Dengar Dulu Lagu Pamgit ini... bagi feeling sikit... he heee

Monday, 9 April 2012

CELOTEH-CELOTEH KU PADA ANAK-ANAK BUAH PTKS......

Catatan Sembang-sembang Pentadbir Tanah Kota Setar : Mohd Asri Redha b. Abdul Rahman... Dalam.....  Perjumpaan Khas Kali ke 2 Dengan Semua Anggota Pejabat  Tanah Kota Setar Pada 05/03/2012

Assalamualaikum W.R.T dan selamat sejahtera kepada semua anak-anak buah saya . Semoga kehidupan kita sentiasa diberkati oleh Allah SWT. Marilah kita membaca Ummul Kitab.. sebagai memberkati majlis perjumpaan kita pada petang ini… Al Fatihah…
Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada semua anggota PTKS yang dapat menghadiri Majlis Perjumpaan kali ke 2 yang diadakan pada hari ini. Menjadi kebiasaan saya untuk menjemput semua anggota untuk dapat hadir dan mendengar sendiri beberapa perkara yang kadang-kadang disampaikan melalui ketua bahagian atau ketua unit masing atau orang tengah ianya tidak sampai maksud dan hasrat saya sebagai ketua jabatan… Kadang-kadang tafsiran yang diterima itu adalah berlainan. Itu kalau disampaikan oleh ketua bahagian atau ketua unit. Kalau tidak disampaikan langsung… langsung tidak tidak tahu apa-apa…Kadang-kadang ketua cawangan, ketua bahagian, ketua unit nak bagi tahu kepada anak buah ada masalah.. takut, segan,  malu alah dan sebagainya walaupun sudah diberi pangkat yang lebih tinggi... tak macam zaman dulu-dulu.. CC dulu cukup hebat... mana ada kerani boleh lawan CC. apatah lagi yang dibawah kerani..

Sebab itu saya perlu sampaikan sendiri kepada semua kakitangan walapun tentunya tidak dapat hadir 100% kerana ada yang bercuti dan ada yang terpaksa tunggu di kaunter untuk menguruskan  dengan orang awam yang berurusan kerana pelanggan itu amat penting  dan kebajikan mereka tidak boleh diabaikan untuk mengelakkan PTKS dari di ‘complaint’ yang bukan-bukan..
Perpindahan Pejabat ke bangunan baru Kompleks Pejabat Daerah dan Tanah Kota Setar di Suka Menanti.............................................................................
Kemungkinan besar jabatan kita akan berpindah pada pertengahan bulan April/Mei  2012 bergantung kepada kesiapan kemudahan infrastruktur di kompleks baru. Ini kerana isu utama yang perlu diberi perhatian ialah aktiviti PTKS banyak melibatkan system rangkaian teknologi maklumat untuk boleh beroperasi. Jika ini tidak dapat disiapkan adalah sukar untuk kita berpindah kerana ianya melibatkan perkhidmatan kepada orang ramai. Oleh itu segalanya  mesti lengkap dan sempurna betul-betul baru kita boleh berpindah.  Walaupun begitu sementara menunggu untuk berpindah, semua ketua bahagian, unit dan anggota PTKS perlu bergerak dari sekarang dari segi membuat persiapan-persiapan terperinci apa-apa yang perlu untuk dibawa berpindah.  Tidak perlu menunggu saat-saat  akhir  baru hendak tengok itu ini. Nanti kita akan kalut dengan kerja harian dengan orang awam lagi dan masa yang sama kalut dengan persiapan pindah. Masa yang terluang yang ada perlu difikirkan urusan-urusan pindah ini. Lawatan-lawatan ke kompleks tersebut perlu dibuat untuk melihat suasana dan kedudukan tempat-tempat kerja supaya perancangan teliti boleh disusun atur. Semua anggota perlu memberi kerjasama .

Puan PPTD Pendaftaran telah diberi tanggungjawab untuk proses perpindahan ini dan juga memastikan segala keperluan-keperluan di bangunan disediakan sewajarnya oleh pihak kontraktor terlibat disamping berurusan terus dengan UPENK, PTMK dan JKR

Anugerah Inovasi dan Kecemerlangan
Saya telah memaklumkan kepada BSM bahawa pada tahun 2013 PTKS mungkin akan masuk apa-apa pertandingan peringkat negeri atau negara jika pejabat SUK memberi kerjasama dari segi keperluan sumber manusia dan kewangan.  Tahun ini rasanya persiapan-persiapan tidak dapat dibuat dengan sempurna memandangkan PTKS dalam proses perpindahan pejabat. Banyak nak kena lihat dan diperbaiki lagi.
Oleh itu segala persiapan dan persediaan perlu disusun atur dan dilaksanakan mulai sekarang dimana perlu. Tidak ada masa lagi untuk berseronok dengan suasana amalan terdahulu yang banyak merugikan jabatan, terutama dari segi penggunaan masa dan bebanan tugas yang amat ringan berbanding dengan ganjaran yang diterima.
Segala arahan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh JPA dan Kerajaan Negeri perlu diteliti semula dan disemak semula kerana ada arahan-arahan yang memerlukan ditubuhkan apa-apa jawatankuasa diperingkat jabatan dan ada juga arahan-arahan yang berkehendakkan dilantik secara rasmi  seseorang dikalangan kakitangan yang akan bertanggungjawab terhadap apa-apa yang dikehendaki seperti arahan , pekeliling perbendaharaan, pekeliling perkhidmatan, arahan KPTG, arahan PTG, arahan SUK, serta pegawai yang dilantik itu mestilah faham fungsi dan tugas serta melaksanakan terus apa-apa tanggungjawab tanpa perlu arahan berterusan dari pegawai atasan. Semua PPTD perlu bertanggungjawab sepenuhnya kepada anak-anak buah masing-masing agar segala berjalan lancer dan ‘tip-top’. Teguran-teguran audit perlu diteliti balik dan diambil tindakan segera langkah penambahbaikan jika dalam kemampuan jabatan.
Untuk mendapat kejayaan dalam mana-mana pertandingan ianya memerlukan komitmen dan kesungguhan semua kakitangan…  100% kakitangan kena berfungsi sepenuhnya dan boleh bekerjasama  sesama anggota dan mempunyai semangat berpasukan.  Tidak boleh ada dalam organisasi kita anggota yang malas, penyegan, berkira dalam kerja, kaki tuang kerja,  tidak berdisplin, tidak proaktif, kerja tidak bersungguh, asyik mencari salah orang dan pelbagai perkara negative lagi. Orang seperti ini tidak boleh ada dalam PTKS. Orang seperti ini perlu dikeluarkan dari organisasi. Kalau sesiapa anggota yang tidak boleh terima perubahan-perubahan drastic yang dibuat ini… dengan lapang dada dan penuh sukahati elok buat permohonan ditukarkan jabatan  ini untuk mengelakkan dari ditukarkan.  Sekiranya anggota seperti ini masih ada dalam PTKS ianya akan menganggui kelancaran operasi jabatan dan menjejaskan produktiviti jabatan kerana perbuatan mereka ini seolah-olah menjadi gunting dalam lipatan,  atau menanggung biawak hidup…. kita tolongela dia , dia cakar lagi kita. Ianya menjadi bebanan kepada jabatan. Lebih baik pegawai ini tidak ada langsung walaupun ianya tidak diganti. Sekurang-kurangnya kerja itu boleh orang lain buat dan diberi elaun t/kerja..  Saya akan meneliti secara peribadi setiap anggota yang bermasalah ini agar sesuatu tindakan perlu diambil… Semua PPTD dikehendaki membuat laporan terperinci setiap salah laku dan ketidaksungguhan anggota  dibawah jagaan dalam menjalan kan tugas harian masing-masing… 
Pematuhan kepada peraturan jabatan dan disiplin
Dalam mana-mana jabatan yang saya pergi.. saya tetap utamakan disiplin dikalangan kakitangan termasuk diri saya sendiri. Tidak ada perkara baru yang saya buat untuk ini. Semuanya sebenarnya adalah peraturan-peraturan yang sejak sekian lama telah ditetapkan dan perlu dipatuhi. Antara peraturan ialah menggunakan kad perakam waktu sepenuhnya, kehadiran ke pejabat sepenuhnya mengikut waktu seperti kehadiran pada sebelah petang (2.00 ptg) , penggunaan buku keluar masuk jika ada urusan-urusan luar yang tidak dapat dielakkan., berpakaian rasmi ke pejabat,  penggunaan kad tanda nama dan segala macam peraturan yang ditetapkan bagi memastikan operasi  jabtan berjalan lancar dan  pelanggan berurusan berpuashati. Waktu makan pagi yang melampau-lampau masa diambil perlu dielakkan. Begitu juga pada waktu sebelah petang sepatutnya tidak ada lagi makan petang.. Kalau pagi makan , petang makan, mai opis sebelah petang pun tidak pernah tepat jam 2.00 petag.. berapa lagi masa kerja yang berkualiti ada... Balik makan petang dirumah sahaja bersama keluarga...
Apa yang saya dapati sejak kebelakangan ini agak kurang memuaskan seperti urusan keluar pejabat pada waktu kerja  tidak direkodkan dengan sempurna, berpakaian yang tidak sesuai waktu di pejabat..  seperti pakai  t shirt sahaja, berselipar dalam pejabat, berbaju batek hari khamis tapi berlengan pendek, tidak memakai tanda nama, cuti ikut suka macam  syarikat sendiri tanpa permohonan awal dan rekod sewajarnya, merokok dalam kawasan pejabat  dan pelbagai macam perkara lagi yang saya telah lihat dan jumpa sendiri. Anggota yang dibekalkan dengan pakaian seragam maka pakailah sepatutnya.
Saya bercakap berasaskan apa yang saya tengok dan alami sendiri.  Sekiranya perkara-perkara tidak berdisiplin ini pun masih berlaku dikalangan anggota.. bagaimana mungkin untuk mencapai kecemerlangan kalau ini masih tidak dapat diatasi…. Fikirkanlah wahai anak-anak buah saya yang terlibat...
Untuk mengatasi masalah –masalah ini agar tidak berulang lagi.. semua pelangaran disiplin akan disusuli dengan surat tunjuk sebab,  tidak ada lagi teguran dan nasihat diberikan. Anggota yang terlibat kenalah menjawab secara bersurat dan saya akan membuat penilaian atas jawapan.. kalau saya tidak berpuas hati maka ianya akan dimasukkan sebagai salah satu sebab-sebab tindakan disiplin diambil yang akan dilapurkan ke BSM.  PPTD bertanggung jawab sepenuhnya  untuk mengeluarkan surat-surat tunjuk sebab itu kepada anak-anak buah dibawah kawalan mereka jika terbukti ada kes pelanggaran tatatertib. Tidak boleh ada rasa kasihan kepada anggota yang penyegan, pemalas, kaki tuang pejabat, datang lambat ke pejabat dan sebagainya. Begitu juga kalau buat penilaian... tidak mungkin orang ini boleh diberi markah cemerlang..
Kebersihan Dan Kekemasan
Setiap kali mesyuarat dengan kakitangan perkara-perkara kebersihan dan kekemasan pejabat akan berterusan saya cakap dan bangkitkan tanpa jemu-jemu. Harap jangan bosan mendengarnya…  Semua kakitangan perlu sedikit kesungguhan sahaja untuk menampakkan tempat kerja dan sekitar pejabat kita Nampak bersih dan kemas dan sedap mata memandang….  Lihatlah sendiri ditempat tuan-puan bekerja seharian.. adakah sebersih-bersihnya… Lihatlah dibelakang computer, lihatlah dibawah meja, dilaci meja, dirak fail, dirak bilik fail, bilik geran dan pelbagai tempat .. adakah masih berdebu dan berselerak dengan fail-fail lama yang tidak digunakan , kertas-kertas buruk yang masih tersimpan bertahun, segala benda yang tidak patut ada diadakan disekeliling tuan-puan
Semua anggota kena ada sikap kepedulian terhadap persekitaran tempat kerja kita.  Lihatlah jam didinding sudah berhenti atau belum.. lihatlah frame gambar itu herot sekian lama tidak dibetulkan… susunan meja yang tidak selari dan sama, fail-fail koyak rabak tidak dirawat, tempat ambil air sembahyang yang penuh kehitaman dan berlendir, surau yang berdebu, kertas-kertas notis dipapan kenyataan yang telah tamat tempoh yang dipelekat bertindih tindan ,  nota-nota pemakluman yang dipelekat didinding yang telah ketinggalan maklumat dan koyak rabak masih terpampang disitu, peti ais yang tidak dicuci luar dan dalam, tempat makan yang kurang terurus dan tidak bersih mengundang tikus datang ziarah dan segala macam perkara yang mungkin kita rasa tidak kisah.. tapi saya kisah….
Semuanya ini hanya memerlukan sedikit rasa peduli untuk membetulkan keadaan persekitaran, ditambah dengan kerajinan kita, inisiatif kita, proaktif kita dan kreativiti kita.. Tidak perlupun berbelanja besar untuk melakukan semua itu dan tidak ganggu masa kerja kitapun.. berbanding  kita banyak menghabiskan masa dengan berborak kosong, keluar makan pagi dan petang begitu lama masa diambil dan datang lewat dari pukul 2.00 petang…
Kekemasan peralatan kerja perlu dipraktikkan. Jangan sampai fail koyak rabakpun dipakai lagi.. Patutnya dirawat elok tanpa tunggu arahan lanjut. Penyusunan fail yang kemaskini dan rapi perlu dipraktikkan sepenuh
Program Anak Angkat Geran Tunggakan Cukai Tanah
Pada awal tahun ini saya telah memberikan 10 geran bertunggakan cukai  tanah kepada semua anggota PTKS. Tujuannya adalah untuk memastikan setiap geran-geran yang diberi itu diberi perhatian secara langsung oleh anggota berkenaan tidak mengira unit atau bahagian. Ini sebagai kerja tambahan kepada setiap anggota semua peringkat bagi memastikan duduk perkara sebenar geran dan kenapa cukai tanah tidak dapat dibayar dan cuba usaha untuk mendapat alamat terkini pemilik tanah tersebut. Bersama-sama geran2 tersebut saya lampirkan nota memo saya untuk memudahkan semua anggota mengambil tindakan secara langsung dan jika tidak faham boleh berbincang dengan saya.
Namun pada akhirnya saya dapat khabar berita macam-macam masalah yang dibangkitkan. Pada saya semua hal dan masalah yang dibangkitkan adalah masalah sikap yang menuju kearah tidak boleh. Arahan tugas yang diberi itu ada yang menerima dengan tidak senang hati..  Bagi saya perkara ini kecil sangat.. hanya 10 geran sahaja untuk diberi tumpuan. Buatlah macam manapun asalkan pemilik tanah itu dapat dikesan dimana tinggalnya untuk memudahkan dihubungi dan dipanggil siasatan bagi proses tindakan undang-undang selanjutnya. Saya harap perkara ini diberi kerjasama sewajarnya. Saya akan memanggil secara rambang mana-mana staf Pejabat Tanah Kota Setar untuk bertanya khabar tindakan-tindakan yang telah diambil… tuan-puan bersedialah dengan maklumat-maklumat yang diperolehi dan tindakan yang diambil apabila dipanggil nanti.. 
Saya menjadikan ini sebagai  INOVASI pejabat kita.. kerana  untuk masuk pertandingan inovasi dan kecemerlangan.. PTKS perlu mengemukakan sebanyak mungkin inovasi  baru yang dilaksanakan yang boleh menyelesaikan masalah-masalah jabatan kita. Program Anak Angkat ini adalah salah satu inovasi kita yang akan diketengahkan. Walaupun  begitu saya perlu melihat data-data keberkesanan dari program ini.. seperti bilangan yang dapat dikesan dan jumlah tunggakan yang telah dibayar melalui program ini. PPTD Hasil perlu memantau lebih aktif cara merekod semua fail-fail yang diserah kepada anggota secara berterusan dan berkala tanpa arahan lanjut ketua jabatan. Kalau tidak ada perubahan dari segi kutipan tunggakan cukai dan pengumpulan maklumat alamat pemilik, ianya bukan dinamakan inovasi..

