak kenderaan... kegunaan pelawat kuil.... |
Labels:
lawatan kerja
Tuesday, 5 June 2012
Bersara & Bertukar
05 Jun 2012
Catatan: Mohd Asri Redha b. Abdul Rahman
BertukaR dan BersarA adalah lumrah dalam aliran hidup seorang manusia... begitu juga kakitangan PTKS.. sedar tak sedar rupanya masa berlalu dengan begitu pantas... sampailah masanya seorang pekerja itu bersara dari perkhidmatannya dan ada ketikanya bertukar kerjaya ketempat lain, samada ditukarkan, mohon bertukar atau mohon berhenti ....
Begitulah kitaran hidup kita... setiap yang bermula pasti berakhir... sesiapapun tidak dapat menahannya .. perkara itu tetap berlaku.... Majlis Meraikan
Persaraan dan Pertukaran Kakitangan PTKS telah diadakan pada 05 Jun 2012 Tkt 12, Bangunan Sultan Abdul Halim, Alor Setar. Mereka yang terlibat dengan pertukaran ke jabatan lain ialah Puan Rosnani bt. Mat Rais , Wan Shuhairi b. Wan Senu... Pembantu Tadbir, En Zulkifli Penolong Pegawai Tanah, Puan Cik Shopiah bte. Hassan Pembantu Tadbir . Manakala yang bersara ialah en Azhari b. Penghantar Notis, Tn Hj Abd Azid b. Md Zain Pembantu Tadbir Kanan, Puan Rodziyah bt. Ismail Pembantu Tadbir Kewangan (Kanan) dan juga Tuan Syed Khalid b. Syed Osman Penghantar Notis yang akan bersara dalam tempoh terdekat ini.
Catatan: Mohd Asri Redha b. Abdul Rahman
![]() |
Sebahagian pesara yang terlibat sedang menerima cenderamata dan
hadiah sumbangan Jabatan dan Badan Kebajikan dan Rekreasi Pejabat Tanah Kota Setar |
Begitulah kitaran hidup kita... setiap yang bermula pasti berakhir... sesiapapun tidak dapat menahannya .. perkara itu tetap berlaku.... Majlis Meraikan
![]() |
Staff PTKS hadir meraikan pesara-pesara dan pegawai PTKS
yang bertukar tempat kerja... |
Persaraan dan Pertukaran Kakitangan PTKS telah diadakan pada 05 Jun 2012 Tkt 12, Bangunan Sultan Abdul Halim, Alor Setar. Mereka yang terlibat dengan pertukaran ke jabatan lain ialah Puan Rosnani bt. Mat Rais , Wan Shuhairi b. Wan Senu... Pembantu Tadbir, En Zulkifli Penolong Pegawai Tanah, Puan Cik Shopiah bte. Hassan Pembantu Tadbir . Manakala yang bersara ialah en Azhari b. Penghantar Notis, Tn Hj Abd Azid b. Md Zain Pembantu Tadbir Kanan, Puan Rodziyah bt. Ismail Pembantu Tadbir Kewangan (Kanan) dan juga Tuan Syed Khalid b. Syed Osman Penghantar Notis yang akan bersara dalam tempoh terdekat ini.
Saya bagi pihak semua kakitangan PTKS telah mengucapkan selamat bersara kepada mereka yang terlibat dan mendoakan kehidupan mereka bertambah bahagia selepas persaraan dan dapat menumpukan sepenuh masa dan perhatian kepada keluarga masing-masing... Manakala yang bertukar, saya bagi pihak semua staf PTKS mengucapkan selamat maju jaya kepada semua yang terlibat ... semoga dengan pertukaran ini akan dapat memberi suasana persekitaran tempat kerja baru dan mampu meningkatkan lagi produktiviti jabatan.
Teratak Kasih
Jalan Sultan ABdul Halim, Telok Wanjah.......................
Labels:
aktiviti
Monday, 21 May 2012
MaRi KiTA RawAT MiNDA
20 Mei 2012
Gunung Jerai
Catatan: Mohd Asri Redha
Selamat Sejahtera.. Apakhabar semua pembaca maya saya .. Tentunya sihat walafiat.. .saya sudah makan dan bersantai-santai kat rumah. Lantas apa lagi.. tentunya cari 'net book' kesayangan saya ni la... idea tengah dok mai ni... macam-macam nak tulis.. macam-macam tajuk pula.. Aaaah .. dalam kepala otak saya ni bersimpang-sior aliran idea datang menyentuh. Sekejap ke sana sekejap ke sini. berterabor merata tak tau nak bubuh tang mana idea-idea ni sebab dia mai sikit-sikit dan macam-macam jenis pula...Tak apalah saya buat satu-satu ikut tajuk yang sesuai.. Pembaca maya saya janganlah marah... tujuan saya tulis blog inipun hanya untuk sembang-sembang aje. Jadi biarlah fikiran saya yang tidak ketahuan hala ni .. Asal saja saya boleh terus mematuk-matuk punat-punat bertanda ini menjadi ayat yang boleh difahami....
Tajuk cerita blog saya kali ini ialah Mari Kita Rawat Minda... Sebenarnya saya bukan seorang pakar psikologi yang berkelayakan untuk nak bincang fasal rawat minda... silap-silap haribulan boleh jadi celaru lagi minda kita... Jadi jangan risau ini bukan nak ajar cara nak rawat minda melalui rawatan perubatan.. ini cuma cara biasa saja yang semua orang boleh buatpun... Tajuk saja hebat... jangan marah yaa..
Kelmarin anak-anak buah saya telah berjaya menganjurkan Program Kursus Kecergasan Fizikal yang melibatkan kakitangan Pejabat Tanah Kota Setar. Saya sekadar memberi peluang dan kebebasan pada anak buah untuk anjur apa-apa aktiviti yang memberi kebaikan kepada kebajikan dan kesihatan mereka. Tentunya saya pasti terlibat ambil bahagian sama dalam program baik seperti ini. Takkan suruh orang buat tapi bos tak buat.. Jadi saya berusaha seboleh mungkin akan terlibat dalam apa-apa aktiviti yang dibuat oleh kelab atau jabatan. Kita kena berusaha jadikan jabatan kita sebagai keluarga kedua kita.. kerana disinilah kita banyak menghabiskan sebahagian besar hidup kita sehari suntuk. Jadi saya tidak boleh anggap pejabat hanya sekadar datang bekerja pagi dan petang balik... besok datang balik dan begitulah berulang-ulang... kalau kita tidak gembira berada di pejabat maka sepanjang masa umur kita ini begitulah.. tidak gembiralah jadinya....
Saya mengucapkan tahniah pertama kepada anak-anak buah yang boleh mengikuti program yang saya buat secara sukarela ini.. sapa suka dan berminat boleh ikut. Kalau tak mahu ikutpun tak apa tak ada masalah... Bukan senang untuk berkorban cuti hujung minggu untuk ikut program yang diatur... Ini pun sudah menjadi cabaran besar pada sebahagian kakitangan... Pada setengah-setengah orang cukup masalah.. macam-macam alasan dan segala macam sebab yang keputusannya adalah kearah tidak boleh .... Kalau kita berfikiran terbuka tentunya takat program-program lain yang tidak memudaratkan yang telah diatur sebenarnya boleh disusun atur semula... Lainlah kalau ada masalah kesihatan, khenduri keluarga yang tidak dapat dielakkan, urusan rasmi dan urusan keluarga yang tidak dapat dielakkan .. tak apalah juga...Ini cuma janji nak pi shopping barang dapor sahaja...jadi penyebab tak boleh ikut .. susahlah macam tu... Ada satu lagi masalah ialah suami atau isteri tak nak bagi.. inipun ada ramai. Saya rasa dalam kalangan anak-anak buah ada ni..Mungkin faktor utama ialah rasa curiga rasa syak wasangka yang melampau menyebabkan pergerakan pasangan hanya berada dalam orbit keluarga sahaja. Dalam hal ini... mudah cerita ajak mai sekali.. senang... atau kita perlu berterus terang kepada pasangan kita sekiranya kita mahu mendapat kepercayaan isteri atau suami. Beritahulah kemana destinasi, dengan siapa kita pergi dan tinggal dimana serta jangan berselindung. Ini bermakna dalam kebebasan yang diberi kita perlu menjaga dan mengetahui batas supaya tidak timbul masalah dalam hubungan keluarga. Jika masing-masing faham memahami Insya Allah tidak ada apa yang mustahil.
Apa yang dirancang oleh anak-anak buah saya ni sebenarnya banyak kebaikannya yang akan saya sentuh disana sini dalam catatan saya ini. Jadi bagi saya berjaya meluangkan masa mengikut program ini sahaja sudah boleh diberi ucapan tahniah... Kita kena CARI MASA untuk Merawat Minda Kita...
Sebenarnya sudah lama saya nak ajak anak-anak buah naik mendaki Gunung Jerai dengan berjalan kaki.. tapi kesuntukan masa sikit. Kelmarin saja baru boleh atur.... Bila habaq kata nak kena daki 13 KM ke puncak ramai yang 'surrender' awal-awal lagi.. nak kata tak sihat.. sihat walafiat... belum cuba dah mengalah.... cuba dulu baru tahu..tak boleh penuh.. sekerat pun jadilah.. tak boleh sekerat , sukupun jadilah.. janji mau cuba... Alhamdulillah.. ada yang sampai penuh, ada yang daki sekerat tumpang kereta sekerat, ada yang daki suku tumpang kereta 3 suku... tak apalah.. pokoknya dah ada usaha.. saya memahami setiap orang mempunyai tahap-tahap tertentu daya ketahanan masing-masing. Jadi buat ikut kemampuan. Yang tidak mampu langsung tapi usaha juga ikut sama berkereta berhimpun diatas gunung tu amat dihargai.. kerana niat mahu sama-sama ambil bahagian program kelab yang diatur.... tapi tang makan tu.. jangan tanyalah..... ada yang lebih dari orang yang mendaki... he..he.hee......jangan marah yaa...
