Dengar Dulu Lagu Pamgit ini... bagi feeling sikit... he heee

Wednesday, 28 March 2012

SAYA DENGAN INI MENGUMUMKAN LELONGAN HARTANAH DAERAH KOTA SETAR BERMULA... KLING...KLING...KLING..

Dewan Ukir Mall, Alor Setar
28.03.2012
Catatan Oleh: Mohd Asri Redha

Pertama kali dalam sejarah Pentadbiran Pejabat Tanah Kota Setar.. telah mengadakan Lelong Awam Hartanah secara berkelompok dan besar-besaran..... 'Memang menakjubkan dan memang berkesan'. 'Bagus kalau buat cara ini selalu'.. 'sambutan memang ramai', 'memang mengujakan', 'buat cara ini memudahkan'.. dan pelbagai lagi kata-kata yang sempat saya dengar sepanjang program ini berlangsung hingga selesai.. Alhamdulillah..ini semua merupakan kata-kata perangsang kepada jabatan ini untuk membuat yang lebih baik dimasa hadapan....

sekitar aktiviti lelongan yang diadakan
PTKS juga membuka kaunter kutipan
cukai tanah. Sidang akhbar bersama
dengan Dato' Hj Muhamad Nor Pengarah
Tanah Dan Galian Kedah juga diadakan.
Sebenarnya untuk membuat sesuatu yang terbaik.. tidaklah semudah yang dicakap.. Banyak pengorbanan yang perlu dibuat..... banyak masa, tenaga dan wang ringgit terpaksa dikorbankan...... Kadang-kadang kita tidak perasan bahawa apabila berjaya membuat sesuatu yang dirancang .. maka itu amat memberi kepuasan kepada kita.. hilang segala keletihan.... itulah  nikmat dalam bekerja... kalau berjaya buat kerja dengan elok, sempurna dan berkesan... saya rasa satu kepuasan yang tidak terhingga kepada individu yang terlibat.. Inilah yang kita kena praktikkan dan terjemahkan dalam pekerjaan kita seharian. Jangan sedikitpun ada dalam hati perasaan hasad dengki, cemburu dan berkira  kerana kalau ada perasaan seperti itu ia akan menghilangkan nikmat bekerja malahan menambahkan ketegangan dalam kerja harian...

Sambutan yang diterima dalam KLAHKS 2012 ini memang diluar jangkaan sama sekali  ..dianggarkan lebih 300 orang pembida  dari serata negeri telah datang untuk membida hartanah yang dilelong pada hari ini walaupun jumlah hartanah hanya 47 lot sahaja.  47 hartanah tersebut telah ditawarkan dengan harga permulaan yang menarik dan tentunya dibawah harga pasaran. Nilai hartanah awalan kesemua lot yang ditawarkan berjumlah lebih kurang RM09.00 juta.

Tenaga penggerak KLAHKS 2012.............................................
Namun lebih dari separuh hartanah tersebut telah dibida dengan saingan harga yang begitu hebat hinggakan meningkat agak luar biasa. Ini menunjukkan pasaran hartanah di Bandaraya ini masih lagi ada dan memang ramai pembeli yang berminat untuk hartanah di Alor Setar ini. Berdasarkan trend sebelum inipun memang banyak  harta yang dilelong ada pembelinya. Ini menyebabkan sebahagian besar penggadai amat risau  bila diadakan KLAHKS 2012 apalagi dengan promosi yang begitu meluas merentasi sempadan negeri yang disusun atur oleh urusetia.. hartanah yang dilelong itu kemungkinan besar ada pembeli.. Sebab itu dari lebih 100 hartanah yang telah dikenalpasti untuk dilelong.. pada akhirnya hanya 47 lot hartanah sahaja yang boleh dijual. Yang lainnya penggadai telah berusaha cari wang untuk menstrukturkan semula tunggakan bayaran balik pinjaman mereka.

20 hartanah telah berjaya di tangkap lelong melibatkan 2 hartanah kampong, 1 buah  banglo, 8 rumah teres , sebuah rumah kedai,  7 rumah berkembar dan sebuah hartanah industri. Hartanah paling tinggi bernilai RM960,000.00 berjaya dibida.... Ada hartanah yang di lawan bidaan naik sehingga RM485,000.00 berbanding  tawaran permulaan hanya RM300,000.00 sahaja. Seronok bila tengok mereka berlawan harga.... dan macam-macam stail pelelong dalam menarik minat pembida hingga menaikkan lagi nilai hartanah itu..
Ok..Saya mulakan lelongan hartanah
ini dengan harga mula RM150 Ribu.
 Tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan  KLAHKS 2012.. Pihak Bank, Peguam tentunya senyum meleret bila hartanah yang tertunggak bayaran pinjaman tersebut dapat dijual... Pelelong Berlesen lagilah meleret senyum mereka bila berjaya mendapatkan pembeli......2 persen

Tentunya anak-anak buah PTKS yang merangka program dan melaksanakan program ini perlu diberi ucapan tahniah atas kejayaan KLAHKS 2012 ini.. Kerjasama yang ditunjukkan oleh semua anggota PTKS amat menggembirakan saya... kalau ini kita boleh buat .. tentunya banyak lagi aktiviti jabatan sedang ator.. boleh dlaksanakan tanpa masalah...... ok... sampai ketemu lagi...

Oh ya... Nota Ucapan Saya Dalam KLAHKS 2012 ini ada saya sisip dalam blog dibawah... klik sahaja kat situ dan akan dibawa melawat ke situ......

http://semangatjatikarya.blogspot.com/2012/03/ucapan-aluan-saya-dalam-majlis.html

Terima kasih

Teratak Kasih
Alor Setar

Sunday, 25 March 2012

ORANG ISLAM WAJIB MENJAGA KEBERSIHAN ....BERSIH HATI, BERSIH SEGALA-GALANYA

22 Mac 2012
Tg Chali, Alor Setar
Catatan: Mohd Asri Redha

Selamat Sejahtera.....Salam Satu Malaysia..
Semua orang suka bersih... kita suka tengok tempat itu bersih, cantik, indah, menyegarkan, nyaman mata memandang, dan bermacam perkara yang ada kaitan dengan kebersihan.... kalau tempat itu elok dan gah lagu manapun tapi kalau kotor dan tidak bersih... tak ada maknanya.......   Bandaraya kita sebenarnya dari segi susunan aturnya dan lokasinya memang menarik dan cantik .... Ada sungai menyusuri ditengah-tengah bandaraya ini, bandaraya ini pula dikelilingi oleh sawah yang ada waktunya menghijau, ada waktunya menguning, dan ada waktunya kelabu......  dan ada kalanya penuh dengan air... semuanya sudah ada cuma bagaimana kita mengeksploitasinya menjadi suatu yang menarik dan menjadi tumpuan orang ramai untuk berkunjung dan menikmati keindahannya.

Tempat pokok bunga hanya untuk bubuh tanah dan
baja sahaja... tapi yang banyak adalah plastik dan
kotak-kotak minuman/makanan didalamnya. Itu yang
ada atas darat.. Yang terus lontar kedalam sungai tak
taulah saya banyak mana..tapi memang banyak.... ber
sampan-sampan sampah dikutip oleh para sukarelawan .
Pokok pun dah merajuk nak hidup subur......
Dari segi gambarannya waduuh.. memang cantik sekali bandar kita ini... namun betulkah cantik dan indah bandar kita ini........ sebenarnya untuk menjadi tarikan tidak perlupun kita berbelanja besar untuk membina pelbagai macam struktur dan lanskap supaya nampak cantik... bagi saya kalau seluruh ceruk rantau dan sudut dimana sahaja dalam bandar ini bersih ... maka itulah baru dikatakan cantik......  Tapi dari pemerhatian saya... ini tidak berlaku kepada bandar kita...   Kerana apa? ... Mudah cakap ialah kerana sikap manusia itu sendiri.. sikap penduduk bandar ini sendiri..