Semua PPTD perlu mengatur program percambahan fikiran bersama dengan anak-anak buah masing.. dan melaporkan balik kepada akan apa-apa perkembangan yang boleh diperbaiki...

Tuan PPTD Hasil diberi tanggungjawab untuk menyediakan sistem pengesanan yang sewajarnya berhubung program Anak Angkat Tunggakan Hasil ini dan melapurkan kepada saya berterusan.... Laporan kutipan cukai tertunggak perlu dilaporkan oleh PPTD untuk dibuat perbandingan setiap bulan dan perbandingan dengan Pejabat Tanah  lain,
Program Dan Aktiviti Sosial PTKS Dan Khidmat Luar Pejabat
Selama ini anggota PTKS hanya beri tumpuan kepada kerja hakiki sahaja di pejabat. Saya bercadang selepas ini kita akan terlibat dan ambil bahagian apa-apa aktiviti luar yang dianjurkan oleh pelbagai agensi dan ngo atau jabatan-jabatan lain.  Antaranya aktiviti rekreasi, sukan, social dan sebagainya. Oleh kerana saya amat berminat dengan program-program kebersihan, kita akan cuba ‘joint’ program-program gotong royong  kebersihan yang diaturkan oleh mana-mana agensi dan badan kerajaan dan bukan kerajaan dimana yang sesuai dengan masa kita. 
Pada masa yang sama kita sendiri akan atur program sendiri berkaitan kebersihan dimana-mana sudut tempat yang bersesuaian sebagai satu program riadah dan tanggungjawab social.  Antara tempat yang boleh diberi tumpuan ialah ditebing-sungai  belakang Wisma Negeri, jalan-jalan utama dalam Bandar yang didapati banyak sampah buangan manusia dan tempat rekreasi di Gunung Keriang , Taman Jubli Perak dan lain-lain tempat yang sesuai. Mungkin apa yang kita buat ini akan menjadi contoh kepada agensi lain untuk mencontohinya.  Saya tidak ada masalah untuk mengikuti program ini dan terlibat sama secara langsung asalkan semuanya berminat.
Jabatan  juga akan mengaturkan program rekreasi dan sukan untuk semua kakitangan mengambil bahagian… seperti  program berjalan mendaki ke Gunung Jerai sejauh 12 KM, pertandingan bowling, dan lain-lain program yang sesuai  dengan kemampuan kakitangan dan kemampuan  kewangan. Ssemua ini dirancang adalah untuk menggallakan hubungan mesra yang lebih baik sesame kakitangan dan tidak sangat menimbulkan ketegangan waktu bekerja .  Kita bekerja perlu ada rasa seronok
Kursus Dan Latihan
Sebenarnya kita amat kekurangan ilmu dalam tugas kita, walaupun kita sudah bekerja dalam bidang kita sekarang ini sejak sekian lama. Banyak lagi yang kita tidak tahu.. Kebanyakan kita buat kerja ikut lazim yang orang-orang dulu buat… kita sambung ikut saja  kerja tersebut.. kadang tidak tahupun kuasa dan apa yang kita buat itu dari sumber mana… Sebab itu banyak masalah berlaku sekarang ini terutama dari segi tidak mengikut undang-undang dan peraturan yang sebenarnya..  Oleh sebab itu saya amat menitikberatkan kepada kursus dan latihan kepada kakitangan..  kalau nak harap kesukarelaan  staf pergi kursus rasanya sikit sangat… jadi nak kena buat paksaan untuk hadir. Kehadiran kursus adalah wajib. Saya menetapkan sekurang-kurangnya 80 % - 90%  kena menghadiri kursus atau apa-apa latihan, seminar, bengkel dan seumpamanya dihadiri boleh diambil kira.. Kerajaan menetapkan setiap anggota perkhidmatan awam menghadiri kursus dan seumpamanya sekurang-kurangnya 7 hari dalam setahun…
Jadi segeralah mencari apa-apa kursus dan latihan yang ada yang dianjurkan oleh kerajaan dan sebagainya . Selagi ada institusi yang mengenakan kos minima elok kita beri perhatian dulu, berbanding dengan yang terpaksa bayar yuran yang tinggi… INSTUN  dan INTAN ada menganjurkan secara nominal kos sahaja. Elok dibuat permohonan ke institusi tersebut..  Jabatan juga akan mengaturkan kursus dan latihan dalam tersendiri seperti yang telah kita buat tempohari iaitu Ceramah Motivasi : Kerja Sebagai Satu Ibadat. Kita juga akan mengaturkan kursus berkaitan kesihatan diri, kursus atau latihan berkenaan IT, dan pelbagai lagi yang boleh dihadiri oleh ramai anggota dengan kos yang minima.. semua ini akan diambil kira dan direkodkan dalam buku rekod perkhidmatan. Urusetia perlu memberi perhatian mengenai rekod-rekod kehadiran kakitangan. Kakitangan yang dipilih wajib menghadiri setiap kursus dan latihan yang diatur . Surat tunjuk sebab akan dikeluarkan jika gagal menghadiri program yang diaturkan ini. Alasan tidak ada masa, tidak ada orang menjaga anak, tiada kenderaan, tidak ada orang nak hantar anak ke sekolah, tidak ada orang nak hantar suami/isteri pergi kerja, malas nak ikut,  dan lain-lain alasan remeh-temeh  tidak boleh diterima lagi……