Sebenarnya pada saya mengikut aktiviti seperti ini amat menenangkan minda.... kita cuma letih fizikal sahaja tapi minda kita tidak letih.. malah terasa lebih tenang, nyaman, minda menjadi positif disamping menikmati keindahan alam ciptaan Allah dengan segala macam makhluk hutan yang ada didalamnya... Kita bukan setakat mendaki gunung sahaja tapi kita kena berfikiran terbuka dan minda yang bergerak cergas.. Sambil berjalan-berjalan bersama rakan-rakan, mata kita kena liar memerhati sekeliling menikmati keindahan hutan simpan kekal seluas 8560 hektar di Gunung Jerai. Orang Putih telah warta sebagai Hutan Simpan Kekal sejak sebelum merdeka lagi iaitu sejak tahun 1953.. Waktu itu hutan berlambak-lambak lagi luasnya di Kedah ini tapi Mat-Mat Salleh ini berfikiran jauh juga yang memberi kebaikan kepada kita dan anak-anak cucu kita akan datang...
Saya rasa persaudaraan bertambah erat sesama kakitangan bila berjalan-jalan gelak ketawa, gurau senda, dan sebagainya.... Dapat pula tengok segala macam binatang yang ada.. cuma tidak terjumpa binatang buas aje... jarang-jarang dengar lah kat GUnung Jerai.. Cerita fasal penunggu Gunung Jerai ada la... tapi dengar cerita ajelah.. tak pernah ketemu pun dan jangan lah bertemu sampai bila-bila..... Melihat pemandangan dari atas Gunung Jerai memang menarik.... nampak saujana mata memandang bendang-bendang yang menguning indah dibawahnya.... memang menakjubkan... Kadang-kadang kita terlepas pandang tentang keindahan didepan mata yang tidak pernah kita nikmati.. kita asyik ghairah juga nak tengok tempat luar negara yang lebih kurang sama saja dengan negara kita. Kadang-kadang orang luar negara pula yang lebih menikmati keindahan negara kita.. Kita pula asyik memperleceh alam semula jadi negara sendiri....
Paling saya suka ialah dari aspek kesihatan diri... waduuuh. capek sekali bila berjalan sejauh 13 KM untuk kepuncak Gunung Jerai.. dalam keadaan mendaki pula.. Ada bedanya berjalan 13 KM dijalan yang rata dan mendatar dengan berjalan 13 KM menuju ke puncak... Ia sama berjalan 20 KM dijalan mendatar.. Wah hebat tu... Puas rasanya kita berjalan perlahan-lahan aje tapi lama-lama rasa penat dan letih... sebab kita mendaki.. peluh tak sangka punya banyaklah... habis basah lencun baju yang dipakai... rasanya agak-agak berapa ribu kalori telah kita guna sepanjang 3 ke 4 jam mendaki tersebut.. tentu banyak.. Kita cuma rasa letih badan saja.. tapi otak kita kita tidak letih.... itu yang bagusnya... jadi bagus sangatlah kalau kita boleh buat ini hari-hari.. sekurang-kurang 3 KM atau 4 KM seharipun cukup... 'comfirm'; tak akan dapat sakit jantung dan sakit lutut.... Itulah matlamat sebenar saya ajak anak-anak buah naik Gunung Jerai.. Jadikan amalan berjalan untuk kesihatan... kat opis pun begitulah juga.. janganlah naik lift.. gunakan tangga.... jadikanlah itu satu amalan.... Baik untuk kesihatan.. Kalau semua staf pejabat sihat-sihat belaka tentunya produktiviti kerja akan meningkat.. tak gitu kawan-kawan.... Banyak sangat staf 2 yang tidak berapa sihat.. kalau tengok rekod cuti.. berkemerahan rekod MC... macam mana nak kerja dengan selesa kalau asyik sakit saja. ... sedangkan ada ruang-ruang yang kita boleh berusaha mengatasinya secara percuma melalui pergerakan fizikal saja.. tak payah makan ubat pun... tapi itu lah yang orang paling segan sekali nak buat....
Sebab itu sapa yang berjaya sampai ke atas atau sampai sebahagian.. saya akan berikan Sijil Kecergasan Fizikal.... ada kategori lagi seperti Emas, Perak dan Gangsa... dan kita rekodkan dalam Buku Perkhidmatan.. Sijil ini ada guna .. terutama yang dok cari kerja lain.. depa boleh habaq kata kesihatan depa adalah 'tip-top' sihat walafiat.. kalau tidak mana boleh sampai atas... Kalau saya sebagai majikan... tentunya salah satu kriteria yang diambil kira ialah kesihatan yang baik dan cergas. Takkan nak ambil yang 'mandom' dan penuh kelesuan.....
Cumanya dalam mendaki saya juga suka memerhati.... sebab itu kalau pergi kemanapun kena bawa kamera.. kamera biasapun ok juga.. atau kamera kat 'handphone' pun kira oklah itu.. rakamlah apa-apa yang menarik sepanjang perjalanan secara 'kreatif' dan kita boleh hebahkan untuk tontonan rakan-rakan samada dalam FB atau blog... Yang penting kita tidak terlepas merakam perkara-perkara menarik dan spontan yang kita jumpa.. juga perkara-perkara tidak menarik yang kita jumpa...
Apa dia perkara-perkara tidak menarik yang saya jumpa itu... Sepanjang perjalanan saya amat sedih dan geram melihat terlalu banyak sampah-sampah sisa buangan makanan yang dilemparkan dimerata tempat... Gambar-gambar yang saya paparkan adalah sebagai bukti.. Saya menitikberatkan hal-hal berkaitan kebersihan ini.... banyak dah saya tulis fasal kebersihan. Inilah yang saya amat kesalkan sangat kepada pengunjung kawasan-kawasan rekreasi seperti ini yang tidak mempunyai kesedaran sivik yang tinggi... Botal-botol plastik paling banyak dibuang disepanjang jalan.. ada 3 atau 4 tempat yang banyak sangat buangan sampah-sampah terkumpul. Begitu juga tempat perkhemahan di puncak Gunung Jerai ini.. segala macam plastik, pampers bayi, tin-tin minuman dan sebagainya dibuang ikut suka saja. Sepatutnya perkara seperti ini tidak wajar sama sekali diamalkan. Carilah apa cara sekalipun untuk bawa turun sendiri sampah-sampah yang kita sendiri ujudkan atau buang ditong yang disediakan..
Gunung Jerai
Catatan: Mohd Asri Redha
Selamat Sejahtera.. Apakhabar semua pembaca maya saya .. Tentunya sihat walafiat.. .saya sudah makan dan bersantai-santai kat rumah. Lantas apa lagi.. tentunya cari 'net book' kesayangan saya ni la... idea tengah dok mai ni... macam-macam nak tulis.. macam-macam tajuk pula.. Aaaah .. dalam kepala otak saya ni bersimpang-sior aliran idea datang menyentuh. Sekejap ke sana sekejap ke sini. berterabor merata tak tau nak bubuh tang mana idea-idea ni sebab dia mai sikit-sikit dan macam-macam jenis pula...Tak apalah saya buat satu-satu ikut tajuk yang sesuai.. Pembaca maya saya janganlah marah... tujuan saya tulis blog inipun hanya untuk sembang-sembang aje. Jadi biarlah fikiran saya yang tidak ketahuan hala ni .. Asal saja saya boleh terus mematuk-matuk punat-punat bertanda ini menjadi ayat yang boleh difahami....
Tajuk cerita blog saya kali ini ialah Mari Kita Rawat Minda... Sebenarnya saya bukan seorang pakar psikologi yang berkelayakan untuk nak bincang fasal rawat minda... silap-silap haribulan boleh jadi celaru lagi minda kita... Jadi jangan risau ini bukan nak ajar cara nak rawat minda melalui rawatan perubatan.. ini cuma cara biasa saja yang semua orang boleh buatpun... Tajuk saja hebat... jangan marah yaa..
![]() |
Senaman dulu... kalau tidak rosak otot kita..
|
Saya mengucapkan tahniah pertama kepada anak-anak buah yang boleh mengikuti program yang saya buat secara sukarela ini.. sapa suka dan berminat boleh ikut. Kalau tak mahu ikutpun tak apa tak ada masalah... Bukan senang untuk berkorban cuti hujung minggu untuk ikut program yang diatur... Ini pun sudah menjadi cabaran besar pada sebahagian kakitangan... Pada setengah-setengah orang cukup masalah.. macam-macam alasan dan segala macam sebab yang keputusannya adalah kearah tidak boleh .... Kalau kita berfikiran terbuka tentunya takat program-program lain yang tidak memudaratkan yang telah diatur sebenarnya boleh disusun atur semula... Lainlah kalau ada masalah kesihatan, khenduri keluarga yang tidak dapat dielakkan, urusan rasmi dan urusan keluarga yang tidak dapat dielakkan .. tak apalah juga...Ini cuma janji nak pi shopping barang dapor sahaja...jadi penyebab tak boleh ikut .. susahlah macam tu... Ada satu lagi masalah ialah suami atau isteri tak nak bagi.. inipun ada ramai. Saya rasa dalam kalangan anak-anak buah ada ni..Mungkin faktor utama ialah rasa curiga rasa syak wasangka yang melampau menyebabkan pergerakan pasangan hanya berada dalam orbit keluarga sahaja. Dalam hal ini... mudah cerita ajak mai sekali.. senang... atau kita perlu berterus terang kepada pasangan kita sekiranya kita mahu mendapat kepercayaan isteri atau suami. Beritahulah kemana destinasi, dengan siapa kita pergi dan tinggal dimana serta jangan berselindung. Ini bermakna dalam kebebasan yang diberi kita perlu menjaga dan mengetahui batas supaya tidak timbul masalah dalam hubungan keluarga. Jika masing-masing faham memahami Insya Allah tidak ada apa yang mustahil.