Tengoklah sendiri dalam longkang-longkang..  penuh dengan sampah sarap buangan manusia, lihatlah sungai-sungai kita.. apa yang ada. Segala macam sampah. silap2 mayatpun ada.. masuklah ke dalam taman-taman perumahan.. segala sudut ada sahaja longgokan sampah dibuang.  Longkang depan rumahpun malas nak cuci sendiri. Sanggup berkumpul ramai2 tunggu TV3 mai ambil gambar nak bagi tau kata orang bandaran tak buat kerja.. Kalau depa gotong royong ramai2 dah lama masalah tu selesai..

Sebahagian anak-anak buah Pejabat Tanah Kota Setar
pakat2  turun ke padang mengadakan gotong royong
membersihkan kaw. persisiran Sg. Kedah di Tg Chali
Alor Setar,  Kedah: Ini juga tanggungjawab sosial
dalam membantu membersihkan Bandaraya ini..
 Pergilah ke flat-flat perumahan.. silap-silap kepala kena bungkusan sampah dibuang dari tingkat atas... Kita berjalan lagi pergi ke medan-medan selera yang ada sekitar Alor Setar ini... sebahagian besarnya tidak menepati makna kebersihan... masalahnya orang kita pergi jamu selera juga.. pergilah tengok tempat basuh pinggan mangkuknya.. memang menjijikkan. Tengoklah longkang disebelah gerainya.. penuh dengan minyak masak dan bahan buangan masakan yang terus dihumban ke longkang tersebut.. lama-lama membeku dan keras dan terus menyumbat longkang  .. lepas tu marah kat PBT... fasal tak cuci longkang  depan kedai depa.... Kita pergi pula ke pasar... lagilah menggerunkan...  tengoklah longkang belakang pasar mereka.. pasti penuh dengan bulu ayam dan segala macam bahan buangan yang tidak sepatutnya... malam-malam kita keluar bersiar ambil angin malam dan melawat pasar malam... nampak ok aje.. tapi pukul 12.00 malam ronda balik..... terkejut berok tengok  tapak tersebut penuh sampah-sarap dan tinggalan buangan barangan yang tidak dipakai dan diguna lagi... berselerakan dan pada paginya lagi jauh berselerakan dibawa angin...   Apa makna  ini semua... ini bukan kejadian alam semulajadi .. ini semua adalah perbuatan manusia... kalau pada saya ini  perbuatan manusia yang tidak  bertamaddun.  Saya tidak boleh terima perangai watak-watak manusia seperti itu yang langsung tidak kisah dan peduli fasal menjaga kebersihan dan alam sekitar ini... apatah lagi mereka  asyik menyalahkan orang sahaja....

Saya dan anak buah perlu ambil peranan ke arah memastikan kebersihan bandaraya kita walau hanya sekelumit usaha yang dapat diberikan.. Cakap kena serupa bikin.. ini satu cabaran besar pada kita semua kerana ia perlu berterusan tidak hanya hangat-hangat tahi ayam...  Apabila dicadang pada anak buah untuk turut sama bergotong royong bersama dengan MBAS..  ramai memberi sokongan penuh dan mahu terlibat.

Alhamdulillah sebahagian besar anak-anak buah PTKS telah memberi komitmen yang jitu terlibat secara langsung membersihkan sebahagian kawasan pinggiran sungai di Tanjung Chali, Alor Setar...  Memang sedih bila tengok kawasan yang indah itu dicemari sampah-sampah buangan manusia.... maka bergotong royonglah anak-anak buah saya sapu, kutip, cabut, cakar, kumpul sampah-sampah yang begitu banyak dan pada akhirnya bersihlah kawasan itu... sekelip mata tempat tersebut nampak cantik, indah dan menjadi tarikan untuk melepak berkualiti kat situ...  Tapi selama mana boleh nampak berterusan seperti ini.. selagi sikap manusia tidak berubah... maka akhirnya tempat tersebut pastinya kembali kepada asalnya yang berselerakan sampah-sampah buangan manusia....... Adakah nak buat gotong royong selalu... tentunya tak mungkin.. dalam kita buat gotong royongpun...berapa kerat penduduk dan peniaga-peniaga sekitar turut sama tolong bantu membersih kawasan depa.. boleh mereka buka kedai dok berniaga dan dok tengok saja kita mai bersih sampah dan longkang-longkang depan/belakang kedai depa.....  Kut-kut nak hulur air coca cola tak apalah juga....depa tidak kisahpun.... sakit hati dan sakit jiwa tengok perangai dan sikap orang-orang seperti ini. Seolah-olah kita pula dok terhegeh-hegeh pergi bersih kawasan mereka...

Sedarlah semua... marilah kita pakat-pakat menjaga kebersihan ... kebersihan hati, kebersihan alam sekitar kita, kebersihan diri dan kebersihan segala-galanya.....

'Liiihatlah Sekitar Alam, Duunia Terbentang Luas'..... ini
senikata lagu.... ...lihatlah nampak cantikpun tempat
tersebut bila dibersihkan...'sedap' mata memandang..
Sebelum inipun PTKS sudah buat gotong royong bersih pejabat yang rasanya tidak pernah buat gotong royong bersih kawasan tempat kerja sejak sekian lama.... Selepas ini saya dan anak buah sedang merancang untuk buat lagi gotong royong dibeberapa tempat strategik dalam bandaraya ini  tanpa tunggu gotong royong yang diatur oleh MBAS dan lain-lain agensi.. kita buat sendiri sebagai tanggungjawab sosial PTKS ke arah menjadikan alam sekitar bandaraya cantik, indah dan bersih...

Jumpa lagi.....

boleh baca tulisan-tulisan saya sebelum ini seperti link dibawah......klik sahaja

http://semangatjatiptks.blogspot.com/2011/10/bersihkah-kita.html
http://semangatjati.blogspot.com/2008/12/sikap-warga-kota-yang-masih-tidak.html

TerataK KasiH
AloR SetaR

Wednesday, 21 March 2012

LELONGAN AWAM HARTANAH DAERAH KOTA SETAR

21 March 2012
Pejabat Tanah Kota Setar......................................

Segalanya dan semuanya sudah bersiap sedia untuk Program Karnival Lelong Hartanah Kota Setar (KLAHKS 2012)  pada 28.03.2012 di Dewan Ukir Mall, Alor Setar...

Datanglah beramai-ramai dan jangan lupa bawa duit...


Tahniah kepada anak-anak buah yang begitu bersemangat untuk menjayakan program ini............Perkara penting dalam menjayakan apa-apa program ialah semangat kekitaan, semangat bergotong royong dan semangat berpasukan perlu ada pada setiap anggota... Insya Allah apa sahaja yang dirancang pasti berjaya... peranan ketua seperti saya  ni hanya sekadar mendorong  dan memberi ruang kepada anak buah untuk melaksanakan apa yang terbaik.. yang lain tu terletak kepada keikhlasan hati setiap individu untuk mau berjaya atau tidak.......


Kutipan Cukai Tanah Tetap Di
Beri Keutamaan .. Apatah Lagi
Dengan Tunggakan Yang Begitu
Langkah Lebih Agresif  Perlu Di
Ambil Termasuk Rampas Balik.. 
Kita tunggu hari tersebuttttt....

 Catatan: Mohd Asri Redha
              Teratak Kasih

Tuesday, 13 March 2012

KERJA SEBAGAI SATU IBADAT.... ALHAMDULILLAH...

04 Mac 2012
PTG
Catatan: Mohd Asri Redha

Assalamualaikumm...WRT

Sudah lama juga saya tidak menulis dalam blog ini..  Pagi ni sepertimana kebanyakan pagi-pagi yang selalu kita tengok dan lalui .. matahari mula bercahaya perlahan-lahan hingga menjadi garang. Cuacanya elok sekali dan sinaran mentari mengusung kepanasan turun ke bumi.... Saya ada sikit kesempatan masa pagi ini.. ideapun ada mai juga.. jadi elok saya ketok-ketok punat huruf 'key board'  ini menjadi perkataan yang boleh difahami....