Saya tidak pasti samada telah dikeluarkan perakuan kehadiran ceramah motivasi yang diadakan sebelum ini dan lain ceramah yang telah saya perakui boleh direkod dalam buku servis... ataupun perlu tunggu arahan lanjut utk dibuat..
Pengisytiharaan Pemilikan Harta Anggota PTKS
Dari semakan yang saya buat adalah ddidapati masih ramai lagi anggota yang belum mengistiharkan pemilikan harta terkini. Mungkin kali pertama 100% sudah buat tapi selepas daripada itu kita perlu mengistiharkan apa-apa pemilikan harta yang diperolehi dan juga setiap 5 tahun sekali. Sebenarnya kalau ikut syarat kenaikan pangkat dan  pengesahan apa-apa gred kenaikan pangkat perlu mengistiharkan harta terkini… Berkuatkuasa serta merta semua anggota yang ketinggalan mengistiharkan harta sebelum ini sama ada pemilikan harta baru atau cukup 5 tahun maka perlu diambil tindakan segera melapurkan kepada ketua jabatan. Saya akan menyemak tindakan yang telah diambil dan pada masa yang sama jabatan perlu melaporkan status setiap anggota yang melaporkan harta dan yang gagal melaporkan harta….
Program 5S
Program ini telah terbukti dari segi kejayaan menaikkan imej jabatan dan memudahkan segala urusan harian. Jabatan pasti kelihatan kemas dan menarik sangat kalau ada Amalan 5S ini.
Jadi tunggu apa lagi. Arahan saya sejak awal dan saya dapati kemajuannya agak terlalu lembab. Ini tidak boleh dibiarkan, seolah-olah ada yang tidak suka dilaksanakan Program 5S ini
Saya sendiri telah scan maklumat-maklumat berkenaan Program 5S dan juga gambar-gambar contoh program yang dibuat dari beberapa jabatan yang telahpun ada Persijilan 5S untuk dijadikan panduan. Ada dalam computer semua PPTD . Kalau hendak salin dari sayapun ada….Kita juga telah pergi melawat PejabatTanah Kulim dan JUPEM untuk belajar dari mereka. Kita tiru benda baik tak apa..
Percayalah nanti kalau kita boleh laksanakan 5S ini di jabatan kita.. kita akan rasa selesa dan suka duduk bekerja di opis ..duduk lama manapun tidak menjadi hal.. tidaklah jadi ofis kita ni macam neraka.. datang saja ke pejabat, dia jadi masalah….. Sebab itu ada anggota  tidak suka duduk kat opis.. cari alasanlah tu untuk tuang opis….
Tuan PPTD Pembangunan diberi tanggungjawab khusus untuk memastikan Program 5S ini akan menjadi kenyataan dalam tempoh terdekat ini.
Kesegeraan Bertindak Terhadap Arahan
Saya kurang berpuashati berkenaan kesegeraan bertindak terhadap arahan-arahan dan minit-minit yang saya tujukan kepada pegawai dan kakitangan…. Ada banyak kes-kes yang saya rekodkan minta bincang, minta dimaklumkan balik tindakan yang telah diambil, minta maklumkan status tindakan yang telah dibuat hasil minit arahan saya dan pelbagai arahan-arahan yang semuanya  ada saya  simpan minit-minit arahan  itu… Saya beranggapan kalau tidak datang kembali kepada saya bermakna isu dan kes itu telah selesai,  surat telah dijawab, laporan telah hantar, maklumbalas telah dibuat dan seumpamanya...Malangnya saya dapati banyak yang  tidak selesai dan akhirnya ianya muncul kembali .. sedangkan isu-isu tersebut tidak dimaklumkan balik kepada saya… Sekurang-kurangnya  ada jalan keluar atas satu-satu masalah yang dibangkitkan. Kalau tidak cerita macammana saya hendak tahu…  tidak perlu kita hanya sapu masuk bawah karpet kerana pada akhirnya ianya akan muncul juga.. tidak dapat disorokkan lagi. Kalau ada masalah cerita dan lapor pada saya .. saya akan cuba bantu.. mungkin dengan perbincangan dengan lain-lain anak buah mungkin memberi jalan penyelesaiannya. malahan banyak sudah saya buat tindakan susulan seperti  deraf surat sendiri, taip sendiri , sisih sendiri bagi kes-kes yang agak teknikal.... tapi jangan lah selalu.. teruklah saya..
PPTD dan pegawai kanan kena memainkan peranan penting dalam menyediakan sendiri draf surat-menyurat yang agak teknikal serta dalam penyediaan minit-minit mesyuarat jawatan-kuasa tertentu dalam jabatan. Tidak hanya menyerah bulat-bulat pada anak-anak buah...
Ada kes-kes keutamaan yang perlu diberi perhatian berterusan oleh jabatan disebabkan kepentingan kepada kerajaan negeri, jabatan-jabatan tertentu dan  kepentingan kepada ketua jabatan kita yang perlu disegerakan. Kadang-kadang masa yang singkat boleh diambil tapi mengambil masa sampai berbulan-bulan… Ini satu hal yang tidak boleh dibuat main dan dibuat endah tidak endah. Semua PPTD dan pegawai-pegawai kanan perlu membuat pemantauan berterusan terhadap arahan-arahan  yang telah saya keluarkan hingga selesai  setiap kes dan masalah. 
Keselamatan Pejabat dan Keselamatan Fail-Fail Pejabat
Pihak Pejabat Keselamatan Negara telah membuat auditan di PTKS pada tahun lepas dan mereka telah menyediakan laporan audit keselamatan pejabat dimana banyak yang ditegor tidak menepati dan mengikuti kehendak-kehendak seperti mana sepatutnya. Mereka telah memberi panduan nasihat-nasihat untuk diikuti. Bagi saya kita patut patuhi arahan-arahan keselamatan jabatan dimana yang kita termampu buat setakat ini maka hendaklah disegerakan urusan tersebut.. Yang diluar kawalan kita seperti melibatkan peruntukan maka kita perlu mengambil tindakan berasingan. Mereka akan membuat lawatan balas dalam tempoh terdekat ini selepas Karnival Lelong kita nanti. Jadi bersiap sedialah menanti mereka dengan jawapan-jawapan dan tindakan-tindakan yang saya rasa patut sudah diselesaikan lebih awal.. Sila rujuk Tuan EO untuk mendapatkan senarai tegoran audit keselamatan tersebut dan saya juga telah edarkan  pada beberapa ketua unit dan PPTD untuk tindakan segera.

Begitu juga penggunaan peralatan elektrik dan komputer kerana perlu ditutup dan juga sambungan wayar elektrik yang brselerak perlu diteliti berterusan secara berjadual kerana sedikit kesilapan akan menyebabkannya berlaku litar pintas dan kebakaran.

Carta Organisasi  PTKS

Setiap unit dan bahagaian yang terlibat perlu ada carta organisasi masing-masing beserta gambar kakitangan.  Kerja-kerja sebegini perlu dimulakan dari sekarang. Carta Organisasi Indok PTKS  juga perlu mula disediakan dengan kos minima dahulu. Disamping itu panduan-panduan berurusan dengan PTKS seperti penyediaan pamplet2, Pernyataan Piagam Pelanggan dan lain yang boleh ditampal dipapan panduan orang awam boleh disediakan sekarang.

Tuan Penolong Pegawai Tadbir/EO  diberi tanggungjawab untuk menguruskan dan menyelaraskan pelaksanaan tersebut.

Pembaziran  Sumber 
 Isu pembaziran pelbagai sumber dalam jabatan jarang diambil berat oleh kebanyakan kakitangan kerana selama ini apa yang dikehendaki ... ada. Tak ada masalah.. Tapi tidak kepada saya. Saya melihat banyak berlaku pembaziran kepada sumber-sumber jabatan.. hinggakan laporan kajian guna tenaga dalam komplek bangunan Sultan Abdul Halimpun saya ambil berat dan tindakan sekadar dibawah tanggungjawab saya setakat 2 tingkat yang ada. Namun nampaknya tidak berapa nak berjalan kerana sikap kita yang tidak ambil peduli....
Ada tempat cerah.. terang benderang masih dipasang lampu, penggunaan air con yang terlalu sejuk, sedangkan sudah nyaman udaranya, membiarkan lampu terpasang berpanjangan tidak pernah ditutup.  Agaknya segan kut... Penggunaan kertas yang begitu mewah.. photocopy sebelah muka sahaja.. patutnya dua belah muka..., penggunaan kertas elok untuk draf surat sedangkan berlambak kertas terpakai yang tersilap cetak yang sebelahnya kosong lagi boleh diguna untuk cetak draf dan sebagainya...Semua kakitangan yang terlibat  dikehendaki memberi perhatian akan perkara-perkara yang membawa pembaziran.. Surat-surat draf untuk saya , tidak perlu guna kertas elok-elok. Yang terpakai pun sudah mencukupi..
Penggunaan mesin fotostat berleluasa tanpa kawalan dan batasan apatah lagi yang dicetak warna.. Arahan Keselamatan Pejabat memberi panduan berguna berkenaan penggunaan mesin fotostat. Apatah lagi dengan saya tambahkan lagi satu mesin fotostat di unit teknikal. Adalah diharapkan setiap kakitangan ambil tanggungjawab untuk guna  mesin2 tersebut dengan sewajarnya dan penuh bertanggungjawab. Sekiranya tidak terkawal saya terpaksa menarik balik jadi seperti asal. harap beri perhatian terhadap perkara ini. Penggunaan mesin fotostat mesti dikawal oleh pegawai yang dilantik.
Program Karnival Lelong Hartanah Kota Setar (KLAHKS 2012)
KLAHKS 2012 adalah merupakan program terbesar pada tahun 2012 yang kita anjurkan sendiri tanpa melibatkan peruntukan kewangan dari kerajaan.Program tersebut akan diadakan pada 28 Mac 2012 di UKIR MALL.  Adalah diharapkan semua yang terlibat dapat memberi keutamaan kepada program ini. Segala yang disusun dan dirancang hendaklah mengambil kira segala aspek dan kalau tidak boleh ada apa-apa kecacatan dalam pelaksanaan program ini. Insya Allah kalau berjaya.. program KLAHKS 2012 ini akan memberi manfaat kewangan kepada Badan Kebajikan Dan Sukan PTKS disamping memberi pengalaman berguna kepada anggota kita dalam usaha melaksanakan lebih banyak lagi program-program seumpama ini dengan lebih hebat lagi.
Program Sembahyang Sunat Dzuha Dan  Sembahyang Waktu Berjemaah.
Seperti mana saya katakan sebelum ini, kita perlu jadikan KERJA kita sebagai IBADAT.  Niat kerana Allah Taala sahaja sudah membolehkan kita menikmati pahala dalam pekerjaan kita. Apatah lagi dalam tempoh masa pekerjaan kita itu kita adakan pula Program Sembahyang Sunat Dzuha berjemaah dan Sembahyang Waktu Berjemaah seperti waktu Dzuhur.. Kalau boleh dilaksanakan dan diatur… saya lagilah amat bersetuju. Sambil-sambil kerja lebih banyak pahala kita dapat.  Ini akan kita bincang dalam mesyuarat Badan Sukan Dan Rekreasi untuk mengatur program itu sama ada seminggu sekali atau pada waktu-waktu yang bersesuaian.
Kita juga telah mengaturkan pengajian agama .. dan dari pemerhatian saya kehadiran agak mendukacitakan… Diharap mana-mana anggota yang boleh, ikutlah serta… Takkan lah nak bubuh nama untuk hadir baru nak hadir program seperti ini.  Pandai-pandai menyesuaikan dengan pekerjaan harian kita kerana pada masa yang sama kita tidak boleh mengabaikan keperluan pelanggan kita yang setia berurusan.
Banyak program keagamaan yang akan kita atur selepas ini dan semua anggota perlulah memberi kerjasama untuk mengambil bahagian dalam aktiviti yang diaturkan. Kemungkinan selepas ini kita akan syaratkan setiap anggota yang  kerap gagal hadiri program murni ini akan dikehendaki memberi tazkirah pada tiap kali perjumpaan staf diadakan.