Apa yang dirancang oleh anak-anak buah saya ni sebenarnya banyak kebaikannya yang akan saya sentuh disana sini dalam catatan saya ini. Jadi bagi saya berjaya meluangkan masa mengikut program ini sahaja sudah boleh diberi ucapan tahniah... Kita kena CARI MASA untuk Merawat Minda Kita...
![]() |
Mandi air terjun herba akar kayu..
|
![]() |
Terjumpa cermin ajaib di 7 selekoh
patah... 3 saja elok.. yg lain telah
dipecahkan oleh orang gila kut....
|
![]() |
Muka2 ceria sebahagian anak buah.... Yang angkat
tangan tu tok sah kira dia.. minda dah terlebih ok.. hee..hee
|
Paling saya suka ialah dari aspek kesihatan diri... waduuuh. capek sekali bila berjalan sejauh 13 KM untuk kepuncak Gunung Jerai.. dalam keadaan mendaki pula.. Ada bedanya berjalan 13 KM dijalan yang rata dan mendatar dengan berjalan 13 KM menuju ke puncak... Ia sama berjalan 20 KM dijalan mendatar.. Wah hebat tu... Puas rasanya kita berjalan perlahan-lahan aje tapi lama-lama rasa penat dan letih... sebab kita mendaki.. peluh tak sangka punya banyaklah... habis basah lencun baju yang dipakai... rasanya agak-agak berapa ribu kalori telah kita guna sepanjang 3 ke 4 jam mendaki tersebut.. tentu banyak.. Kita cuma rasa letih badan saja.. tapi otak kita kita tidak letih.... itu yang bagusnya... jadi bagus sangatlah kalau kita boleh buat ini hari-hari.. sekurang-kurang 3 KM atau 4 KM seharipun cukup... 'comfirm'; tak akan dapat sakit jantung dan sakit lutut.... Itulah matlamat sebenar saya ajak anak-anak buah naik Gunung Jerai.. Jadikan amalan berjalan untuk kesihatan... kat opis pun begitulah juga.. janganlah naik lift.. gunakan tangga.... jadikanlah itu satu amalan.... Baik untuk kesihatan.. Kalau semua staf pejabat sihat-sihat belaka tentunya produktiviti kerja akan meningkat.. tak gitu kawan-kawan.... Banyak sangat staf 2 yang tidak berapa sihat.. kalau tengok rekod cuti.. berkemerahan rekod MC... macam mana nak kerja dengan selesa kalau asyik sakit saja. ... sedangkan ada ruang-ruang yang kita boleh berusaha mengatasinya secara percuma melalui pergerakan fizikal saja.. tak payah makan ubat pun... tapi itu lah yang orang paling segan sekali nak buat....
Sebab itu sapa yang berjaya sampai ke atas atau sampai sebahagian.. saya akan berikan Sijil Kecergasan Fizikal.... ada kategori lagi seperti Emas, Perak dan Gangsa... dan kita rekodkan dalam Buku Perkhidmatan.. Sijil ini ada guna .. terutama yang dok cari kerja lain.. depa boleh habaq kata kesihatan depa adalah 'tip-top' sihat walafiat.. kalau tidak mana boleh sampai atas... Kalau saya sebagai majikan... tentunya salah satu kriteria yang diambil kira ialah kesihatan yang baik dan cergas. Takkan nak ambil yang 'mandom' dan penuh kelesuan.....
| Biasa la.. kemuncak pendakian ialah makan.... balun sungguh depa.......... |
Apa dia perkara-perkara tidak menarik yang saya jumpa itu... Sepanjang perjalanan saya amat sedih dan geram melihat terlalu banyak sampah-sampah sisa buangan makanan yang dilemparkan dimerata tempat... Gambar-gambar yang saya paparkan adalah sebagai bukti.. Saya menitikberatkan hal-hal berkaitan kebersihan ini.... banyak dah saya tulis fasal kebersihan. Inilah yang saya amat kesalkan sangat kepada pengunjung kawasan-kawasan rekreasi seperti ini yang tidak mempunyai kesedaran sivik yang tinggi... Botal-botol plastik paling banyak dibuang disepanjang jalan.. ada 3 atau 4 tempat yang banyak sangat buangan sampah-sampah terkumpul. Begitu juga tempat perkhemahan di puncak Gunung Jerai ini.. segala macam plastik, pampers bayi, tin-tin minuman dan sebagainya dibuang ikut suka saja. Sepatutnya perkara seperti ini tidak wajar sama sekali diamalkan. Carilah apa cara sekalipun untuk bawa turun sendiri sampah-sampah yang kita sendiri ujudkan atau buang ditong yang disediakan..
Oklah sejak terniat nak godam 'net book' ini tadi rasanya tak banyak sangat yang nak ditaipkan.. apa yang terlintas difikiran terus saya godam saja punat-punat ini.... tapi tak sangka pula dah berapa halaman pula jadinya dok bersembang fasal naik Gunung Jerai......
Rasanya saya pun dah melalut rata dah ni... elok rasanya saya bunuh catatan saya setakat ini sahaja.. kalau sapa2 malas membacanya...... tinggalkannya saja.... Lepas ni saya nak cerita fasal Kesihatan Diri juga iaitu fasal POCO-POCO....Anak buah dah mula senaman POCO-POCO pula.. untuk kesihatan diri juga.... Seperti biasa.. saya pasti turut serta program-program seperti walaupun sebahagian besar anak-anak buah dok malu-malu lagi nak gerak-gerak badan ikut muzik... nanti saya cerita lain... byeeeeeeeeee...
Labels:
aktiviti ptd,
pandangan
Thursday, 3 May 2012
'Mini LaB' MenyelesaikaN TunggakanN GeraN HaK MiliK SementarA KepadA GeraN HaK MiliK KekaL
Hotel Heritage, Cameron Highland
04 Mei 2012
Catatan: Mohd Asri Redha
Salam Sejahtera...
![]() |
Saya sedang mempengerusikan kumpulan mini lab dari
pentadbiran tanah negeri Kedah..
|
Hari ini dan kelmarin saya bersama Puan Nurulhuda PPTD dan Che Asiah dari Unit Pendaftaran berada disini dijemput oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Malaysia untuk berbincang dan mendapatkan idea kreatif dari beberapa pejabat tanah seluruh Malaysia, bagaimana cara terbaik hendak menyelesaikan tunggakan pengeluaran geran hakmilik sementara kepada geran hakmilik kekal..
![]() |
Sebahagian dari Group Mini Lab dari
Kedah yang hadir
|
Isu berkenaan Tunggakan Urusniaga Tanah Dan Bukan Urusniaga Tanah telah dapat diselesaikan dengan jaya kepada lebih 95 % urusan tersebut telah berjaya diselesaikan dalam tempoh 1 sehari sahaja dan sebahagian besar pejabat tanah daerah telah berjaya 100 % menyelesaikan pendaftaran dalam tempoh 1 hari sahaja dan ada juga yang berjaya siap daftar dalam tempoh kurang dari 2 jam. Pejabat Tanah Kota Setar juga tidak ketinggalan dalam mencapai 100 peratus dalam urusan ini.
Hari ini 'mini lab' berbincang pula untuk mencari jalan macam mana cara untuk mengurangkan tunggakan pengeluran QT-FT ini.. Memang banyak tunggakan geran-geran sementara yang belum ditukarkan kepada hakmilik kekal. Sebabnya pelbagai macam masalah yang dihadapi oleh pejabat tanah. Setiap pejabat tanah mempunyai masalah tersendiri tetapi pada keseluruhannya isu dan masalah itu boleh dikatakan hampir sama sahaja. Ada yang boleh diselesaikan dengan mudah dan ada yang terlalu sukar untuk dirungkaikan.. Ini ditambah dengan masalah sumber manusia dan keperluan infrastruktur serta peralatan. Ini yang menyebabkan tunggakan berlaku.
![]() |
En Shahir PPTD Kubang Pasu ..
wakil dari kumpulan Kedah sedang
membentangkan hasil perbincangan
dan cadangan-cadangan
|
Insya Allah.. dengan idea dan cadangan bernas yang dikemukakan oleh para peserta akan dapat diimplimentasikan dimana yang sesuai dan dalam kemampuan jabatan.......
Ok jumpa lagi....
Asri Redha
Teratak Kasih...
Tuesday, 1 May 2012
Selamat Pengantin Baru.....& Selamat Menyambut Kelahiran Bayi Baru...
01 Mei 2012
Catatan: Mohd Asri Redha
Malam ni ada masa sikit ... sambil-sambil tengok TV siaran langsung Perlawanan Bola Sepak Piala FA antara Kedah dan Kelantan.. takat waktu ni Kedah sudah mendahului Pasukan Kelantan dengan 2 gol. Berita menggembirkan....
Siang tadi saya tak ada dalam negeri Kedah kerana urusan keluarga... Agak terkilan juga kerana ada satu majlis penting anak buah yang saya tak dapat hadiri... minta maaf sangat-sangat.....
Hari ini adalah hari paling gembira buat Lily Mazeni bt. Abdul seorang staf PTKS kerana jadi Raja Sehari melangsungkan perkahwinannya dengan jejaka idaman hati Shadian b. Cha... ..Tahniah saya ucapkan buat Lily semoga ikatan perkahwinan ini akan membahagiakan Pn Lily kita ni dan terus berkekalan sehingga ke akhir hayat..Amiiiin
Saya juga mengucapkan tahniah pada Norazah, Khairi Lina, dan Nur Ezatulsyima kerana telah dikurniakan orang baru dalam hidup mereka... semoga dengan hadirnya anak baru ini akan lebih menceriakan lagi dan membahagiakan lagi kehidupan mereka.. subur-subur juga anak buah saya ni.... semoga akan meningkatkan lagi semangat mereka untuk berkhidmat pada agama, bangsa, jabatan, negeri dan negara...amiiin
teratak kasih
alor setar...................