Saya nak bersembang sikit berkenaan tajuk besar yang saya paparkan diatas itu... iaitu 'Kerja Sebagai Suatu Ibadat'...  Sebenarnya dalam mana-mana perjumpaan / mesyuarat dengan anak-anak buah saya .. selalu sangat saya tekankan perkara ini. Walau pun saya tidak arif sangat dan pandai untuk menyampaikan hasrat dan maksud  dengan sokongan dalil-dalil dan nas-nas yang ada dalam  Al Quran  dan hadis sepertimana orang pandai agama bercakap dan bersyarah.. namun saya pasti dan saya tahu memang ada kebenarannya bahawa kita bekerja itu adalah suatu ibadat kalau  kena gaya, niat dan cara kita bekerja... 

Saya bersama anak buah bergambar dgn Ustaz Abdullah
Khairi b. Hj Harun.. penceramah kreatif yang diundang
khas dari Pulau Pinang.
  Alangkah ruginya kehidupan manusia didunia ini hanya  bekerja saja sepanjang hayatnya tetapi tidak mendapat apa-apa dari apa yang kita lakukan.. hanya beroleh penat, tekanan, sekali sekala seronok, sekali sekala tidak seronok dan pada akhirnya dapat gaji..berbelanja sakan .. itu sahaja rutin hidup bekerja harian sebahagian besar manusia.. sampailah ajal menjemput kita.... Apakah itu yang sebenarnya kita cari didunia yang fana ini... Saya selalu terfikir perkara-perkara seperti ini... apakah yang kita cari sebenarnya didunia ini.. wang, pangkat, harta melimpah ruah, kemewahan, keseronokan, kehebatan, dan pelbagai perkara-perkara kebendaan yang menjadi buruan dan kegilaan majoriti manusia didunia ini.... fikir punya fikir... sebenarnya semuanya itu adalah hanya sementara sahaja.... sementara kita masih hidup didunia ini... Selepas itu tidak berguna satu sen pun kecuali  ilmu dan amal yang kita bawa ke alam baru.......

Sebahagian dari anak-anak buah Pejabat Tanah Kota
Setar yang mengikuti Ceramah Motivasi tersebut..
Oditorium Wisma Negeri pada 4.3.2012
Sebab itulah dalam jabatan saya ini urusan-urusan yang berkaitan kerja harian  , dosa pahala ni nak kena tengok juga kerana ia memberi kesan yang teramat sangat kepada kehidupan kita didunia dan di akhirat nanti ....... Namun begitu kadang-kadang bila bos bercakap ni anak2 buah tak berapa nak heran, patuh dan nak dengar sangat.. maklumlah bos pun lebih kurang saja.. ilmu ugama tak tinggi manapun , lepas tu nak berlagak dakwah orang pula...

Sebab itulah saya berusaha atur juga bersama-sama pegawai kanan jabatan dengan menjemput orang yang pakar dalam bidang itu....  pakar yanag ada tokoh dalam menarik minat penonton terpengaruh bila mendengar ceramahnya...  Namun begitu..penceramah yang saya jemput untuk memberi ceramah motivasi berkaitan kerja sebagai satu ibadat bukannya asalnya orang tinggi agama.. beliau seorang jurutera yang pernah bekerja dengan syarikat swasta tapi akhirnya terjun dalam dunia pendidikan.. namun kebolehannya belajar agama secara bersendirian dan berguru dengan sekolah-sekolah pondok telah  membawa kebolehan yang luar biasa kepada Ustaz Abdullah Khairi Hj Harun memberi ceramah yang amat menarik, berkesan dan tidak membosankan..

Menggunakan IT sebagai sokongan ceramahnya memang menarik sekali dan tidak menjemukan dengan celoteh dan ulasan-ulasan yang menarik serta penuh maklumat berguna. Mendengar ceramahnya memang tidak menjemukan.... baguslah .. saya lihat respons dari anak buah adalah memberangsangkan... Alhamdulillah... Insya Allah akan diatur lagi program-program insan seperti ini lagi....

Satu perkara yang saya berkenan sangat kata-kata penceramah ialah katanya nak buat apapun.. ingat akan Allah SWT. Malahan kalau sakit lagilah ingatkan akan Allah, lagi banyak harta lagi ingat akan Allah SWT.  Jangan cari alasan untuk tidak mengingat akan Allah SWT seperti sibuk, sakit,  anak banyak.. kalut. Manusia menjadi sombong didunia ini kerana 3 perkara iaitu sombong dengan harta kekayaan yang ada, sombong dengan keturunan orang baik, taraf tinggi dan berpengaruh serta sombong dengan  pangkati.. Namun kesombongan kita dengan apa yang kita ada tidak akan membawa kemana apabila kita mati…  Kalau diri sombong syaitan akan masuk mencelah dan sekali syaitan dapat mencelah maka kita akan terikut-ikut akan godaan syaitan yang sentiasa  mahu memesongkan akidah umat Islam didunia ini.. jadi berhati-hatilah. 
Sebab itulah setiap pekerjaan itu kita kena mulai dengan ucapan Bismillah… ada masalah  apapun ucap ‘Subhaanallah’.. kerana kata-kata ini amat memberi  semangat kepada diri anggota.   Niat dalam hati kita bekerja kerana Allah Taala.... Insya Allah kita akan mendapat ganjaran berlipatkali ganda apatahlagi kalau kita bekerja dengan sepenuh jiwa raga dan berusaha menyelesaikan dan membantu pelanggan.
Saya pun terlupa nama syaitan yang dicakapkan oleh Ustaz Abdullah.. yang suka kacau manusia supaya tidak suka bagi umat buat kerja rajin…  Harap Syaitan ini jangan bermaharaja lela dikalangan anak buah saya… kalau dia bermaharajalela dan sangkut dan berjaya mempengaruhi anak-anak buah.. teruklah…  pakat-pakat tak rajin.. buat kerja ala kadar.. kacau semua…  Namun saya berkeyakinan semua anak buah ada satu gelombang semangat baru untuk memajukan Pejabat Tanah Kota Setar kearah kecemerlangan..
Selagi kita  boleh mengelakkan diri dari terlibat 'makan’ sumber haram dalam urusan kerja harian  .. Insya Allah, Allah akan sentiasa melindungi diri kita walaupun  kadang-kadang kita sendiri tidak perasan tang mana Allah melindungi kita… sebab  itu kadang-kadang kita tidak bersyukur dengan nikmat yang diberikan...
Oklah… sebenarnya banyak lagi saya nak catat berkenaan intipati ceramah  tersebut…  namun panjang-panjang sangat tulis sapalah nak baca..  cukuplah apa yang saya sempat coretkan diatas… semoga menjadi panduan pada diri saya dan pembaca maya yang sudi baca….
Sekarang ni dok cari kat 'Youtube' berkenaan keagongan Islam dan umat-umat Islam berjuang dan kehebatan mereka beribadat hingga ke akhir hayat yang sempat dirakam secara 'spontan' dan 'real' oleh jurugambar-jurugambar amator... Masa Ustaz Abdullah Khairi beri ceramah beliau banyak ambil rakaman dalam youtube untuk makluman dan menguatkan lagi hujah dalam ceramahnya.. Kalau saya dapat nanti boleh saya himpun masuk dalam blog.
Ok... jumpa lagii......

jumpa lagi...