Pelan Strategik Pejabat Tanah Kota Setar ? Fail Meja

Sehingga saya belum lagi tengok dokumen Pelan Strategik Pejabat Tanah Kota Setar.. Pelan ini perlu disediakan sebagai panduan kepada kakitangan untuk memandu aktiviti operasi jabatan mencapai objektif dan matlamat jabatan. Begitu juga dengan penyediaan Fail Meja serta Manual Prosedur Kerja. Ianya perlu ada pada setiap kakitangan.

Tuan PPTD Pembangunan akan menyelaraskan penyediaan Pelan Strategik Pejabat Tanah Kota Setar ini manakala

Tuan PPTD Penguatkuasaan akan melihat dan menguruskan penyediaan Fail Meja dan Manual Prosedur Kerja setiap kakitangan bersama semua kakitangan. Fail Meja yang sedia ada perlu diteliti semua dan dibuat penambahbaikan sesuai dengan perkembangan semasa. Dimana perlu dikurang bilangan prosedur adalah dialu-alukan asalkan tidak bercanggah dengan undang-undang dan peraturan kerajaan .

Penutup

Saya rasa cukuplah dulu celoteh saya kali ini...saya mohon maaf jika apa yang  saya cakap pada petang ini banyak menyinggong perasaan dan menganggui kebiasaan rutin aktiviti harian saudara saudari yang perlu dibuat perubahan semula... Namun saya rasa sebahagian besar anak buah saya ini tidak ada apa-apa masalah untuk berubah sikit dari kebiasaan. Semuanya adalah kearah kebaikan .. Saya   akan meneliti kembali tindakbalas anggota  atas arahan-arahan dan nasihat-nasihat yang diberikan ini selepas ini agar ianya berjalan lancar dan mencapai hasrat yang kita kehendaki.. saya amat mengharapkan kerjasama semua anggota agar segera bertindak tanpa menunggu-nunggu arahan berterusan dari ketua jabatan... gunakan kreativiti dan inovasi masing-masing untuk kepentingan jabatan kita. Kita semua dibayar gaji yang mencukupi untuk melaksanakan segala arahan-arahan kerajaan dan tugas seharian kita. Laksanakanlah dengan sebaik mungkin..dapatkan keberkatan Allah SWT dalam pekerjaan harian kita itu.....
amiiiiin.....

Sekian, terima kasih.... Wassalam..


Catatan dan taip:
Mohd Asri Redha b. Abdul Rahman
Pentadbir Tanah Daerah Kota Setar
07 Mac 2012
(ingatan: saya sengaja tulis catatan dan taip sendiri kerana bukannya ada masalah sangat untuk buat sendiri ini semua walaupun saya sebagai ketua jabatan. tentunya tak ada masalah untuk pegawai-pegawai bawahan lain  buat sendiri apa-apa yang sepatutnya  dibuat sendiri tanpa menyerahkan kepada anak buahnya... dan kena cepat.. tidak perlu tunggu mesyuarat akan datang baru kelam kabut cari itu ini.......susunan ayat tidaklah ikut tata bahasa yang betul sangat.. sengaja begitu seolah macam bercakap dan guna bahasa kedah lagi.. supaya maksud tercapai..Catatan ini sudah lama siap..sengaja tak paparkan dok tunggu sapa2 'volunteer' datang bawa draf ... sampai ..ke .akhirnya tak ada juga...Petua saya nak baik dengan ketua2 jabatan kena buat macam tu.. bukan bodek tak ketahuan..kerja tak buat juga.. banyak lagi kerja yang boleh dibuat yang boleh menyenangkan ketua jabatan...yang penting rajin dan ringan tulang serta tidak berkira..... Terlalu banyak kebaikan yang telah saya perhatikan jika baik dengan ketua kita.....itu bukan bodekk namanya..)

Sunday, 8 April 2012

Aktiviti Saya Hari ini.....

RuMaH oh RUmAH
08 April 2012
Catatan: Mohd Asri Redha...
___________________________________

 
Hari ini macam biasa  aktiviti saya yang sempat dirakamkan ..... gambar menggambarkan segalanya....

Saya sebagai Pentadbir Tanah Kota Setar menyerahkan
Notis 5ATu ntutan Bayaran Premium Tanah kepada
Pengurus Besar Darulaman Realty Sdn Bhd en Zainudin
Hj Zainul. Darulaman Realty SB adalah anak syarikat
milik kerajaan negeri yang akan bekerjasama dengan
kontraktor yang dilantik oleh  KPKT. Sejumlah 500 unit
akan dibina oleh kontraktor yang dilantik......................

Tempat : Unit Perancang Ekonomi Negeri..WDA
dengan .. disaksikan oleh YB Dato' Hj. Amiruddin.. Ahli
Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Dato' Hj Khazali Din -
Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan)



Insya Allah jika tidak ada apa halangan besar..... dalam tempoh 2 tahun lagi akan tersergam indah 2 blok bangunan flat 19 tingkat rumah mampu milik yang selesa untuk golongan rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana di Kg Kilat, Alor Setar . Dalam mengatasi isu keperluan perumahan untuk rakyat yang kurang berkemampuan dan mengatasi masalah setinggan ianya tidak kenal erti perbedaan fahaman politik... semua rakyat berhak untuk menikmati kemudahan rumah yang mampu dimiliki. Kerjasama erat antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan akan merealisasikan hasrat tersebut...... Sama-samalah kita berdoa semoga hasrat murni ini menjadi kenyataan....  Amiiin..












 8888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888

TuruN PadanG
Tarikh: 08 April 2012
Tempat : Kuala Kedah
Catatan: Mohd Asri Reda
________________________________________

Dalam membuat sebarang keputusan penting.. pegawaai perlu keluar turun ke padang melihat sendiri situasi dan keadaan tempat.... Ini penting agar keputusan yang dibuat memberi manfaat yang semaksima kepada rakyat. dan juga mengelak dari tersilap membuat keputusan. 

Saya bersama Dato' Hj.Amiruddin, YB. Nasir,
Tn. Hj. Noran..Pengarah JPBDD Kedah ..meninjau
beberapa tapak tanah kerajaan disekitar Kuala Kedah
untuk cadangan projek perumahan awam atau perumahan
mampu milik...................................................................................

Dalam membuat sebarang keputusan pandangan dari semua pihak amatlah perlu agar terutama dari jabatan teknikal dan juga sokongan dari YB Kawasan serta orang politik yang melaksanakan tugas-tugas  eksekutif agar mereka memahami dengan mendalam sesuatu perancangan yang diatur ditapak. Ini akan menyenangkan mereka dalam membuat sebarang keputusan demi kepentingan rakyat...  Pada masa yang sama mereka juga boleh berusaha  mendapatkan dana-dana dari pelbagai sumber untuk melaksanakan sesuatu projek... Tapak cadangan yang dilawati ini adalah antara usaha-usaha  untuk menyediakan perumahan mampu milik dimana saya sebagai Pentadbir Tanah Kota Setar hanya dapat membantu mencari tapak-tapak yang sesuai untuk dibangunkan....


Teratak Kasih.
Alor Setar........

Wednesday, 28 March 2012

SAYA DENGAN INI MENGUMUMKAN LELONGAN HARTANAH DAERAH KOTA SETAR BERMULA... KLING...KLING...KLING..

Dewan Ukir Mall, Alor Setar
28.03.2012
Catatan Oleh: Mohd Asri Redha

Pertama kali dalam sejarah Pentadbiran Pejabat Tanah Kota Setar.. telah mengadakan Lelong Awam Hartanah secara berkelompok dan besar-besaran..... 'Memang menakjubkan dan memang berkesan'. 'Bagus kalau buat cara ini selalu'.. 'sambutan memang ramai', 'memang mengujakan', 'buat cara ini memudahkan'.. dan pelbagai lagi kata-kata yang sempat saya dengar sepanjang program ini berlangsung hingga selesai.. Alhamdulillah..ini semua merupakan kata-kata perangsang kepada jabatan ini untuk membuat yang lebih baik dimasa hadapan....

sekitar aktiviti lelongan yang diadakan
PTKS juga membuka kaunter kutipan
cukai tanah. Sidang akhbar bersama
dengan Dato' Hj Muhamad Nor Pengarah
Tanah Dan Galian Kedah juga diadakan.
Sebenarnya untuk membuat sesuatu yang terbaik.. tidaklah semudah yang dicakap.. Banyak pengorbanan yang perlu dibuat..... banyak masa, tenaga dan wang ringgit terpaksa dikorbankan...... Kadang-kadang kita tidak perasan bahawa apabila berjaya membuat sesuatu yang dirancang .. maka itu amat memberi kepuasan kepada kita.. hilang segala keletihan.... itulah  nikmat dalam bekerja... kalau berjaya buat kerja dengan elok, sempurna dan berkesan... saya rasa satu kepuasan yang tidak terhingga kepada individu yang terlibat.. Inilah yang kita kena praktikkan dan terjemahkan dalam pekerjaan kita seharian. Jangan sedikitpun ada dalam hati perasaan hasad dengki, cemburu dan berkira  kerana kalau ada perasaan seperti itu ia akan menghilangkan nikmat bekerja malahan menambahkan ketegangan dalam kerja harian...

Sambutan yang diterima dalam KLAHKS 2012 ini memang diluar jangkaan sama sekali  ..dianggarkan lebih 300 orang pembida  dari serata negeri telah datang untuk membida hartanah yang dilelong pada hari ini walaupun jumlah hartanah hanya 47 lot sahaja.  47 hartanah tersebut telah ditawarkan dengan harga permulaan yang menarik dan tentunya dibawah harga pasaran. Nilai hartanah awalan kesemua lot yang ditawarkan berjumlah lebih kurang RM09.00 juta.

Tenaga penggerak KLAHKS 2012.............................................
Namun lebih dari separuh hartanah tersebut telah dibida dengan saingan harga yang begitu hebat hinggakan meningkat agak luar biasa. Ini menunjukkan pasaran hartanah di Bandaraya ini masih lagi ada dan memang ramai pembeli yang berminat untuk hartanah di Alor Setar ini. Berdasarkan trend sebelum inipun memang banyak  harta yang dilelong ada pembelinya. Ini menyebabkan sebahagian besar penggadai amat risau  bila diadakan KLAHKS 2012 apalagi dengan promosi yang begitu meluas merentasi sempadan negeri yang disusun atur oleh urusetia.. hartanah yang dilelong itu kemungkinan besar ada pembeli.. Sebab itu dari lebih 100 hartanah yang telah dikenalpasti untuk dilelong.. pada akhirnya hanya 47 lot hartanah sahaja yang boleh dijual. Yang lainnya penggadai telah berusaha cari wang untuk menstrukturkan semula tunggakan bayaran balik pinjaman mereka.