Waktu habis tulis blog ini... berita menyedihkan ... Pasukan Bola Sepak Kedah telah ketinggalan pula 2 gol pada separuh masaa ke dua.. Ini bermakna 2-2 menyebabkan Kedah gagal memasuki ke peringkat akhir Piala FA... itulah bola... bulat... walaupun sudah yakin dengan 2 gol permulaan ...tapi akhirrnya kecundang... banyak ikhtibar yang boleh kita pelajari dari perlawanan bola sepak....... putus asa tidak boleh ada dalam sukan ... berjuang hingga ke titisan masa terakahir... saya hormati Kelantan dalam hal ini... Bila kita kaya.. kita jangan leka.. akhirnya kekayaan itu akan memakan diri... dan sesal tidak berkesudahan........ ingat tu...
Catatan: Mohd Asri Redha
![]() |
Tumpang ambil gambar anak-anak
buah yang hadir... majlis tersebut...
Tapi ada yang dok khayal teringat
masa-masa dulu waktu jadi Raja
Sehari kut...... dah lepas dah....
bagi petua kat Lily pula...
|
Siang tadi saya tak ada dalam negeri Kedah kerana urusan keluarga... Agak terkilan juga kerana ada satu majlis penting anak buah yang saya tak dapat hadiri... minta maaf sangat-sangat.....
Hari ini adalah hari paling gembira buat Lily Mazeni bt. Abdul seorang staf PTKS kerana jadi Raja Sehari melangsungkan perkahwinannya dengan jejaka idaman hati Shadian b. Cha... ..Tahniah saya ucapkan buat Lily semoga ikatan perkahwinan ini akan membahagiakan Pn Lily kita ni dan terus berkekalan sehingga ke akhir hayat..Amiiiin
Saya juga mengucapkan tahniah pada Norazah, Khairi Lina, dan Nur Ezatulsyima kerana telah dikurniakan orang baru dalam hidup mereka... semoga dengan hadirnya anak baru ini akan lebih menceriakan lagi dan membahagiakan lagi kehidupan mereka.. subur-subur juga anak buah saya ni.... semoga akan meningkatkan lagi semangat mereka untuk berkhidmat pada agama, bangsa, jabatan, negeri dan negara...amiiin
teratak kasih
alor setar...................
Waktu habis tulis blog ini... berita menyedihkan ... Pasukan Bola Sepak Kedah telah ketinggalan pula 2 gol pada separuh masaa ke dua.. Ini bermakna 2-2 menyebabkan Kedah gagal memasuki ke peringkat akhir Piala FA... itulah bola... bulat... walaupun sudah yakin dengan 2 gol permulaan ...tapi akhirrnya kecundang... banyak ikhtibar yang boleh kita pelajari dari perlawanan bola sepak....... putus asa tidak boleh ada dalam sukan ... berjuang hingga ke titisan masa terakahir... saya hormati Kelantan dalam hal ini... Bila kita kaya.. kita jangan leka.. akhirnya kekayaan itu akan memakan diri... dan sesal tidak berkesudahan........ ingat tu...
Monday, 23 April 2012
Jamuan KLAHKS 2012
18 April 2012
Holiday Villa Hotel
Catatan: Mohd Asri Redha
| Pukul 11.00 mlm hanya ini yang saja yang ada....... |
![]() |
Bergambar sakan nona2 ni ..
menyanyi ..?
|
![]() |
Gambar sendiri menanyi
kena ada..
|
![]() |
| Sebahagian gambar yang sempat dirakamkan........ |
Ok jumpa lagi....
.....
Teratak Kasih.
Alor Setar, Kedah . Monday, 16 April 2012
MENTRANSFORMASIKAN Pentadbiran Tanah ........
17. April 2012
Hotel Bayview...Pulau Pinang
Catatan..Mohd Asri Redha b. Abdul Rahman
Salam Sejahtera.....
Hari ini.. saya nak pergi jauh sikit dari kesibukan kerja yang tidak berkesudahan... makin lama duduk kat pejabat makin banyak pula kerja. Tak boleh jadi ni... Saya nak pi tambah ilmu sikit... ilmu nak buat kerja.. walaupun dok buat kerja tu sudah lama, tp nak kena pergi 'refresh' juga supaya apa yg kita buat hari2.. tidak jauh tersimpang... Banyak sangat perkembangan-perkembangan terbaharu dalam pentadbiran dan pengurusan tanah termasuk juga perundangan-perundangan tanah yang berubah.. Jadi janganlah kita dok berlagak sangat kata kita dah kerja bekerja berpuluh-puluh tahun di pejabat tanah, tapi jika ditengok teliti kerja buatnya tidak banyak berubah.. hanya ikut lazim.. tidak ada pembaharuan langsung. Sebab itu saya sangat menggalakkan anak-anak buah pergi kursus-kursus yang bersesuaian untuk menambahkan ilmu pengetahuan dalam bidang kerja seharian kita disamping yang berkaitan dengan motivasi dan keugamaan. Motivasi dan keugamaan juga amat penting kerana ia membantu kearah memperlengkapkan lagi kecekapan dan integriti dalam pekerjaan harian.
'Seminar Transformasi Pentadbiran Tanah Zon Utara' ini diadakan pada 16 - 17 Mac 2012 di Hotel Bayview, Penang. Penganjur kursus ialah Institut Tanah Dan Ukur Negara (INSTUN). Hendak mentransformasikan pentadbiran tanah bukannya semudah cakap.... Cabarannya begitu besar. Apatah lagi untuk mengubah sikap dan cara bekerja sumber manusia yang ada ditambah dengan sumber kewangan yang terhad. Mentransformasikan pentadbiran tanah banyak melibatkan penggunaan teknologi maklumat terkini.
Banyak tajuk-tajuk yang dibentangkan yang amat 'relevan' dengan tugas di Pejabat Tanah dan PBT seperti berkaitan OSC, Pengambilan Balik Tanah (APT 1960), Pembangunan Tanah, Integriti Dalam Pentadbiran Tanah (SPRM), Isu-Isu Dalam Memproses Permohonan Pembangunan Tanah dan 'Overview KTN 1965 serta Sistem Pentadbiran Tanah di Malaysia. Banyak maklumat telah saya perolehi dari seminar yang diadakan ini. Insya Allah apa yang saya dapat ini akan dibawa maklum dan diimplimentasikaan dimana perlu dalam tugas harian di pejabat. Seminar ini saya memohon untuk hadir .. bukan diarah untuk hadir. Banyak bedanya antara sukarela untuk hadir dengan diarah untuk hadir...Terima kasih kepada INSTUN yang telah menerima saya sebagai peserta.
Sedikit berkenaan maklumat-maklumat yang perlu diketahui oleh warga pejabat tanah..... KTN adalah berasaskan kepada Sistem Torrens dimana segala 'dealing' atas tanah mesti menggunakan borang yang ditetapkan dan didaftarkan/wasilkan di Pejabat Tanah. Kerajaan sedang dalam peringkat akhir untuk merombak KTN supaya lebih praktikal dan sesuai dengan teknologi maklumat serta mengambilkira perubahan-perubahan yang berlaku. Dunia sekarang segalanya mahu cepat. Halangan perundangan dan prosedur yang tidak perlu perlu dikurangkan. KTN sekarang ini berusia lebih 46 tahun yang belum dibuat semakan secara komprehensif. Kemungkinan penggunaan borang-borang akan dikurangkan dari lebih 95 borang kepada kurang 60 borang sahaja dan penggunaan borang-borang bawah aturan-aturan tanah negeri akan cuba diseragamkan. Dalam Undang-Undang Tanah.. 3 undang-undang penting yang menjadi induk pentadbiran tanah ialah Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56), Akta Hak Milik Strata, dan Aturan Tanah Negeri. Banyak lagi pembaharuan-pembaharuan yang akan diperkenalkan nanti.. Kita tunggu dan lihat....
Berkenaan Pengambilan Balik Tanah pula .. perkara penting yang perlu dilihat ialah pematuhan sepenuhnya kepada proses dan prosedur yang ditetapkan dalam Akta ini... Sedikit kesilapan dan kecuaian dalam pelaksanaan Akta ini boleh mengundang padah yang membolehkan pengambilan tanah dibatalkan dan tuntutan ganti rugi yang bukan kepalang banyaknya kepada agensi pemohon dan kerajaan negeri sendiri. Saya melihat banyak berlaku ketidakfahaman berkenaan proses-proses dalam urusan Pengambilan Tanah secara paksa ini. Jadi berhati-hatilah dalam menjalankan tugas berkaitan pelaksanaan Akta Pengambilan Tanah ini supaya patuhi sepenuhnya keperluan akta.. Berdasarkan ceramah yang diberikan oleh penceramah.. banyak kes-kes tuntutan gantirugi telah dibuat kepada kerajaan akibat dari kecuaian-kecuaian yang berlaku dalam pentadbiran tanah. Dalam menentukan pengambilan tanah hendak dibuat S3(1) bawah (a) , (b) atau (c) juga boleh dipertikaikan oleh tuan tanah.... Oleh itu pemahaman sepenuhnya perlu ada dikalangan pegawai dan kakitangan yang terlibat dalam proses pengambilan tanah. Saya selalu bercakap pada anak-anak buah.. nak buat apapun kena fikirkan implikasi-implikasi apa akan berlaku dari perbuatan kita...
Ok... mohon permisi dulu.... nak balik dah ni....kalau lewat sikit nanti .. kesesakan lalu lintas pasti berlaku. Duduk kat Penang ni semakin merimaskan.. kenderaan terlalu banyak....
Makin banyak maklumat yang diperolehi rasanya lepas ni akan makin banyak pula kerja... yalah.... dah dapat ilmu baru.. nak tengok baliklah apa yang dibuat sebelum ini.. Rasa-rasanya tak berapa betul dalam beberapa proses kerja yang dok buat selama ini..........................
Teratak Kasih
Alor Setar
Labels:
aktiviti ptd,
kursus,
pandangan
Monday, 9 April 2012
CELOTEH-CELOTEH KU PADA ANAK-ANAK BUAH PTKS......