Teratak Kasih
Alor Setar








Monday, 12 March 2012

ROYALTI PENGELUARAN DAN PEMINDAHAN BAHAN BATUAN DAN BATUAN MINERAL.... SEMAKAN KADAR YANG LEBIH KOMPETITIF

10 Mac 2012
Awana Porto Malai, Langkawi
Catatan: Mohd Asri Redha

Tidak banyak sumber hasil negeri yang boleh digunakan sepenuhnya untuk dikutip apa-apa cukai atau royalti bagi kepentingan Kerajaan Negeri Kedah. Ianya memang termaktub dalam Perlembagaan dan kerajaan negeri tidak boleh sewenang-wenangnya mengutip apa2  cukai diluar dari lingkungan yang ditetapkan... Setakat apa yang ada, maka itu sahajalah yang diteruskan tradisinya dengan penambahbaikan dari masa kesemasa.
TanaH.. adalah sebahagian sumber utama kerajaan negeri Kedah dalam mendapatkan hasil apa yang ada atasnya samada atas tanah, bawah tanah dan ruang udara . Disamping itu sebahagian transaksi dan bukan transaksi  daripada urusan-urusan berkaitan tanah juga boleh dikutip hasil untuk negeri selain Kerajaan Persekutuan juga turut mendapat hasilnya dari urusan-urusan tersebut.


Dato' Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Kedah mempe-
ngerusikan sendiri  Lab berkenaan sepanjang 3 hari
di APM...
 Hari  ini saya menghadiri Makmal Semakan Kadar Bayaran Royalti Bahan Batuan dan Mineral dibawah KTN/Aturan Tanah Kedah, Enakmen (Pemakaian) Perhutanan Negara serta Bayaran   Royalti dibawah Peraturan-Peraturan Mineral (Kedah) 2007.. yang diadakan di Awana Porto Malai, Langkawi dari 09.03.2012 hingga 11.03.2012. Objektif utama Lab ini adalah untuk meneliti  dan mengkaji semula kadar-kadar harga yang sedia ada untuk royalti-royalti bahan batuan dan batu mineral berkenaan agar kadar harganya lebih kompetitif dengan kedudukan semasa. Ini perlu kerana kadar-kadar harga yang ditetapkan sejak sekian lama belum dibuat semakan telah menyebabkan kerajaan negeri  menanggung kerugian besar jika dibuat perbandingan dengan  beberapa negeri lain. Disamping itu pengusaha-pengusaha kuari telah membuat keuntungan lumayan hasil kegiatan jual beli bahan batuan dan mineral ini.

Adalah diharapkan dengan perbincangan dan semakan semula yang dibuat ini akan dapat dicapai satu formula yang benar-benar kompetitif dan  sesuai dengan keadaan semasa serta tidak membebankan pengusaha  dan pengguna disamping kerajaan negeri boleh mengadakan penambahbaikan dalam pentadbiran dan pengurusan pengeluran dan pemindahan bahan batuan ini mengikut enakman serta akta berkaitan.

Bersantai di Lobby Hotel
Pentadbiran tanah negeri juga telah mengenalpasti terdapat banyak berlaku ketirisan hasil royalti bagi setiap pengeluaran bahan batuan dan mineral akibat beberapa kelemahan-kelemahan dalam pentadbiran, pengawasan, penguatkuasaan operasi pemindahan bahan batuan dan tamak haloba pengusaha kuari sendiri. Lab ini juga membincangkan isu-isu ini dan cuba mencari langkah-langkah kreatif dan  proaktif,  kearah mengurangkan ketirisan hasil royalti yang berlaku agar ianya dapat meningkatkan lagi hasil royalti kepada Kerajaan Negeri.

Semakan yang dibuat ini akan memantapkan lagi pengurusan royalti yang diperolehi dari bahan batuan dan mineral yang ada dibumi negeri Kedah ini.  Insya Allah hasil dari perbincangan dan keputusan yang dibuat dalam Lab ini akan meningkatkan lagi hasil kerajaan negeri dan tidak rugi rasanya datang berbengkel di Hotel Awana Porto Malai  ini walaupun sepatutnya bercuti hujung minggu..tapi demi kepentingan negeri ...  masa rehat yang ada dikorbankan ... Jadi janganlah pula dok kata pi buang duit  dan buang masa aje berbengkel di hotel....kita bincang nak tambahkan hasil negeri ... 

Ok...  dah nak sampai jeti Kuala Kedah... Tadi sebenarnya saya taip blog ni waktu bertolak dari Jeti Kuah.. Wahh hebat sungguh Pulau Langkawi ni.. sudah banyak perubahan fizikal yang dibuat.. hotelpun semakin banyak....  Kalau waktu cuti sekolah jangan haraplah nak datang terus begitu sahaja ke pulau ini tanpa buat tempahan hotel atau rumah tumpangan.. alamat tidor kat masjid sajalah...   begitu juga kalau nak datang ke Pulau ini waktu cuti sekolah.. kenalah tempah awal tiket feri kalau tidak... sangkut kat Kuala Kedah saja....  memang ramai sungguh orang orang melancung ke Pulau Langkawi  ....  Selama 3 tahun saya pernah bertugas sebagai KPPD (Pembangunan) di Pulau Langkawi memang banyak kenangan yang seronok-seronok belaka.....

Sampai jumpa lagi....


Wednesday, 29 February 2012

TUGAS TETAP DILAKSANAKAN...

29 Feb 2012
Putra Medical Centre
Catatan: Mohd Asri Redha

Dah selesai proses pengambilan............. nak kena buat penguatkuasaan
pula...  lepas tu nak kena pi mahkamah pula..  itulah cabaran-cabaran
yang terpaksa dihadapi.................
















 
Pandangan dr tingkat 7 , Putra Medical Centre. Tapak projek Aman  Central
....rupanya segala batu bata sisa bangunan yang diroboh.. dihancurkan dan
di kitar semula........sabit tak nampak dibawa keluar sisa-sisa bangunan tst..


Monday, 20 February 2012

LAWATAN 5S ANGGOTA PEJABAT TANAH KOTA SETAR KE PEJABAT TANAH KULIM DAN JUPEM

20 Februari 2012
Kulim..
catatan: Mohd Asri Redha


Tn  Hj  Shuhaime  Pentadbir Tanah
Kulim sedang menerangkan  sesuatu
kepada Pentadbir Tanah Kota Setar
berkenaan usaha2 pembaharuan yg
dibuat 
Untuk membuat sesuatu perubahan dalam sesebuah organisasi perlu banyak usaha kreatif dan proaktif dalam  tugas harian. Perubahan yang hendak dibuat hendaklah lebih baik dari yang yang semasa. Sudah tentu organisasi perlu melihat organisasi lain yang lebih berjaya dan cemerlang yang boleh dijadikan panduan dan petunjuk terbaik dalam melaksanakan perubahan dalam jabatan sendiri.

Pejabat Tanah Kulim dan JUPEM Kedah adalah antara jabatan-jabatan terbaik yang boleh dijadikan contoh untuk melaksanakan program pembaharuan organisasi. Mereka telah membuktikan kehebatan mereka masing-masing dalam melaksanakan pembaharuan hingga mencapai beberapa kejayaan cemerlang diperingkat nasional.


Rombongan PTKS bergambar kenangan bersama
kakitangan JUPEM di hadapan pejabat JUPEM
 Pejabat Tanah Kulim telah memperolehi Anugerah Inovasi  Sektor Awam 2011dalam kategori Pejabat-Pejabat Tanah Dan Daerah seluruh Malaysia  manakala JUPEM Kedah telah 2  tahun berturut-turut  memperolehi Sijil 5S dari kerajaan.

Wajah-Wajah Ceria..........
Lawatan oleh Pejabat Tanah Kota Setar  pada hari ini ke jabatan tersebut amat kena pada tempatnya untuk mengambil sebanyak mungkin ilmu dan pengetahuan berkenaan pembaharuan-pembaharuan yang dilaksanakan hingga membolehkan jabatan tersebut memperolehi kecemerlangan. Tumpuan lawatan ini adalah untuk melihat bagaimana mereka melaksanakan Program 5S dalam jabatan mereka. Pejabat Tanah Kota Setar tidak lagi boleh berdiam diri sahaja melihat kejayaan jabatan-jabatan lain. Walaupun jabatan ini menghadapi banyak masalah-masalah dalaman yang tidak berkesudahan namun usaha tetap diteruskan walau apa cara sekalipun untuk membuat sesuatu agar Pejabat Tanah Kota Setar menjadi pejabat yang disukai oleh pekerjanya disebabkan suasana persekitaran yang harmoni, disukai oleh pelanggan yang berurusan disebabkan kecekapan dan kemesraan kakitangannya. Kerajaan negeri sendiri senang berurusan dengan PTKS disebabkan cepat dan cekap dalam menangani isu-isu dan masalah tanah yang berbangkit disamping peka dengan kehendak dan keperluan kerajaan negeri.