20 hartanah telah berjaya di tangkap lelong melibatkan 2 hartanah kampong, 1 buah  banglo, 8 rumah teres , sebuah rumah kedai,  7 rumah berkembar dan sebuah hartanah industri. Hartanah paling tinggi bernilai RM960,000.00 berjaya dibida.... Ada hartanah yang di lawan bidaan naik sehingga RM485,000.00 berbanding  tawaran permulaan hanya RM300,000.00 sahaja. Seronok bila tengok mereka berlawan harga.... dan macam-macam stail pelelong dalam menarik minat pembida hingga menaikkan lagi nilai hartanah itu..
Ok..Saya mulakan lelongan hartanah
ini dengan harga mula RM150 Ribu.
 Tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan  KLAHKS 2012.. Pihak Bank, Peguam tentunya senyum meleret bila hartanah yang tertunggak bayaran pinjaman tersebut dapat dijual... Pelelong Berlesen lagilah meleret senyum mereka bila berjaya mendapatkan pembeli......2 persen

Tentunya anak-anak buah PTKS yang merangka program dan melaksanakan program ini perlu diberi ucapan tahniah atas kejayaan KLAHKS 2012 ini.. Kerjasama yang ditunjukkan oleh semua anggota PTKS amat menggembirakan saya... kalau ini kita boleh buat .. tentunya banyak lagi aktiviti jabatan sedang ator.. boleh dlaksanakan tanpa masalah...... ok... sampai ketemu lagi...

Oh ya... Nota Ucapan Saya Dalam KLAHKS 2012 ini ada saya sisip dalam blog dibawah... klik sahaja kat situ dan akan dibawa melawat ke situ......

http://semangatjatikarya.blogspot.com/2012/03/ucapan-aluan-saya-dalam-majlis.html

Terima kasih

Teratak Kasih
Alor Setar

Sunday, 25 March 2012

ORANG ISLAM WAJIB MENJAGA KEBERSIHAN ....BERSIH HATI, BERSIH SEGALA-GALANYA

22 Mac 2012
Tg Chali, Alor Setar
Catatan: Mohd Asri Redha

Selamat Sejahtera.....Salam Satu Malaysia..
Semua orang suka bersih... kita suka tengok tempat itu bersih, cantik, indah, menyegarkan, nyaman mata memandang, dan bermacam perkara yang ada kaitan dengan kebersihan.... kalau tempat itu elok dan gah lagu manapun tapi kalau kotor dan tidak bersih... tak ada maknanya.......   Bandaraya kita sebenarnya dari segi susunan aturnya dan lokasinya memang menarik dan cantik .... Ada sungai menyusuri ditengah-tengah bandaraya ini, bandaraya ini pula dikelilingi oleh sawah yang ada waktunya menghijau, ada waktunya menguning, dan ada waktunya kelabu......  dan ada kalanya penuh dengan air... semuanya sudah ada cuma bagaimana kita mengeksploitasinya menjadi suatu yang menarik dan menjadi tumpuan orang ramai untuk berkunjung dan menikmati keindahannya.

Tempat pokok bunga hanya untuk bubuh tanah dan
baja sahaja... tapi yang banyak adalah plastik dan
kotak-kotak minuman/makanan didalamnya. Itu yang
ada atas darat.. Yang terus lontar kedalam sungai tak
taulah saya banyak mana..tapi memang banyak.... ber
sampan-sampan sampah dikutip oleh para sukarelawan .
Pokok pun dah merajuk nak hidup subur......
Dari segi gambarannya waduuh.. memang cantik sekali bandar kita ini... namun betulkah cantik dan indah bandar kita ini........ sebenarnya untuk menjadi tarikan tidak perlupun kita berbelanja besar untuk membina pelbagai macam struktur dan lanskap supaya nampak cantik... bagi saya kalau seluruh ceruk rantau dan sudut dimana sahaja dalam bandar ini bersih ... maka itulah baru dikatakan cantik......  Tapi dari pemerhatian saya... ini tidak berlaku kepada bandar kita...   Kerana apa? ... Mudah cakap ialah kerana sikap manusia itu sendiri.. sikap penduduk bandar ini sendiri..

Tengoklah sendiri dalam longkang-longkang..  penuh dengan sampah sarap buangan manusia, lihatlah sungai-sungai kita.. apa yang ada. Segala macam sampah. silap2 mayatpun ada.. masuklah ke dalam taman-taman perumahan.. segala sudut ada sahaja longgokan sampah dibuang.  Longkang depan rumahpun malas nak cuci sendiri. Sanggup berkumpul ramai2 tunggu TV3 mai ambil gambar nak bagi tau kata orang bandaran tak buat kerja.. Kalau depa gotong royong ramai2 dah lama masalah tu selesai..

Sebahagian anak-anak buah Pejabat Tanah Kota Setar
pakat2  turun ke padang mengadakan gotong royong
membersihkan kaw. persisiran Sg. Kedah di Tg Chali
Alor Setar,  Kedah: Ini juga tanggungjawab sosial
dalam membantu membersihkan Bandaraya ini..
 Pergilah ke flat-flat perumahan.. silap-silap kepala kena bungkusan sampah dibuang dari tingkat atas... Kita berjalan lagi pergi ke medan-medan selera yang ada sekitar Alor Setar ini... sebahagian besarnya tidak menepati makna kebersihan... masalahnya orang kita pergi jamu selera juga.. pergilah tengok tempat basuh pinggan mangkuknya.. memang menjijikkan. Tengoklah longkang disebelah gerainya.. penuh dengan minyak masak dan bahan buangan masakan yang terus dihumban ke longkang tersebut.. lama-lama membeku dan keras dan terus menyumbat longkang  .. lepas tu marah kat PBT... fasal tak cuci longkang  depan kedai depa.... Kita pergi pula ke pasar... lagilah menggerunkan...  tengoklah longkang belakang pasar mereka.. pasti penuh dengan bulu ayam dan segala macam bahan buangan yang tidak sepatutnya... malam-malam kita keluar bersiar ambil angin malam dan melawat pasar malam... nampak ok aje.. tapi pukul 12.00 malam ronda balik..... terkejut berok tengok  tapak tersebut penuh sampah-sarap dan tinggalan buangan barangan yang tidak dipakai dan diguna lagi... berselerakan dan pada paginya lagi jauh berselerakan dibawa angin...   Apa makna  ini semua... ini bukan kejadian alam semulajadi .. ini semua adalah perbuatan manusia... kalau pada saya ini  perbuatan manusia yang tidak  bertamaddun.  Saya tidak boleh terima perangai watak-watak manusia seperti itu yang langsung tidak kisah dan peduli fasal menjaga kebersihan dan alam sekitar ini... apatah lagi mereka  asyik menyalahkan orang sahaja....

Saya dan anak buah perlu ambil peranan ke arah memastikan kebersihan bandaraya kita walau hanya sekelumit usaha yang dapat diberikan.. Cakap kena serupa bikin.. ini satu cabaran besar pada kita semua kerana ia perlu berterusan tidak hanya hangat-hangat tahi ayam...  Apabila dicadang pada anak buah untuk turut sama bergotong royong bersama dengan MBAS..  ramai memberi sokongan penuh dan mahu terlibat.

Alhamdulillah sebahagian besar anak-anak buah PTKS telah memberi komitmen yang jitu terlibat secara langsung membersihkan sebahagian kawasan pinggiran sungai di Tanjung Chali, Alor Setar...  Memang sedih bila tengok kawasan yang indah itu dicemari sampah-sampah buangan manusia.... maka bergotong royonglah anak-anak buah saya sapu, kutip, cabut, cakar, kumpul sampah-sampah yang begitu banyak dan pada akhirnya bersihlah kawasan itu... sekelip mata tempat tersebut nampak cantik, indah dan menjadi tarikan untuk melepak berkualiti kat situ...  Tapi selama mana boleh nampak berterusan seperti ini.. selagi sikap manusia tidak berubah... maka akhirnya tempat tersebut pastinya kembali kepada asalnya yang berselerakan sampah-sampah buangan manusia....... Adakah nak buat gotong royong selalu... tentunya tak mungkin.. dalam kita buat gotong royongpun...berapa kerat penduduk dan peniaga-peniaga sekitar turut sama tolong bantu membersih kawasan depa.. boleh mereka buka kedai dok berniaga dan dok tengok saja kita mai bersih sampah dan longkang-longkang depan/belakang kedai depa.....  Kut-kut nak hulur air coca cola tak apalah juga....depa tidak kisahpun.... sakit hati dan sakit jiwa tengok perangai dan sikap orang-orang seperti ini. Seolah-olah kita pula dok terhegeh-hegeh pergi bersih kawasan mereka...

Sedarlah semua... marilah kita pakat-pakat menjaga kebersihan ... kebersihan hati, kebersihan alam sekitar kita, kebersihan diri dan kebersihan segala-galanya.....

'Liiihatlah Sekitar Alam, Duunia Terbentang Luas'..... ini
senikata lagu.... ...lihatlah nampak cantikpun tempat
tersebut bila dibersihkan...'sedap' mata memandang..
Sebelum inipun PTKS sudah buat gotong royong bersih pejabat yang rasanya tidak pernah buat gotong royong bersih kawasan tempat kerja sejak sekian lama.... Selepas ini saya dan anak buah sedang merancang untuk buat lagi gotong royong dibeberapa tempat strategik dalam bandaraya ini  tanpa tunggu gotong royong yang diatur oleh MBAS dan lain-lain agensi.. kita buat sendiri sebagai tanggungjawab sosial PTKS ke arah menjadikan alam sekitar bandaraya cantik, indah dan bersih...

Jumpa lagi.....

boleh baca tulisan-tulisan saya sebelum ini seperti link dibawah......klik sahaja

http://semangatjatiptks.blogspot.com/2011/10/bersihkah-kita.html
http://semangatjati.blogspot.com/2008/12/sikap-warga-kota-yang-masih-tidak.html

TerataK KasiH
AloR SetaR

Wednesday, 21 March 2012

LELONGAN AWAM HARTANAH DAERAH KOTA SETAR

21 March 2012
Pejabat Tanah Kota Setar......................................

Segalanya dan semuanya sudah bersiap sedia untuk Program Karnival Lelong Hartanah Kota Setar (KLAHKS 2012)  pada 28.03.2012 di Dewan Ukir Mall, Alor Setar...

Datanglah beramai-ramai dan jangan lupa bawa duit...


Tahniah kepada anak-anak buah yang begitu bersemangat untuk menjayakan program ini............Perkara penting dalam menjayakan apa-apa program ialah semangat kekitaan, semangat bergotong royong dan semangat berpasukan perlu ada pada setiap anggota... Insya Allah apa sahaja yang dirancang pasti berjaya... peranan ketua seperti saya  ni hanya sekadar mendorong  dan memberi ruang kepada anak buah untuk melaksanakan apa yang terbaik.. yang lain tu terletak kepada keikhlasan hati setiap individu untuk mau berjaya atau tidak.......


Kutipan Cukai Tanah Tetap Di
Beri Keutamaan .. Apatah Lagi
Dengan Tunggakan Yang Begitu
Langkah Lebih Agresif  Perlu Di
Ambil Termasuk Rampas Balik.. 
Kita tunggu hari tersebuttttt....

 Catatan: Mohd Asri Redha
              Teratak Kasih

Tuesday, 13 March 2012

KERJA SEBAGAI SATU IBADAT.... ALHAMDULILLAH...

04 Mac 2012
PTG
Catatan: Mohd Asri Redha

Assalamualaikumm...WRT

Sudah lama juga saya tidak menulis dalam blog ini..  Pagi ni sepertimana kebanyakan pagi-pagi yang selalu kita tengok dan lalui .. matahari mula bercahaya perlahan-lahan hingga menjadi garang. Cuacanya elok sekali dan sinaran mentari mengusung kepanasan turun ke bumi.... Saya ada sikit kesempatan masa pagi ini.. ideapun ada mai juga.. jadi elok saya ketok-ketok punat huruf 'key board'  ini menjadi perkataan yang boleh difahami....