Catatan Sembang-sembang Pentadbir Tanah Kota Setar : Mohd Asri Redha b. Abdul Rahman... Dalam..... Perjumpaan Khas Kali ke 2 Dengan Semua Anggota Pejabat Tanah Kota Setar Pada 05/03/2012
Assalamualaikum W.R.T dan selamat sejahtera kepada semua anak-anak buah saya . Semoga kehidupan kita sentiasa diberkati oleh Allah SWT. Marilah kita membaca Ummul Kitab.. sebagai memberkati majlis perjumpaan kita pada petang ini… Al Fatihah…
Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada semua anggota PTKS yang dapat menghadiri Majlis Perjumpaan kali ke 2 yang diadakan pada hari ini. Menjadi kebiasaan saya untuk menjemput semua anggota untuk dapat hadir dan mendengar sendiri beberapa perkara yang kadang-kadang disampaikan melalui ketua bahagian atau ketua unit masing atau orang tengah ianya tidak sampai maksud dan hasrat saya sebagai ketua jabatan… Kadang-kadang tafsiran yang diterima itu adalah berlainan. Itu kalau disampaikan oleh ketua bahagian atau ketua unit. Kalau tidak disampaikan langsung… langsung tidak tidak tahu apa-apa…Kadang-kadang ketua cawangan, ketua bahagian, ketua unit nak bagi tahu kepada anak buah ada masalah.. takut, segan, malu alah dan sebagainya walaupun sudah diberi pangkat yang lebih tinggi... tak macam zaman dulu-dulu.. CC dulu cukup hebat... mana ada kerani boleh lawan CC. apatah lagi yang dibawah kerani..
Sebab itu saya perlu sampaikan sendiri kepada semua kakitangan walapun tentunya tidak dapat hadir 100% kerana ada yang bercuti dan ada yang terpaksa tunggu di kaunter untuk menguruskan dengan orang awam yang berurusan kerana pelanggan itu amat penting dan kebajikan mereka tidak boleh diabaikan untuk mengelakkan PTKS dari di ‘complaint’ yang bukan-bukan..

Perpindahan Pejabat ke bangunan baru Kompleks Pejabat Daerah dan Tanah Kota Setar di Suka Menanti.............................................................................
Kemungkinan besar jabatan kita akan berpindah pada pertengahan bulan April/Mei 2012 bergantung kepada kesiapan kemudahan infrastruktur di kompleks baru. Ini kerana isu utama yang perlu diberi perhatian ialah aktiviti PTKS banyak melibatkan system rangkaian teknologi maklumat untuk boleh beroperasi. Jika ini tidak dapat disiapkan adalah sukar untuk kita berpindah kerana ianya melibatkan perkhidmatan kepada orang ramai. Oleh itu segalanya mesti lengkap dan sempurna betul-betul baru kita boleh berpindah. Walaupun begitu sementara menunggu untuk berpindah, semua ketua bahagian, unit dan anggota PTKS perlu bergerak dari sekarang dari segi membuat persiapan-persiapan terperinci apa-apa yang perlu untuk dibawa berpindah. Tidak perlu menunggu saat-saat akhir baru hendak tengok itu ini. Nanti kita akan kalut dengan kerja harian dengan orang awam lagi dan masa yang sama kalut dengan persiapan pindah. Masa yang terluang yang ada perlu difikirkan urusan-urusan pindah ini. Lawatan-lawatan ke kompleks tersebut perlu dibuat untuk melihat suasana dan kedudukan tempat-tempat kerja supaya perancangan teliti boleh disusun atur. Semua anggota perlu memberi kerjasama .
Puan PPTD Pendaftaran telah diberi tanggungjawab untuk proses perpindahan ini dan juga memastikan segala keperluan-keperluan di bangunan disediakan sewajarnya oleh pihak kontraktor terlibat disamping berurusan terus dengan UPENK, PTMK dan JKR
Anugerah Inovasi dan Kecemerlangan

Saya telah memaklumkan kepada BSM bahawa pada tahun 2013 PTKS mungkin akan masuk apa-apa pertandingan peringkat negeri atau negara jika pejabat SUK memberi kerjasama dari segi keperluan sumber manusia dan kewangan. Tahun ini rasanya persiapan-persiapan tidak dapat dibuat dengan sempurna memandangkan PTKS dalam proses perpindahan pejabat. Banyak nak kena lihat dan diperbaiki lagi.
Oleh itu segala persiapan dan persediaan perlu disusun atur dan dilaksanakan mulai sekarang dimana perlu. Tidak ada masa lagi untuk berseronok dengan suasana amalan terdahulu yang banyak merugikan jabatan, terutama dari segi penggunaan masa dan bebanan tugas yang amat ringan berbanding dengan ganjaran yang diterima.
Segala arahan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh JPA dan Kerajaan Negeri perlu diteliti semula dan disemak semula kerana ada arahan-arahan yang memerlukan ditubuhkan apa-apa jawatankuasa diperingkat jabatan dan ada juga arahan-arahan yang berkehendakkan dilantik secara rasmi seseorang dikalangan kakitangan yang akan bertanggungjawab terhadap apa-apa yang dikehendaki seperti arahan , pekeliling perbendaharaan, pekeliling perkhidmatan, arahan KPTG, arahan PTG, arahan SUK, serta pegawai yang dilantik itu mestilah faham fungsi dan tugas serta melaksanakan terus apa-apa tanggungjawab tanpa perlu arahan berterusan dari pegawai atasan. Semua PPTD perlu bertanggungjawab sepenuhnya kepada anak-anak buah masing-masing agar segala berjalan lancer dan ‘tip-top’. Teguran-teguran audit perlu diteliti balik dan diambil tindakan segera langkah penambahbaikan jika dalam kemampuan jabatan.
Untuk mendapat kejayaan dalam mana-mana pertandingan ianya memerlukan komitmen dan kesungguhan semua kakitangan… 100% kakitangan kena berfungsi sepenuhnya dan boleh bekerjasama sesama anggota dan mempunyai semangat berpasukan. Tidak boleh ada dalam organisasi kita anggota yang malas, penyegan, berkira dalam kerja, kaki tuang kerja, tidak berdisplin, tidak proaktif, kerja tidak bersungguh, asyik mencari salah orang dan pelbagai perkara negative lagi. Orang seperti ini tidak boleh ada dalam PTKS. Orang seperti ini perlu dikeluarkan dari organisasi. Kalau sesiapa anggota yang tidak boleh terima perubahan-perubahan drastic yang dibuat ini… dengan lapang dada dan penuh sukahati elok buat permohonan ditukarkan jabatan ini untuk mengelakkan dari ditukarkan. Sekiranya anggota seperti ini masih ada dalam PTKS ianya akan menganggui kelancaran operasi jabatan dan menjejaskan produktiviti jabatan kerana perbuatan mereka ini seolah-olah menjadi gunting dalam lipatan, atau menanggung biawak hidup…. kita tolongela dia , dia cakar lagi kita. Ianya menjadi bebanan kepada jabatan. Lebih baik pegawai ini tidak ada langsung walaupun ianya tidak diganti. Sekurang-kurangnya kerja itu boleh orang lain buat dan diberi elaun t/kerja.. Saya akan meneliti secara peribadi setiap anggota yang bermasalah ini agar sesuatu tindakan perlu diambil… Semua PPTD dikehendaki membuat laporan terperinci setiap salah laku dan ketidaksungguhan anggota dibawah jagaan dalam menjalan kan tugas harian masing-masing…
Pematuhan kepada peraturan jabatan dan disiplin
Dalam mana-mana jabatan yang saya pergi.. saya tetap utamakan disiplin dikalangan kakitangan termasuk diri saya sendiri. Tidak ada perkara baru yang saya buat untuk ini. Semuanya sebenarnya adalah peraturan-peraturan yang sejak sekian lama telah ditetapkan dan perlu dipatuhi. Antara peraturan ialah menggunakan kad perakam waktu sepenuhnya, kehadiran ke pejabat sepenuhnya mengikut waktu seperti kehadiran pada sebelah petang (2.00 ptg) , penggunaan buku keluar masuk jika ada urusan-urusan luar yang tidak dapat dielakkan., berpakaian rasmi ke pejabat, penggunaan kad tanda nama dan segala macam peraturan yang ditetapkan bagi memastikan operasi jabtan berjalan lancar dan pelanggan berurusan berpuashati. Waktu makan pagi yang melampau-lampau masa diambil perlu dielakkan. Begitu juga pada waktu sebelah petang sepatutnya tidak ada lagi makan petang.. Kalau pagi makan , petang makan, mai opis sebelah petang pun tidak pernah tepat jam 2.00 petag.. berapa lagi masa kerja yang berkualiti ada... Balik makan petang dirumah sahaja bersama keluarga...
Apa yang saya dapati sejak kebelakangan ini agak kurang memuaskan seperti urusan keluar pejabat pada waktu kerja tidak direkodkan dengan sempurna, berpakaian yang tidak sesuai waktu di pejabat.. seperti pakai t shirt sahaja, berselipar dalam pejabat, berbaju batek hari khamis tapi berlengan pendek, tidak memakai tanda nama, cuti ikut suka macam syarikat sendiri tanpa permohonan awal dan rekod sewajarnya, merokok dalam kawasan pejabat dan pelbagai macam perkara lagi yang saya telah lihat dan jumpa sendiri. Anggota yang dibekalkan dengan pakaian seragam maka pakailah sepatutnya.
Saya bercakap berasaskan apa yang saya tengok dan alami sendiri. Sekiranya perkara-perkara tidak berdisiplin ini pun masih berlaku dikalangan anggota.. bagaimana mungkin untuk mencapai kecemerlangan kalau ini masih tidak dapat diatasi…. Fikirkanlah wahai anak-anak buah saya yang terlibat...