Anggota rombongan dari PTKS
mendengar taklimat pelaksanaan
5S yang diberikan oleh En Taufik -
Timbalan Pengarah JuPEM Kedah.
 Tugas dan tanggungjawab besar menanti kepada semua anggota Pejabat Tanah Kota Setar bagi menyahut cabaran yang menanti. Membuat perubahan kearah kebaikan   tidak semudah kata-kata. Semua anggota perlu memberikan komitmen yang jitu terhadap keputusan-keputusan yang dibuat. Anggota-anggota yang tidak berminat, penyegan, pemalas, penipu, berkira, curi tulang, tidak berdisplin, suka cari fasal, suka cari salah orang sahaja, buat  kerja bodoh, buat kerja sambil lewa dan tidak selari dengan matlamat dan kehendak jabatan perlu berundur segera dari jabatan ini kerana walau seorang anggota tidak memberi kerjasama maka matlamat yang dicita-citakan tidak akan tercapai... Ketegasan dalam mengambil tindakan disiplin perlu ada dan tidak ada lagi unsur-unsur kasihan dan belas ihsan kepada anggota seperti itu kerana sebenarnya mereka tidak kasihan kepada diri mereka sendiri......

BoLeHkah KitA LakSanaKaN 5S !!!....  segalanya terletak kepada diri setiap anggota...

Ok... jumpa lagi...

Saturday, 11 February 2012

LAB TUNGGAKAN HASIL

12 Feb 2012
Jerai Hill Regency Resort, Gunung Jerai
Catatan: Mohd Asri Redha

'Team' dari Pejabat Tanah Kota Setar sedang berbincang
sebelum menyediakan rangka cadangan Pelan Tindakan
Menangani Isu Tunggakan Cukai dan Hasil Tanah
Hari ini dan semalam saya bersama-sama 4 orang anak buah PTKS sekali lagi menghadiri satu bengkel yang amat penting dalam pentadbiran tanah Kedah ini. Bengkel ini khusus untuk mencari pendekatan dan langkah-langkah yang sesuai untuk mengatasi masalah tunggakan hasil dan cukai tanah yang kalau dilihat angka-angka terkini yang ada di pentadbiran tanah agak menggerunkan dari segi tunggakan cukai dan tunggakan hasil tanah. Ianya dianjurkan oleh pejabat PTG Kedah.

Dalam tunggakan cukai tanah sahaja dianggarkan lebih RM75.00 juta belum lagi dapat dikutip balik. Walaupun angka ini masih lagi boleh dipertikaikan dari segi kesahihannya sama ada benarkah jumlah itu atau mungkinkah ada berlaku pertindihan data menyebabkan begitu banyak direkod namun sekurang-kurang bengkel pada hari ini berbincang dan mencari kata sepakat serta jalan penyelesaian kearah mengurangkan sebanyak mungkin tunggakan cukai tanah tersebut.

Pada masa yang sama bengkel ini juga cuba menyorot lebih mendalam akan data-data tunggakan cukai tanah ini sama ada ianya perlu dibuat pemutihan terutama geran-geran bertindih dimana geran lama masih ujud sedangkan geran baru telah ujud , geran yang telah dibuat pengambilan tapi tidak dibatalkan, tanah bermilik yang telah hilang disebabkan  terhakis oleh sungai dan laut, geran telah lulus ubahjenis kegunaan tanah tapi masih ada geran asal yang tidak dibatalkan dan segala macam penyebab.. Semuanya ini menyumbangkan kepada peningkatan nilai tunggakan.. Hal-hal seperti inilah yang perlu diperhatikan dan diperhalusi oleh peserta bengkel kearah cara bagaimana membuat pemutihan geran-teran tersebut. Sekiranya jumlah tunggakan dapat dikurangkan melalui pemutihan ini maka akan nampak kuranglah sikit jumlah tunggakan...

Sebenarnya nilai tunggakan yang tinggi akan memberikan satu pandangan yang tidak elok kepada pentadbiran tanah, seolah-oleh pentadbiran tanah negeri  tidak membuat sesuatu secara tegas mengutip cukai tersebut dan tidak ada pelan tindakan yang benar -benar berkesan untuk mengatasi masalah tersebut...  Oleh itu menjadi satu kesukaran pula kepada PTG untuk memohon bantuan geran pembangunan dari pihak Kerajaan Persekutuan. Mereka mahu melihat kesungguhan pentadbiran tanah negeri dulu dalam menangani isu tunggakan cukai tanah ini.

Pakar dalam bidang masing-masing sedang membentangkan
cadangan masing-masing dalam usaha mengurangkan
tunggakan hasil dan cukai tanah dan sekali gus
meningkatkan kutipan hasil tanah. Dato Pengarah
Tanah & Galian Kedah telah merumus dan menutup
Lab Tunggakan Hasil Negeri Kedah...
Sayang sungguh kepada sesiapa yang mempunyai tanah yang sah milik tapi gagal membayar cukai tanah, kerana pada akhirnya apa-apa transaksi dan bukan transaksi tanah tidak dapat dilakukan walau apa cara sekalipun... Tanah itu pada akhirnya akan jadi milik kerajaan jua apabila tindakan rampasan tanah diambil. Harta itu tidak dapat diwarisi dan tidak boleh menjadi aset berharga lagi... 


Setiap Pejabat Tanah Daerah telah membentangkan cadangan masing-masing berdasarkan pengalaman jabatan masing-masing dalam mengatasi mengurangkan tunggakan hasil tanah tersebut dan sekaligus cara meningkatkan kutipan hasil tanah.


Banyak cadangan bernas telah dibentangkan oleh para peserta... antara cadangan yang dikemukakan yang sempat saya rekodkan ialah sepertimana ringkasan dibawah:-


a. Mengambil tindakan tegas membuat perampasan tanah yang yang  tertunggak hasil banyak atau telah lama tidak bayar..
b. Mengadakan program anak angkat tunggakan cukai tanah - semua kakitangan bertanggungjawab sama mengesan setiap geran tertunggak dan berusaha sama untuk memohon tuan tanah membayar cukai tanah jika dapat dikesan.
c. Cadangan memberi diskaun kepada tunggakan-tunggakan yang tidak pernah mau bayar... akan menggalakan usaha bayar cukai tanah
d. Mengadakan 'reward' kepada  Tanah Daerah yang dapat kutip hasil terbanyak dari segi peratusannya
e. Mengwar-warkan kepada rakyat supaya segera membuat permohonan pembahagian harta pesaka bila saja berlaku kematian tuan tanah. Satu kempen berkaitan tersebut perlu diatur .
f. Mengiklankan geran dan nama tuan tanah yang mempunyai tunggakan yang banyak dalam akhbar arus perdana agar semua orang tahu keengkaran membayar cukai tanah.
g. Memaparkan senarai geran tanah yang telah dirampas kembali menjadi hak kerajaan negeri dalam billboard, dalam papan-papan kenyataan awam agar orang tuan-tuan tanah termaklum akan kesan jika tidak membayar cukai tanah.. 
h. Memberi kefahaman  kepada pemilik tanah agar membayar cukai tanah disamping cukai pintu. Kesan tindakan undang-undang kegagalan membayar cukai tanah lebih besar kerana tuan tanah boleh  hilang hakmilik berbanding cukai pintu hanya sita barang-barang sahaja.
i.Mengadakan kaunter bergerak ditempat-tempat awam atau kawasan yang mempunyai tunggakan yang banyak dan berbaloi jika diadakan kaunter bergerak tersebut.
j. Pegawai atasan sentiasa membuat pemantauan dan kepedulian terhadap setiap pergerakan fail agar tidak terhenti sekerat jalan dan akhirnya menjadi tunggakan hasil seperti Notis 5A yang telah luput tempoh tetapi  pemohon masih tidak datang membayar premium yang ditetapkan... Tindakan tegas perlu diambil melalui surat-surat pentadbiran dan notis.
k. Membangkitkan tahap kesedaran yang lebih tinggi dikalangan kakitangan pentadbiran tanah dari peringkat pegawai kanan hingga peringkat bawah agar mereka lebih peka dengan isu-isu tunggakan ini dan sama-sama memberi perhatian secara berpasukan untuk menyelesaikan isu tunggakan ini.