Saya nak bersembang sikit berkenaan tajuk besar yang saya paparkan diatas itu... iaitu 'Kerja Sebagai Suatu Ibadat'...  Sebenarnya dalam mana-mana perjumpaan / mesyuarat dengan anak-anak buah saya .. selalu sangat saya tekankan perkara ini. Walau pun saya tidak arif sangat dan pandai untuk menyampaikan hasrat dan maksud  dengan sokongan dalil-dalil dan nas-nas yang ada dalam  Al Quran  dan hadis sepertimana orang pandai agama bercakap dan bersyarah.. namun saya pasti dan saya tahu memang ada kebenarannya bahawa kita bekerja itu adalah suatu ibadat kalau  kena gaya, niat dan cara kita bekerja... 

Saya bersama anak buah bergambar dgn Ustaz Abdullah
Khairi b. Hj Harun.. penceramah kreatif yang diundang
khas dari Pulau Pinang.
  Alangkah ruginya kehidupan manusia didunia ini hanya  bekerja saja sepanjang hayatnya tetapi tidak mendapat apa-apa dari apa yang kita lakukan.. hanya beroleh penat, tekanan, sekali sekala seronok, sekali sekala tidak seronok dan pada akhirnya dapat gaji..berbelanja sakan .. itu sahaja rutin hidup bekerja harian sebahagian besar manusia.. sampailah ajal menjemput kita.... Apakah itu yang sebenarnya kita cari didunia yang fana ini... Saya selalu terfikir perkara-perkara seperti ini... apakah yang kita cari sebenarnya didunia ini.. wang, pangkat, harta melimpah ruah, kemewahan, keseronokan, kehebatan, dan pelbagai perkara-perkara kebendaan yang menjadi buruan dan kegilaan majoriti manusia didunia ini.... fikir punya fikir... sebenarnya semuanya itu adalah hanya sementara sahaja.... sementara kita masih hidup didunia ini... Selepas itu tidak berguna satu sen pun kecuali  ilmu dan amal yang kita bawa ke alam baru.......

Sebahagian dari anak-anak buah Pejabat Tanah Kota
Setar yang mengikuti Ceramah Motivasi tersebut..
Oditorium Wisma Negeri pada 4.3.2012
Sebab itulah dalam jabatan saya ini urusan-urusan yang berkaitan kerja harian  , dosa pahala ni nak kena tengok juga kerana ia memberi kesan yang teramat sangat kepada kehidupan kita didunia dan di akhirat nanti ....... Namun begitu kadang-kadang bila bos bercakap ni anak2 buah tak berapa nak heran, patuh dan nak dengar sangat.. maklumlah bos pun lebih kurang saja.. ilmu ugama tak tinggi manapun , lepas tu nak berlagak dakwah orang pula...

Sebab itulah saya berusaha atur juga bersama-sama pegawai kanan jabatan dengan menjemput orang yang pakar dalam bidang itu....  pakar yanag ada tokoh dalam menarik minat penonton terpengaruh bila mendengar ceramahnya...  Namun begitu..penceramah yang saya jemput untuk memberi ceramah motivasi berkaitan kerja sebagai satu ibadat bukannya asalnya orang tinggi agama.. beliau seorang jurutera yang pernah bekerja dengan syarikat swasta tapi akhirnya terjun dalam dunia pendidikan.. namun kebolehannya belajar agama secara bersendirian dan berguru dengan sekolah-sekolah pondok telah  membawa kebolehan yang luar biasa kepada Ustaz Abdullah Khairi Hj Harun memberi ceramah yang amat menarik, berkesan dan tidak membosankan..

Menggunakan IT sebagai sokongan ceramahnya memang menarik sekali dan tidak menjemukan dengan celoteh dan ulasan-ulasan yang menarik serta penuh maklumat berguna. Mendengar ceramahnya memang tidak menjemukan.... baguslah .. saya lihat respons dari anak buah adalah memberangsangkan... Alhamdulillah... Insya Allah akan diatur lagi program-program insan seperti ini lagi....

Satu perkara yang saya berkenan sangat kata-kata penceramah ialah katanya nak buat apapun.. ingat akan Allah SWT. Malahan kalau sakit lagilah ingatkan akan Allah, lagi banyak harta lagi ingat akan Allah SWT.  Jangan cari alasan untuk tidak mengingat akan Allah SWT seperti sibuk, sakit,  anak banyak.. kalut. Manusia menjadi sombong didunia ini kerana 3 perkara iaitu sombong dengan harta kekayaan yang ada, sombong dengan keturunan orang baik, taraf tinggi dan berpengaruh serta sombong dengan  pangkati.. Namun kesombongan kita dengan apa yang kita ada tidak akan membawa kemana apabila kita mati…  Kalau diri sombong syaitan akan masuk mencelah dan sekali syaitan dapat mencelah maka kita akan terikut-ikut akan godaan syaitan yang sentiasa  mahu memesongkan akidah umat Islam didunia ini.. jadi berhati-hatilah. 
Sebab itulah setiap pekerjaan itu kita kena mulai dengan ucapan Bismillah… ada masalah  apapun ucap ‘Subhaanallah’.. kerana kata-kata ini amat memberi  semangat kepada diri anggota.   Niat dalam hati kita bekerja kerana Allah Taala.... Insya Allah kita akan mendapat ganjaran berlipatkali ganda apatahlagi kalau kita bekerja dengan sepenuh jiwa raga dan berusaha menyelesaikan dan membantu pelanggan.
Saya pun terlupa nama syaitan yang dicakapkan oleh Ustaz Abdullah.. yang suka kacau manusia supaya tidak suka bagi umat buat kerja rajin…  Harap Syaitan ini jangan bermaharaja lela dikalangan anak buah saya… kalau dia bermaharajalela dan sangkut dan berjaya mempengaruhi anak-anak buah.. teruklah…  pakat-pakat tak rajin.. buat kerja ala kadar.. kacau semua…  Namun saya berkeyakinan semua anak buah ada satu gelombang semangat baru untuk memajukan Pejabat Tanah Kota Setar kearah kecemerlangan..
Selagi kita  boleh mengelakkan diri dari terlibat 'makan’ sumber haram dalam urusan kerja harian  .. Insya Allah, Allah akan sentiasa melindungi diri kita walaupun  kadang-kadang kita sendiri tidak perasan tang mana Allah melindungi kita… sebab  itu kadang-kadang kita tidak bersyukur dengan nikmat yang diberikan...
Oklah… sebenarnya banyak lagi saya nak catat berkenaan intipati ceramah  tersebut…  namun panjang-panjang sangat tulis sapalah nak baca..  cukuplah apa yang saya sempat coretkan diatas… semoga menjadi panduan pada diri saya dan pembaca maya yang sudi baca….
Sekarang ni dok cari kat 'Youtube' berkenaan keagongan Islam dan umat-umat Islam berjuang dan kehebatan mereka beribadat hingga ke akhir hayat yang sempat dirakam secara 'spontan' dan 'real' oleh jurugambar-jurugambar amator... Masa Ustaz Abdullah Khairi beri ceramah beliau banyak ambil rakaman dalam youtube untuk makluman dan menguatkan lagi hujah dalam ceramahnya.. Kalau saya dapat nanti boleh saya himpun masuk dalam blog.
Ok... jumpa lagii......

jumpa lagi...

Teratak Kasih
Alor Setar








Monday, 12 March 2012

ROYALTI PENGELUARAN DAN PEMINDAHAN BAHAN BATUAN DAN BATUAN MINERAL.... SEMAKAN KADAR YANG LEBIH KOMPETITIF

10 Mac 2012
Awana Porto Malai, Langkawi
Catatan: Mohd Asri Redha

Tidak banyak sumber hasil negeri yang boleh digunakan sepenuhnya untuk dikutip apa-apa cukai atau royalti bagi kepentingan Kerajaan Negeri Kedah. Ianya memang termaktub dalam Perlembagaan dan kerajaan negeri tidak boleh sewenang-wenangnya mengutip apa2  cukai diluar dari lingkungan yang ditetapkan... Setakat apa yang ada, maka itu sahajalah yang diteruskan tradisinya dengan penambahbaikan dari masa kesemasa.
TanaH.. adalah sebahagian sumber utama kerajaan negeri Kedah dalam mendapatkan hasil apa yang ada atasnya samada atas tanah, bawah tanah dan ruang udara . Disamping itu sebahagian transaksi dan bukan transaksi  daripada urusan-urusan berkaitan tanah juga boleh dikutip hasil untuk negeri selain Kerajaan Persekutuan juga turut mendapat hasilnya dari urusan-urusan tersebut.


Dato' Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Kedah mempe-
ngerusikan sendiri  Lab berkenaan sepanjang 3 hari
di APM...
 Hari  ini saya menghadiri Makmal Semakan Kadar Bayaran Royalti Bahan Batuan dan Mineral dibawah KTN/Aturan Tanah Kedah, Enakmen (Pemakaian) Perhutanan Negara serta Bayaran   Royalti dibawah Peraturan-Peraturan Mineral (Kedah) 2007.. yang diadakan di Awana Porto Malai, Langkawi dari 09.03.2012 hingga 11.03.2012. Objektif utama Lab ini adalah untuk meneliti  dan mengkaji semula kadar-kadar harga yang sedia ada untuk royalti-royalti bahan batuan dan batu mineral berkenaan agar kadar harganya lebih kompetitif dengan kedudukan semasa. Ini perlu kerana kadar-kadar harga yang ditetapkan sejak sekian lama belum dibuat semakan telah menyebabkan kerajaan negeri  menanggung kerugian besar jika dibuat perbandingan dengan  beberapa negeri lain. Disamping itu pengusaha-pengusaha kuari telah membuat keuntungan lumayan hasil kegiatan jual beli bahan batuan dan mineral ini.

Adalah diharapkan dengan perbincangan dan semakan semula yang dibuat ini akan dapat dicapai satu formula yang benar-benar kompetitif dan  sesuai dengan keadaan semasa serta tidak membebankan pengusaha  dan pengguna disamping kerajaan negeri boleh mengadakan penambahbaikan dalam pentadbiran dan pengurusan pengeluran dan pemindahan bahan batuan ini mengikut enakman serta akta berkaitan.

Bersantai di Lobby Hotel
Pentadbiran tanah negeri juga telah mengenalpasti terdapat banyak berlaku ketirisan hasil royalti bagi setiap pengeluaran bahan batuan dan mineral akibat beberapa kelemahan-kelemahan dalam pentadbiran, pengawasan, penguatkuasaan operasi pemindahan bahan batuan dan tamak haloba pengusaha kuari sendiri. Lab ini juga membincangkan isu-isu ini dan cuba mencari langkah-langkah kreatif dan  proaktif,  kearah mengurangkan ketirisan hasil royalti yang berlaku agar ianya dapat meningkatkan lagi hasil royalti kepada Kerajaan Negeri.