Untuk mengatasi masalah –masalah ini agar tidak berulang lagi.. semua pelangaran disiplin akan disusuli dengan surat tunjuk sebab, tidak ada lagi teguran dan nasihat diberikan. Anggota yang terlibat kenalah menjawab secara bersurat dan saya akan membuat penilaian atas jawapan.. kalau saya tidak berpuas hati maka ianya akan dimasukkan sebagai salah satu sebab-sebab tindakan disiplin diambil yang akan dilapurkan ke BSM. PPTD bertanggung jawab sepenuhnya untuk mengeluarkan surat-surat tunjuk sebab itu kepada anak-anak buah dibawah kawalan mereka jika terbukti ada kes pelanggaran tatatertib. Tidak boleh ada rasa kasihan kepada anggota yang penyegan, pemalas, kaki tuang pejabat, datang lambat ke pejabat dan sebagainya. Begitu juga kalau buat penilaian... tidak mungkin orang ini boleh diberi markah cemerlang..
Kebersihan Dan Kekemasan
Setiap kali mesyuarat dengan kakitangan perkara-perkara kebersihan dan kekemasan pejabat akan berterusan saya cakap dan bangkitkan tanpa jemu-jemu. Harap jangan bosan mendengarnya… Semua kakitangan perlu sedikit kesungguhan sahaja untuk menampakkan tempat kerja dan sekitar pejabat kita Nampak bersih dan kemas dan sedap mata memandang…. Lihatlah sendiri ditempat tuan-puan bekerja seharian.. adakah sebersih-bersihnya… Lihatlah dibelakang computer, lihatlah dibawah meja, dilaci meja, dirak fail, dirak bilik fail, bilik geran dan pelbagai tempat .. adakah masih berdebu dan berselerak dengan fail-fail lama yang tidak digunakan , kertas-kertas buruk yang masih tersimpan bertahun, segala benda yang tidak patut ada diadakan disekeliling tuan-puan
Semua anggota kena ada sikap kepedulian terhadap persekitaran tempat kerja kita. Lihatlah jam didinding sudah berhenti atau belum.. lihatlah frame gambar itu herot sekian lama tidak dibetulkan… susunan meja yang tidak selari dan sama, fail-fail koyak rabak tidak dirawat, tempat ambil air sembahyang yang penuh kehitaman dan berlendir, surau yang berdebu, kertas-kertas notis dipapan kenyataan yang telah tamat tempoh yang dipelekat bertindih tindan , nota-nota pemakluman yang dipelekat didinding yang telah ketinggalan maklumat dan koyak rabak masih terpampang disitu, peti ais yang tidak dicuci luar dan dalam, tempat makan yang kurang terurus dan tidak bersih mengundang tikus datang ziarah dan segala macam perkara yang mungkin kita rasa tidak kisah.. tapi saya kisah….
Semuanya ini hanya memerlukan sedikit rasa peduli untuk membetulkan keadaan persekitaran, ditambah dengan kerajinan kita, inisiatif kita, proaktif kita dan kreativiti kita.. Tidak perlupun berbelanja besar untuk melakukan semua itu dan tidak ganggu masa kerja kitapun.. berbanding kita banyak menghabiskan masa dengan berborak kosong, keluar makan pagi dan petang begitu lama masa diambil dan datang lewat dari pukul 2.00 petang…
Kekemasan peralatan kerja perlu dipraktikkan. Jangan sampai fail koyak rabakpun dipakai lagi.. Patutnya dirawat elok tanpa tunggu arahan lanjut. Penyusunan fail yang kemaskini dan rapi perlu dipraktikkan sepenuh
Program Anak Angkat Geran Tunggakan Cukai Tanah
Pada awal tahun ini saya telah memberikan 10 geran bertunggakan cukai tanah kepada semua anggota PTKS. Tujuannya adalah untuk memastikan setiap geran-geran yang diberi itu diberi perhatian secara langsung oleh anggota berkenaan tidak mengira unit atau bahagian. Ini sebagai kerja tambahan kepada setiap anggota semua peringkat bagi memastikan duduk perkara sebenar geran dan kenapa cukai tanah tidak dapat dibayar dan cuba usaha untuk mendapat alamat terkini pemilik tanah tersebut. Bersama-sama geran2 tersebut saya lampirkan nota memo saya untuk memudahkan semua anggota mengambil tindakan secara langsung dan jika tidak faham boleh berbincang dengan saya.
Namun pada akhirnya saya dapat khabar berita macam-macam masalah yang dibangkitkan. Pada saya semua hal dan masalah yang dibangkitkan adalah masalah sikap yang menuju kearah tidak boleh. Arahan tugas yang diberi itu ada yang menerima dengan tidak senang hati.. Bagi saya perkara ini kecil sangat.. hanya 10 geran sahaja untuk diberi tumpuan. Buatlah macam manapun asalkan pemilik tanah itu dapat dikesan dimana tinggalnya untuk memudahkan dihubungi dan dipanggil siasatan bagi proses tindakan undang-undang selanjutnya. Saya harap perkara ini diberi kerjasama sewajarnya. Saya akan memanggil secara rambang mana-mana staf Pejabat Tanah Kota Setar untuk bertanya khabar tindakan-tindakan yang telah diambil… tuan-puan bersedialah dengan maklumat-maklumat yang diperolehi dan tindakan yang diambil apabila dipanggil nanti..
Saya menjadikan ini sebagai INOVASI pejabat kita.. kerana untuk masuk pertandingan inovasi dan kecemerlangan.. PTKS perlu mengemukakan sebanyak mungkin inovasi baru yang dilaksanakan yang boleh menyelesaikan masalah-masalah jabatan kita. Program Anak Angkat ini adalah salah satu inovasi kita yang akan diketengahkan. Walaupun begitu saya perlu melihat data-data keberkesanan dari program ini.. seperti bilangan yang dapat dikesan dan jumlah tunggakan yang telah dibayar melalui program ini. PPTD Hasil perlu memantau lebih aktif cara merekod semua fail-fail yang diserah kepada anggota secara berterusan dan berkala tanpa arahan lanjut ketua jabatan. Kalau tidak ada perubahan dari segi kutipan tunggakan cukai dan pengumpulan maklumat alamat pemilik, ianya bukan dinamakan inovasi..
Semua PPTD perlu mengatur program percambahan fikiran bersama dengan anak-anak buah masing.. dan melaporkan balik kepada akan apa-apa perkembangan yang boleh diperbaiki...
Tuan PPTD Hasil diberi tanggungjawab untuk menyediakan sistem pengesanan yang sewajarnya berhubung program Anak Angkat Tunggakan Hasil ini dan melapurkan kepada saya berterusan.... Laporan kutipan cukai tertunggak perlu dilaporkan oleh PPTD untuk dibuat perbandingan setiap bulan dan perbandingan dengan Pejabat Tanah lain,

Program Dan Aktiviti Sosial PTKS Dan Khidmat Luar Pejabat
Selama ini anggota PTKS hanya beri tumpuan kepada kerja hakiki sahaja di pejabat. Saya bercadang selepas ini kita akan terlibat dan ambil bahagian apa-apa aktiviti luar yang dianjurkan oleh pelbagai agensi dan ngo atau jabatan-jabatan lain. Antaranya aktiviti rekreasi, sukan, social dan sebagainya. Oleh kerana saya amat berminat dengan program-program kebersihan, kita akan cuba ‘joint’ program-program gotong royong kebersihan yang diaturkan oleh mana-mana agensi dan badan kerajaan dan bukan kerajaan dimana yang sesuai dengan masa kita.
Pada masa yang sama kita sendiri akan atur program sendiri berkaitan kebersihan dimana-mana sudut tempat yang bersesuaian sebagai satu program riadah dan tanggungjawab social. Antara tempat yang boleh diberi tumpuan ialah ditebing-sungai belakang Wisma Negeri, jalan-jalan utama dalam Bandar yang didapati banyak sampah buangan manusia dan tempat rekreasi di Gunung Keriang , Taman Jubli Perak dan lain-lain tempat yang sesuai. Mungkin apa yang kita buat ini akan menjadi contoh kepada agensi lain untuk mencontohinya. Saya tidak ada masalah untuk mengikuti program ini dan terlibat sama secara langsung asalkan semuanya berminat.
Jabatan juga akan mengaturkan program rekreasi dan sukan untuk semua kakitangan mengambil bahagian… seperti program berjalan mendaki ke Gunung Jerai sejauh 12 KM, pertandingan bowling, dan lain-lain program yang sesuai dengan kemampuan kakitangan dan kemampuan kewangan. Ssemua ini dirancang adalah untuk menggallakan hubungan mesra yang lebih baik sesame kakitangan dan tidak sangat menimbulkan ketegangan waktu bekerja . Kita bekerja perlu ada rasa seronok
Kursus Dan Latihan
Sebenarnya kita amat kekurangan ilmu dalam tugas kita, walaupun kita sudah bekerja dalam bidang kita sekarang ini sejak sekian lama. Banyak lagi yang kita tidak tahu.. Kebanyakan kita buat kerja ikut lazim yang orang-orang dulu buat… kita sambung ikut saja kerja tersebut.. kadang tidak tahupun kuasa dan apa yang kita buat itu dari sumber mana… Sebab itu banyak masalah berlaku sekarang ini terutama dari segi tidak mengikut undang-undang dan peraturan yang sebenarnya.. Oleh sebab itu saya amat menitikberatkan kepada kursus dan latihan kepada kakitangan.. kalau nak harap kesukarelaan staf pergi kursus rasanya sikit sangat… jadi nak kena buat paksaan untuk hadir. Kehadiran kursus adalah wajib. Saya menetapkan sekurang-kurangnya 80 % - 90% kena menghadiri kursus atau apa-apa latihan, seminar, bengkel dan seumpamanya dihadiri boleh diambil kira.. Kerajaan menetapkan setiap anggota perkhidmatan awam menghadiri kursus dan seumpamanya sekurang-kurangnya 7 hari dalam setahun…
Jadi segeralah mencari apa-apa kursus dan latihan yang ada yang dianjurkan oleh kerajaan dan sebagainya . Selagi ada institusi yang mengenakan kos minima elok kita beri perhatian dulu, berbanding dengan yang terpaksa bayar yuran yang tinggi… INSTUN dan INTAN ada menganjurkan secara nominal kos sahaja. Elok dibuat permohonan ke institusi tersebut.. Jabatan juga akan mengaturkan kursus dan latihan dalam tersendiri seperti yang telah kita buat tempohari iaitu Ceramah Motivasi : Kerja Sebagai Satu Ibadat. Kita juga akan mengaturkan kursus berkaitan kesihatan diri, kursus atau latihan berkenaan IT, dan pelbagai lagi yang boleh dihadiri oleh ramai anggota dengan kos yang minima.. semua ini akan diambil kira dan direkodkan dalam buku rekod perkhidmatan. Urusetia perlu memberi perhatian mengenai rekod-rekod kehadiran kakitangan. Kakitangan yang dipilih wajib menghadiri setiap kursus dan latihan yang diatur . Surat tunjuk sebab akan dikeluarkan jika gagal menghadiri program yang diaturkan ini. Alasan tidak ada masa, tidak ada orang menjaga anak, tiada kenderaan, tidak ada orang nak hantar anak ke sekolah, tidak ada orang nak hantar suami/isteri pergi kerja, malas nak ikut, dan lain-lain alasan remeh-temeh tidak boleh diterima lagi……
Saya tidak pasti samada telah dikeluarkan perakuan kehadiran ceramah motivasi yang diadakan sebelum ini dan lain ceramah yang telah saya perakui boleh direkod dalam buku servis... ataupun perlu tunggu arahan lanjut utk dibuat..