Sebenarnya banyak lagi idea-idea bernas, kreatif dan proaktif yang diketengahkan oleh peserta dalam bengkel ini  dan terpulanglah kepada setiap pegawai dan anggota pentadbiran tanah untuk merangka langkah-langkah tersusun secara lebih sistematik untuk merealisasikan cadangan-cadangan yang dikemukakan...

Ok... saya mau turun ke bawah... bengkelpun sudah habis... duduk diatas 1 km dari paras laut ini udaranya nyaman sekali tapi tak lah sejuk sangat, cuma berangin kuat. Pemandangan dibawah sana amat cantik, nampak saujana mata memandang petak-petak bendang yang menguning dan juga laut yang membiru..Penginapan disini ok juga ... amat sesuai untuk orang yang baru berkahwin dan berbulan madu di sini....... yang tak tahannya nak naik keatas dari kaki gunung ialah lebih kurang 12 km dengan jalan berbengkang bengkok.....

ketemu lagi.

Wednesday, 8 February 2012

BUKAN SENANG NAK BAGI TANAH KERAJAAN....

08 Februari 2012
Darulaman Golf And Country Club
Salam Sejahtera..
Ketemu lagi dalam blog saya… entah sapa bacapun saya tidak taulah.. tapi saya tetap menulis untuk santapan diri, peringatan diri dan untuk catatan rekod-rekod aktiviti harian jabatan dan aktiviti saya sendiri.
Sekitar aktiviti bengkel yang diadakan.
Penyelesaian masalah-masalah yang dihadapi dalam kerja seharian sebenarnya banyak diselesaikan melalui aktiviti-aktiviti berbengkel, berseminar , percambahan fikiran dan juga melalui mesyuarat… Untuk itu dalam pentadbiran tanah negeri Kedah ini salah satu masalah utama dalam urusan pentadbiran tanah negeri ialah masalah penyelesaian tunggakan fail-fail pelupusan tanah kerajaan dan mempercepatkan langkah-langkah kearah memberi geran tanah kepada pemohon yang berjaya.
Bagi mengatasi isu-isu yang dibangkitkan ini maka Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Kedah telah menganjurkan satu  ‘ Bengkel Pelan Tindakan Menangani Permasalahan Pelupusan Tanah’..  Bengkel ini melibatkan semua anggota kakitangan pejabat-pejabat tanah daerah dan PTG sendiri dimana terdiri dari pegawai kanan pentadbiran, ketua-ketua unit, pelukis pelan dan pegawai-pegawai teknikal serta pegawai-pegawai yang terlibat secara langsung dengan pelupusan tanah.. Tempat bengkel ialah di DGCC, Jitra pada 08-02-2012.
Sebelum bengkel diadakan para peserta didedahkan ceramah Pelan Tindakan Menangani Perlupusan Tanah Kerajaan – Pengalaman Pejabat Tanah Kulim oleh Tuan Haji Shuhaimi b. Abdul Rahman. Peserta juga diberi info berguna berkenaan Penggunaan Map-Info dalam urusan pelaporan tanah serta catatan maklumat dalam syit digital oleh En Jamil b.  Mat Penolong Pegawai Tanah Kanan dari PTG. Banyak maklumat dan pengetahuan diperolehi dari kedua-kedua penceramah berpengalaman ini dan ia menjadi asas kepada bengkel yang diadakan selepas itu.
Semua daerah telah mengemukakan idea-idea bernas, pendekatan dan cara yang sebaiknya dalam menyelesaikan isu tunggakan pelupusan tanah yang masih banyak dikebanyakan pejabat tanah daerah. Insya Allah dengan adanya cadangan-cadangan dari peserta-peserta bengkel yang berpengalaman ini, ianya akan diteliti balik oleh urusetia bengkel dan dimana yang sesuai dan praktikal akan diimplementasikan untuk semua pejabat tanah daerah.
Secara keseluruhannya saya boleh membuat kesimpulan bahawa kebanyakan isu yang dibangkitkan yang menjadi penghalang kepada kelancaran penyelesaikan isu tertunggak pelupusan tanah ialah seperti berikut:- maklumat pemohon tidak lengkap, pemohon gagal menunjukkan batu tanda sempadan,  fail-fail yang ada masalah tapi tidak dibuat keputusan muktamad, bantahan masih diterima walaupun pamiran telah tamat, fail yang hilang, isu penyimpanan fail dan tiada pegawai yang menjaga fail,  kurang integrity dan kecekapan PPT,  pemantauan yang yang kurang dari pegawai atasan, … notis 5A telah dikeluarkan tapi pemohon tidak datang bayar premium,  pohon tanah atas tanah simpanan hutan seperti kes-kes lama,  pertindihan dengan permohonan-permohonan yang sukar dibuat penyelesaian dan sebagainya, terlalu belas kasihan atas kes-kes yang tidak boleh dipertimbangkan tapi nak layan juga, surat-surat akuan lama yang tidak jelas pasti kedudukan tapaknya secara sukatan, permohonan dari agensi kerajaan – ‘simple’ sangat permohonan dan juga kekurangan pegawai teknikal dan kemudahan berteknologi tinggi seperti GPS, computer berkuasa, perisian map info serta sikap kakitangan sendiri yang enggan menggunakan atau belajar menggunakan teknologi terkini.
Pelbagai langkah penyelesaian dicadangkan oleh peserta bengkel seperti ringkasan yang saya sempat rekod dan catatkan… iaitu seperti berikut:-
Galak digunakan jurukur berlesen jika ada kemampuan kewangan untuk memohon tanah kerajaan,  meningkatkan kecekapan dan integrity PPT,
 memberi kemudahan yang secukupnya pada unit pelupusan dan teknikal seperti pegawai yang mencukupi, peralatan yang canggih seperti MAP info dan Google Earth peralatan sukatan,
Buat pemutihan fail yang tidak berkenaan, menyediakan maklumat lengkap proses permohonan tanah daan pamer atau masuk dalam laman web, pegawai atasan perlu memainkan peranan lebih aktif sentiasa peduli apa yang berlaku dalam urusan ini dan buat pemantauan dan teguran diatas kelambatan dan kekurangan laporan yang disediakan, 
proses pemeriksaan dan sedia laporan tanah – maklumat pemohon mesti lengkap dan terkini untuk mudah dihubungi oleh PPT bagi mengadakan pemeriksaan. Pemohon m esti dipastikn telah dapat mengenalpasti sekurang-kurangnyua 2 batu tanda sempadan untuk memudahkan  PPT membuat sukatan dan ‘conection’ Tak hadir masa sukat.. tolak terus permohonan  dan maklum kepada pemohon sebab penolakan
Kenalpasti fail-fail yang tertunggak dan buat keputusan. Mana yang perlu ditolak perlu ditolak segera dan dimaklumkan kepada pemohon .  Tidak perlu disimpan fail-fail berkenaan. Pemutihan fail…pemeriksaan dan pembahagian semula fail-fail yang da mengikut masalah-masalah yang ada hingga gagal diproses untuk pemberimilikan tanah.
Kelewatan pemohon mengemukakan dokumen dokumen.. maka permohonan itu terpaksa di tolak jika gagal mengemukakan apa-apa dokumen dan beri       maklumat palsu.
Di atas tanah kerajaan sudah ada individu-individu  usaha dan ada rumah struktur. Masih ada bantahan walaupun pameran telah tamat.. sebab kasihan… keputusannya sekarang ialah tidak ada lagi bantahan.  Tolak terus.
Kalau pemohon hantar wakil waktu periksa tanahpun elok ditolak saja fail tersebut.. maka mungkin ini agak meragukan. Ini boleh dikenalpastikan siapa sebenarnya pemohon.  Manakala notis pamiran yang hilang dan rosak.. dicadangkan ditampal ditempat yang berkunci.
Cadangan menutup dulu permohonan tanah kerajaan dalam tempoh setahun. Untuk tujuan menyelesaikan dulu kes-kes lama yang belum lagi diambil tindakan.
Ini adalah beberapa cadangan yang sempat saya catat dan rekodkan dan ada banyak lagi isu dan cadangan yang dikemukakan oleh para peserta bengkel berasaskan pengalaman jabatan masing-masing..
Semoga  tindakan diambil hasil dari bengkel  ini akan meningkatkan lagi bilangan pelaporan urusan permohonan tanah yang dibuat dan mengurangkan permohonan-permohonan lama yang banyak tertunggak.
Untuk jabatan saya iaitu PTKS bersedialah anda  semuanya mengambil langkahan yang perlu serta merta untuk meningkatkan lagi usaha menyelesaikan masalah tunggakan pelupusan tanah ini dan Insya Allah jika segalanya berjalan lancar akan menjadi salah satu jabatan terbaik dalam menyelesaikan isu tunggakan pelupusan tanah dan pada masa yang sama akan meningkatkan hasil tanah melalui premium tanah dan cukai tanah…
Ok… saya mau relax dulu .. mau nonton siri jenaka Mai Cek Mai..kat TV1.. katanya bekas staf PTKS adalah salah seorang pelakonnya… Eloklah sangatlah  beliau terjun ke bidang itu dari masuk kebidang yang tak sesuai dengan jiwanya..