Semakan yang dibuat ini akan memantapkan lagi pengurusan royalti yang diperolehi dari bahan batuan dan mineral yang ada dibumi negeri Kedah ini.  Insya Allah hasil dari perbincangan dan keputusan yang dibuat dalam Lab ini akan meningkatkan lagi hasil kerajaan negeri dan tidak rugi rasanya datang berbengkel di Hotel Awana Porto Malai  ini walaupun sepatutnya bercuti hujung minggu..tapi demi kepentingan negeri ...  masa rehat yang ada dikorbankan ... Jadi janganlah pula dok kata pi buang duit  dan buang masa aje berbengkel di hotel....kita bincang nak tambahkan hasil negeri ... 

Ok...  dah nak sampai jeti Kuala Kedah... Tadi sebenarnya saya taip blog ni waktu bertolak dari Jeti Kuah.. Wahh hebat sungguh Pulau Langkawi ni.. sudah banyak perubahan fizikal yang dibuat.. hotelpun semakin banyak....  Kalau waktu cuti sekolah jangan haraplah nak datang terus begitu sahaja ke pulau ini tanpa buat tempahan hotel atau rumah tumpangan.. alamat tidor kat masjid sajalah...   begitu juga kalau nak datang ke Pulau ini waktu cuti sekolah.. kenalah tempah awal tiket feri kalau tidak... sangkut kat Kuala Kedah saja....  memang ramai sungguh orang orang melancung ke Pulau Langkawi  ....  Selama 3 tahun saya pernah bertugas sebagai KPPD (Pembangunan) di Pulau Langkawi memang banyak kenangan yang seronok-seronok belaka.....

Sampai jumpa lagi....


Wednesday, 29 February 2012

TUGAS TETAP DILAKSANAKAN...

29 Feb 2012
Putra Medical Centre
Catatan: Mohd Asri Redha

Dah selesai proses pengambilan............. nak kena buat penguatkuasaan
pula...  lepas tu nak kena pi mahkamah pula..  itulah cabaran-cabaran
yang terpaksa dihadapi.................
















 
Pandangan dr tingkat 7 , Putra Medical Centre. Tapak projek Aman  Central
....rupanya segala batu bata sisa bangunan yang diroboh.. dihancurkan dan
di kitar semula........sabit tak nampak dibawa keluar sisa-sisa bangunan tst..


Monday, 20 February 2012

LAWATAN 5S ANGGOTA PEJABAT TANAH KOTA SETAR KE PEJABAT TANAH KULIM DAN JUPEM

20 Februari 2012
Kulim..
catatan: Mohd Asri Redha


Tn  Hj  Shuhaime  Pentadbir Tanah
Kulim sedang menerangkan  sesuatu
kepada Pentadbir Tanah Kota Setar
berkenaan usaha2 pembaharuan yg
dibuat 
Untuk membuat sesuatu perubahan dalam sesebuah organisasi perlu banyak usaha kreatif dan proaktif dalam  tugas harian. Perubahan yang hendak dibuat hendaklah lebih baik dari yang yang semasa. Sudah tentu organisasi perlu melihat organisasi lain yang lebih berjaya dan cemerlang yang boleh dijadikan panduan dan petunjuk terbaik dalam melaksanakan perubahan dalam jabatan sendiri.

Pejabat Tanah Kulim dan JUPEM Kedah adalah antara jabatan-jabatan terbaik yang boleh dijadikan contoh untuk melaksanakan program pembaharuan organisasi. Mereka telah membuktikan kehebatan mereka masing-masing dalam melaksanakan pembaharuan hingga mencapai beberapa kejayaan cemerlang diperingkat nasional.


Rombongan PTKS bergambar kenangan bersama
kakitangan JUPEM di hadapan pejabat JUPEM
 Pejabat Tanah Kulim telah memperolehi Anugerah Inovasi  Sektor Awam 2011dalam kategori Pejabat-Pejabat Tanah Dan Daerah seluruh Malaysia  manakala JUPEM Kedah telah 2  tahun berturut-turut  memperolehi Sijil 5S dari kerajaan.

Wajah-Wajah Ceria..........
Lawatan oleh Pejabat Tanah Kota Setar  pada hari ini ke jabatan tersebut amat kena pada tempatnya untuk mengambil sebanyak mungkin ilmu dan pengetahuan berkenaan pembaharuan-pembaharuan yang dilaksanakan hingga membolehkan jabatan tersebut memperolehi kecemerlangan. Tumpuan lawatan ini adalah untuk melihat bagaimana mereka melaksanakan Program 5S dalam jabatan mereka. Pejabat Tanah Kota Setar tidak lagi boleh berdiam diri sahaja melihat kejayaan jabatan-jabatan lain. Walaupun jabatan ini menghadapi banyak masalah-masalah dalaman yang tidak berkesudahan namun usaha tetap diteruskan walau apa cara sekalipun untuk membuat sesuatu agar Pejabat Tanah Kota Setar menjadi pejabat yang disukai oleh pekerjanya disebabkan suasana persekitaran yang harmoni, disukai oleh pelanggan yang berurusan disebabkan kecekapan dan kemesraan kakitangannya. Kerajaan negeri sendiri senang berurusan dengan PTKS disebabkan cepat dan cekap dalam menangani isu-isu dan masalah tanah yang berbangkit disamping peka dengan kehendak dan keperluan kerajaan negeri.


Anggota rombongan dari PTKS
mendengar taklimat pelaksanaan
5S yang diberikan oleh En Taufik -
Timbalan Pengarah JuPEM Kedah.
 Tugas dan tanggungjawab besar menanti kepada semua anggota Pejabat Tanah Kota Setar bagi menyahut cabaran yang menanti. Membuat perubahan kearah kebaikan   tidak semudah kata-kata. Semua anggota perlu memberikan komitmen yang jitu terhadap keputusan-keputusan yang dibuat. Anggota-anggota yang tidak berminat, penyegan, pemalas, penipu, berkira, curi tulang, tidak berdisplin, suka cari fasal, suka cari salah orang sahaja, buat  kerja bodoh, buat kerja sambil lewa dan tidak selari dengan matlamat dan kehendak jabatan perlu berundur segera dari jabatan ini kerana walau seorang anggota tidak memberi kerjasama maka matlamat yang dicita-citakan tidak akan tercapai... Ketegasan dalam mengambil tindakan disiplin perlu ada dan tidak ada lagi unsur-unsur kasihan dan belas ihsan kepada anggota seperti itu kerana sebenarnya mereka tidak kasihan kepada diri mereka sendiri......

BoLeHkah KitA LakSanaKaN 5S !!!....  segalanya terletak kepada diri setiap anggota...

Ok... jumpa lagi...

Saturday, 11 February 2012

LAB TUNGGAKAN HASIL

12 Feb 2012
Jerai Hill Regency Resort, Gunung Jerai
Catatan: Mohd Asri Redha

'Team' dari Pejabat Tanah Kota Setar sedang berbincang
sebelum menyediakan rangka cadangan Pelan Tindakan
Menangani Isu Tunggakan Cukai dan Hasil Tanah
Hari ini dan semalam saya bersama-sama 4 orang anak buah PTKS sekali lagi menghadiri satu bengkel yang amat penting dalam pentadbiran tanah Kedah ini. Bengkel ini khusus untuk mencari pendekatan dan langkah-langkah yang sesuai untuk mengatasi masalah tunggakan hasil dan cukai tanah yang kalau dilihat angka-angka terkini yang ada di pentadbiran tanah agak menggerunkan dari segi tunggakan cukai dan tunggakan hasil tanah. Ianya dianjurkan oleh pejabat PTG Kedah.

Dalam tunggakan cukai tanah sahaja dianggarkan lebih RM75.00 juta belum lagi dapat dikutip balik. Walaupun angka ini masih lagi boleh dipertikaikan dari segi kesahihannya sama ada benarkah jumlah itu atau mungkinkah ada berlaku pertindihan data menyebabkan begitu banyak direkod namun sekurang-kurang bengkel pada hari ini berbincang dan mencari kata sepakat serta jalan penyelesaian kearah mengurangkan sebanyak mungkin tunggakan cukai tanah tersebut.

Pada masa yang sama bengkel ini juga cuba menyorot lebih mendalam akan data-data tunggakan cukai tanah ini sama ada ianya perlu dibuat pemutihan terutama geran-geran bertindih dimana geran lama masih ujud sedangkan geran baru telah ujud , geran yang telah dibuat pengambilan tapi tidak dibatalkan, tanah bermilik yang telah hilang disebabkan  terhakis oleh sungai dan laut, geran telah lulus ubahjenis kegunaan tanah tapi masih ada geran asal yang tidak dibatalkan dan segala macam penyebab.. Semuanya ini menyumbangkan kepada peningkatan nilai tunggakan.. Hal-hal seperti inilah yang perlu diperhatikan dan diperhalusi oleh peserta bengkel kearah cara bagaimana membuat pemutihan geran-teran tersebut. Sekiranya jumlah tunggakan dapat dikurangkan melalui pemutihan ini maka akan nampak kuranglah sikit jumlah tunggakan...

Sebenarnya nilai tunggakan yang tinggi akan memberikan satu pandangan yang tidak elok kepada pentadbiran tanah, seolah-oleh pentadbiran tanah negeri  tidak membuat sesuatu secara tegas mengutip cukai tersebut dan tidak ada pelan tindakan yang benar -benar berkesan untuk mengatasi masalah tersebut...  Oleh itu menjadi satu kesukaran pula kepada PTG untuk memohon bantuan geran pembangunan dari pihak Kerajaan Persekutuan. Mereka mahu melihat kesungguhan pentadbiran tanah negeri dulu dalam menangani isu tunggakan cukai tanah ini.

Pakar dalam bidang masing-masing sedang membentangkan
cadangan masing-masing dalam usaha mengurangkan
tunggakan hasil dan cukai tanah dan sekali gus
meningkatkan kutipan hasil tanah. Dato Pengarah
Tanah & Galian Kedah telah merumus dan menutup
Lab Tunggakan Hasil Negeri Kedah...
Sayang sungguh kepada sesiapa yang mempunyai tanah yang sah milik tapi gagal membayar cukai tanah, kerana pada akhirnya apa-apa transaksi dan bukan transaksi tanah tidak dapat dilakukan walau apa cara sekalipun... Tanah itu pada akhirnya akan jadi milik kerajaan jua apabila tindakan rampasan tanah diambil. Harta itu tidak dapat diwarisi dan tidak boleh menjadi aset berharga lagi... 


Setiap Pejabat Tanah Daerah telah membentangkan cadangan masing-masing berdasarkan pengalaman jabatan masing-masing dalam mengatasi mengurangkan tunggakan hasil tanah tersebut dan sekaligus cara meningkatkan kutipan hasil tanah.