Pengisytiharaan Pemilikan Harta Anggota PTKS
Dari semakan yang saya buat adalah ddidapati masih ramai lagi anggota yang belum mengistiharkan pemilikan harta terkini. Mungkin kali pertama 100% sudah buat tapi selepas daripada itu kita perlu mengistiharkan apa-apa pemilikan harta yang diperolehi dan juga setiap 5 tahun sekali. Sebenarnya kalau ikut syarat kenaikan pangkat dan pengesahan apa-apa gred kenaikan pangkat perlu mengistiharkan harta terkini… Berkuatkuasa serta merta semua anggota yang ketinggalan mengistiharkan harta sebelum ini sama ada pemilikan harta baru atau cukup 5 tahun maka perlu diambil tindakan segera melapurkan kepada ketua jabatan. Saya akan menyemak tindakan yang telah diambil dan pada masa yang sama jabatan perlu melaporkan status setiap anggota yang melaporkan harta dan yang gagal melaporkan harta….
Program 5S
Program ini telah terbukti dari segi kejayaan menaikkan imej jabatan dan memudahkan segala urusan harian. Jabatan pasti kelihatan kemas dan menarik sangat kalau ada Amalan 5S ini.
Jadi tunggu apa lagi. Arahan saya sejak awal dan saya dapati kemajuannya agak terlalu lembab. Ini tidak boleh dibiarkan, seolah-olah ada yang tidak suka dilaksanakan Program 5S ini
Saya sendiri telah scan maklumat-maklumat berkenaan Program 5S dan juga gambar-gambar contoh program yang dibuat dari beberapa jabatan yang telahpun ada Persijilan 5S untuk dijadikan panduan. Ada dalam computer semua PPTD . Kalau hendak salin dari sayapun ada….Kita juga telah pergi melawat PejabatTanah Kulim dan JUPEM untuk belajar dari mereka. Kita tiru benda baik tak apa..
Percayalah nanti kalau kita boleh laksanakan 5S ini di jabatan kita.. kita akan rasa selesa dan suka duduk bekerja di opis ..duduk lama manapun tidak menjadi hal.. tidaklah jadi ofis kita ni macam neraka.. datang saja ke pejabat, dia jadi masalah….. Sebab itu ada anggota tidak suka duduk kat opis.. cari alasanlah tu untuk tuang opis….
Tuan PPTD Pembangunan diberi tanggungjawab khusus untuk memastikan Program 5S ini akan menjadi kenyataan dalam tempoh terdekat ini.
Tuan PPTD Pembangunan diberi tanggungjawab khusus untuk memastikan Program 5S ini akan menjadi kenyataan dalam tempoh terdekat ini.
Kesegeraan Bertindak Terhadap Arahan
Saya kurang berpuashati berkenaan kesegeraan bertindak terhadap arahan-arahan dan minit-minit yang saya tujukan kepada pegawai dan kakitangan…. Ada banyak kes-kes yang saya rekodkan minta bincang, minta dimaklumkan balik tindakan yang telah diambil, minta maklumkan status tindakan yang telah dibuat hasil minit arahan saya dan pelbagai arahan-arahan yang semuanya ada saya simpan minit-minit arahan itu… Saya beranggapan kalau tidak datang kembali kepada saya bermakna isu dan kes itu telah selesai, surat telah dijawab, laporan telah hantar, maklumbalas telah dibuat dan seumpamanya...Malangnya saya dapati banyak yang tidak selesai dan akhirnya ianya muncul kembali .. sedangkan isu-isu tersebut tidak dimaklumkan balik kepada saya… Sekurang-kurangnya ada jalan keluar atas satu-satu masalah yang dibangkitkan. Kalau tidak cerita macammana saya hendak tahu… tidak perlu kita hanya sapu masuk bawah karpet kerana pada akhirnya ianya akan muncul juga.. tidak dapat disorokkan lagi. Kalau ada masalah cerita dan lapor pada saya .. saya akan cuba bantu.. mungkin dengan perbincangan dengan lain-lain anak buah mungkin memberi jalan penyelesaiannya. malahan banyak sudah saya buat tindakan susulan seperti deraf surat sendiri, taip sendiri , sisih sendiri bagi kes-kes yang agak teknikal.... tapi jangan lah selalu.. teruklah saya..
PPTD dan pegawai kanan kena memainkan peranan penting dalam menyediakan sendiri draf surat-menyurat yang agak teknikal serta dalam penyediaan minit-minit mesyuarat jawatan-kuasa tertentu dalam jabatan. Tidak hanya menyerah bulat-bulat pada anak-anak buah...
Ada kes-kes keutamaan yang perlu diberi perhatian berterusan oleh jabatan disebabkan kepentingan kepada kerajaan negeri, jabatan-jabatan tertentu dan kepentingan kepada ketua jabatan kita yang perlu disegerakan. Kadang-kadang masa yang singkat boleh diambil tapi mengambil masa sampai berbulan-bulan… Ini satu hal yang tidak boleh dibuat main dan dibuat endah tidak endah. Semua PPTD dan pegawai-pegawai kanan perlu membuat pemantauan berterusan terhadap arahan-arahan yang telah saya keluarkan hingga selesai setiap kes dan masalah.
Keselamatan Pejabat dan Keselamatan Fail-Fail Pejabat
Pihak Pejabat Keselamatan Negara telah membuat auditan di PTKS pada tahun lepas dan mereka telah menyediakan laporan audit keselamatan pejabat dimana banyak yang ditegor tidak menepati dan mengikuti kehendak-kehendak seperti mana sepatutnya. Mereka telah memberi panduan nasihat-nasihat untuk diikuti. Bagi saya kita patut patuhi arahan-arahan keselamatan jabatan dimana yang kita termampu buat setakat ini maka hendaklah disegerakan urusan tersebut.. Yang diluar kawalan kita seperti melibatkan peruntukan maka kita perlu mengambil tindakan berasingan. Mereka akan membuat lawatan balas dalam tempoh terdekat ini selepas Karnival Lelong kita nanti. Jadi bersiap sedialah menanti mereka dengan jawapan-jawapan dan tindakan-tindakan yang saya rasa patut sudah diselesaikan lebih awal.. Sila rujuk Tuan EO untuk mendapatkan senarai tegoran audit keselamatan tersebut dan saya juga telah edarkan pada beberapa ketua unit dan PPTD untuk tindakan segera.
Begitu juga penggunaan peralatan elektrik dan komputer kerana perlu ditutup dan juga sambungan wayar elektrik yang brselerak perlu diteliti berterusan secara berjadual kerana sedikit kesilapan akan menyebabkannya berlaku litar pintas dan kebakaran.
Carta Organisasi PTKS
Setiap unit dan bahagaian yang terlibat perlu ada carta organisasi masing-masing beserta gambar kakitangan. Kerja-kerja sebegini perlu dimulakan dari sekarang. Carta Organisasi Indok PTKS juga perlu mula disediakan dengan kos minima dahulu. Disamping itu panduan-panduan berurusan dengan PTKS seperti penyediaan pamplet2, Pernyataan Piagam Pelanggan dan lain yang boleh ditampal dipapan panduan orang awam boleh disediakan sekarang.
Tuan Penolong Pegawai Tadbir/EO diberi tanggungjawab untuk menguruskan dan menyelaraskan pelaksanaan tersebut.
Pembaziran Sumber

Isu pembaziran pelbagai sumber dalam jabatan jarang diambil berat oleh kebanyakan kakitangan kerana selama ini apa yang dikehendaki ... ada. Tak ada masalah.. Tapi tidak kepada saya. Saya melihat banyak berlaku pembaziran kepada sumber-sumber jabatan.. hinggakan laporan kajian guna tenaga dalam komplek bangunan Sultan Abdul Halimpun saya ambil berat dan tindakan sekadar dibawah tanggungjawab saya setakat 2 tingkat yang ada. Namun nampaknya tidak berapa nak berjalan kerana sikap kita yang tidak ambil peduli....