Friday, 13 January 2012

Nak Tengok Sangat Pelan Surau Al Salihiah.... Nah ini dia..

Catatan: Mohd Asri Redha

Nampak gambaran surau ni, lebih hebat dan menarik... bukan senang nak buat surau sebegini indah dalam sebuah kompleks perniagaan yang besar....   kalau tidak ada apa-apa gangguan, Insya Allah akan menjadi kenyataan.....   Tengoklah nanti apa pula orang nak kata.. bila dah tunjuk pelan rekabentuk surau tersebut. Pilah tengok kat mana2 kompleks perniagaan besar adakah surau sebesar ini dan seindah ini sepertimana yang dirancang kat Kompleks Aman Sentral,  ...   Cuma nanti kena fikir macam mana nak mengimarahkan surau ini sahaja... dan tak adalah lagi surau ini disewakan untuk maksud lain.... Apa kata duit pampasan tanah wakaf dan bangunan digunakan untuk buat 5 surau lagi  ditaman-taman perumahan yang amat memerlukan kemudahan surau yang lebih sempurna ... bertambah-tambah banyaklah ganjaran pahala kepada hamba Allah yang mewakafkan tanahnya itu... Amiin...

Komen saya dan keratan akhbar berkaitan isu ini boleh anda layari di sini:  Klik saja kat situ......

 http://semangatjatiptks.blogspot.com/2011/08/pembangunan-tapak-plaza-tunku.html


Teratak Kasih
Alor Setar

Thursday, 5 January 2012

MemohoN KeberkataN YanG MahA BerkuasA

05 Januari 2012
Catatan: Mohd Asri Redha
Pejabat Tanah Kota Setar

Sebahagian kakitangan PTKS yang hadir sama dalam
majlis bacaan yasin dan doa selamat tersebut
Malam ini suatu Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat telah diadakan di kompleks Pejabat Tanah Dan Daerah Kota Setar... Menjadi satu kemestian apabila memasuki bangunan baru, kita sebagai umat Islam mengadakan majlis seperti ini untuk memberi keberkatan kepada aktiviti yang diadakan dalam kompleks  ini... Biarlah sesuatu itu kita mulakan dengan mengingati Allah SWT. Disamping itu bangunan ini telah lama siap tapi tidak dapat diduduki lagi kerana urusan pemasangan perabot dan peralatan bekerja belum disediakan lagi.. Tentunya kalau dah lama tu mungkin ada makhluk lain pula tumpang sekaki duduk bersukaria dalam bangunan yang indah ini... jadi elok sangat dibuat majlis-majlis seperti ini..  Lepas ni akan diator lagi majlis seperti ini.. bila benar-benar masuk nanti....

Sekarang kerja-kerja pemasangan perabot dan peralatan kerusi meja sedang dalam proses pelaksanaan.. Insya Allah pada awal bulan  April 2012 , segalanya lengkap dan Pejabat Tanah Dan Daerah Kota Setar akan beroperasi disini.

Pada masa itu adalah diharapkan perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan adalah terbaik..... harapan saya begitulah... hendak apa lagi.. segala-galanya baru belaka.. tentu lebih bersemangat rasanya anak-anak buah bekerja ...

Wednesday, 4 January 2012

Monday, 19 December 2011

Al-Fatihah buat Sahabat Kita Allahyarham Tuan Hj.Hussain b. Abdul Rahman

19.12.2011
Catatan: Mohd Asri Redha

Hari ini kat opis tidak ada apa-apa temujanji dan mesyuarat... jadi saya mengambil kesempatan untuk berehat dan cuti ganti hari yang saya telah pohon cuti tapi terpaksa dibatalkan atas sebab urusan rasmi jabatan yang tidak dapat dielakkan...  Jadi saya bercuti rehat hanya jika tidak ada apa-apa yang tidak mewajarkan saya bercuti.... bukan dirancang bercuti pada hari tertentu yang memang hari itu banyak masalah... atau urusan yang belum selesai.. nak elak kena 'sound, bos. jadi baik cabut dengan bercuti.... jenis ini pun memang banyak kat jabatan hingga melambatkan tindakan-tindakan yang sepatutnya.

Petang tadi saya terima berita mengejut memaklumkan Tuan Hj Hussain b. Abdul Rahman .. Penghantar Notis PTKS telah kembali ke rahmatullah. Setelah sekian lama bergelut dengan penderitaan akibat kemalangan jalan raya beliau akhirnya dijemput untuk mengadap Ilahi lebih awal dari kita... Sesungguhnya kematian tidak dapat kita elakkan... lari pilah kemanapun.. mati tetap menunggu  kita.... Cumanya nak mati muda atau mati tua.... jadi bila-bila masa saja Allah SWT boleh menarik nafas kita... Jadi bersedialah untuk mati.. jangan dok enjoy sangat hingga lupa segala suruhan dan larangan Allah.. buat kerjapun kena ingat juga fasal dosa pahala... Cukupkah bekalan kita untuk dibawa ke alam baqa dan alam akhirat.....


Berdoalah dan baca
lah ayat-ayat suci
kpd aruah .. semoga
doa & bacaan ayat
suci Al Quran akan
mempermudahkan
beliau dialam baqa.
 Malam nya saya ziarah ke rumah Allahyarham di Kg. Raga Yan dan  menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga aruah... Sempat bertahlil dan berdoa bersama jiran-jirannya yang ramai datang. Melihat begitu ramainya sahabat taulan yang datang menziarah dan membaca tahlil dan doa.... saya termaklum aruah sahabat kita ini seorang yang bermasyarakat... sebab itu ramai kenalan yang datang mengunjung tidak berhenti-henti...Alhamdulillah... berkat doa rakan-rakan dan sanak-saudara serta kerja baik aruah akan memudahkan aruah mengadap Allah SWT nanti dan diberi ganjaran yang sebaik mungkin.