Banyak cadangan bernas telah dibentangkan oleh para peserta... antara cadangan yang dikemukakan yang sempat saya rekodkan ialah sepertimana ringkasan dibawah:-


a. Mengambil tindakan tegas membuat perampasan tanah yang yang  tertunggak hasil banyak atau telah lama tidak bayar..
b. Mengadakan program anak angkat tunggakan cukai tanah - semua kakitangan bertanggungjawab sama mengesan setiap geran tertunggak dan berusaha sama untuk memohon tuan tanah membayar cukai tanah jika dapat dikesan.
c. Cadangan memberi diskaun kepada tunggakan-tunggakan yang tidak pernah mau bayar... akan menggalakan usaha bayar cukai tanah
d. Mengadakan 'reward' kepada  Tanah Daerah yang dapat kutip hasil terbanyak dari segi peratusannya
e. Mengwar-warkan kepada rakyat supaya segera membuat permohonan pembahagian harta pesaka bila saja berlaku kematian tuan tanah. Satu kempen berkaitan tersebut perlu diatur .
f. Mengiklankan geran dan nama tuan tanah yang mempunyai tunggakan yang banyak dalam akhbar arus perdana agar semua orang tahu keengkaran membayar cukai tanah.
g. Memaparkan senarai geran tanah yang telah dirampas kembali menjadi hak kerajaan negeri dalam billboard, dalam papan-papan kenyataan awam agar orang tuan-tuan tanah termaklum akan kesan jika tidak membayar cukai tanah.. 
h. Memberi kefahaman  kepada pemilik tanah agar membayar cukai tanah disamping cukai pintu. Kesan tindakan undang-undang kegagalan membayar cukai tanah lebih besar kerana tuan tanah boleh  hilang hakmilik berbanding cukai pintu hanya sita barang-barang sahaja.
i.Mengadakan kaunter bergerak ditempat-tempat awam atau kawasan yang mempunyai tunggakan yang banyak dan berbaloi jika diadakan kaunter bergerak tersebut.
j. Pegawai atasan sentiasa membuat pemantauan dan kepedulian terhadap setiap pergerakan fail agar tidak terhenti sekerat jalan dan akhirnya menjadi tunggakan hasil seperti Notis 5A yang telah luput tempoh tetapi  pemohon masih tidak datang membayar premium yang ditetapkan... Tindakan tegas perlu diambil melalui surat-surat pentadbiran dan notis.
k. Membangkitkan tahap kesedaran yang lebih tinggi dikalangan kakitangan pentadbiran tanah dari peringkat pegawai kanan hingga peringkat bawah agar mereka lebih peka dengan isu-isu tunggakan ini dan sama-sama memberi perhatian secara berpasukan untuk menyelesaikan isu tunggakan ini.

Sebenarnya banyak lagi idea-idea bernas, kreatif dan proaktif yang diketengahkan oleh peserta dalam bengkel ini  dan terpulanglah kepada setiap pegawai dan anggota pentadbiran tanah untuk merangka langkah-langkah tersusun secara lebih sistematik untuk merealisasikan cadangan-cadangan yang dikemukakan...

Ok... saya mau turun ke bawah... bengkelpun sudah habis... duduk diatas 1 km dari paras laut ini udaranya nyaman sekali tapi tak lah sejuk sangat, cuma berangin kuat. Pemandangan dibawah sana amat cantik, nampak saujana mata memandang petak-petak bendang yang menguning dan juga laut yang membiru..Penginapan disini ok juga ... amat sesuai untuk orang yang baru berkahwin dan berbulan madu di sini....... yang tak tahannya nak naik keatas dari kaki gunung ialah lebih kurang 12 km dengan jalan berbengkang bengkok.....

ketemu lagi.

Wednesday, 8 February 2012

BUKAN SENANG NAK BAGI TANAH KERAJAAN....

08 Februari 2012
Darulaman Golf And Country Club
Salam Sejahtera..
Ketemu lagi dalam blog saya… entah sapa bacapun saya tidak taulah.. tapi saya tetap menulis untuk santapan diri, peringatan diri dan untuk catatan rekod-rekod aktiviti harian jabatan dan aktiviti saya sendiri.
Sekitar aktiviti bengkel yang diadakan.
Penyelesaian masalah-masalah yang dihadapi dalam kerja seharian sebenarnya banyak diselesaikan melalui aktiviti-aktiviti berbengkel, berseminar , percambahan fikiran dan juga melalui mesyuarat… Untuk itu dalam pentadbiran tanah negeri Kedah ini salah satu masalah utama dalam urusan pentadbiran tanah negeri ialah masalah penyelesaian tunggakan fail-fail pelupusan tanah kerajaan dan mempercepatkan langkah-langkah kearah memberi geran tanah kepada pemohon yang berjaya.
Bagi mengatasi isu-isu yang dibangkitkan ini maka Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Kedah telah menganjurkan satu  ‘ Bengkel Pelan Tindakan Menangani Permasalahan Pelupusan Tanah’..  Bengkel ini melibatkan semua anggota kakitangan pejabat-pejabat tanah daerah dan PTG sendiri dimana terdiri dari pegawai kanan pentadbiran, ketua-ketua unit, pelukis pelan dan pegawai-pegawai teknikal serta pegawai-pegawai yang terlibat secara langsung dengan pelupusan tanah.. Tempat bengkel ialah di DGCC, Jitra pada 08-02-2012.
Sebelum bengkel diadakan para peserta didedahkan ceramah Pelan Tindakan Menangani Perlupusan Tanah Kerajaan – Pengalaman Pejabat Tanah Kulim oleh Tuan Haji Shuhaimi b. Abdul Rahman. Peserta juga diberi info berguna berkenaan Penggunaan Map-Info dalam urusan pelaporan tanah serta catatan maklumat dalam syit digital oleh En Jamil b.  Mat Penolong Pegawai Tanah Kanan dari PTG. Banyak maklumat dan pengetahuan diperolehi dari kedua-kedua penceramah berpengalaman ini dan ia menjadi asas kepada bengkel yang diadakan selepas itu.
Semua daerah telah mengemukakan idea-idea bernas, pendekatan dan cara yang sebaiknya dalam menyelesaikan isu tunggakan pelupusan tanah yang masih banyak dikebanyakan pejabat tanah daerah. Insya Allah dengan adanya cadangan-cadangan dari peserta-peserta bengkel yang berpengalaman ini, ianya akan diteliti balik oleh urusetia bengkel dan dimana yang sesuai dan praktikal akan diimplementasikan untuk semua pejabat tanah daerah.
Secara keseluruhannya saya boleh membuat kesimpulan bahawa kebanyakan isu yang dibangkitkan yang menjadi penghalang kepada kelancaran penyelesaikan isu tertunggak pelupusan tanah ialah seperti berikut:- maklumat pemohon tidak lengkap, pemohon gagal menunjukkan batu tanda sempadan,  fail-fail yang ada masalah tapi tidak dibuat keputusan muktamad, bantahan masih diterima walaupun pamiran telah tamat, fail yang hilang, isu penyimpanan fail dan tiada pegawai yang menjaga fail,  kurang integrity dan kecekapan PPT,  pemantauan yang yang kurang dari pegawai atasan, … notis 5A telah dikeluarkan tapi pemohon tidak datang bayar premium,  pohon tanah atas tanah simpanan hutan seperti kes-kes lama,  pertindihan dengan permohonan-permohonan yang sukar dibuat penyelesaian dan sebagainya, terlalu belas kasihan atas kes-kes yang tidak boleh dipertimbangkan tapi nak layan juga, surat-surat akuan lama yang tidak jelas pasti kedudukan tapaknya secara sukatan, permohonan dari agensi kerajaan – ‘simple’ sangat permohonan dan juga kekurangan pegawai teknikal dan kemudahan berteknologi tinggi seperti GPS, computer berkuasa, perisian map info serta sikap kakitangan sendiri yang enggan menggunakan atau belajar menggunakan teknologi terkini.
Pelbagai langkah penyelesaian dicadangkan oleh peserta bengkel seperti ringkasan yang saya sempat rekod dan catatkan… iaitu seperti berikut:-
Galak digunakan jurukur berlesen jika ada kemampuan kewangan untuk memohon tanah kerajaan,  meningkatkan kecekapan dan integrity PPT,
 memberi kemudahan yang secukupnya pada unit pelupusan dan teknikal seperti pegawai yang mencukupi, peralatan yang canggih seperti MAP info dan Google Earth peralatan sukatan,
Buat pemutihan fail yang tidak berkenaan, menyediakan maklumat lengkap proses permohonan tanah daan pamer atau masuk dalam laman web, pegawai atasan perlu memainkan peranan lebih aktif sentiasa peduli apa yang berlaku dalam urusan ini dan buat pemantauan dan teguran diatas kelambatan dan kekurangan laporan yang disediakan, 
proses pemeriksaan dan sedia laporan tanah – maklumat pemohon mesti lengkap dan terkini untuk mudah dihubungi oleh PPT bagi mengadakan pemeriksaan. Pemohon m esti dipastikn telah dapat mengenalpasti sekurang-kurangnyua 2 batu tanda sempadan untuk memudahkan  PPT membuat sukatan dan ‘conection’ Tak hadir masa sukat.. tolak terus permohonan  dan maklum kepada pemohon sebab penolakan
Kenalpasti fail-fail yang tertunggak dan buat keputusan. Mana yang perlu ditolak perlu ditolak segera dan dimaklumkan kepada pemohon .  Tidak perlu disimpan fail-fail berkenaan. Pemutihan fail…pemeriksaan dan pembahagian semula fail-fail yang da mengikut masalah-masalah yang ada hingga gagal diproses untuk pemberimilikan tanah.
Kelewatan pemohon mengemukakan dokumen dokumen.. maka permohonan itu terpaksa di tolak jika gagal mengemukakan apa-apa dokumen dan beri       maklumat palsu.
Di atas tanah kerajaan sudah ada individu-individu  usaha dan ada rumah struktur. Masih ada bantahan walaupun pameran telah tamat.. sebab kasihan… keputusannya sekarang ialah tidak ada lagi bantahan.  Tolak terus.
Kalau pemohon hantar wakil waktu periksa tanahpun elok ditolak saja fail tersebut.. maka mungkin ini agak meragukan. Ini boleh dikenalpastikan siapa sebenarnya pemohon.  Manakala notis pamiran yang hilang dan rosak.. dicadangkan ditampal ditempat yang berkunci.
Cadangan menutup dulu permohonan tanah kerajaan dalam tempoh setahun. Untuk tujuan menyelesaikan dulu kes-kes lama yang belum lagi diambil tindakan.
Ini adalah beberapa cadangan yang sempat saya catat dan rekodkan dan ada banyak lagi isu dan cadangan yang dikemukakan oleh para peserta bengkel berasaskan pengalaman jabatan masing-masing..
Semoga  tindakan diambil hasil dari bengkel  ini akan meningkatkan lagi bilangan pelaporan urusan permohonan tanah yang dibuat dan mengurangkan permohonan-permohonan lama yang banyak tertunggak.
Untuk jabatan saya iaitu PTKS bersedialah anda  semuanya mengambil langkahan yang perlu serta merta untuk meningkatkan lagi usaha menyelesaikan masalah tunggakan pelupusan tanah ini dan Insya Allah jika segalanya berjalan lancar akan menjadi salah satu jabatan terbaik dalam menyelesaikan isu tunggakan pelupusan tanah dan pada masa yang sama akan meningkatkan hasil tanah melalui premium tanah dan cukai tanah…
Ok… saya mau relax dulu .. mau nonton siri jenaka Mai Cek Mai..kat TV1.. katanya bekas staf PTKS adalah salah seorang pelakonnya… Eloklah sangatlah  beliau terjun ke bidang itu dari masuk kebidang yang tak sesuai dengan jiwanya..