Ada tempat cerah.. terang benderang masih dipasang lampu, penggunaan air con yang terlalu sejuk, sedangkan sudah nyaman udaranya, membiarkan lampu terpasang berpanjangan tidak pernah ditutup. Agaknya segan kut... Penggunaan kertas yang begitu mewah.. photocopy sebelah muka sahaja.. patutnya dua belah muka..., penggunaan kertas elok untuk draf surat sedangkan berlambak kertas terpakai yang tersilap cetak yang sebelahnya kosong lagi boleh diguna untuk cetak draf dan sebagainya...Semua kakitangan yang terlibat dikehendaki memberi perhatian akan perkara-perkara yang membawa pembaziran.. Surat-surat draf untuk saya , tidak perlu guna kertas elok-elok. Yang terpakai pun sudah mencukupi..
Penggunaan mesin fotostat berleluasa tanpa kawalan dan batasan apatah lagi yang dicetak warna.. Arahan Keselamatan Pejabat memberi panduan berguna berkenaan penggunaan mesin fotostat. Apatah lagi dengan saya tambahkan lagi satu mesin fotostat di unit teknikal. Adalah diharapkan setiap kakitangan ambil tanggungjawab untuk guna mesin2 tersebut dengan sewajarnya dan penuh bertanggungjawab. Sekiranya tidak terkawal saya terpaksa menarik balik jadi seperti asal. harap beri perhatian terhadap perkara ini. Penggunaan mesin fotostat mesti dikawal oleh pegawai yang dilantik.
Program Karnival Lelong Hartanah Kota Setar (KLAHKS 2012)
KLAHKS 2012 adalah merupakan program terbesar pada tahun 2012 yang kita anjurkan sendiri tanpa melibatkan peruntukan kewangan dari kerajaan.Program tersebut akan diadakan pada 28 Mac 2012 di UKIR MALL. Adalah diharapkan semua yang terlibat dapat memberi keutamaan kepada program ini. Segala yang disusun dan dirancang hendaklah mengambil kira segala aspek dan kalau tidak boleh ada apa-apa kecacatan dalam pelaksanaan program ini. Insya Allah kalau berjaya.. program KLAHKS 2012 ini akan memberi manfaat kewangan kepada Badan Kebajikan Dan Sukan PTKS disamping memberi pengalaman berguna kepada anggota kita dalam usaha melaksanakan lebih banyak lagi program-program seumpama ini dengan lebih hebat lagi.
Program Sembahyang Sunat Dzuha Dan Sembahyang Waktu Berjemaah.
Seperti mana saya katakan sebelum ini, kita perlu jadikan KERJA kita sebagai IBADAT. Niat kerana Allah Taala sahaja sudah membolehkan kita menikmati pahala dalam pekerjaan kita. Apatah lagi dalam tempoh masa pekerjaan kita itu kita adakan pula Program Sembahyang Sunat Dzuha berjemaah dan Sembahyang Waktu Berjemaah seperti waktu Dzuhur.. Kalau boleh dilaksanakan dan diatur… saya lagilah amat bersetuju. Sambil-sambil kerja lebih banyak pahala kita dapat. Ini akan kita bincang dalam mesyuarat Badan Sukan Dan Rekreasi untuk mengatur program itu sama ada seminggu sekali atau pada waktu-waktu yang bersesuaian.
Kita juga telah mengaturkan pengajian agama .. dan dari pemerhatian saya kehadiran agak mendukacitakan… Diharap mana-mana anggota yang boleh, ikutlah serta… Takkan lah nak bubuh nama untuk hadir baru nak hadir program seperti ini. Pandai-pandai menyesuaikan dengan pekerjaan harian kita kerana pada masa yang sama kita tidak boleh mengabaikan keperluan pelanggan kita yang setia berurusan.
Banyak program keagamaan yang akan kita atur selepas ini dan semua anggota perlulah memberi kerjasama untuk mengambil bahagian dalam aktiviti yang diaturkan. Kemungkinan selepas ini kita akan syaratkan setiap anggota yang kerap gagal hadiri program murni ini akan dikehendaki memberi tazkirah pada tiap kali perjumpaan staf diadakan.
Pelan Strategik Pejabat Tanah Kota Setar ? Fail Meja
Sehingga saya belum lagi tengok dokumen Pelan Strategik Pejabat Tanah Kota Setar.. Pelan ini perlu disediakan sebagai panduan kepada kakitangan untuk memandu aktiviti operasi jabatan mencapai objektif dan matlamat jabatan. Begitu juga dengan penyediaan Fail Meja serta Manual Prosedur Kerja. Ianya perlu ada pada setiap kakitangan.
Tuan PPTD Pembangunan akan menyelaraskan penyediaan Pelan Strategik Pejabat Tanah Kota Setar ini manakala
Tuan PPTD Penguatkuasaan akan melihat dan menguruskan penyediaan Fail Meja dan Manual Prosedur Kerja setiap kakitangan bersama semua kakitangan. Fail Meja yang sedia ada perlu diteliti semua dan dibuat penambahbaikan sesuai dengan perkembangan semasa. Dimana perlu dikurang bilangan prosedur adalah dialu-alukan asalkan tidak bercanggah dengan undang-undang dan peraturan kerajaan .
Penutup
Saya rasa cukuplah dulu celoteh saya kali ini...saya mohon maaf jika apa yang saya cakap pada petang ini banyak menyinggong perasaan dan menganggui kebiasaan rutin aktiviti harian saudara saudari yang perlu dibuat perubahan semula... Namun saya rasa sebahagian besar anak buah saya ini tidak ada apa-apa masalah untuk berubah sikit dari kebiasaan. Semuanya adalah kearah kebaikan .. Saya akan meneliti kembali tindakbalas anggota atas arahan-arahan dan nasihat-nasihat yang diberikan ini selepas ini agar ianya berjalan lancar dan mencapai hasrat yang kita kehendaki.. saya amat mengharapkan kerjasama semua anggota agar segera bertindak tanpa menunggu-nunggu arahan berterusan dari ketua jabatan... gunakan kreativiti dan inovasi masing-masing untuk kepentingan jabatan kita. Kita semua dibayar gaji yang mencukupi untuk melaksanakan segala arahan-arahan kerajaan dan tugas seharian kita. Laksanakanlah dengan sebaik mungkin..dapatkan keberkatan Allah SWT dalam pekerjaan harian kita itu.....
amiiiiin.....
Sekian, terima kasih.... Wassalam..
Catatan dan taip:
Mohd Asri Redha b. Abdul Rahman
Pentadbir Tanah Daerah Kota Setar
07 Mac 2012
(ingatan: saya sengaja tulis catatan dan taip sendiri kerana bukannya ada masalah sangat untuk buat sendiri ini semua walaupun saya sebagai ketua jabatan. tentunya tak ada masalah untuk pegawai-pegawai bawahan lain buat sendiri apa-apa yang sepatutnya dibuat sendiri tanpa menyerahkan kepada anak buahnya... dan kena cepat.. tidak perlu tunggu mesyuarat akan datang baru kelam kabut cari itu ini.......susunan ayat tidaklah ikut tata bahasa yang betul sangat.. sengaja begitu seolah macam bercakap dan guna bahasa kedah lagi.. supaya maksud tercapai..Catatan ini sudah lama siap..sengaja tak paparkan dok tunggu sapa2 'volunteer' datang bawa draf ... sampai ..ke .akhirnya tak ada juga...Petua saya nak baik dengan ketua2 jabatan kena buat macam tu.. bukan bodek tak ketahuan..kerja tak buat juga.. banyak lagi kerja yang boleh dibuat yang boleh menyenangkan ketua jabatan...yang penting rajin dan ringan tulang serta tidak berkira..... Terlalu banyak kebaikan yang telah saya perhatikan jika baik dengan ketua kita.....itu bukan bodekk namanya..)
Pelan Strategik Pejabat Tanah Kota Setar ? Fail Meja
Sehingga saya belum lagi tengok dokumen Pelan Strategik Pejabat Tanah Kota Setar.. Pelan ini perlu disediakan sebagai panduan kepada kakitangan untuk memandu aktiviti operasi jabatan mencapai objektif dan matlamat jabatan. Begitu juga dengan penyediaan Fail Meja serta Manual Prosedur Kerja. Ianya perlu ada pada setiap kakitangan.
Tuan PPTD Pembangunan akan menyelaraskan penyediaan Pelan Strategik Pejabat Tanah Kota Setar ini manakala
Tuan PPTD Penguatkuasaan akan melihat dan menguruskan penyediaan Fail Meja dan Manual Prosedur Kerja setiap kakitangan bersama semua kakitangan. Fail Meja yang sedia ada perlu diteliti semua dan dibuat penambahbaikan sesuai dengan perkembangan semasa. Dimana perlu dikurang bilangan prosedur adalah dialu-alukan asalkan tidak bercanggah dengan undang-undang dan peraturan kerajaan .
Penutup
Saya rasa cukuplah dulu celoteh saya kali ini...saya mohon maaf jika apa yang saya cakap pada petang ini banyak menyinggong perasaan dan menganggui kebiasaan rutin aktiviti harian saudara saudari yang perlu dibuat perubahan semula... Namun saya rasa sebahagian besar anak buah saya ini tidak ada apa-apa masalah untuk berubah sikit dari kebiasaan. Semuanya adalah kearah kebaikan .. Saya akan meneliti kembali tindakbalas anggota atas arahan-arahan dan nasihat-nasihat yang diberikan ini selepas ini agar ianya berjalan lancar dan mencapai hasrat yang kita kehendaki.. saya amat mengharapkan kerjasama semua anggota agar segera bertindak tanpa menunggu-nunggu arahan berterusan dari ketua jabatan... gunakan kreativiti dan inovasi masing-masing untuk kepentingan jabatan kita. Kita semua dibayar gaji yang mencukupi untuk melaksanakan segala arahan-arahan kerajaan dan tugas seharian kita. Laksanakanlah dengan sebaik mungkin..dapatkan keberkatan Allah SWT dalam pekerjaan harian kita itu.....
amiiiiin.....
Sekian, terima kasih.... Wassalam..
Catatan dan taip:
Mohd Asri Redha b. Abdul Rahman
Pentadbir Tanah Daerah Kota Setar
07 Mac 2012
Labels:
catatan mesyuarat
Subscribe to:
Posts (Atom)