Saya secara peribadi sebenarnya tidak begitu sangat mengenali beliau kerana baru saja  bertugas di PTKS dan tidak lama selepas itu beliau kemalangan hingga koma dan berakhir dengan kematian... Namun rakan-rakannya di sekitar pekan Yan banyak yang saya kenal dan saya jumpa pada malam itu. Memang betullah aruah adalah seorang yang mesra dan bergaul baik dengan masyarakat disekitarnya.... sama-samalah kita berdoa semoga Allahyarham akan dipelihara Allah dan dihindarkan dari siksaan dialam baqa dan alam akhirat. .. dan sama-samalah kita sedekah surah Al Fatihah kepada beliau... Al Fatihah... Amiin..


Teratak Kasih

Sunday, 4 December 2011

KHIDMAT TIDAK MENGIRA TEMPAT

05 Disember 2011
Catatan: Mohd Asri Redha.

Selamat Sejahtera semua,

Pagi ini rasanya semua ceria-ceria  belaka. Hujanpun tidak turun lebat sepertimana yang dijangka. Kita di Pejabat Tanah tetap meneruskan perkhidmatan kepada rakyat seperti biasa...


Turun ke padang utk membantu menyelesaikan masalah
warga emas yang tidak mampu datang ke opis untuk
menyelesaikan urusan tanah. Sampai begitu sekali 
jabatan beri perkhidmatan.....Kes-kes seperti ini
perlu diketengahkan kepada orang awam akan
 betapa baiknyaperkhidmatan yang diberikan.
Tidaklah hanya kena kutuk dan aduan tidak
puas hati pelanggan sahaja diterima......
Kg Telok Bagan, Alor Setar (18.12.2011)
.
 Sebenarnya banyak perkhidmatan-perkhidmatan yang pejabat tanah sediakan memberi manfaat yang besar kepada sebilangan besar rakyat... bagi saya terlalu banyak... Namun begitu kadang-kadang kerja baik kakitangan PTKS dihilangkan oleh sedikit kesilapan yang berlaku  dan kurang baik perkhidmatan yang diberikan oleh sebahagian staf jabatan... Ini memang tidak dapat dielakkan kerana kita berurusan dengan manusia... Namun begitu jabatan cuba mengurangkan seminima mungkin akan kesilapan dan kelemahan-kelemahan yang dikenalpasti dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat....

Perkara-perkara baik dan perkhidmatan-perkhidmatan terbaik yang diberikan oleh pentadbiran tanah perlu dihebah-hebahkan epada umum supaya rakyat termaklum. Banyak orang awam diluar sana tidak mengikuti perkembangan-perkembangan terkini dalam pentadbiran tanah. Ini akan menghapuskan persepsi rakyat sebelum ini yang menganggap bila berurusan dengan pejabat tanah memang lambat dan layanan tidak memuaskan...

Warga emas ini menyatakan persetujuan pindah milik
tanahya kepada penerima dengan disaksikan oleh Puan
Rodziah bte. Abd. Razak , Pen. Peg Undang-Undang
(Penolong Pentadbir Tanah Kota Setar).. Urusan ini di
buat diluar kawsan.
Satu lagi perkhidmatan mesra rakyat yang diberikan oleh Pejabat Tanah Kota Setar ialah perkhidmatan penyaksian urusniaga tanah diluar pejabat... Perkhidmatan ini sebenarnya tidak digalakkan sangat, namun dalam kes-kes tertentu yang melibatkan kepentingan-kepentingan tertentu maka pegawai-pegawai jabatan ini sanggup turun ke padang membantu terutama golongan-golongan kurang upaya dan warga emas yang sudah tidak mampu untuk bergerak ke mana-mana lagi. ..  Perkhidmatan ini adalah percuma tetapi jabatan ini akan cuba mencadangkan dimasukkan dalam pindaan Aturan Tanah Kedah agar ditetapkan bayaran-bayaran tertentu dikenakan untuk perkhidmatan-perkhidmatan seperti ini kerana sedikit sebanyak dapat menampung kos pengangkutan dan memberi sedikit pendapatan kepada kerajaan negeri...

Ok.. jumpa lagi...

Teratak Kasih

Thursday, 1 December 2011

PERGI DAN DATANG...

01 Disember 2011
Catatan: Mohd Asri Redha

Selamat Siang dan Salam Sejahtera...

Hari ini Pejabat Tanah Kota Setar menerima kehadiran 3 orang Pembantu Tadbir iaitu
Azlinawati bt. Abdullah dari Pejabat Tanah Kuala Muda, Khir Nuruddin b. Md. Nor dari Pejabat SUK dan Nur Nur Shella Nadia bt. Mohd Sobri (lantikan baru) dari Pejabat Tanah Kubang Pasu..


Pembantu Tadbir Lantikan Baru sedang membaca ikrar
menunaikan tanggungjawab mereka sebagai penjawat
awam negeri Kedah dihadapan saya sebagai Pentadbir
Tanah Kota Setar... Elok sangat kandungan ikrar ini di
paparkan semula kepada semua kakitangan agar mereka
kembali tengok balik apakah kerja buat mereka selama ini
memenuhi ikrar tersebut.. saya akan cuba masukkan nanti
ikrar tersebut untuk tatapan staf.
 Semoga kehadiran mereka ini akan menambahkan lagi prestasi jabatan ini dan tentunya mereka ini adalah kakitangan yang berdisiplin tinggi dan amat berminat untuk bekerja dengan jabatan tanah ini.

Pada masa yang sama Pejabat Tanah Kota Setar kehilangan 2 orang  Pembantu Tadbir yang memohon bertukar ke jabatan lain iaitu Puan Rosnani bt. Mat Rais dan Wan Suhairi b. Wan Senu... Selamat Maju Jaya kepada kedua-duanya di tempat kerja yang baru.... Semoga bertambah dedikasi mereka bekerja di sana..

Saya juga mengucapkan tahniah kepada 4 orang Pembantu Tadbir Kontrak Pejabat Tanah Kota Setar yang telah mendapat Jawatan Tetap sebagai Pembantu Tadbir.. Mereka ialah Nor Baizura bt Saad, Fizah Saimah bt. Zakaria, Lily Mazeni bt. Abdul dan Norazah bt. Abdul Aziz .....     Kesemuanya ditempatkan balik di jabatan ini. Saya mengalu-alukan kehadiran mereka kembali ke PTKS ini. Tentunya mereka ini mempunyai semangat yang lebih tinggi dan berkobar-kobar untuk berkhidmat dengan jabatan ini Kerajaan Negeri Kedah kerana jawatan mereka kini lebih terjamin.Walau bagaimanapun jawatan ini belum lagi terjamin selagi masih dalam tempoh percubaan.. macam-macam boleh berlaku jika prestasi mereka semakin merosot dan tahap disiplin yang tidak memuaskan.  Dalam keadaan peluang pekerjaan yang terhad, mendapat jawatan seperti ini adalah merupakan satu anugerah Allah yang tidak terhingga yang sepatutnya kita rasa syukur sangat akan nikmat yang diberiNya itu.

Saya amat mengharapkan kerjasama yang  padu dari mereka ini dalam usaha mengukuhkan lagi organisasi jabatan ini untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat diluar sana disamping kita sedang berusaha untuk melaksanakan beberapa pendekatan-pendekatan kreatif dan inovasi kearah meningkatkan kecekapan pentadbiran dan meningkatkan hasil kerajaan negeri...  Kalau semua ' staf' memainkan peranan mereka sepenuhnya Insya Allah segala yang dirancang pasti akan tercapai sepenuhnya.. Jangan kerana ada nila setitik , habis rosak susu sebelanga atau kerana seekor kerbau membawa lumpur habis semua terpalit sama.. ini yang kita tidak mahu..... Ingatan saya kepada mereka mudah sahaja iaitu pakat-pakatlah bekerjasama antara satu sama lain, jangan berkira sangat fasal kerja, berdisiplin dan mematuhi aturan dan peraturan jabatan yang ditetapkan, buat kerja dengan cepat teliti dan menarik dan bekerja dengan kreatif dan berinovasi.... Okk.. terima kasih..